29 January 2011

Syiah di Malaysia, Beberapa Bukan Hal Yang Jadi Hal

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Konsul Kebudayaan Republik Islam Iran, Hujjatul Islam Muhammad Hasan Wahidi telah melawat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Putrajaya pada hari Khamis lalu (20 Januari 2011). Kedatangan beliau disambut Ketua Pengarah JAKIM Dato' Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abd. Aziz.

Di awal pertemuan ini, Hujjatul Islam Wahidi berkata: "Ini adalah pertemuan rasmi saya dengan anda di JAKIM buat pertama kali. Insyallah pertemuan ini akan memberikan manfaat. Beberapa perkara akan saya terangkan dalam pertemuan ini, saya berharap ia diberi perhatian dengan pendekatan ilmiah:

"Masalah pertama tentang peristiwa yang menimpa pengikut Ahlul Bait (a.s) dan mazhab Syiah di Malaysia. Kami berharap pihak yang bertanggung jawab dalam perkara ini dapat menyelesaikannya dengan baik. Semoga anda membawa perkara ini kepada pihak terbabit.

"Masalah yang lain, oleh kerana seluruh masjid di Malaysia, khutbah imam-imam di berbagai negeri dan ceramah di masjid berada di bawah pentadbiran JAKIM, saya memohon daripada anda selaku Ketua Pengarah jabatan ini dapat mengawal situasi dengan sewajarnya. Berikanlah penerangan kepada mereka tentang perpecahan umat Islam dan tuduhan tidak berasas kepada Tashayyu' supaya perpecahan dapat dicegah". (klik sini umat Islam Syiah di kedah buat laporan polis bantah ceramah Alaudin bin Dato' Abu Bakar)

"Saya mempunyai beberapa perkara dan cadangan lain, yang turut berkaitan dengan kerjasama antara Konsul Kebudayaan Iran dan JAKIM. Semoga kerjasama ini dapat menghasilkan objektif dan ilmu yang bermanfaat.

"Cadangan pertama daripada kami ialah membentuk " کمیسیون مشترک فرهنگی ایران و مالزی " (Suruhanjaya Bersama Kebudaya Iran dan Malaysia) dari pihak JAKIM dan Konsul Kebudayaan Republik Islam Iran di Kuala Lumpur. Suruhanjaya ini boleh bekerjasama dalam menyelidik dan mencari persamaan budaya antara kedua negara ini.

"Kami juga mempunyai cadangan membentuk "کمیته وحدت اسلامی ایران و مالزی " (Jawatankuasa Perpaduan Islam Iran dan Malaysia). Jawatankuasa ini dapat menyelidik masalah bersama tentang agama, mazhab dan pendekatan antara mazhab-mazhab Islam".

"Perkara yang lain ialah cadangan melaksanakan seminar-seminar anjuran Konsul Kebudayaan Iran dan JAKIM. Dalam sesi dua seminar kita dapat mengusulkan pembentukan Suruhanjaya dan Jawatankuasa tersebut.

"Pertama 'Seminar Mengkaji Persamaan Budaya Iran dan Malaysia', dan kedua 'Seminar Perpaduan Islam'.

"Kedua-dua seminar yang akan dianjurkan ini akan menghadirkan tokoh-tokoh pemikiran, ulama dan cendiakawan Iran serta Malaysia di Kuala Lumpur.

Tentang usulan kedua-dua Suruhanjaya dan Jawatankuasa tersebut kami ingin menambah, saya telah mengusulkan perkara ini kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato' Zahid Hamidi dalam satu pertemuan dua tahun lalu. Beliau ketika itu mengatakan kedua-dua usulan ini diterima beliau namun hendaklah dibawa ke perbincangan kabinet, kemudian barulah ia dilaksanakan. Usulan ini sudah lama berlalu dan pasti ada di dalam rekod Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Dato' Wan Mohamad, Ketua Pengarah JAKIM berkata, "Ini adalah pertemuan rasmi yang pertama antara saya dan pihak kedutaan Iran. Inilah juga kali pertama pihak JAKIM menerima kunjungan seperti ini dan kami menganggap ia adalah petanda yang baik.

"Menurut Syaikh Al-Qardawi, jikalau kita antara sesama Islam tidak mampu mengadakan hubungan baik, bagaimana kita dapat menganjurkan hubungan baik dengan agama lain?".

Beliau menambah, "Mengenai peristiwa yang terjadi pada malam Asyura di Hawzah Ar-Ridha di Selangor, saya tidak bercakap banyak kerana Menteri Di Jabatan Perdana Menteri sudah berbicara... masalah-masalah Asyura ini telah mereka ketahui dan menurut pandangan saya ia telah beransur pulih dengan baik. Saya tidak berfikir bahawa perkara ini akan menjadi lebih buruk dan besar. Ini bukanlah masalah besar dan kami berharap ia akan selesai dengan baik". (klik sini laporan New York Times tentang peristiwa tersebut)

"Perkara kedua yang saya ingin katakan ialah berbalik kepada usulan Tuan Konsul untuk membentuk suruhanjaya bersama dan seminar-seminar. Ia hendaklah memberi perhatian kepada masalah kebudayaan yang dikongsi bersama.

Penganut Syiah terus ditindas dan dianiaya.


"Usulan saya ialah Tuan Konsul Kebudayaan Kedutaan Iran boleh memulakan kerja-kerja Suruhanjaya bersama itu. Namun ia hendaklah memberi fokus kepada masalah yang dikongsi oleh Syiah dan Sunni, bukan dalam masalah yang sensitif. Contohnya masalah membantu golongan mustad’afin (yang ditindas) di seluruh dunia, ini merupakan masalah bersama. Atau perpaduan umat Islam, kemungkinan di dalam masalah ekonomi Islam. Tetapi ekonomi bukanlah tanggung jawab kami.

"Kami menyambut baik cadangan positif anda dan sebenarnya memberikan lampu hijau. Masalah pertama dan utama ialah memberikan kefahaman Islam kepada orang bukan Islam. Namun hendaklah kita ikuti prosedur dan peraturannya seperti mana hubungan diplomatik antara dua negara, ia perlu dilalui secara berperingkat sehingga berjaya. Contohnya peringkat pertama kami hendaklah membawa usulan ini kepada Kementerian Luar dan mengambil pendapat mereka. Seterusnya pandangan kementerian-kementerian lain sehingga kami dapat memaklumkan kesepakatan yang dicapai".

Ketua Pengarah JAKIM berkata, "Sebenarnya tujuan penubuhan JAKIM juga adalah masalah bersama. Sekarang jika anda mempunyai program bersama Universiti, pihak JAKIM tidak ada apa-apa halangan kerana ia ada kaitan dengan masalah bersama. Namun jikalau ia bukan masalah bersama, kami sangat tidak senang. Yang penting di sini ialah masalah bersama. Jikalau ia berkaitan dengan mensyi‘ahkan rakyat Malaysia, maka ia bertentangan dengan JAKIM (klik sini, sebahagian Syiah di Malaysia adalah Syiah asal). Saya sendiri boleh memberikan usulan supaya ia akan menjadi masalah bersama, bukan perkara yang sensitif".

Hujjatul Islam Wahidi membalas, "Kami telah pun membentuk rangka perlaksanaan forum-forum pemikiran dan kebudayaan dengan menggabungkan cendiakawan dari kedua-dua negara. Ia bakal memberikan kesan positif yang besar".

Dato' Wan Mohammad mengatakan, "Iya, saya sendiri akan menyertai forum-forum pemikiran ini". Beliau menceritakan pula perkara lain sebagai berikut, "Ada juga golongan yang bertindak cuba mencetuskan kontroversi dengan menyiarkan perkara-perkara yang tidak benar di dalam laman web persendirian. Inilah yang menyebabkan isu sensitiviti bertambah. Lebih baik individu ini ditegur supaya ia tidak mengulanginya lagi" (sila baca tulisan pegawai JAKIM ini, klik sini).

Konsul Kebudayaan membalas, "Saya menghargai kata-kata anda, sudah 3 tahun setengah saya tinggal di Malaysia dan telah mengadakan banyak lawatan, mengunjungi ulama, imam jemaah Malaysia, universiti, para pensyarah, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini Dato' Zahid Hamidi dan yang terkini Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom, jabatan-jabatan kerajaan dan orang awam. Saya memaklumkan kapada JAKIM apa yang dilihat sebagai interaksi dan penghormatan yang tidak baik.

"Saya seorang agamawan Syiah Iran yang tinggal di Malaysia hampir 3 tahun setengah. Banyak kegiatan kebudayaan yang telah saya laksanakan termasuklah kerjasama dengan Pusat Terjemah Negara. Buku Pengurusan Masa Perdana Menteri Najib Tun Razak juga telah kami terjemahkan ke bahasa Parsi.

"Kegiatan saling menterjemah kitab-kitab, mengadakan seminar ilmu dan mengadakan kegiatan kebudayaan bersama menunjukkan bertambahnya penghormatan antara budaya kedua-dua negara".

Sumber di sini.

Ulasan saya: Ada baiknya JAKIM bertemu dengan Syiah asal di Malaysia. Konsulat Kebudayaan Iran bukan wakil mereka dan tidak dapat membawa suara mereka.

Dalam pada itu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Malaysia Datuk Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar mengunjungi Ketua Majlis Republik Islam Iran, Ali Larijani di Tehran. Ketika berada di sana, Ali Larijani telah memberitahu (menegur?) Malaysia: "Extremism ruins Islam's face amongst nations, and this is what the enemies of Islam want." (Sumber di sini)

Dalam usaha memperbaiki hubungan kedua-dua buah negara, Datuk Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar mengatakan, "Iran's scientific and technological progress is a source of pride for Muslims and belongs to all Muslim nations." (Sumber lain di sini)

Saya ulangi, meminjam kata-kata Datuk Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Iran adalah "pride for Muslims and belongs to all Muslim nations."

Ulasan saya:
Issyy, tiba-tiba saya pula berasa malu! Keliru pun ada. Apakah kenyataan ini selaras dengan fatwa yang ada? Adakah maknanya ketika melakukan urusan dagang, Syiah menjadi Muslim pula?

Juga, tahukah anda, siapakah musuh Islam yang disebut oleh Ali Larijani, baca entri saya, 'Siapa Musuh?', klik sini.

