


Abdullah Ahmad Badawi tertarik dengan simulator pemanduan yang dihasilkan oleh Iran ketika melawat pameran penyelidikan dan teknologi perbandaran
di Kementerian Sains di Tehran pada tahun 2008.
di Kementerian Sains di Tehran pada tahun 2008.
Iran nombor satu dalam sains? Begitulah laporan terkini majalah New Scientist (klik sini). Macam mana jadi begini? Ala! Biar Betul! Mereka yang sesat boleh maju begini? Kita yang sebenarnya berada di jalan syurga boleh ketinggalan sampai begini sekali? Bukankah kita diberitahu mereka ini sesat.
Laporan majalah yang berbobot dalam dunia sains itu menyebut begini: Which country's scientific output rose 18-fold between 1996 and 2008, from 736 published papers to 13,238? The answer – Iran – might surprise many people, especially in the western nations used to leading science. Iran has the fastest rate of increase in scientific publication in the world.Sebenarnya dari dulu lagi kita umat Islam menumpang kejayaan saintis syiah. Jadi, jika kita membuang syiah dari Islam, kira-kiranya kita (dari dulu dan akan datang) berdepan dengan kemalapan. Ibnu Sina yang terkenal itu misalnya adalah seorang syiah. Takkanlah kita nak buang Ibnu Sina dari perbendaharaan Islam?
Selain itu, sejak dulu-dulu lagi kita telah menumpang mereka:
Abu al-Aswad al-Du'ali (pakar bahasa dan saintis)
Abu Zayd al-Balkhi (ahli matematik/fizik).
Al-Kindi, (Polymath)
Jabir ibn Hayyan (Polymath) juga dikenali sebagai bapa kimiawi.
Ulangan: Abu Ali Sina (Polymath) yang juga dikenali sebagai Avicenna di Barat.
Al-Khwārizmī (Polymath) dikenali sebagai bapa aljebra and algoritma
Al-Farabi (Polymath), juga seorang filsuf, kosmologis dan sosiologis.
Abu Nasr Mansur yang dikenali menerusi 'spherical sine law'.
Muhammad al-Idrisi, seorang kartografer.
al-Biruni (Polymath) dinobatkan sebagai "first anthropologist" di Barat.
Sibawayh (hah orang yang mengaji bahasa Arab tentu kenal beliau).
Ibn Miskawayh saintis yang menjelaskan the process of evolution ketika abad ke 10.
...dan ramai lagi...
Sebenarnya bukan saya saja yang memuji kehebatan saintis syiah dari Iran. Timbalan Speaker Parlimen Malaysia YB Datuk Wan Junaidi bin Tuanku Ja'far ketika bertemu dengan Speaker Majlis Iran, Ali Larijani mengatakan tanpa segan silu lagi: “Iran's scientific and technological progress is a source of pride for Muslims and belongs to all Muslim nations." (lihat sini)
Sekejap, ulangan: 'is a source of pride for Muslims and belongs to all Muslim'? Ini kenyataan timbalan speaker kita?
Err, bukan mereka ini sesat ke? Macam mana pula boleh jadi pride untuk kita semua?
Untuk terus bingung, saya sarankan semua menilik buku The Encyclopedia of Islam and Iran: Dynamics of Culture and the Living Civilisation karya bekas Menteri Luar Iran, Ali Akbar Velayati. Buku ini diterbitkan oleh MPH dan didanai oleh Yayasan Al-Bukhary. Ia dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi di Kuala Lumpur pada tahun 2008. Pak Lah dalam ucapannya ketika melancarkan buku tersebut menyebut begini: "Dalam buku ini Ali Akbar menyentuh pelbagai perkara iaitu daripada pembinaan tamadun Islam hinggalah tajuk yang berkisar mengenai kemajuan sains dalam Islam. Buku ini amat sesuai untuk dijadikan bahan rujukan di institusi-institusi pengajian tinggi. Saya amat hargai usaha beliau kerana berjaya menambahkan koleksi bahan rujukan Islam." (Utusan Malaysia 31/05/08)
Eh garu kepala tiba-tiba. Kalau dah sesat mengapa pula nak merujuk mereka?

Dalam buku ini, Velayati menulis, kejayaan Iran (Parsi) dalam bidang sains ialah kerana mereka menurut ahlul bait Rasulullah SAW.
Laaaa, itu saja rahsianya ke?
* Sesungguhnya kehebatan bangsa Iran telah pun diramal Rasulullah saw. Tidak ada istilah obses terhadap Iran. Tekuni hadis ini: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah yang berkata, "Kami sedang duduk bersama para sahabat Rasulullah saw ketika Surah Jumuah turun kepada baginda lalu baginda membacakan ayat " ... Dan juga (telah mengutuskan Nabi Muhammad kepada) orang-orang yang lain dari mereka, yang masih belum datang ..."
Seseorang bertanya kepada Rasulullah saw sebanyak dua atau tiga kali tetapi baginda tidak menjawab. Bersama kami adalah Salman al-Farisi. Rasulullah saw berpaling kepadanya dan meletakkan tangan baginda ke atas paha Salman seraya bersabda, "Sekiranya iman berada di bintang Suraya sekalipun, nescaya lelaki dari bangsa ini yang akan mencapainya." (Sahih Muslim, Kitab al-Fada'il as-Sahabah hadis 6178 dan Sahih Bukhari, Kitab Tafsir, Jilid 5, halaman 108).
Allah SWT dalam surah Muhammad ayat 38, berfirman, "Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertakwa dan berderma) Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu."
Ketika turun ayat ini, para sahabat bertanya kepada Rasulullah saw, siapakah yang akan menggantikan kami? Baginda menepuk bahu Salman al-Farisi dan bersabda, "Dia dan kaumnya! Dan jika agama berada di bintang Suraya sekalipun, nescaya yang akan mengambilnya adalah lelaki dari bangsa Farsi." (Tafsir Ibnu Kathir, Jilid 4, halaman 182)
Abu Zayd al-Balkhi (ahli matematik/fizik).
Al-Kindi, (Polymath)
Jabir ibn Hayyan (Polymath) juga dikenali sebagai bapa kimiawi.
Ulangan: Abu Ali Sina (Polymath) yang juga dikenali sebagai Avicenna di Barat.
Al-Khwārizmī (Polymath) dikenali sebagai bapa aljebra and algoritma
Al-Farabi (Polymath), juga seorang filsuf, kosmologis dan sosiologis.
Abu Nasr Mansur yang dikenali menerusi 'spherical sine law'.
Muhammad al-Idrisi, seorang kartografer.
al-Biruni (Polymath) dinobatkan sebagai "first anthropologist" di Barat.
Sibawayh (hah orang yang mengaji bahasa Arab tentu kenal beliau).
Ibn Miskawayh saintis yang menjelaskan the process of evolution ketika abad ke 10.
...dan ramai lagi...
Sebenarnya bukan saya saja yang memuji kehebatan saintis syiah dari Iran. Timbalan Speaker Parlimen Malaysia YB Datuk Wan Junaidi bin Tuanku Ja'far ketika bertemu dengan Speaker Majlis Iran, Ali Larijani mengatakan tanpa segan silu lagi: “Iran's scientific and technological progress is a source of pride for Muslims and belongs to all Muslim nations." (lihat sini)Sekejap, ulangan: 'is a source of pride for Muslims and belongs to all Muslim'? Ini kenyataan timbalan speaker kita?
Err, bukan mereka ini sesat ke? Macam mana pula boleh jadi pride untuk kita semua?
Untuk terus bingung, saya sarankan semua menilik buku The Encyclopedia of Islam and Iran: Dynamics of Culture and the Living Civilisation karya bekas Menteri Luar Iran, Ali Akbar Velayati. Buku ini diterbitkan oleh MPH dan didanai oleh Yayasan Al-Bukhary. Ia dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi di Kuala Lumpur pada tahun 2008. Pak Lah dalam ucapannya ketika melancarkan buku tersebut menyebut begini: "Dalam buku ini Ali Akbar menyentuh pelbagai perkara iaitu daripada pembinaan tamadun Islam hinggalah tajuk yang berkisar mengenai kemajuan sains dalam Islam. Buku ini amat sesuai untuk dijadikan bahan rujukan di institusi-institusi pengajian tinggi. Saya amat hargai usaha beliau kerana berjaya menambahkan koleksi bahan rujukan Islam." (Utusan Malaysia 31/05/08)Eh garu kepala tiba-tiba. Kalau dah sesat mengapa pula nak merujuk mereka?

Dalam buku ini, Velayati menulis, kejayaan Iran (Parsi) dalam bidang sains ialah kerana mereka menurut ahlul bait Rasulullah SAW.Laaaa, itu saja rahsianya ke?
* Sesungguhnya kehebatan bangsa Iran telah pun diramal Rasulullah saw. Tidak ada istilah obses terhadap Iran. Tekuni hadis ini: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah yang berkata, "Kami sedang duduk bersama para sahabat Rasulullah saw ketika Surah Jumuah turun kepada baginda lalu baginda membacakan ayat " ... Dan juga (telah mengutuskan Nabi Muhammad kepada) orang-orang yang lain dari mereka, yang masih belum datang ..."
Seseorang bertanya kepada Rasulullah saw sebanyak dua atau tiga kali tetapi baginda tidak menjawab. Bersama kami adalah Salman al-Farisi. Rasulullah saw berpaling kepadanya dan meletakkan tangan baginda ke atas paha Salman seraya bersabda, "Sekiranya iman berada di bintang Suraya sekalipun, nescaya lelaki dari bangsa ini yang akan mencapainya." (Sahih Muslim, Kitab al-Fada'il as-Sahabah hadis 6178 dan Sahih Bukhari, Kitab Tafsir, Jilid 5, halaman 108).
Allah SWT dalam surah Muhammad ayat 38, berfirman, "Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertakwa dan berderma) Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu."Ketika turun ayat ini, para sahabat bertanya kepada Rasulullah saw, siapakah yang akan menggantikan kami? Baginda menepuk bahu Salman al-Farisi dan bersabda, "Dia dan kaumnya! Dan jika agama berada di bintang Suraya sekalipun, nescaya yang akan mengambilnya adalah lelaki dari bangsa Farsi." (Tafsir Ibnu Kathir, Jilid 4, halaman 182)



71 comments:
masyaAllah... subhanallah... TQ ... TQ ... for the info....
Salam , Jadi.., Tuan FT ,bagaimana cara saya nak mengikuti dan menunjukkan tanda menyayangi
ahlul bait Rasulullah SAW .
Perlukah saya menukar ke Mazahab Syiah atau perlukah saya berhijrah
ke Iran.
jawab la terompah-terompah oooiii...!
putra ns
You are so funny (having those words here) and so naughty (having these kind of words: Laknat Allah terhadap SEMUA orang KAFIR!) in your blog.
Itu saja sudah cukup untuk menjelaskan 'minda saintifik' saudara.
Tak perlu tukar atau berhijrah, saya sudah sarankan di awal; "tumpang saja". Err, kalau tak tahu malulah...
Saya dah lama mengikuti blog tuan FT ini. Kesimpulannya , Syiah benar ,sunnah akan ke neraka..
Takut saya .. bagaimana datuk nenek , saudara-mara saya yg dah meninggal, dlm Ahlilsunnah dulu..
Kebenaran akan mendapat bantuan Allah , sunnah pasti dimusnah oleh Syiah suatu hari nanti.
Tapi saya tidak pernah memusuhi Syiah apalagi membunuhnya. Lebih baik saya bunuh india dan cina tu..
Boleh baca minda .. hebat Tuan FT.
Saya tak boleh baca apa-apa pun , saya bodoh . Belajar setakat SPM.
Bukan pengkaji,bukan org terpelajar seperti Tuan... cuma pembaca untuk orang yg menulis seperti Tuan.
Ok Putra_ns sebagai tambahan saranan Dr,
Jika kamu bercita-cita tinggi macam orang2 Iran, ada petua yg kamu kena buat. Saya sarankan buat permulaan ni, kamu buat sepertimana yg orang2 Iran rajin buat. Iaitu melaksanakan perintah Allah swt dengan tekun seperti yg digariskan di dlm Surah Al-Ahzaab, Ayat 56;
"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat ke atas Nabi; wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."
Kalau Allah swt sentiasa berselawat, takkan kita malas nak selawat kot, malulah....
Dan selawat hendaklah disertakan sekali dgn Ahli Keluarga Baginda, macam yg kamu baca di dalam solat barulah menjadi.
Ini sebagai langkah awal bagi orang yg ingin mencipta kejayaan dan kemenangan besar di dunia dan di akhirat insha Allah. Selamat mencuba :)
Salam Dr FT,
Tau kenapa kita disini tak sesat dan jauh ketinggalan dlm bidang sains.. Jawabnya.. Sains bagi kita adalah satu dari cabang ilmu dan terpisah pulak dari ilmu Islam seperti ilmu tauhid, fekah, tasauf dll.. Tapi mereka syiah2 ni cakap.. makna sains tu lah ilmu dan ilmu tu lah sains. Hatta, ilmu ketuhanan tu sekalipun, mereka panggil Sains Ketuhanan.. Kan beza tu...
Budaya kita hampir sama, mengapa peradaban kita berbeza?
semoga semua umat Islam sedunia bersatu. ini bukan toleransi antara dua agama, tetapi satu agama dengan fahaman yang berbeza.
Salam. Bangsa Parsi, bangsa yang hebat, berani dan kuat pegangan agama. Mungkin minoriti sahaja yang jauh dari agama (sekular). Tetapi, majoriti berpegang teguh kepada agama, lihat sahaja solat jemaah subuh, MasyaAllah ramai sekali. Patutlah baginda Nabi memuji bangsa Parsi melalui Salman Al-Farisi.
Putra ns
Saya TIDAK PERNAH mengatakan ahlus sunnah ke neraka. saya ini apa? SAUDARA YANG BUAT KESIMPULAN ITU.
Dan saya cuma ingin mengingatkan tuan, 'kepandaian' tuan yang tuan ulangi lagi di sini dengan ayat: "Lebih baik saya bunuh india dan cina tu."
Ini ayat rasis dan berbahaya. Jika ada teman tionghua dan india yang membacanya maka saya fikir tuan dalam masalah. Ini kerana tuan membuat dikotomi sendiri untuk dunia dan tidak menurut kebenaran yang disarankan Rasulullah saw iaitu pembahagian dunia ini adalah menurut 'yang tertindas' dan 'yang menindas' (tidak kira agama dan mazhab).
janganlah kita bunuh sesiapa. melainkan perang membela diri...isk3
Tukar mazhab = bukan senang main tukar macam tukar baju. Ilmu mesti ada, apa dan kenapa perlu jelas.
Pindah Iran = Tiada semangat cintakan negara. Tengok dalam blog, Tuah Melayu, nak "lebih baik bunuh kaum lain" tapi ada option untuk pindah ke negara orang.
Rasanya option 1 lebih baik, sebab perlu belajar dan menimba ilmu. Kalau option 2, macam 'makan balik dengan kata-kata sendiri'.
"Dalam buku ini, Velayati menulis, kejayaan Iran (Parsi) dalam bidang sains ialah kerana mereka menurut ahlul bait Rasulullah SAW."
Justeru, apa yg penting?
jwb: rujuklah punca kejayaan mereka... saya baru sahaja publish entry terbaru di blog saya mengenai ulama syria. al antaki yg dari mazhab sunni syafie spt kita yg memilih utk megikut ahlul bait.
blog sy boleh dilayari di http://disinidandisini.blogspot.com/
putran ns,
Salam,
Kamu mempunyai pemikiran yang amat merbahaya.
Saudara nampaknya suka mengkafirkan orang yang tidak sealiran dengan saudara. Dari mana anda mendapat asuhan sebegini?
Nampanya saudara juga sangat bersemangat dalam beragama.
Saudara jangan terlalu beremosi sehingga tidak boleh berfikir dgn betul. Kerana akibatnya parah. Tanda2nya ada pada saudara.
Beginilah akibatnya apabila emosi dimasukkan dalam agama sehingga mengesampingkan kepentingan dan peranan aql. Betapa ramai yang beragama tetapi tidak rasional.
Sebenarnya tidak ada masalah dengan emosi dalam agama sekiranya ia dipandu oleh syariat dan aql yang benar.
Beragama secara benar akan membangkitkan emosi yang benar dan kehidupan yang selamat.
SELAMAT BERAGAMA YANG BENAR
Uwais
786/121.
Nak tukar parti pun susah, lebih2 lagi nak tukar mazhab.
Langgar fatwa, 2 pengikut syiah dihadap di mahkamah
31/03/2011 4:44pm
Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR
KUALA LUMPUR 31 Mac – Seorang warga Iran antara dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang dekat sini atas tuduhan menghina, mengingkari dan melanggar fatwa negeri Selangor, tahun lalu.
Kedua-dua tertuduh didakwa sebagai pengikut fahaman syiah. - Utusan
---
apalah nasib saudara kita yang bermazhab minoriti di Malaysia ni. Aku rasa mereka dah macam rakyat Bahrain yang ditindas. Apa pengAUTAkuasa agama Selangor ni diresapi wahabi ka? atau buta? sekarang sibuk hal fatwa poco-poco, tolonglah keluar fatwa atau perihal perpaduan Islam tanpa mengira mazhab.
Salam sejahtera buat Dr, saya sebenarnya dah lama baca blog dr ni, cuma rasa nak komen la kali ni, saya amat suka akhlak orang2 syiah ni, cuma banyak perkara yang saya tak boleh terima,diantaranya:-
1. kenapa perlu tukar ke mazhab syiah untuk menjadi pencinta Ahlul Bait.
Ahli Sunnah wal jamaah ni pembenci ahlul bait ke?.
2. Kenapa majoriti kaum syiah kata Empat sahabat Rasulullah s.a.w semuanya kafir dan zalim terhadap Ahlul Bait.
Tolong jelaskan dan kemukakan dengan fakta dan dalil yang jelas memandang Dr. seorang yang pro... Jazakallahu khairan kathira..
Salam sejahtera buat Dr, saya sebenarnya dah lama baca blog dr ni, cuma rasa nak komen la kali ni, saya amat suka akhlak orang2 syiah ni, cuma banyak perkara yang saya tak boleh terima,diantaranya:-
1. kenapa perlu tukar ke mazhab syiah untuk menjadi pencinta Ahlul Bait.
Ahli Sunnah wal jamaah ni pembenci ahlul bait ke?.
2. Kenapa majoriti kaum syiah kata Empat sahabat Rasulullah s.a.w semuanya kafir dan zalim terhadap Ahlul Bait.
Tolong jelaskan dan kemukakan dengan fakta dan dalil yang jelas memandang Dr. seorang yang pro... Jazakallahu khairan kathira..
Lebai Muda
Saya tak boleh jawab bagi pihak mereka. Sdr ajukanlah kepada Sinar Harian, Jakim, jais, bekas mufti dll untuk bedialog. Ambil panel syiah seorang dan ajukan soalan puas2. saya pun nak hadir tengok. saya bukan pro syiah, saya pro orang tertindas. siapa kena tindas saya lawan sang penindas, itulah kerja nabi kita dulu2.
salam..
hari2 aku masuk blog ni utk update ape bro tulis.. mula kenal blog ni sekitar tahun 2009 oleh seorg kawan yg bermazhab syiah dan sejak itu menjadi silent reader.. tp lama2 rasa bosan sb duk tayang iran+syiah xabis2..mula2 minat+menarik, lama2 bosan+menyampah.. mcm dunia ini tidak ada yg baik kecuali iran dan syiah..harap dpt terima teguran dari peminat yg hari2 duk klik blog ni.
Baik, cuma saya nak minta satu je dari Dr, ramai lagi puak Sunnah yang tertindas, bela dan bantulah mereka dahulu, Dr sendiri membuat kenyataan Dr masih bermazhab sunni kan?. Bukan salah membantu mereka( SYiah), yang salahnya terlalu taksub dalam pembelaan hingga lupa asal kita.
Anak2 muda masyarakat kita semakin jauh dari Agama,generasi makhluk perosak akan terus beranak pinak jika kita masih sibuk menukar2 mazhab, berdebat sana sini.
Sepatutnya Dr fokuskan mendidik masyarakat, dr pandai berpidato dan berkarya, gunakanlah ia untuk mendekatkan masyarakat dengan Islam, barulah boleh dipanggil buat kerja Nabi bukan?, Maafkan saya kalau terkasar bahasa. minta jasa baik Dr. Ini hanya sekadar pendapat saya yang tak seberapa dari kaca mata pelajar Agama. Ma'assalamah
khairizan
saya pelawa saudara untuk tidak klik lagi pada blog ini. saya tak kisah kehilangan 'peminat' seperti sdr. kalau sdr menyampah saya tak dapat buat apa. ini ruang saya.
lebai muda, mana saudara tahu saya tidak menolong sunni yang tertindas? novel saya bahlut dan perempuan politikus melayu misalnya sudah baca? orang seperti saudara selalu buat sweeping statement. lebai tak boleh begitu. tunjukkanlah contoh yang baik.
Tidak dinafikan, kehebatan teknologi sains & perkembangan ilmu di Iran merupakan antara punca saya mula-mula tersedar "bagaimana org yang dikatakan sesat begini boleh jadi begitu maju?" & dari situlah saya mula berfikir dan menggali kebenaran di sebalik segala propaganda terhadap Syiah..
Maksud si lebai tu,Perbuatan seseorang itu pada setiap harinya/postnya menandakan apa yang ada didalam hatinya..Wallahua'lam. Teruskan berbakti untuk Islam.
huhu..begitu mudah menghalau bila tidak suka..bro tidak boleh begitu..mmg ini ruangan bro, nama pun blog. tp saya cuma tidak berapa berkenan kerana bro terlalu menonjolkan syiah dan iran..lebih suka jika bro byk membincangkan mengenai sastera dan novel bro..ini hanya padangan ikhlas...bukan ada niat mau mengutuk atau mengeji..ini adalah antara blog kesukaan saya...
saya juga tidak ada masalah dgn syiah kerana saya dikelilingi ramai kawan2 syiah..nmpak sgt tak professional bila bro yg ada gelaran doktor ni menghalau org sesuka hati..mcmna nk jadi sehebat iran ni? jika tidak boleh dikritik.
786/121.
Jangan jadi lebai malang.
Abul Farah said...
Salam Dr FT,
Tau kenapa kita disini tak sesat dan jauh ketinggalan dlm bidang sains.. Jawabnya.. Sains bagi kita adalah satu dari cabang ilmu dan terpisah pulak dari ilmu Islam seperti ilmu tauhid, fekah, tasauf dll.. Tapi mereka syiah2 ni cakap.. makna sains tu lah ilmu dan ilmu tu lah sains. Hatta, ilmu ketuhanan tu sekalipun, mereka panggil Sains Ketuhanan.. Kan beza tu...
Monday, April 04, 2011
Abul farah,
Iran dengan Sains ketuhanan? Apa maknanya?
Salam.
Kenapa Dr Faisal asyik post mengenai Syiah-Iran?
Sebab ada segelintir dalam kalangan kita begitu lancang mengkafir dan menyesatkan mazhab orang lain, lalu dihebahkan kepada orang ramai. Oleh kerana sikap segelintir kita ini asyik mengkafir dan menyesatkan mazhab orang, maka adalah perlu untuk membuktikan Syiah ini tidak sesat dan tidak kafir melalui gambar orang Syiah yang pergi masjid untuk sembahyang, yang baca Quran dan lain-lain.
Adalah mustahil untuk meletakkan gambar orang-orang mazhab kita (ahli sunnah) berjemaah di masjid, surau ataupun masjidil haram untuk membuktikan Syiah itu tidak kafir dan sesat. Mana orang akan percaya.
khairizan
bidang saya bukan sastera asalnya dan bukan sastera tulen sebenarnya. bidang saya adalah sastera bandingan dan ia melibatkan Islam sebagai cara hidup (baik di alam melayu dan luar). justeru apa yang saya bincangkan dalam blog saya ini adalah bahagian2 dari dunia akademik yang saya gulati. kalau saudara rasa menyampah boleh pergi tempat lain. itu dikira mengusir ke?
kalau saudara nak mencari blog yang tulen bincang novel dan sastera silakan, ada teman2 saya yang buat begitu pun dengan blog mereka. akan tetapi saya tidak seperti mereka. dan itu membezakan saya dengan mereka.
Best video, menceritakan progres kemajuan sains di Iran selama 3 tahun:
http://www.youtube.com/watch?v=0uEaWZ5vEGk
"The Quran does not claim taht man should first accept the validity of the Islamic Sciences, & then thru intellectual proofs justify these sciences.
Rather, with complete confidence with the truth of its own position, it proclaims that man should use his intellect to discover the truth of Islamic Sciences, and only then ACCEPT the TRUTH."
Bole tgk statistik perbandingan penghasilan jurnal sains (antara negara2)di sini:
http://www.science-metrix.com/30years/index.html#
Muat-turun laporan '30 years in Science' worldwide, di sini:
http://www.science-metrix.com
salam, pendapat mengatakan dengan sains dan teknologi islam boleh maju dan dihormati adalah kurang tepat...Kurun yang terbaik ialah kurun yang pertama dimana nabi dan para sahabat mengembangkan dakwah.Kuasa2 besar seperti rom dan parsi di bawah penguasaan islam pada masa itu...Iman dan yakin pada sunnah nabi menjadi keyakinan.Orang arab tak ada teknologi,tak seperti orang rom dan parsi.Tapi dunia dibawah tapak kaki mereka...Dengan 2 rakaat solat hajat sahaja masaalah dapat diselesaikan.
abdhakim
Saudara benar2 mengejutkan! Saya hilang kata-kata. Saudara nyaris2 satu spesis dengan putra_ns.
Salam.. menyampuk sikit..soal "Teknologi" memang Iran amat membanggakan.. ingat dulu time mude-mude.. kalau canggih je mesti pikir Amerika.. hebat je mesti pikir Amerika.. skang tidak lagi.. =)
Saya berani , bukan pengecut ,sebab tu saya tulis. Tak perlu berselindung .
Umat islam ditindas kerana pengecut.
Lihat Arab , pengecut , mereka tak dapat bersatu menentang Barat. Pentingkan perut sendiri.
Rasis ! mereka lebih rasis dari kita. Baca tulisan Tamil & Cina.
putra ns
Saudara akan saya 'cegah' dari terus menulis di sini kerana saudara seorang rasis. Bersikap berani tidak ada kena mengena dengan bersikap rasis. Manusia biadab!
786/121.
Zaman Nabi Noh a.s sudah ada sains.
Nabi Noh a.s sudah buat bahtera yang bertingkat2. Yang nak selamat ikut dalam bahtera, yang tak nak ikut tenggelam.
Wakil dari Iran Game Council melawat pejabat kami beberapa minggu lepas.
Hasil kerja mereka, di dalam teknologi permainan mmg amat membanggakan. Malu jugalah bila saya lihat permainan komputer yg mereka buat setaraf dengan apa Barat keluarkan.
Sedih sbb mereka tak dapat jual hasil kerja baik mereka ke seluruh dunia.
Saya juga sedih kerana kebanyakkan pemain industri permainan di Malaysia ni (yg Islam) ramai yang jenis harap bantuan geran percuma kerajaan sahaja. Hasil tak seberapa.
Putra_ns....
Mana datang dulu? Diri kau sebagai melayu ataupun sebagai seorang islam?
Tukang kayu
saya setuju
putra ns,
saya simpati dgn anda kerana tak jumpa asal-usul keturunan anda yg asli ! cuba sesekali balik kg hadir kenduri akikah.cuba sesekali dgr apa benda yg dilagukan dlm berzanji dan berendoi org2 melayu.. bukankah nama hussin di sebut mati di padang karbala..! marhaban ya husaini...!!! org melayu sendiri pun memuja hussin setiap kali lagu marhaban dimainkan... saya anak jati ns berdarah minangkabau dari kedua2 ibu-bapa saya.. apa yg mengejutkan saya, bapa saya memberitahu bhw datuk dan nenek moyang kami akan memukul 'bajat'(spt kompang) setiap 10 muharram( hari asyura sempena kematian saidina hussin di karbala)! saya amat berbangga sekali kerana akhirnya saya menemui keturunan saya amat menyayangi keluarga rasulullah s.a.w .
salah satu caranya adalah kita mesti membesarkan dan memuliakan hari2 kelahiran dan kewafatan cucu cicit rasulullah s.a.w..
khairizan
baca buku sejarah islam banyak menyebut ttg kelemahan khalifah2 islam dan mereka menyebut osman affan seorang pemerintah yg kronisme.kenapa begitu jadinya saidina osman yg dikatakan seorang sahabat yg dijanjikan antara sahabat yg dijamin masuk syurga oleh rasulullah ? bab kafir mengkafir ni, saya rasa ust hassan din lebih pandai jwb kerana dia mendakwa anak2 syiah sbg anak zina
!!
kalau iran itu lebih baik dari segi semua sikapnya kenapa tidak kita memujinya.mana ada negara islam yg mampu berdiri dgn sendiri kecuali iran ! siapa negara yg membantu umat islam palestin secara berterusan melalui peruntukan negara kalau bukan iran ! mana ada negara islam yg berani berhadapan dgn amerika, israel dan barat kalau bukan iran ! kalau nak disebut pasal kebaikan iran tak cukup utk dibahaskan di sini...
lebai muda,
kalau dikaji ahli sunnah ni dari mana dtgnya dan siapa yg menyebutnya! ahli sunnah hanya wujud semasa era pemerintahan bani umayyah sdgkan syiah sudah lama ada selepas wafatnya rasulullah.
saya juga suka saranan beliau minta penulis (dr ft) utk fokus pada bidang2 dakwah dan penulisan utk mendidik masyarakat..! sebenarnya inilah medium yg digunakan dr ft utk mendidik masyarakat ke arah islam yg syumul.modelnya tidak lain adalah remaja iran ! tak kan lah nak pakai model remaja islam arab saudi kut... atau pun model remaja islam mesir atau turki......! mana kena dgn kesyumulan islam itu tersendiri...
Assallamualaikum...doc // meneliti komen yg menjurus bab sains ini nampaknya keterampilan nya dijadikan pertikaian dan kepelbagaian minda awam.
Tertarik dengan gugatan yg dangkal dan kegairahan mereka yang berkunjung , nampaknya tuan telah berjaya mengelusi minda awam untuk terus teruja . Biarkan mereka menilai keperibadian dan akhlak tuan seadanya . Kemampuan tuan membicarakan isu ini mengamit keterujaan dan pasti pemikiran umat biasa menilai kebaikan dan keutamaan dengan kenyakinan , tanpa perlu meminggirkan ketaksuban segolongan umat . Jesteru ianya suatu kebanggaan dan memungkinkan perubahan pemikiran awam dalam merubah kedangkalan .Mampukah ukhuwah Islam diperteguhkan dalam mempelopori modenisasi dan teknologi . Apapun kenyakinan Akhlak Islam telah diijmakan dan kebebasan untuk takwa akan Allah pasti ada di dalam Jamaah Islam.
Imbaslah ungkapan, "Apabila kamu menolong agama Allah' (menegak/mendaulatkan/membela), pasti pertolongan Allah lebih lagi ke atas.
Jadi nak jadi leader dalam Sains kena leder dulu dalam perjuangan membela dan menegakkan agama Allah. Pengkajian Sains yang ikhlas, luhur dan tulin akan menemukan pencarinya kepada tiada lain selain Tuhannya...
So kenapa Iran leading dalam Sains? Bukankah mereka sesat? Quran pun ada special punye(I ayat follow tuan punye blog je)
salam Dr Faisal tehrani...
Tak perlu nak bertikam pena sesama sendiri(nampak panas entri ni)...walaupun saya ni kurang mengikuti syiah etc..lihat saja generasi sekarang...baca al-fatihah pun tak tahu(80% pelajar ipta juga tidak tahu makna alfatihah)...anak watan kini ikut syiah ke,ikut iran ke,ikut sunnah ke....masalah ye sekarang hadis dan alquran pun belia kini tak tahu,tak peduli dan tak ikut...sekarang semua sibuk dgn sains..boleh maju sains..macam ibnu rush, ibnu sina,ibnu battuta...mcm lagi la...semua orang boleh ambik ijazah..tapi ilmu agama hilang...tu yg paling sedih...so..apa kata kita cari 'the best way' bentuk belia kini...:D
atiq zizan
entri ini suam-suam kuku saja. tidak ada yang membakar. kecuali mereka yang makan cili.
mengapa belia kita sampai tidak boleh baca al fatihah? dan mengapa kita umat Islam ketinggalan dalam bidang sains?
jawapannya pada hadis ini: ‘Nashr bin Abdurrahman al-Kufi menceritakan kepada kami, Zaid bin al Hasan – iaitu al Anmathi – menceritakan kepada kami, daripada Ja’far bin Muhammad, daripada ayah Ja’far iaitu Muhammad, daripada Jabir bin Abdullah, ia berkata: Aku pernah melihat Rasulullah saw melaksanakan ibadah haji pada hari Arafah, saat itu beliau sedang berkhutbah di atas untanya; al Qashwa. Aku mendengar beliau bersabda: Wahai manusia, sesungguhnya aku telah meninggalkan (sesuatu) untuk kalian, sepanjang kalian berpegang teguh kepada sesuatu itu nescaya kalian tidak akan pernah tersesat, iaitu kitab Allah dan itrati keluargaku.’ Lihat Sahih Sunan at-Tirmidzi, hadis nombor 3786, bab sifat-sifat utama keluarga Nabi saw.
jadi atiq, inilah yang kita bincangkan dalam entri ini, isi hadis ini.
panas ke? kalau ada yang terbakar, kenapa dan siapa agak-agaknya mereka?
hari-hari saya klik blog ni, err kalau sempat la. kebelakangan ni baca entri je, saya sengih sendiri. Tapi entri ini jadi hangat pulak ya. Oh ya, saya ni sekadar menyibuk je. Cuma saya rasa, putra ns tu suka sinis2, tau buat2 tak tau. saya pun pening juga, kenapa dr.F asyik dengan syiah. Tapi hmm ... kalau tak gini banyak yang tak tau pasal syiah, kan? teruskan je, dr. kurang2 dr masih sunnah. saya pun. sesapa yang pening nak pilih tu, cer istikharah. moga2 Allah beri petunjuk yang benar untuk anda, tak la pening lagi ya. :-)
panas ke? tak lah hangat sangat terutamanya bagi belia macam saya yg kurang memahami..kalau ada yang terbakar, kenapa dan siapa agak-agaknya mereka?..kalau terbakar pun boleh padam dengan kesejukan iman..insya allah...tapi berapa la sangat remaja seusia 19 thn macam saya yang baca entri sebegini...islam itu mudah dan indah..bersama hiasinya dengan ksabaran dan kemakmuran...
bangsa Iran mempunyai sejarah peradaban yang panjang. bangsa iran juga merupakan penyumbang kepada peradaban dunia dari segi reka cipta, ilmu sains dan teknologi, ketenteraan.
Iran juga merupakan antara negara yang telah lama wujud sejak dari zaman permulaan peradaban.
saudara mengukur kebenaran sesuatu agama melalui kehebatan dalam bidang sains??? maka, saya berkata , agama nasrani dan yahudi juga betul sebab mereka juga telah maju dalam bidang sains.... ALLAH memberi sesuatu berdasarkan usaha seseorang... X kira syiah ke, nasrani ke, yahudi ka, kalau mereka berusaha, pasti ALLAH akan bagi... (byk juga saya jumpa artikel2 mcm ni kat website2 yahudi and kristian)....
Nik
1. Saudara tidak faham maksud sains dan ilmu. Baca buku2 almarhum ustaz wan saghir (sunni) dan Sayyid Hosein Nasr (syiah).
2. saya dah jawab saudara dengan hadis dalam entri ini.
nampaknya sekarang JPA dan MARA wajar mempertimbangkan menghantar pelajar kita ke Iran untuk belajar dalam aliran kejuruteraan .. instead of UK, Canada, US, Australia, NZ..
Cik Nurul
Pada pandangan saya tak perlulah buat begitu sekali kot. Pelajar Iran pun datang belajar di sini. Belajar di mana-mana perkara kedua. Yang pertama ialah epistemologi mereka dalam kehidupan itu yang kita nak kaji dan analisis.
Lagi pun mereka kan sesat. Takkanlah ustaz2 kita nak duduk diam kalau JPA buat begitu.
Sains 'orang yang tertindas' memanglah mekar dan maju berbanding sains dari 'ayam-ayam daging' macam Malaysia ini lah.
Bolehkah kalau saya mahu menyalahkan Traditionalists kerana menganyang Rationalists habis-habisan sewaktu kerajaan Islam yang lepas.
Ah mungkin lebih spesifik lagi saya harus marah kepada 'bila kafya'?
Salam,
Tuan FT , saya biadap.. saya mohon maaf .
Berdosa saya menyakiti hati Tuan FT dan yang lain-lain. Kita jumpa suatu hari nanti insyaallah.
Askm,
Ada something wrong dgn putra_ns ini.Mungkin pemerhatiannya hanya pada skop yang kecil.
nik,
anda, saya rasa langsung tidak memahami topik perbincangan ! setiap entri yg dipaparkan oleh dr ft mengajak kita berfikir secara rasional bukan emosi atau pun mempertikaikan lain2 mazhab.. kekadang bunyi entrinya sindiran,bidalan atau perumpamaan yg biasa2 bagi kita masyarakat melayu yg kaya dgn budi bahasanya. Entrinya selalu bertanyakan kenapa iran ? kenapa bukan kita ? saya memang setuju bhw sesiapa tidak kira agama yg rajin berusaha walau apa jua bidang sekali pun allah tetap memberi..! contoh paling mudah di malaysia, bangsa yg paling ke hadapan dan maju adalah bangsa cina walaupun mrk majoritinya bukan islam ....
Di iran, yg negara ahlus sunnah katakan sesat tapi berjaya menghasilkan nuklear,robot,pesawat tanpa pemandu (utk risikan) dan yg terbaru mrk sedang mencipta 'soyuz' mrk sendiri utk dilancarkan ke angkasa tidak lama lagi. itulah kehebatan sebuah negara yg dikatakan 'sesat' oleh negara2 islam termasuk malaysia. persoalannya mengapa iran bukan malaysia! adakah allah membiarkan hamba2nya yg di "jln lurus" itu utk dimusnahkan oleh pihak kafir sebegitu shj ? atau pun paling mudah hanya menunggu shj kezuhuran imam mahdi as sbg jawapannya.. mudah sangat hidup kalau ada yg berpandangan sebegini....!
Dr. FT dan ihsam,
Maka, dalam hal ini, anda tidak perlu mengaitkan soal siapa lebih berjaya dalam sains(ilmu) atau tidak, dengan mana2 agama atau mazhab. Soal kenapa ALLAH memberikan mereka kemajuan dalam sains adalah kerana mereka berusaha... antara sebab kerana mereka berusaha sehingga mereka begitu kehadapan dalam teknologi adalah kerana mereka berada dalam situasi yang menekan... anda boleh melihat sendiri kemajuan eropah dalam era perang dunia 1 dan 2, jepun selepas pengeboman... semuanya bermula dengan keadaan tekanan dan sikap mereka utk berusaha... ia tiada kaitan dengan keredhaan ALLAH ke atas mana2 agama...
Nik
Fahaman yang saudara pegang di atas dinamakan SEKULARISME. Tahniah lah, rebah-rempah nak mempertahankan benda yang batil.
Kejayaan sains teknologi Iran dan Jepun berbeza. Apa bezanya?
Seperti yang saya catatkan; kejayaan Iran (Parsi) dalam bidang sains ialah kerana mereka menurut ahlul bait Rasulullah SAW.
X GUNA LA SI FAISAL TEH TARIK NI, DIA NI PENAKUT NAK KATA DIA SYIAH TAPI DIA GUNAKAN PENULISAN YANG MEMANG 100% SYIAH, DAH LA BIODATA DIRI NAK BANGGAKAN DIRI SENDIRI, KESIAN SAPA YANG TERPENGARUH DGN SI FAISAL TEH TARIK NI
Salam.
Firman Allah SWT:
"Sesungguhnya telah Kami turunkan kepada kamu sebuah kitab yang di dalamnya terdapat sebab-sebab kemuliaan bagimu. Maka apakah kamu tiada memahaminya?" [al-Anbiyaa:10]
"Dan barangsiapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan beriman, lagi sungguh-sungguh telah beramal saleh, maka mereka itulah orang-orang yang memperoleh tempat-tempat yang tinggi(mulia)"[Thaahaa:75]
Nik, Kerana kita berada dalam keselesaan, maka kita membiarkan diri kita 'dibinasakan', begitu?
Dan Tuhan, mengapa manusia bernama nik ini tidak menyedari bahawa dalam semua perkara dalam semua situasi dalam semua sisi kehidupan makhluk-Nya, keredhaan Allah itu perlu dan nyata?
Fahamilah bahawa perjalanan kehidupan ini ialah sebuah perjalanan "Innalillah wa-inna ilaihi raji'un"!
Silalah tontonilah video derita saudara kita di bahrain sunni-syiah(susyi) yg brtajuk :-
Tangisan BAHRAIN : membongkar kezaliman Wahabi Part 1/3.flv
http://www.youtube.com/watch?v=HdTzP6fTwl8&feature=related
Sila tontonilah video mengenai rakyat bahrain yg dibunuh dan ditindas pemerentah zalim di youtube
Tangisan BAHRAIN : membongkar kezaliman Wahabi Part 1/3.flv
http://www.youtube.com/watch?v=HdTzP6fTwl8&feature=feedlik
saya amat kasihan graduan phd macam anda berfikiran seperti budak darjah satu. anda tinggal di bawah tempurung kah? kasihan...kasihan...kasihannn...
Terimalah kenyataan bahawa negara maju lebih adil kepada rakyat mereka dalam banyak segi berbanding dengan negara yang pemimpinnya bernama muslim tetapi bertindak di luar batas and etika.
Orang yang menyerang peribadi seseorang lawannya sebenarnya tiada hujah untuk menolak hujah lawannya. Dia sekadar jadi pak lawak!
786/121.
Allah s.w.t tidak membezakan sesiapapun tetapi yang mebezakan sesaorang itu dalah ilmu pengetahuannya.
Hahaha. Mungkin mereka yg kafir lagi tinggi rangkingnya daripada puak2 Rafidah Iran juga mencintai dan menurut ahlul bait Rasulullah SAW.
Demonstran syiah Bahrain tidak sepatutnya dibunuh. Mereka mahu menghalang kebangkitan rakyat dengan membunuh rakyat agar kebangkitan terhenti, dan yang dibunuh itu pula dituduh bermazhab syiah.
Membunuh rakyat yang berdemonstrasi, menunjukkan betapa diktatornya pemerintah. Sepatutnya berilah ruang kepada rakyat untuk menyuarakan perasaan masing-masing.
Adakah Arab sepatutnya membenci bangsa Parsi? Arab apakah jenis ini? Arab yang tidak boleh dipakai. Perlu dibuang dan ditukar kepada Arab yang lebih baik, insya Allah.
mohd ihsam zainuddin...Anda ada sebut,modelnya tidak lain adalah remaja iran ! tak kan lah nak pakai model remaja islam arab saudi kut... atau pun model remaja islam mesir atau turki......! mana kena dgn kesyumulan islam itu tersendiri...Tengok laporan ni pulak. KOSMO 7 april 2011.
Sindiket dadah Iran lumpuh
KUALA LUMPUR - Sungguhpun bilangan warga Iran yang ditahan oleh pihak berkuasa semakin bertambah dari semasa ke semasa, namun kegiatan penyeludupan dadah di kalangan warga negara itu tidak pernah berkurangan.
Terbaru, Polis Diraja Malaysia erjaya menumpaskan satu lagi sindiket dengan menangkap sembilan individu termasuk empat wanita warga Iran di ibu negara kelmarin.
Dalam operasi itu, polis berjaya merampas 71.4 kilogram (kg) dadah jenis syabu yang bernilai RM17.9 juta dan wang tunai berjumlah RM7.1 juta tidak termasuk pelbagai mata wang asing.Saudara... nak cong pun patut2 lahh...
itu la kerana terlalu ramai orang munafik sekarang sebab itu la sekejap syiah ni islam sekejap sesat.... bak kata Imam Ali K.W " orang munafik dia sentiasa berubah-ubah"
putra_ns
kalau anda solat jumaat, ketika Surah Al-Ahzab: 56 dibacakan lihatlah sekeliling apa yang orang sekeliling buat?? adakah mereka sekelilng itu terlalu cintakan Nabi dan keluarganya sehingga terkedu lidah untuk berselawat???sedih melihat keadaan ini..... lain pula pada syiah mereka akan berselawat bila mendengar Firman Allah ini..... adakah benar kita sunni lebih cintakan Nabi dan keluarganya atau mereka????
carilah jawapan kepada fitnah yang besar ini....
baca buku FITNAH TERBESAR DALAM SEJARAH ISLAM yang di syorkan oleh DR FT sebelum ini....
Post a Comment