01 April 2011

Woi Tengok Bola Pun Sibuk Nak Solat!









Budak-budak Syiah Iran ini memang sesat. Sebelum menonton perlawanan bola pun mereka sibuk nak bersolat. Tak faham betul perangai Syiah Iran ini, takkanlah mereka sebegini sekali menghayati agama. Dah merepek dah ni. Tak hairanlah mereka difatwakan sesat di sini. Moga-moga peminat dan kutu bola kita tidak mencontohi mereka.

* Pasukan bola Esteghlal menumpaskan saingannya Persepolis 1-0 dalam Iran Professional League (IPL) di hadapan 65 000 peminat bola di Stadium Azadi.


40 comments:

Pak Long said...

Salam,
Lebih sesat lagi pasai depa tak pakai songkok tiga jengkai masa solat... haha...

behlul said...

assalamualaikum..

kat sini pun solat gak.. ada tapi lepas game habis la.. adakala solat cuma pelengkap waktu untuk masa yang terbuang.. dah terbalik dah nih..

Ubey said...

Alhamdulillah. Semeriah mana pun urusan dunia, solat tetap diutamakan. bukan nak mendabik dada. tapi para penyokong bola sepak kelantan juga solat berjemaah beramai2 sebelum perlawanan bermula.

amir IMG said...

Assalamualaikum,

Satu je saya tak setuju dgn posting Dr. Kalau iye pun nak solat mcm gamba 1st tu.. Carik la tempat bersih sikit. Betul la apa yang dia buat, baik solat dari langsung tidak solat. Tapi pi la carik tempat yg memuliakan rabnya..

lykiriewan said...

dr,saya tak faham dengan review anda pasal sikap puak syiah ni (ok,mungkin saya terlalu naif).adakah maksud anda mereka tak patut solat sedangkan mereka mahu menonton bola?

MOH KEMBARA said...

Salam,

berhibur-hibur jugak, masuk waktu kena solat...tapi kesian cam takder tempat utk diorang bersolat dgn lebih selesa...ok janji dah solat!

Breakeven said...

~ sinikal~

mohd hussain said...

di malaysia pun ramai. Gambar yang ditunjukkan tu tidak menggambarkan semua orang iran solat sebelum tgk bola...tidak heran pun.

Dr Faisal Tehrani said...

amir IMG
nanti saya beritahukan kepada dia ya. saya kenal budak tu. dok sebelah rumah.
mhd hussain, siapa pula membandingkan dengan malaysia. kan saya dah kata dalam posting yang malaysia bagus dan kita semua masuk syurga kerana kita ikut sunnah wal jamaah, mereka kan sesat kerana ikut ahlul bait nabi. kenapa sdr nak komplen lagi?

hiri said...

786/121.

Dari Imam Syafii a.r.

Wahai Ahlil Bait Rasulullah,
Mencintai kamu diwajibkan Tuhan,
Tingkatmu agung sudah dijelaslah,
Dalam Qur'an terdapat bahan.

Siapa meninggalkan salawat untukmu,
Sembahyang tidak sah, begitu hukumnya,
Tinggi kedudukan, tinggi darjatmu,
Merupakan kurnia Allah semuanya.

Jika Ali serta Fatimah,
Dipuji orang dengan sanjungan,
Pasti ada orang amarah,
Menamakan Rafdhi dalam kenangan.

Lalu ku tanyai orang berbudi,
Yang kuat imannya kepada Allah,
Mencintai Fatimah bukan Rafdhi,
Sebaliknya mencintai Rasulullah.

Salawat Tuhan tidak terhingga,
Kepada Ahlil Bait serta salam,
Laknat Tuhan turun tangga,
Kepada jahiliah masa yang silam.

HHalem said...

Pelik?

Rasa-rasa budak-budak penonton tu tak ada masalah sembahyg dimana-mana.

Pemain bola tu mencium bumi.

Siapa yg sesat disini sebenarnya.

abdhakim said...

Hek e, entri cam ni pun nak pos...Budak dispetch pun boleh buat.

wardah munirah said...

Betullah, Dr. Sanggup pula solat ditempat begitu asalkan dapat bertemu Tuhannya. Isy, sesat!Nak solat mestilah cari tempat yang bersih, yang lantainya daripada marmar. Ada kubah di atas bangunannya siap dengan pendingin hawa dari Amerika, baru selesa dan sampai segala doa. Barulah tak sesat.

Dr Hujimy said...

sini pun solat gak bro

nan said...

balaghah terbaek....hoho....8)

rosyan kari said...

dr FT,
saya sering juga nonton bola di sini...tp saya jamak saja... ada kwn2 sunni yg kata mana boleh jamak, dekat jer...huh... lagipun kalau tgk bola mana boleh jamak...kl pergi berjihad atau perkaara2 baik baru boleh... rasanya dah berkali2 sy tunjukkan hadis ibn abbas perihal boleh jamak tp jarang yg mahu faham... jadi...kpd yg mahu tahu perihal jamak termasuk pandangan sheikh wahabi...jemput ke blog saya.. disinidandisini.blogspot.com
terbaru: salinan buku "mengapa aku memilih ahlul bait" karangan antaki...
salam pencerahan
...kari

Islam Muhammadi said...

Salam.

Punca orang syiah sesat karena mereka ikut cakap Imam-Imam mereka dalam semua urusan hidup, keduniaan dan kerohanian.. Mereka ikut feqah Jafari, Imam Jaafar ash-Shadiq.

Kata Imam Jaafar ash-Shadiq : "Pertama kali yang dihisab dari seorang hamba adalah solatnya. Jika solatnya diterima, maka seluruh amal perbuatannya diterima, dan jika solatnya ditolak, maka ditolak pulalah seluruh amalnya. Maka jika engkau solat, hadapkanlah hatimu kepada Allah karena tidak ada seorang hamba mukmin yang menghadapkan hatinya kepada Allah di dalam solat dan doanya kecuali Allah menghadapkan hati mukminin kepadanya. Dan Allah mengokohkannya di surga bersama orang-orang yang mencintainya."

khairunnisa' said...

salam, kalau berdepan dengan orang yang berlagak tahu semua perkara kita nak buat macam mana? rakyat Iran berdepan dengan orang sepertyi ini macam mana ya?

mood: geram plus plus.. rasa nak tumbuk je muka orang itu. semoga allah redha...

azwandengkil said...

Kenapa perlu 'mengangkat' mereka dengan double meaning posting begini?

miss fatihah said...

dr pernah baca i'itiqad ahlussunnah wal jama'ah-k.h.sirajuddin abbas?

Pakya said...

Dr punya ulasan pun memang best. Siapa makan cili dialah yang rasa pedasnya.

Dr Faisal Tehrani said...

abd hakim
ha'ah sahara dari samarinda!

black gallardo said...

dr,
tidak mengapakah menulis secara sinikal begini?
saya tertanya-tanya kerana sahabat saya yang saya tunjukkan post2 di sini kata kalau tulis sinikal macam contoh
"mereka ini sesat kerana tidak pernah tinggal solat lima waktu" ,
maka tak boleh. nanti timbul fitnah katanya.

Dr Faisal Tehrani said...

black
laaaaa kalau saya puji mereka kerana bersolat sebelum menonton bola nanti ada orang lain marah pula. nanti didakwa mengagungkan syiah pula. bila saya kutuk mereka sesat, pun ada orang kata saya tak betul. susah lah macam ni.
miss fatihah lebih dari buku itu saya baca, degree saya syariah dari akademi pengajian islam UM.

garfield_cnakal said...

bkn menyebelahi syiah, tapi confuse dgn rosyan kari nya comment, knpa smpi nak jamak solat hanya kerana nak tgk bola? utk melaksanakan jamak ada syarat nya...sila rujuk link ini http://ms.wikipedia.org/wiki/Solat_jamak ...solat boleh dilaksanakan hanya apa bila bermusafir melebihi dua marhalah~ apa msalah nya kalo org bersolat sblm wktu perlawanan bola brmula? secara general nya , bkn melihat kepada puak mana mereka berasal,tapi melihat kepada kesetiaan mereka melaksanakan solat yg Tuhan wajibkan~ mgkin sy naif, pndapat naif sy,tiada salahnya pun bersolat kalau dah msuk waktu walau dimana pun org tu berada~

black gallardo said...

hahaha..itu pun sinikal dr! :)

miss fatihah said...

dr..sy br jmpa buku tu. slama ni sy bc setiap yg dr pos. :) ptg td lps sy ckp sal ni depan abah sy. tiba-tiba dia bagi buku tu.

n oliver said...

saya tak mengerti apa yang dimaksudkan sesat disini?

hiri said...