Juga, pengikut Syiah Imamiyah di Kedah sekali lagi tampil membuat laporan polis setelah tidak berpuas hati dengan ceramah Alaudin bin Dato' Abu Bakar yang boleh mencetuskan pandangan negatif terhadap pengikut mazhab ini, klik sini.

Ulasan saya: Saya percaya JAKIM tahu sekarang, siapa yang mula ganggu siapa?


* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak

28 January 2011

Adakah Sunni Berbikini di Bali Lagi Okay?

In a Muslim State, Fear Sends Some Worship Underground
By LIZ GOOCH
Published: January 27, 2011

KUALA LUMPUR — Like most Muslims in Malaysia, Mohammad Shah was raised according to the Sunni school of Islam. But when he was about 30, he said, he came to believe that Sunni teachings did not answer all of his questions about Islam. He began reading about the Shiite school of thought, the world’s second largest Islamic sect, and decided that “Sunni was not right for me.”

“I consider myself the new generation of Malaysian Shia,” said Mr. Mohammad, 33, using another term to describe Shiites. “My father is Sunni, my mother is Sunni. They are aware that I’m practicing a different school of thought. It’s no problem at all.”

Such acceptance does not extend to Malaysia’s religious authorities.

The Constitution guarantees freedom of religion, but when it comes to Islam, the country’s official religion, only the Sunni sect is permitted. Other forms, including Shiite Islam, are considered deviant and are not allowed to be spread.

Mr. Mohammad was one of 130 Shiites detained by the religious authorities in December as they observed Ashura, the Shiite holy day commemorating the death of the Prophet Muhammad’s grandson Ali, in their prayer room in an outer suburb of Kuala Lumpur.

There are no official figures on the number of Shiites in Malaysia, but Shiite leaders estimate that there could be as many as 40,000, many of whom practice their faith secretly.

While sectarian divisions are associated more with countries such as Iraq and Pakistan, Islamic experts say Malaysia is a rare example of a Muslim-majority country where the Shiite sect is banned. They say the recent raid reflects the religious authorities’ reluctance to accept diversity within Islam, and was part of the authorities’ continuing efforts to impose a rigid interpretation of the religion.

Although there had been some earlier arrests of Shiites since the National Fatwa Council, the country’s top Islamic body, clarified that Sunni Islam was the official religion in 1996, the December raid on the prayer room occupied by the Lovers of the Prophet’s Household was the first in recent years, according to the Shiite group’s Iranian-trained leader, Kamil Zuhairi bin Abdul Aziz.

Mr. Kamil and the other Shiites who were detained in the raid have been summoned to appear before the Shariah court for hearings scheduled for March and April to answer charges that they insulted the religious authorities and that they denied, violated or disputed a fatwa. The offenses are punishable by a fine of up to 3,000 ringgit, about $981, imprisonment for up to two years, or both.

On a recent evening, a small group of men and a handful of women with toddlers in tow climbed the three flights of stairs to the prayer room where the raid had taken place.

A sign atop the building, which is sandwiched between a mechanic’s workshop and a small cafe on a quiet suburban street, reads “House of Knowledge.” A Koranic verse in Arabic marks the entrance.

Inside the prayer room, the flags of Malaysia and the state of Selangor flank a red and black banner bearing the name of Muhammad’s grandson.

As many as 100 Shiites attend prayers led by Mr. Kamil each week, although he said many Malaysian followers worship privately. “Most of the Shia are in hiding because of the oppression,” he said.

He said some fear they will be discriminated against when they apply for jobs if it is known that they are Shiites, while others are afraid of being detained by the religious authorities.

Some Sunni leaders have claimed that Shiites deviate from the true form of Islam and represent a “threat to national security,” according to Mr. Kamil. He said some Sunni leaders, alluding to violence in Iraq and Pakistan, have alleged that Shiite Islam permits the killing of Sunnis, an accusation he emphatically denied.

Since the raid, the group has installed a security grill in the stairwell leading to their prayer room, where a black curtain divides the men’s section from the women’s.

But Mr. Kamil and others attending the prayer session this evening insisted that they were not afraid to continue practicing their beliefs. “We are not in fear, but we live in difficulty,” he said.

Calling for dialogue with the Sunni majority, Mr. Kamil insisted that Malaysian Shiites, some of whom are married to Sunnis, want to live in harmony with all other religions.

A statement issued by a spokesman for the federal government said the Constitution guaranteed religious freedom to all Malaysians, and that the National Fatwa Council was responsible for guiding the practice of Islam in Malaysia.

“In 1996, the National Fatwa Council issued a ruling that Sunni Islam is the official faith of Muslims in Malaysia. Under this ruling, which is enforced by Islamic affairs departments in each Malaysian state, Shia Muslims are free to practice their faith, but are not permitted to proselytize,” the statement said.

“It would be inappropriate for the federal government to comment further on this state-based matter.”

The Selangor State Islamic Religious Department, which carried out the raid, did not respond to repeated requests for comment.

Harussani Zakaria, a member of the National Fatwa Council, said allowing different sects to practice in Malaysia could lead to disputes. “It already happens in some countries,” he said in a telephone interview. “We don’t want that to come here.”

