31 March 2011

Keanggunan Pramugari Iran Air


Dr Muhd Fuad Zarkasyi (BN-Batu Pahat) pernah bertanya dalam parlimen Malaysia, "Rasa-rasanya pakai baju kebaya dan skirt boleh selamatkan diri apabila pesawat terhempas ke?"





Uniform pramugari Iran Air bukan sahaja menepati syariat, tetapi yang lebih penting ia boleh menyelamatkan nyawa si pemakainya sendiri. Tanggalkan sahaja kot di luar, masih ada kemeja dan seluar; jadi tidak perlu terselak atau terseluk apabila pesawat melanda awan tebal. Saya sempat menunjukkan foto di atas kepada jiran, Mak Cik Musalmah Lebar, dan respon beliau, "Akan tetapi Zal, fatwa di Malaysia masih menyatakan mereka ni sesat".


Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak

Qari Terkenal DiGilis Digelek

Abdul al Rasul Hassan Ali al Hujairi adalah seorang qari yang terkenal di Bahrain. Beliau bertugas sebagai jururawat di hospital Salmaniya. Beliau berusia 38 tahun, sebaya saya. Anak perempuan beliau fotonya di atas. Dan ada 3 lagi orang anak lelaki. Pada sabtu lepas beliau diculik sekumpulan tentera elit ke sebuah padang. Di situ beliau ditembak. Dalam keadaan nyawa-nyawa ikan, beliau digelek dan digilis berkali-kali dengan kereta.

Video beliau digilis boleh diklik di pautan ini, klik sini.




















































Qaradhawi enggan mengutuk kejahatan di Bahrain. Pada beliau kejahatan di Bahrain berbeza dengan kejahatan di Tunisia, Libya, Yaman atau Mesir. Alasan beliau, tak pasti apa yang berlaku dan ia hal mazhab jadi kalau mati tak payah dibela kerana ilmunya berkata begitu. “There is no people’s revolution in Bahrain but a sectarian one. For this reason I did not address the Bahraini revolution, because I could not find myself free, and I don’t have the enough information on what is happening.”


Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak