29 March 2011

Kesesatan Melongokan: Solat di Atas Rumput

Musim bunga memang indah di Tehran. Pada hujung minggu mereka berkunjung ke taman-taman untuk berkelah. Selain berhibur dengan bermain gitar seperti ini, anak-anak pula dibebaskan bermain.


Apa yang kita hairankan ialah mereka tetap mempertahankan kesesatan mereka sebagai penganut Syiah dengan bersolat di taman tersebut. Sudahlah solat di atas rumput, mereka turut solat berjemaah di perkarangan taman. Sungguh menjengkelkan. Janganlah mencontohi mereka. Perangai mengarut seperti inilah yang menyebabkan mereka dicap sebagai sesat di sini. Ternyata kita lebih baik daripada mereka kerana kita mengamalkan Islam wasatiyyah dan hadhari.










19 comments:

nur zahra mustafa said...

Ada orang kata, "Bilalah kita nak pergi Iran? Nak solat atas rumput kat taman..." :)

garfield_cnakal said...

boleh saya tau kenapa x bole solat di atas rumput?

Muntazhar said...

HAHAHAHA...!

MARAH SI KHUSRIN TU....! HAHAHAHA...!

HARUN DIN? AAAAHHH... TEROMPAH TU... ERR ERR ERR....

SUKA DIA LAAAA...!

kyo_9 said...

haha.. cute giler meja ping pong kecik camtuh..

nemesis3891 said...

sebenarnya apa yang ingin tuan katakan?

rasanya kami sebagai pembaca dah jelas.

seakan tuan obses dengan Iran.

saya sekadar bertanya. jangan risau, saya bukan penentang tuan, saya hanya peminat karya tuan..=)

Dr Faisal Tehrani said...

nemesis
kenapa saya mesti risau dengan pertanyaan tuan? post doctorate saya tentang iranologi jadi ini memang bidang kajian akademik saya. kalau seorang sarjana mengkaji 'ikan' kerana ia memang saintis tentang ikan adakah ia dilihat obses dengan ikan?

Nurul Ain said...

kenapa pula dikatakan sesat jika solat di atas rumput?

rasanya perlu diperjelas apa yang tuan nak sampaikan, kerana mungkin boleh mengundang kekeliruan bagi mereka yang sedang juga ingin belajar tentang Islam. Islam syumul, dan kita tidak boleh 'mengkafirkan' manusia selagi mana pada peribadi mereka msih mengamalkan islam, dan masih bersolat. Rasulullah pernah memarahi seorang sahabat yang membunuh seorang musuh yang mengucap kalimah la ila ha illallah. betapa kita tidak boleh 'mengkafirkan' seorang yang kita masih lagi jelas mengamalkan Islam. wallahua'alam tentang pegangan mereka, tapi apa yang kita nampak masih lagi menjadi pertanggungjawaban di akhirat kelak. sama2 kita memperbetul mana2 yang masih kurang, dan kita perlu membawa Islam dengan lebih jelas. inshaAllah.

=)

jazakallah. maafkan sy jika saya tersilap.

putra_ns said...

Kerajaan mereka tidak buat surau kat taman-taman ke ?

behlul said...

assalamualaikum..

emm.. biler plak nak solat tanpa ada gangguan atau pertanyaan, bisik-bisik seperti di sini..

'psstt.. tuhhh, tuhhh.. tangan lurus la..' berlalu sambil menjeling.

Ain said...

Harmoni je suasananya.. Rasa nostalgik la pula.

wadi said...

Assallamualaikum...Alhamdulillah atas paparan ini ,kepelbagaian metodologi meliberalisasikan minda memang suatu yang mengjengkelkan disudut padangan segolongan umat .
Jesteru penampilan sistem kemasyarakatan Syiah Iran ini adalah wacana dan budaya asimilasi minda dan teruja dengan kebebasan minda mereka dalam mempertahankan betapa maju pemikiran golongannya , tidak hairan jika ada mereka mereka yang ikut teruja dengan kebijaksaannya .
MALANG sekali teladan yg harus diikuti mestilah tegak disisi keutamaan dan kemurniaan Islam itu sendiri . Bukan bermakna tidak berevolusi itu, adab dan akhlak dijauhi dan diganti dan mengasimilasikan situasi disekitarnya ...kerana keutamaan Islam adalah untuk menyemarakkan ukhuwah dengan keindahan dan persekitaran dari dicerobohi desakan dan naluri saja , Kebersihan dan persekitaran hidup juga mencerminkan keutamaan minda dan ketakwaan pada Allah mengikuti sunnah Rasulullah.
Persoalannya adakah metodologi Syiah ini selaras keutamaan dan sunnah Rasulullah? Apakah asimilasi syiah ini bisa mengembangkan takwa dan kesantunan kepada yang maha pencipta ? Kebiasaannya minda manusia mudah teruja dengan geraklakunya , tetapi disebalik perlakuan itu merendahkan martabat dan takwanya pada Allah ..meminggirkan sunnah dan peradaban ukhuwah Islamiah. Kesucian metodologi telah ditetapkan , perlukah merubah wadah dan peradaban Islam ?

hidayati said...

klik 'like' di setiap comment dari dr

nemesis3891 said...

tak tahulah, saya sebagai orang muda ni mungkin belum cukup matang dalam melihat dunia. tapi apabila tuan menggunakan bahasa sindiran begini, maka nampak seakan obses pula.

Dr Faisal Tehrani said...

nemesis
betullah tu, obses dan sarcasm ada bezanya.

Mutasi said...

salam...

loud speaker barang sekejap.. Itu pun andai benar menjiwai kalimah-kalimah:

Allahumma shalli 'ala
Muhammad wa 'ala ali Muhammad kama shallaita 'ala Ibrahim wa 'ala ali
Ibrahim innaka hamidun majid. Allahumma barik 'ala Muhammad wa 'ala
ali Muhammad, kama barakta 'ala Ibrahim wa 'ala ali Ibrahim, innaka
hamidun majid. (Ya Allah, Berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga
Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan
keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.
Ya Allah, Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana
Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya
Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia." (Hadis riwayat Imam al-Bukhari
dalam Sahih al-Bukhari, Kitab Ahaadith al-Anbiya', hadis no. 3370)

kalian punya penglihatan... Kalian punya pendengaran... kalian punya "akal fikiran". Bhai Faizal sedang menasihatkan "kalian yang mengaku tahu" utk mengenal-pasti semula "ahlul Bait Rasulullah saww". Malah, janganlah hendaknya pula mengabaikan "ahlul Bait Rasulullah saww."

wahai para bijaksana.... wahai orang-orang berakal... wahai orang-orang bersyukur kepada Pencipta semesta alam.........

wassalam

Fikirlah said...

suatu hari insya-Allah akan ke sana. Nak lihat 'kesesatan' dengan mata sendiri.

Islam Muhammadi said...

Salam.

Firman Allah SWT, "Bertakwalah kepada Allah yang dengan nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan tali kekerabatan."(an-Nisa: 1)

Dan Imam Ali as berkata: "Hubungkan tali kekerabatanmu walaupun dengan salam."

RayyanZilfi said...

Assalamualaikum Dr FT,
saya pun telah di'warn' oleh segelintir kawan2, apabila mereka melihat saya 'asyik' dgn blog FT ini, saya bilang,saya tak kesah itu semua, kan namanya lagi saya ini seorang yg masih belajar, dan saya pun memang tak bergantung hanya pd 1 sumber, utk menyelidiki/memahami sesuatu perkara (dlm hati..mengapalah ya?Aku pergi ke blog ni pulak mereka rungsing?Aku pergi ke tempat2 lain mereka x rungsing!).Sebenarnya saya teramat2 paham pun, ialah syiah senang2 dikatakan SESAT (Astaghfirullah..semoga saya TAK MUDAH mengatakan saudara seIslam yg lain SESAT)

RayyanZilfi said...

nak cuba dapatkan meja ping pong mini tu lah!Jimat ruang!