Chandra Muzaffar, president of the International Movement for a Just World, a nongovernment organization based in Malaysia, said while there may be differences among the various sects, Shiites are part of the Muslim community. “It’s just wrong to describe Shia as deviants,” he said.

Greg Barton, acting director of the Center for Islam and the Modern World at Monash University in Melbourne, said that Malaysia’s religious authorities had adopted a more rigid approach to Islam in recent decades and that space for public discussion of religion had narrowed under the influence of “Saudi Salafism and Egyptian Brotherhood prejudice.”

“The group that speaks formally for Malaysian Islam is a very narrow group who have taken a very puritanical approach,” said Mr. Barton. “The religious bureaucracy has become a very meddling bureaucracy. It has a very pernicious impact on religious freedom, not just for non-Muslims but for Muslims as well.”

Mr. Barton said while there were no precise figures, there are probably tens of thousands of Shiites in Southeast Asia, most in Malaysia and Indonesia.

Mariyah Qibti, who teaches Shiite Islam to children at the prayer room on Sundays, has experienced firsthand the two countries’ differing approaches to Shiites. Born to a Shiite family in Indonesia, Ms. Mariyah went to Iran when she was 19 to pursue Islamic studies. Two years ago she married a Malaysian Shiite, and moved to Kuala Lumpur.

Feeding her 1-year-old son as she sat on a rug at the back of the prayer room, she said that, in contrast to Malaysia, in Indonesia Shiites could practice their faith freely.

Despite her looming court appearance in March, she says she is not afraid to continue practicing her beliefs.

“This is part of the risk of being followers of Shia,” she said.

Sumber New York Times, di sini.



Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak

Wahai Wahabi Jika Syiah Kafir Mengapa Kebumi di Jannatul Baqi?

Sheikh Mohammad Ali Al Amari, ulama Syiah dari kota Madinah pernah dipenjarakan oleh wahabi selama 45 tahun. Hanya dengan tekanan antarabangsa dan sedikit keterbukaan regim Arab Saudi yang ada sekarang membolehkan al-Marhum 'bernafas'. Awal minggu ini, ketika masyarakat Syiah menyambut hari ke 40 kesyahidan Saidina Husin, Sheikh Mohammad Ali Al Amari meninggal dunia di usia 100 tahun. Jenazah beliau dilawati dan disolat oleh beribu orang pelbagai mazhab dan lapisan masyarakat.










Kelmarin, pukul 7 pagi, jenazah al Marhum yang mulia dikebumikan di Jannatul Baqi (lihat foto kecil di kanan atas: saya sedang menanti foto yang lebih jelas dari teman di Arab Saudi), di sisi para Imam Syiah iaitu Saidina Hasan (cucu Rasulullah saw), Imam Ali Zainal Abidin (cicit Rasulullah saw), Imam Baqir (piut Rasulullah saw) dan Imam Sadiq (oneng Rasulullah saw). Jika Syiah difatwa dan diwartakan kafir dan sesat seperti Ayah Pin dan Rasul Kahar mengapakah pihak berkuasa wahabi di Madinah Munawwarah merelakan jenazahnya dikebumikan di Baqi?

Sumber di sini, di sini, dan di sini.

al Fatihah dan Solawat.


* Terdapat sekitar 40 ke 50 ribu Syiah Imamiyyah keturunan di kota Rasulullah saw sejak zaman berzaman.


** Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.

27 January 2011

Siapa Musuh?

Seseorang bernama nur_sufi07 (klik profil beliau di sini) meninggalkan komen di bawah entri Siapa Memang Lebih Sesat Dari Siapa begini: "Akan muncul diakhir zaman satu golongan yg digelarkan Rafidhah(Syiah). Mereka menolak Islam tetapi mendakwa Islam. PERANGILAH mereka kerana mereka sebenarnya adalah golongan musyrikin" (Hadis riwayat Abu Ya'la, At-Tabarani dan Al-Bazzaar).

Empat kanak-kanak menjadi korban. Mereka adalah Syiah dari etnik Kurdish. Pada hari sabtu 5 November 2005 di Baqouba, Iraq, sebelas sekeluarga menjadi sasaran sekumpulan penembak yang menabur peluru ke arah minibus yang dinaiki mereka dengan mesingan. (Foto AP/Mohammed Adnan)

18 Disember 2009, 28 kanak-kanak Syiah dari etnik Houthi di Bakazam Abyan, Yaman diserang dengan bom dan tembakan pesawat gempur udara oleh satu operasi bersama tentera Arab Saudi, Yaman dan Amerika Syarikat. (Laporan Press TV)

1 September 2010 di Lahore, Pakistan 25 orang terbunuh termasuk kanak-kanak sementara 100 lagi cedera parah akibat pengeboman berani mati oleh seorang teroris. Dalam keadaan pengikutnya berlumuran darah, ulama Syiah di Lahore, Sheikh Abbas Kumaili, mengeluarkan kenyataan "They are our enemies, both Shiites and Sunnis should remain united and foil their evil designs." (klik sini)

11 Februari 1993, seribu Syiah etnik Hazara, Afghanistan di Afshar dan Karteh Sahe, Barat Kabul dibunuh. Perkampungan mereka diserang dari tiga penjuru. Syiah etnik Hazara dibakar, dirogol, dan disembelih. Sekurang-kurangnya seratus kanak-kanak Syiah diculik dan tidak ditemui. Setahun selepas itu, sebuah perkuburan besar ditemui mengandungi mayat 58 orang kanak-kanak. Badan pemantau Human Rights Watch melaporkan mayat penduduk Afshar kebanyakannya ditemui dalam keadaan leher mereka dilelas atau tangan dan kaki mereka dipotong. (Baca kisah menyayat hati wanita Syiah Hazara di atas, bagaimana wahabi memotong jarinya untuk mencuri cincin emas kemudian menembak anak lelaki dalam dakapan, klik sini)

Syiah di setiap penjuru dunia adalah mangsa. Mengapa yang dibunuh dipersalahkan sementara yang membunuh dipertahankan? Mengapakah saat Syiah dibunuh, dianiaya dan ditindas sebegini kalian masih tega menuduh mereka adalah pemangsa? Hukum logik manakah yang kalian, wahabi, gunakan? Jika mereka kafir atau sesat sekalipun hukum manakah yang kalian gunakan untuk menghalalkan darah mereka? Jika anak-anak mereka 'anak haram' sekali pun (Berita Harian 18 Disember 2010) hukum manakah yang membenarkan anak-anak ini disembelih?

Apakah bezanya kalian dengan Zionis yang membunuh bayi dan kanak-kanak di Qan'a Lubnan dan Gaza, Palestin? Apakah bezanya kalian dengan Zionis yang memutar belitkan fakta? Yang harus dipantau adalah nur_sufi07 dan rakan-rakannya. Mereka berpotensi untuk melakukan kekejian di atas.

Kepada mereka kita tanyakan: Islam jenis apakah kalian?


Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak

26 January 2011

Dalam The Sun: 'Aren’t Shi’ites Muslims Too?'

Scene: Restoran Syed, PJ.

SULOK: I’m a bit confused by the action of some government authorities in breaking up a Shi’ite prayer meeting in a house on the outskirts of Kuala Lumpur last month. According to news reports there were some foreigners as well who were questioned but allowed to go. But no such luck for the locals. I wonder why? Are they not Muslims?

Chong: And then there were statements from the education authorities warning students against joining the group.

Sulok: But why? Are they a deviationist group? Are they deviant Muslims?

Mohan: Are there many of them?

Azman: By some estimates there are about 40,000 to 50,000 Shi’ites in the country.

Mohan: That’s big. Even though there are about 17 million Muslims in this country 50,000 is still not small. Wonder whether they are included in the 17 million. What do you think Cikgu?

Zain: Of course they are. I don’t think the religious authorities are aware of their real number. A journalist friend of mine told me that during Tun Dr Mahathir Mohamad’s visit to Iran some years ago he saw a group of Malaysian students in Qom waiting to present him with a souvenir. They told him they were studying in the Shi’ite religious colleges there. Later Mahathir asked the Pusat Islam director who was in the entourage whether he was aware that Malaysians were studying in Shi’ite schools. The director said he wasn’t aware of it. Of course they would propagate what they learnt when they return.

Mohan: But I suppose because of the ban against them they don’t readily admit they are Shi’ites.

Sulok: But aren’t they Muslims?

Zain: Of course they are.

Sulok: But why act against them?

Azman: Of course there are those who would not think so. But I know there are about 400 million of them in the world mostly concentrated in Iran and Iraq. They are certainly part of the 1.6 billion Muslims in the world. There are 2.2 billion Christians divided into 38,000 denominations.

Chong: Naturally the rest of the Muslims are not going to demand that the Shi’ites be excluded when the number of Muslims in the world is being tallied.

Azman: Naturally.

Chong: So if they are Muslims why are they discriminated against by the other Muslims in this country? Cikgu, please?

Zain: It’s a long story my friend. It is historical as well as ideological. Briefly, the split into Sunnism and Shi’ism began after the death of the Prophet Muhammad. It became ideological after the descendants of the prophet’s grandsons resisted the ruling group that succeeded him. Even though they were killed in a battle between the two groups, their group found support among the Iranians where it more or less acted as a rallying force against domination by the Arabs.

Chong: No Arabs among them?

Zain: Of course there were. For instance nowadays Arab Shi’ites are in a majority in Iraq. In Malaysia most of the Muslims are Sunnis. The religious authorities are run completely by Sunnis, and they have been defending their turf very well. When the British colonial government took away the power of the Malay rulers they gave them something else to do – devote your time to looking after your religion and your customs, they said. And the Malay elite had no choice. But in time they, aided by their ulamak, became overzealous in what they were doing. Until today. For instance for easy administration they only allow their version of Sunni Islam to be practised in this country. Some have called this version of Islam establishment Islam. And they have created the National Fatwa Council which issues religious edicts which few Muslims dare to dispute.

Azman: Ya, ya. It banned tomboyism. It banned yoga exercise. And, of course, it banned Shi’ism.

Mohan: So what the religious authorities are trying to do is to make Malaysian Islam a monolithic faith in the country. Isn’t it so, Cikgu?

Zain: I think so. I think it is a tough undertaking. Islam as everyone knows is not a monolithic faith. Among the Sunnis itself there are four major schools – Shafie, Maliki, Hanafi and Hanbali. Most Malaysian Muslims are followers of the Shafie school. But the other schools are all acceptable by the religious authorities here.

Azman: What about Qadiani?

Zain: There are some closeted followers here I’m sure. The movement was founded by Mirza Ghulam Ahmad in Qadian, a village in Punjab, in 1889. It was called the Ahmadiyya movement and its followers refer to themselves as Ahmadis.

Chong: What’s wrong with the Qadiani movement?

Zain: The Ahmadis consider their founder would return as the Messiah or Mahdi towards the end of the world. Not acceptable.

Sulok: What about the movement which has the Aga Khan as its head?

Zain: The followers of the Shi’ite splinter group call themselves Ismailis, and the Aga Khan IV is their head. Ismailis consider him as the 49th imam which claim lineage from Fatimah, Prophet Muhammad’s daughter, and her husband Ali. The Aga Khan commands a huge family fortune which he uses to promote art and architecture all over the world and "towards improving the image of Islam throughout the world." Not acceptable.

Chong: I read somewhere that he leads a flamboyant Western lifestyle mostly in the US and Europe.

Azman: And then there are the Druzes and the Alawites who sometimes call themselves the Nusayris and Ansaris.

Zain: It goes to show that Islam is not a monolithic faith but our religious authorities are trying to make it so. As one so called ulamak said recently "pluralism is bad for the country."

Sumber di sini.

Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.

24 January 2011

Mereka Sesat?

Tahukah anda terdapat 300 000 umat Islam Syiah di Argentina? Tokoh mereka bernama Hujjatul Islam Sheikh Abdul Karim Paz, selain itu terdapat tokoh lain Hujjatul Islam Feisal Morhell, Sheikh Abdallah Madina, Sheikh Ali Abdur Rahman Pohl dan Sheikh Mahmud Aid (kesemuanya orang asal Argentina).

Tahukah anda terdapat 25000 umat Islam Syiah di Jepun? Tokoh mereka bernama Hujjatul Islam Ebrahim Sawada.

Tahukah anda terdapat 5 sehingga 10 juta umat Islam Syiah di Nigeria, khusus di wilayah Kano dan Sokoto? Tokoh mereka bernama Hujjatul Islam Sheikh Sayyed Ibraheem Zakzaky.

Tahukah anda terdapat sekitar 7 hingga 11 juta umat Islam Syiah di Turki? Tokoh mereka bernama Hujjatul Islam Selahattin Özgündüz

Tahukah anda terdapat sekitar 2 sehingga 5 juta umat Islam di Russia? Tokoh mereka bernama Hujjatul Islam Allahshükür Hummat Pashazade yang dalam masa yang sama menjawat kedudukan sebagai Grand Mufti Azerbaijan (mufti pertama dari umat Islam Syiah dan dalam masa yang sama mewakili umat Islam Sunni)

Tahukah anda terdapat 2.5 sehingga 4 juta juta umat Islam Syiah di Arab Saudi, 50 ribu orang Syiah sejak zaman Saidina Ali masih menetap di kota suci Madinah? Tokoh mereka bernama Sheikh Mohammed Ali Al Amri (pernah dipenjara wahabi selama 45 tahun) meninggal dunia 10 pagi semalam di usia 100 tahun*. Al Fatihah dan Solawat. (Belasungkawa klik sini)

Tahukah anda terdapat sekitar 40 ribu umat Islam Syiah di Malaysia? Tokoh mereka bernama Hujjatul Islam Kamil Zuhairi.

15 peratus umat Islam di dunia ini ialah Syiah Imamiyyah (mazhab fikah: Ja'fari). Selain cebisan minoriti syiah di atas, umat Islam Syiah begitu dominan di Iraq, Iran, Bahrain, Afghanistan, Lubnan, dan Pakistan.

Jika mereka di atas sesat, Syiah adalah ajaran sesat paling berjaya di dunia sehingga mempunyai ratus ribu ulama, ratus ribu masjid, ratus ribu kitab dan tradisi turun temurun selama ribuan tahun.

Oleh kerana itu, peristiwa penahanan umat Islam Syiah di Selangor 17 Disember lalu telah menjadi perhatian internasional dan akan mengundang kontroversi untuk satu tempoh yang lama, lihat sini dan sini juga sini atau sini. Ia juga bertentangan dengan 'kesederhanaan Malaysia' dan pendapat ulama sunni tersohor, al Marhum Muhammed Sayyid Tantawi: ‘‘Bagi saya tiada bezanya antara Ahli Sunah dan Syiah kerana kedua-duanya masih berpegang kepada akidah yang satu dan kita semua tetap bersaudara, (klik sini) Buat pertama kali juga di dunia, seseorang akan diadili sebagai bersalah atau tidak menurut undang-undang semata-mata kerana ia bermazhab Syiah.

* Terdapat perbezaan pandangan tentang usia beliau dari berbagai sumber.


** Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.

JAKIM Wajar Nasihati

Tentu kawan-kawan masih ingat dengan kunjungan Syeikhul Al-Azhar, Dr. Muhammed Sayyid Tantawi ketika beliau dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Dakwah dan Pengurusan Islam) oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam tahun 2008.