786/121.

Hadis #443 Sahih Muslim.

Dari Ibni Abbas, katanya: "Pernah Rasulullah s.a.w, menjama'kan sembahyang Zuhur dan Asar, Maghrib dan Isya', bukan kerana takut dan bukan pula kerana musafir.

Hadis #444 Sahih Muslim.

Dari Ibnu Abbas, katanya: "Pernah Rasulullah s.a.w menjamakan sembahyang Zuhur dan asar diKota Madinah bukan waktu takut atau waktu musafir, Kata Abu Zuber, saya bertanya kepada Sa'id bin Jabir (sahabat Nasbi juga): Sebab apa Rasulullah s.a.w berbuat begitu? Jawab Sa'id: Saya pernah menanya kepada Abdullah bin Abbas seperti pertanyaanmu ini, maka saya mendapat jawapan: Agar seseorang dari ummat Islam tidak mengalami kesulitan."

Ain said...

Berbeza betul dengan senario penonton bola sepak Malaysia..

Ain said...

Semoga lagi ramai yg mencontohi penyokong bola sepak Kelantan (merujuk pada komen Ubey)& tentunya saudara kita di Iran..

sokongpr said...

Ini mesti kes tak pernah pi kedah dan kelantan. Orang kedah dan kelantan lagi ramai solat sebelum ke stadium lah. janganlah gayat sangat dengan iran tu. woooo

Dr Faisal Tehrani said...

sokongpr
kelantan dan kedah? oh penyokong pas lah ni ya? saya tak ada masalah dengan orang mukmin. kenapa saudara melenting ya? saya juga suka suasana di kedah dan kelantan, cuma entri ini tentang iran.
tapi komen sdr kira lebih baik daripada abdhakim. beliau menghina mat despatch. seolah-olah beliau sahaja yang 'pandai'. orang seumpama ini janganlah kita umpamakan.

Fikirlah said...

hehe, kalau dah mindset tu syiah sesat, ada je benda yang tak kena. Dada tak cukup lapang.

HanaKhairi said...

Tengok wayang pon boley keluar solat di surau yang berdekatan. Pokok pangkalnya hati....

sokongpr said...

TU YANG SOLAT. YANG TAK SOLAT BERAPA PULAK. GAMBAR INI BUKAN ALASAN KUKUH MEMBELA SYIAH. CARILAH HUJAH LAIN YANG PADAN DENGAN PHD TUAN WOOOO

Islam Muhammadi said...

Salam.

Kata-kata hikmah:

Jangan kata pada SOLAT aku ada KERJA
Kata pada KERJA sekarang waktu SOLAT

Syahid Ali Rajaie

EJA said...

bagi saya solat itu WAJIB dan harus ditunaikan walau kita berada di mana pun..krn itu tiang agama kita.. disini saya x nmpk pun apa yg dikatakan saudara SESAT..

PReDicToR said...

saya tak setuju dengan entri ini...

dalam apa keadaan sekalipun...solat itu perlu dilaksanakan dan dijaga. Bagus tindakan mereka tu. Walaupun sibuk dengan hal dunia...mereka tidak ketepikan hal agama.

BOM321 said...

Apa masalahnya kalau mereka nak solat?
mereka sendiri nak solat pada bila2 masa itu hak dan diri mereka mengikut pegangan mereka,
orang tinggalkan solat tu sepatutnya kita tegur, diri kita sendiri ni belum tentu kemana hala tujunya nanti, kalau nak solat sebelum tengok bola, main bola atau lumba moto ke, tak salah, janji tak tinggal solat.