Ketika berada di Kuala Lumpur, Sayyid Tantawi berkata, dalam hal perselisihan pendapat antara Ahli Sunah Wal Jamaah dan Syiah, selagi semua pihak berpegang kepada akidah yang sama, mengakui kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dan semua nabi serta mengiktiraf sahabat-sahabat Rasulullah, perbezaan yang berlaku itu tidak harus menjadi punca perpecahan.

‘‘Bagi saya tiada bezanya antara Ahli Sunah dan Syiah kerana kedua-duanya masih berpegang kepada akidah yang satu dan kita semua tetap bersaudara,” demikian katanya (sumber klik sini.)

Nampaknya, nasihat Sayyid Tantawi tidak lagi berguna apabila beliau pulang ke rahmatullah (penting: klik sini). Ilmu yang kita teguk dari al-Marhum wajar diamalkan, bukan dikesampingkan. Itulah ilmu yang berkat.

Beginilah; seorang utusan penting datang membisikkan kepada saya supaya memberi ruang kepada 'hal-hal lain'. Supaya 'dikendurkan' apa yang 'tegang'. 'Kompromi' sedang dirundingkan. Utusan itu hadir membawa mesej seseorang yang sangat saya hormati, ia membisik dan membayangkan kepada saya, meminjam kata-kata utusan tersebut, 'semacam satu gencatan'.

Secara dasarnya saya bersetuju. Kita tidak dapat bergerak jika tersangkut hal-hal ranting begini. Kerja Islam kerja besar yang tidak seharusnya terlengah oleh hal-hal dungu. al Marhum Sayyid Tantawi pun berpandangan begitu ketika beliau masih hidup. Speaker Majlis Iran dalam pertemuan dengan Duta Besar Malaysia ke Iran pun ada berpesan , tingkatkan hubungan dagang dan avoid sectarian strife klik sini.

Saya bersetuju, TETAPI, sekiranya mereka berikut dinasihati. Yang pertama; fitnah-fitnah seperti di sebelah yang merosakkan perpaduan ummah seperti mana ditekankan oleh Sayyid Tantawi eloklah jangan berulang. Konsulat Kebudayaan Iran dalam sebaran medianya pun sudah mengingatkan supaya perkara ini tidak berlaku lagi (klik sini). Akan tetapi nampaknya ia berterusan dalam majalah ini untuk edisi Februari 2011. Malahan ada fitnah, yang saya percaya akan mengeruhkan keadaan lagi iaitu kononnya penganut Syiah memiliki al-Quran sendiri, yang isinya lebih banyak dari al-Quran kita bernama al Quran Mushaf Fatimah. Adakah ini benar? Untuk jawapan klik di sini: Apakah Itu Mushaf Fatimah. Secara logik kita sendiri boleh berfikir, kalau Syiah ada al-Quran sendiri, ini bermakna Allah gagal mempertahankan kesucian kitab suci al-Quran dari diubah dan ditokok tambah. Dan ini adalah satu hal yang mustahil. Maha Suci Allah!

Kedua, eloklah dinasihati 'orang-orang yang tidak makan nasihat' seperti ini, klik sini dan sini. Kumpulan ini (sekadar contoh) boleh memburukkan keadaan, kerana memang bersifat duri dalam daging. Potensinya sudah kelihatan kerana guru dan bos berpesan lain, buatnya pula lain.

Maka saya pun memberitahu kepada utusan, supaya menyampaikan pula bahawa: 'Gencatan tidak boleh berlaku sebelah pihak. Ia memerlukan komitmen total pelbagai pihak.'


* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.

22 January 2011

Latar






Berikut adalah petikan Latar dari Tiga Kali Seminggu. Dapatkan di kedai buku berdekatan:

Aku angguk. Tuduhan dan dakwaan yang menimpaku saat ingin menjambatani antara pelbagai sekolah pemikiran dalam Islam amat perit.

Namun aku sudah terlanjur mengharungi. Aku tidak akan
berpatah balik. Dunia Islam pernah belajar banyak daripada seorang tokoh syiah. Namanya Jamaluddin el-Afghani. Dan terlalu ramai muridnya el-Afghani dalam kalangan sunni. Persamaannya dengan Imam Khomeini ialah mereka berdua menolak imperalisme Barat. Dua perjuangan lain latar zaman dengan satu tema; menolak kekerasan.

“El-Afghani – pada masa mudanya ia mendapat pendidikan di Iran, dan di beberapa kota suci syiah di Iraq dengan minat mendalam terhadap falsafah Islam. Juga penelitian khasnya dalam syiah jurusan syaikhi, yang merupakan ragam syiah yang sangat filosofikal pada abad ke-18 dan ke-19. Saat itu di dunia Arab dan Turki, falsafah telah dijauhi oleh umat kerana dianggap menyimpang dari Islam. Ini tidak terjadi di Iran bahkan tradisi pengajian falsafah terus berlangsung. Kitab karya Ibn Sina misalnya tidak basi dan diajarkan di sekolah keagamaan.”

Kami berjalan santai. Medan Tajrish masih sunyi.

Fikiranku
mengelamun. Ketika Afghani ke Istanbul, antara tahun-tahun 1869dan 1870, dia telah mengemukakan gagasan yang berasal dari falsafah inilah. Saat berada di Mesir pada 1870-an, dia mengajar murid-murid mudanya tentang ajaran falsafah yang pernah digalinya di Iran. Aku ingin belajar daripada Imam Khomeini. Seperti mana aku ingin mempelajari daripada el-Afghani.A ku ingin melawan kekerasan seperti yang mereka pernah tunjukkan. Seperti yang mereka pernah terokai. Dan kalau ada seorang dua ulama garis keras melawanku, itu sudah dijangka tentu. Banyak yang harus dipelajari.

Aku tiba-tiba berbicara semacam mengeluh sendirian, “Kembara panjang dalam hidup Afghani dilalui dengan berdakwah di pelbagai negara. Dalam usia 20 tahun, Afghani sudah ke India menyebar api supaya umat Islam bangun berjuang untuk mengusir pemerintahan Inggeris dari bumi India. Di mana sahaja ia beradaia membangkitkan pertanyaan, mengajak manusia kembali berfikir untuk kembali kepada Islam sebenar yang ditinggalkan oleh Nabi kita.

Setelah meninggalkan India, Afghani mengerjakan haji di Makkah, sambil melintasi kota-kota suci syiah. Beliau turut ke Afghanistan menerusi Iran. Di Afghanistan dia kekal menyalakan api, serbuk bedilnya sungguh panas. Dia diusir Inggeris pada Disember 1868.

“Pada tahun 1870, Afghani telah dilantik mengetuai Dewan Pendidikan Kerajaan Utsmaniah dan dia menyebarkan idea perpaduan dari sini. Idea menentang penjajah. Sayang, orang keras yang merasa benar lebih ramai. Kuliah-kuliah umum el-Afghani menimbulkan bantahan keras para mufti, kerana dia dianggap menyimpang dari agama. Akibatnya Afghani diusir dari Istanbul.”

Tse hanya diam, mungkin lebih enak mendengar.“ Setelah itu Afghani ke Kaherah. Di sini dia menubuhkan media yang membahas isu-isu politik semasa. Dan seperti yang kita tahu, Mesir di bawah pemerintahan yang pro-Inggeris berasa bahangnya lantas Afghani akhirnya diusir dari Mesir. Bagai sudah nasibnya, dia kembali ke India, kali ini di Hyderabad di mana dia turut diusir. Dari sini Afghani langsung ke London, dan kemudian pada tahun 1883 berada di Paris. Di Paris inilah Afghani bersama dengan Muhammad Abduh, muridnya, seorang sunni. Mereka berdua menerbitkan akhbar berbahasa Arab, Al-Urwah Al-Wutaqa yang mendapat tajaan dari sejumlah pengkagum. Sebelum meninggal pada tahun 1887 di Iran, Afghani sempat juga pergi ke Rusia, Eropah dan Iraq. Ke mana sahaja dia pergi, jejaknya melawan kekerasan bertebaran.”

Tse menggetap bibir, cuba memahami resahku. Gelisah yang menyesakku selama ini. Ombak dalam dadaku yang kurang difahami orang jahil atau mereka yang suka menghukum. Terlalu ramai yang melompat untuk melabel.

Tse bersuara, “Afghani merupakan tokoh besar dalam sejarah moden dunia Islam. Dia meminta kita kembali kepada Islam sebagai kekuatan yang sangat penting untuk mendepani Barat. Sambil itu dia bekerja keras meningkatkan perpaduan kaum Muslimin.”

Aku melayani fikiran sendiri. Kedai-kedai di Tajrish kembali dibuka. Dalam benakku menimbang-nimbang persamaan seruan Imam Khomeini dan Jamaluddin el-Afghani; supaya ada pembaharuan dan perubahan di dalam sistem politik negara umat Islam. Juga kritikan keras el-Afghani terhadap mereka yang memihak imperialisme Barat dan kumpulan yang memecah-belahkan umat Islam.

“Enta , err… enta O.K?” Tanya Tse melihat aku bagai dirundung duka.

Aku geleng. Mungkin aku patut mengangguk. Musuh Islam begitu ramai, termasuk mereka yang tidak menyangka dirinya sedang memusuhi Islam kerana ditutup ilmu yang tidak diamalkan.

“Mungkin O.K, mungkin tidak O.K. Tse, laluan jauh dan penuh kerikil ditempuh dua tokoh inilah yang ingin ana pelajari. Dengan rendah diri ana belajar dari latar. Kerana latar dapat mengajar.”

Tse menepuk bahuku, “Ana bersama enta. Dan ramai lagi akan menyertai. Tentu kita akan dimusuhi dari dalam, itu sudah dirasai oleh el-Afghani, bukan? Waktu enta bermula enta sudah tahu ini akan ditempuhi, bukan?”

Aku tidak membalas pertanyaan.

Latar turut dimuatkan dalam Tiga Kali Seminggu.

** Foto-foto di atas, kelmarin darah Syiah terus dihalalkan oleh mereka, nak tahu siapa duri dalam daging tersebut?
Klik sini dan sini.


*** Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog.