Setelah belajar semua cabang agama Islam meliputi semua mazhab, hampir sepuluh tahun lamanya; barulah mereka layak mengenakan serban sebagai seorang ulama. Majlis konvokesyen ini berlangsung beberapa tahun lalu di kota Qom, Iran. Ya, waktu itu Ayatullah Behjat masih hidup





Seseorang yang ingin dikenali sebagai 'Tabula Rasa' mengirimi saya emel yang sungguh menarik. Saya ingin berkongsi dengan pembaca blog ini (buat yang berminat sahaja) emel beliau yang pada pendapat saya 'menyegarkan'. Saya difahamkan beliau sedang menyiapkan PhD di ISTAC, UIA.
Dr. Faisal Musawi,
Sedikit pembetulan, dalam tradisi pembelajaran di Qom atau mana-mana Howzah masa yang diambil selama 8-9 tahun masih lagi belum boleh mengeluarkan hukum atau ijtihad. Sebenarnya mereka hanya baru tamat peringkat awal sahaja dalam kerangka membentuk diri sebagai ahli ilmu dan masih lagi pelajar.
Tamat pembelajaran tersebut mereka di anugerahkan "Serban" tanda gelaran Hujjatul Islam tidak seperti masyarakat kita memakai serban tanpa "Nilai" dan "Virtue tertentu walau pun baru satu hari kenal Islam.
Untuk menjadi mujtahid (Ayatullah) ada yang memerlukan 15 tahun-30 tahun. Ada juga yang telah bergelar Ayatullah, tapi masih lagi mengistilah diri sebagai pelajar dan menjadi pelajar kepada Ayatullah Uzma lain atau yang menjadi "Marji'". Di sinilah gist ilmu dan penghormatan mereka kepada ilmu. Dan kedalaman mereka dalam memperincikan ilmu di samping pendidikan akhlak rohani dan jismani yang tinggi; yang lahir dalam Irfan yang menguasai mereka.
Rakan saya seorang Filipino pernah belajar dengan seorang Ayatullah yang menjadi murid kepada Ayatullah Montazeri yang ketika itu berumur 70 tahun. Setelah selesai mengajar beliau masih mengikuti kelas dan kuliah ulama lain yang lebih tinggi kedudukannya dalam bidang masing-masing.
Budaya ilmu masyarakat Syiah amatlah dikagumi oleh kawan dan lawan. Lihat saja tulisan Henry Corbin (nota saya: beliau adalah ahli falsafah Perancis yang ulung) yang tenggelam dengan keilmuan dan penghayatan ilmu yang fitri yang berjaya disampaikan olehnya kepada Barat.
8-9 tahun belajar dalam dunia Syiah hanyalah asas sahaja dalam tradisi ilmu Ahl Bait. Walau pun begitu tahap keilmuan dan keupayaan mereka mengkaji dan memahami Islam amatlah terpuji oleh lawan dan kawan.
Oleh itu ambillah hikmah itu. Walau pun dari musuh kita sekalipun.
Bagi mengelakkan berlakunya kesilapan yang sengaja atau tidak atau kerana kejahilan seseorang maka pihak Jabatan Perkhidmatan Awam seharusnya melihat semua sistem dan tatacara pelantikan dan penempatan pegawai terutamanya PTD yang menguasai hampir semua jawatan-jawatan penting dalam kerajaan termasuk bidang-bidang yang bukan kemahiran mereka.
Bagi jawatan Pengarah Jabatan Agama misalnya walau pun nak diletakkan PTD (M) padahal sepatutnya ustaz-ustaz (S) yang lebih layak, maka hantarlah PTD yang mempunyai latar belakang agama ke Jabatan Agama. Ramai juga pegawai PTD yang berlatar belakang agama yang mampu untuk mentadbir dan mengetuai Jabatan Agama.
Kita melihat bekas Pengarah Jais (nota saya: Mohamad Khusrin Munawi) bukanlah berlatar belakangkan agama dan kita tidak tahu pula apakah Pengarah Baru sekarang yang dilantik itu adakah mempunyai latar belakang agama atau tidak.
Sebaiknya berilah peluang kepada ustaz-ustaz di Jabatan Agama itu untuk mengetuai Jabatan Agama supaya hal berkaitan dengan agama dapat ditangani dengan lebih baik dan tidak menimbulkan fitnah dan memburukkan nama penjawat awam khususnya PTD ketika memberi komen kepada pihak media yang juga "ba ya nga wau nga" dan "murakkab".
PTD yang generalis itu perlu berada dalam kerangka 8 bidang sahaja. Bila berkaitan dengan agama maka kembalikan orang agama mengetuainya dan bukan PTD yang mencacatkan Jabatan Agama dan agama keseluruhannya. Jelas ianya menampakkan kejahilan PTD dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pengarah JAIS dan seterusnya memalukan perkhidmatan awam keseluruhannya kerana telah menjadi berita antarabangsa.
Lebih memalukan pihak media tempatan yang telah mem "blackout" berita dan melaporkan apa yang hendak dilaporkan sahaja sesuai dengan kehendak 'stakeholder atau pemilik' masing-masing dan MENGORBANKAN nilai kebenaran dan demokrasi dalam mengutarakan sesuatu sebagai seorang rakyat dan manusia. TAMAT
Tahukah anda Ayatullah al Uzma Sayyid Ali Khamenei telah menerjemahkan banyak karya-karya pemimpin ulung Ikhwanul Muslimin, as Syahid Sayyid Qutb dari bahasa Arab ke Parsi? Antara lain Ayandeh dar Qalamrove Islam (Masa Depan Dalam Kekuasaan Islam), dan Eddea nameh Alahe tamaddon-e Gharb (Gugatan Terhadap Kebudayaan Barat). Juga karya Abdul Mun’im Namri Nasri Mosalmanan dar Nehzat-e Azadi-e Hindustan (Muslimin Dalam Gerakan Kebebasan India). Pokoknya pemimpin ulung syiah ini tidak malu untuk belajar daripada kita sunni. Akan tetapi kita terus dibelenggu kejumudan dan tidak mahu belajar daripada mereka. Satu pengajaran untuk mana-mana institut terjemahan, bahawa kita mengharapkan mutiara!
(Nota saya: Sebagai seorang Sunni kita tidak boleh dan tidak perlu mengikut mana-mana Ayatullah. Sebagai Sunni, kita ada Mufti untuk diikuti. Sebagai contoh bekas Mufti Perlis adalah Dr Mohd Asri Zainal Abidin dan yang sekarang adalah Dr Juanda Jaya (kedua-duanya rakan sekolah saya di KISAS). Mereka memberikan fatwa untuk 'kes-kes' yang dikemukakan contohnya pengharaman atau pengharusan tarian poco-poco. Apabila mereka tidak lagi menjawat jawatan tersebut, fatwa mereka lazimnya sudah tidak laku lagi dan hanya dipandang sebagai 'pendapat', seperti halnya yang berlaku kepada Dr Mohd Asri. Berbeza dengan Ayatullah untuk penganut syiah, 'jawatan' tersebut tidak dilantik oleh pemerintah tetapi oleh massa (masyarakat). Jadi ia adalah 'jawatan' dan gelar kekal. Dengan itu fatwa mereka laku sepanjang zaman, sebagai contoh; fatwa Imam Khomeini menghalalkan darah Salman Rushdie laknatullah. Lebih ramai pengikutnya maka lebih besar status Ayatullah tersebut. Sebagai sunni kita wajar mengenal dan mendampingi 'musuh' kita syiah seperti mana kita terdesak menumpang kehebatan mereka dalam sains, klik sini.)
Dr. Faisal Musawi,
Sedikit pembetulan, dalam tradisi pembelajaran di Qom atau mana-mana Howzah masa yang diambil selama 8-9 tahun masih lagi belum boleh mengeluarkan hukum atau ijtihad. Sebenarnya mereka hanya baru tamat peringkat awal sahaja dalam kerangka membentuk diri sebagai ahli ilmu dan masih lagi pelajar.
Tamat pembelajaran tersebut mereka di anugerahkan "Serban" tanda gelaran Hujjatul Islam tidak seperti masyarakat kita memakai serban tanpa "Nilai" dan "Virtue tertentu walau pun baru satu hari kenal Islam.
Untuk menjadi mujtahid (Ayatullah) ada yang memerlukan 15 tahun-30 tahun. Ada juga yang telah bergelar Ayatullah, tapi masih lagi mengistilah diri sebagai pelajar dan menjadi pelajar kepada Ayatullah Uzma lain atau yang menjadi "Marji'". Di sinilah gist ilmu dan penghormatan mereka kepada ilmu. Dan kedalaman mereka dalam memperincikan ilmu di samping pendidikan akhlak rohani dan jismani yang tinggi; yang lahir dalam Irfan yang menguasai mereka.
Rakan saya seorang Filipino pernah belajar dengan seorang Ayatullah yang menjadi murid kepada Ayatullah Montazeri yang ketika itu berumur 70 tahun. Setelah selesai mengajar beliau masih mengikuti kelas dan kuliah ulama lain yang lebih tinggi kedudukannya dalam bidang masing-masing.
Budaya ilmu masyarakat Syiah amatlah dikagumi oleh kawan dan lawan. Lihat saja tulisan Henry Corbin (nota saya: beliau adalah ahli falsafah Perancis yang ulung) yang tenggelam dengan keilmuan dan penghayatan ilmu yang fitri yang berjaya disampaikan olehnya kepada Barat.
8-9 tahun belajar dalam dunia Syiah hanyalah asas sahaja dalam tradisi ilmu Ahl Bait. Walau pun begitu tahap keilmuan dan keupayaan mereka mengkaji dan memahami Islam amatlah terpuji oleh lawan dan kawan.
Oleh itu ambillah hikmah itu. Walau pun dari musuh kita sekalipun.
Bagi mengelakkan berlakunya kesilapan yang sengaja atau tidak atau kerana kejahilan seseorang maka pihak Jabatan Perkhidmatan Awam seharusnya melihat semua sistem dan tatacara pelantikan dan penempatan pegawai terutamanya PTD yang menguasai hampir semua jawatan-jawatan penting dalam kerajaan termasuk bidang-bidang yang bukan kemahiran mereka.
Bagi jawatan Pengarah Jabatan Agama misalnya walau pun nak diletakkan PTD (M) padahal sepatutnya ustaz-ustaz (S) yang lebih layak, maka hantarlah PTD yang mempunyai latar belakang agama ke Jabatan Agama. Ramai juga pegawai PTD yang berlatar belakang agama yang mampu untuk mentadbir dan mengetuai Jabatan Agama.
Kita melihat bekas Pengarah Jais (nota saya: Mohamad Khusrin Munawi) bukanlah berlatar belakangkan agama dan kita tidak tahu pula apakah Pengarah Baru sekarang yang dilantik itu adakah mempunyai latar belakang agama atau tidak.
Sebaiknya berilah peluang kepada ustaz-ustaz di Jabatan Agama itu untuk mengetuai Jabatan Agama supaya hal berkaitan dengan agama dapat ditangani dengan lebih baik dan tidak menimbulkan fitnah dan memburukkan nama penjawat awam khususnya PTD ketika memberi komen kepada pihak media yang juga "ba ya nga wau nga" dan "murakkab".
PTD yang generalis itu perlu berada dalam kerangka 8 bidang sahaja. Bila berkaitan dengan agama maka kembalikan orang agama mengetuainya dan bukan PTD yang mencacatkan Jabatan Agama dan agama keseluruhannya. Jelas ianya menampakkan kejahilan PTD dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pengarah JAIS dan seterusnya memalukan perkhidmatan awam keseluruhannya kerana telah menjadi berita antarabangsa.
Lebih memalukan pihak media tempatan yang telah mem "blackout" berita dan melaporkan apa yang hendak dilaporkan sahaja sesuai dengan kehendak 'stakeholder atau pemilik' masing-masing dan MENGORBANKAN nilai kebenaran dan demokrasi dalam mengutarakan sesuatu sebagai seorang rakyat dan manusia. TAMAT
Tahukah anda Ayatullah al Uzma Sayyid Ali Khamenei telah menerjemahkan banyak karya-karya pemimpin ulung Ikhwanul Muslimin, as Syahid Sayyid Qutb dari bahasa Arab ke Parsi? Antara lain Ayandeh dar Qalamrove Islam (Masa Depan Dalam Kekuasaan Islam), dan Eddea nameh Alahe tamaddon-e Gharb (Gugatan Terhadap Kebudayaan Barat). Juga karya Abdul Mun’im Namri Nasri Mosalmanan dar Nehzat-e Azadi-e Hindustan (Muslimin Dalam Gerakan Kebebasan India). Pokoknya pemimpin ulung syiah ini tidak malu untuk belajar daripada kita sunni. Akan tetapi kita terus dibelenggu kejumudan dan tidak mahu belajar daripada mereka. Satu pengajaran untuk mana-mana institut terjemahan, bahawa kita mengharapkan mutiara!(Nota saya: Sebagai seorang Sunni kita tidak boleh dan tidak perlu mengikut mana-mana Ayatullah. Sebagai Sunni, kita ada Mufti untuk diikuti. Sebagai contoh bekas Mufti Perlis adalah Dr Mohd Asri Zainal Abidin dan yang sekarang adalah Dr Juanda Jaya (kedua-duanya rakan sekolah saya di KISAS). Mereka memberikan fatwa untuk 'kes-kes' yang dikemukakan contohnya pengharaman atau pengharusan tarian poco-poco. Apabila mereka tidak lagi menjawat jawatan tersebut, fatwa mereka lazimnya sudah tidak laku lagi dan hanya dipandang sebagai 'pendapat', seperti halnya yang berlaku kepada Dr Mohd Asri. Berbeza dengan Ayatullah untuk penganut syiah, 'jawatan' tersebut tidak dilantik oleh pemerintah tetapi oleh massa (masyarakat). Jadi ia adalah 'jawatan' dan gelar kekal. Dengan itu fatwa mereka laku sepanjang zaman, sebagai contoh; fatwa Imam Khomeini menghalalkan darah Salman Rushdie laknatullah. Lebih ramai pengikutnya maka lebih besar status Ayatullah tersebut. Sebagai sunni kita wajar mengenal dan mendampingi 'musuh' kita syiah seperti mana kita terdesak menumpang kehebatan mereka dalam sains, klik sini.)



27 comments:
Assallamualaikum..saya sangat tertarik dengan apa yang dipaparkan ini , walaupun saya hanya sekadar memilik keupayaan untuk membaca dan mengikuti saranan ilmuan Islam dengan kenyakinan ukhuwah Islamiah mesti ditegakan tanpa ada perbalahan yang bisa merugikan perkembangan Islam , malah menjerumuskan Islam kelembah kejelekan dan perseteruan dan lebih malang lagi peperangan antara jamaah Islam.
Tidak dinafikan keterampilan dan kesungguhan serta ketekunan mengkaji dan mengingati dalam mempelajari Ilmu itu memerlukan keteguhan dan kekentalan yang tinggi , malah ianya juga adalah kada dan kadar Allah jua , andai kata seseorang itu gagal untuk berada disisi jajaran Ilmuan ternama . Intelektual barat juga bukan muslim tapi ketekunan membuat kajian telah melambakan kajian tulisan mereka dipasaran dan sesetengahnya merendahkan kemurniaan Islam . Kecerdikan mereka dalam kajian sains juga memang tidak dinafikan , tetapi kekerasan hati mereka untuk tunduk kepada islam juga bisa dipertikaikan . Jesteru itu bukan satu yang bisa dibanggakan jika keilmuan dan kepakaran itu hanya mendatangkan serakah dan membenamkan kemurniaan Islam.
Di Malaysia ini kita masih dibayangi sistem dan minda kebaratan, walaupun ramai cendikiawan Islam mampu mengkaji dan menafsirkan pelbagai kajian Ilmuan Barat dan Kitab Kitab Islam , ketandusan ukhuwah meminggirkan kesepaduan pemikiran mereka . Ulama Ulama diMalaysia juga setanding Ilmu , jika dibandingkan dengan negara lain dan tentunya Ijma dan saranan mereka juga mampu membawa Negara ini kearah yang lebih memuliakan agama Islam. Pusat pusat Pengajian juga menyumbangkan pelbagai kajian dan seminar Islam yang memberikan wadah serta pandangan dalam membawa Islam kearah yang lebih GAH.
Persoalannya adakah PTD itu bukan intelektual yang tak mampu berubah dan dipersoalkan kemampuan , jesteru tidak mampu menerapkan landasan dan tuntutan Islam . Soal yang bersangkutan mesti dilihat dari persepsi yang luas , apalagi Perlembagaan Persekutuan juga terdapat halangan dalam menerapkan perundangan Islam disebabkan kepelbagaian tafsiran hingga sistem syariah Islam menjadi tungganglanggang dan tiada penyelarasan sedangkan kita telah merdeka sekian lama , tapi masih tak mampu untuk melestarikan wadah perjuangan Islam.
Saranan saya agar ada Jamaah Intelektual yang GAH dan berani tampil kedepan bukan sekadar berkokok keseorangan dijalanan , dan mungkin saudara dan rakan rakan serta kenalan seangkatan mampu memecahkan kebuntuan ini.
Procrument pun kasi sama pelajar pangajian Islam he he... Papa hebat punya idea. Semua orang terpesona. Tepuk-tepuk tangan.
Lagi cantik ek Ketua Pengarah kat hospital kat, JKR, air port semua budak Pengajian Islamkan. Barulah aman Negara. Papa memang Hebat!!
Tak payahlah ikat perut menabung nak antar anak blajar kat Manipal, Institut penerbangan Batu Berendam. Biar anak orang kapir jah yang memenuhkan dua Pusat Pengajian Tinggi tersohor kat M'laka nih.
Pepatah Melayu; 'Semakin berisi padi. semalkin tunduklah ia'. Kita yang mencipta pepatah ini selalu tidak relevan dalam perlaksanaan. Hak nan Iran dan Syiah dan dikatakan sesat tu jugalah yang menerapkan inti pepatah itu dalam tradisi tuntutan ilmu mereka. Saya tumpang malu(utk diri dan masyarakat).
Menyerahkan sesuatu tugas pada yang bukan ahli-satu kesilapan. Dr sudah terangkan panjang lebar dan jelas. Saya setuju. Kesannya telah dirasai. Negara dapat 'nama'.
Jika betul dan ingin pada Wawasan 2020, 'graduate' sekolah Pembangunan Modal Insan kita mesti seimbang jiwa dan mampu 'fit' dalam mana-mana jabatan, di samping jangan ketepikan 'keahlian' mereka dalam penempatan di Jabatan, terutama jabatan Kerajaan.
Salam,
Dr FT,
saya belum pernah memakai serban.
jubah yg dibelikan mentua saya di mekah juga belum saya pakai...segan rasanya dan takut kalau dianggap org yg tahu agama...padahal suam2 kuku saja...
saya amat bersetuju bhw institusi agama dan organisasi dakwah kita perlu distrukturkan semula... satu masalah kita adalah malu meniru padahal apa salahnya meniru yg baik? pokoknya, kita perlu berhenti mengkafirkan mereka (syiah), barulah kita boleh tiru mereka... sekarang kita segan nak tiru sbb kita sibuk mengkafirkan mereka.
ulama2 dahulu ada yg sampai mengubah hukum hanya kerana tak nak sama dgn syiah... dalam banyak hal2 fikh kita sengaja buat yg lain dari mereka krn tak nak sama...
jadi yg datang kemudian, ikut yg dahulu . yang dahulu itu betul, betullah mereka...salah, salahlah org kemudian...
kari
disinidandisni.blogspot.com
786/121.
Sabda Rasulullah s.a.w.a: "Tuntutlah ilmu walau kenegeri Cina sekalipun".
Hadis ini bermaksud untuk belajar ilmu dunia, belajarlah hingga kenegeri Cina tetapi belajar ilmu Islam carilah Rasulullah s.a.w.a dan Ahli-Baitnya.
... Seorang yang dahaga dipadang pasir, dari jauh lagi ia melihat terdapat tanda-tanda adanya air untuk menghilangkan dahaga tetapi bila dihampirinya rupanya pasir yang kontang. Beginilah kalau memakai serban tanpa ilmu, orang jahil yang perlukan ilmu apabila bertanyakan ilmu tapi yang berserban tidak berilmu.
aik sheikh, awat buang artikel lelaki Y????
kot ya pun nak promosi kesyumulan islam tak payah la nampak ketara sgt memihak pada rosmAh ye dak?
-peace!
di Yaman (Sunni) juga, serban menandakan tahap ilmu seseorang.. jikalau anda perasaan terdpat Ustaz-ustaz di sini yang memakai serban menutup telinga, itu tandanya dia belajar di Yaman..
Bila pulak posting ni mengajak supaya meninggalkan jurusan lain selain jurusan agama?
Dan bila pulak posting ni menganjur supaya semua jabatan diketuai orang agama?
Tak faham posting atau bebal tak tentu pasal?
Posting yang baik......sememangnya ilmu itu penting,cuma saya kurang setuju bila dr sebut kena berilmu dulu baru boleh pakai serban,itukan sunnah nabi...Lagi satu, kita kena ingat sabda nabi, syaitan menyesatkan anak adam dengan 70 ribu cara...30 ribu cara melalui dosa dan maksiat...40 ribu cara melalui ilmu dan kemaslahatan dalam agama.Lihat sahaja ketamadunan ilmuan di baghdad satu ketika dulu,akhirnya musnah lantaran leka denga ilmu... dan mencuaikan printah ALLAH yang lebih utama.
dalam sesetengah sejarah pun ada menceritakan bahawa serban dijadikan penanda aras kedudukan ilmu seseorang (asif saya lupa faktanya betul tidak), tetapi saya rasa tidak salah kalau kita mahu menjadikan serban sebagai satu amalan. dalam masa yang sama, kita juga perlu martabatkan pemakaian serban itu, DAN memartabatkan ILMU itu sendiri.
banyak terjadi kesilapan apabila seorang yang bukan ahli berbicara berhujah dgn sesuatu perkara walaupun tidak arif. contohnya, doktor2 yang berbicara tentang fiqh dan hadis. mereka mungkin tahu, tetapi huraian yang lebih terperinci pasti lebih diketahui oleh pakar dalam bidang itu sendiri.
artikel yang menarik. kalau ada buah durian yang rosak, jangalah dibuang semua, sebaliknya buang yang rosak saja. apa yang baik dan elok kita ambil.
dan masyarakat kita juga silap. fatwa memang pendapat. dan pendapat mufti mahupun bukn mufti, jika berbukti, perlu dititikberatkan. bukan 'sekadar pendapat'.
dalam sibuk menuding jari salah silap syiah, kadang kita sendiri terlupa pincang kita.
memuliakan ulamak. kerana para ulamak itu pewaris nabi.
wallahua'lam.
bila tengok gambar dlm entri ni, rasa malunya nak pakai serban ilmu tak berapa ada..! walaupun di sekolah agama dulu biasa memakai serban dan jubah kerana sering menjadi imam dan mengetuai majlis2 ilmu ,tahlil, bacaan yassin dsbgnya.. sampai hari ni pun saya tak sanggup nak pakai serban kerana merasakan terlalu kurangnya ilmu jika dibandingkan dgn org lain...kalau diminta baca khutbah pun saya tetap memakai songkok iran dan berbaju melayu lengkap.. itu pun terasa diri ini amat hina di hadapan allah lebih2 lagi ilmu yg terlalu sedikit ini.. nak menolak tak boleh... ! ahli2 kariah pun mengharapkan kita.. mcm mana ni dr ft ? saya serba salah jugak.....
semua ilmu adalah datangnya dari allah.yg berlaku hari ini adalah akibat pengaruh sekular dlm umat islam itu sendiri.org2 islam sendiri kecuali iran, sering mengasingkan ilmu sains,politik,perniagaan dsbgnya dari agama ! sistem yahudi telah sebati dlm sistem pendidikan kita..sbb itulah ketua2 pengarah agama sekarang terdiri dari mrk yg tidak berlatar belakangkan agama membuat kenyataan yg 'merapu'...
dawai kokot
entri itu ada. tetapi asistan saya letakkan pada tarikh 25hb mac. pautannya di sini http://tehranifaisal.blogspot.com/2011/04/anugerah-daripada-tuhan-lelaki-y.html. amboi kalau ya pun benci saya sampai melibatkan datin seri rosmah pulak.
majlis-majlis agama & jabatan-jabatan agama... belajar lah sesuatu dari sini...
takkan selama-lamanya nak jadi stor terompah...?
Amboi Muntazar gemor bebenorkan dgn terompah. Best juga pakai terompah ni. Ni terompah yang bawak ke bilik air utk lepas hajat atau ke ruang wuduk untuk ambil wuduk? Bunyi tu yang best, ketup-ketap!, ketup-ketap!
Cuma soalan Imaginasi petang hari..
ilmu di dada
jgn nilai pada pakaian
x perlu apa2 kelayakan untuk pakai serban, jubah
ini yg saya tahu
cara org syiah mcm ft tulis nampak lebih tersusun..
Dengar kata Nik Aziz kalau ke Iran dia tak pakai serban betulke takut orang kata Ayatullah atau Hujjatul Islam. Dalam sunni ada dua je Hujjatul Islam iaitu Imam al-Ghazali dan Ibnu Taymiyah.
pada pendapat saya sedari dulu lagi sebenarnya badan agama harus dilantik dari golongan agamawan itu sendiri dan bukan golongan pemerintah.
sekiranya dilantik oleh golongan pemerintah sudah tentu badan agama tersebut akan menjaga hati para pelantik nya.
amat sedih perundangan islam dibelakangkan berbanding perundangan sivil. sedangkan kita (Penduduk Muslim Malaysia)adalah majoriti.
mungkin sampai masa benang yang bengkok akan di luruskan. tapi hanya Allah yang tahu bila masa nya.
Memang sewajar dan sepatutnya di jabatan2 agama itu diduduki orang2 yang lulusan agama namun kalau macam Hasan Din Al Hafiz dan Asri Zainal Abidin macammana?
Di negara yang mengaku ahlul sunah wal jamah ini, seelok2 talabeh2lepasan Qom hendaklah memakai jubah dan serban berekor,biar nampak lebih sunni dan perpaduan.Apa yang penting penyampaian ilmu berjaya sampai ke masyarakat.
:-)Aku hanya layak pakai jubah madinah dan sangkut serban di bahu saja.
Salam..
Kerja & mencari nafkah pokok pangkalnya adalah ibadah.Sama ada dia peniaga,pencuci tandas ataupun PTD..kalau kita dah dpt menghayati yg agama adalah segala2nya hal2 berkaitan dgn etika kerja semuanya dpt diselesaikan.Bukannya takde org agama dlm badan2 kerajaan & swasta sekarang ni.Masalahnya tiada penghayatan.Agak2 temanlah.
Salam.
Saya rasa kita kurang penghayatan agama dlm bekerja & berkhidmat.Sama ada dari sektor swasta maupun kerajaan.Kalau kita dpt hayati insyaALLAH masalah2 boleh selesai.Org agamawan tp x menghayati ilmunya ramai dlm kedua2 sektor ni.kat Jakim pun ada gak kaki gangguan seksual..org agamawan hape kalau mcm tu?
saudara hiri,
cuma sedikit kemusykilan, betulkah itu adalah hadis rasulullah saw?
saya ingin tahu lebih banyak tentang muslim...saya ingin tahu lebih banyak bagaimana muslim berfikir...saya ingin tahu banyak lagi tentang umat yg rasulullah saw sentiasa fikirkan semasa baginda masih hidup...
mungkinkah muslim & mukmin itu berbeza?
emmm...setiap individu adalah unik. tentulah terlampau banyak pendapat yang bercanggah antara kita kan, tapi...sebagai individu yang menzahirkan islam sebagai pegangan hidup, agak mustahil kalau kita x dapat mencari titik persamaan di antara kita...
membaca artikel di sini, membaca komen pembaca yg lain...eemmm, banyak yang dapat saya pelajari...
there are things that i agree, and there are also things that i just couldn't agree. i'm looking forward to read more respectable, knowledgeable & wise discussions.
after all, we're all have our own term, aim, target group, and strategies...on how to write our blog.
Salam,
(Mengingatkan diri saya sendiri)
Lumrah manusia.... cenderung kepada perkara2 luaran.
Apa yg musatahak, biarlah hati kita yg berjubah dan berserban, jangan hanya berjubah dan berserban diluar sahaja (eham)
Tapi, kalau ingin menunjukkan diri kita dari kalangan orang2 berilmu, beriman dan mengikut sunnah Rasulullah, maka perangai dan akhlak perlulah dijaga. Kalau tidak sudah tentu memberi malu pada Allah dan Rasulullah saw.
Maaf cakaplah hal jubah dan serban ni.......... syaitan pun pakai jugak :)
" Ketahuilah! Sesungguhnya mereka yang ingkar itu membongkokkan badan mereka untuk menyembunyikan daripada Allah. Ketahuilah! Semasa mereka berselubung dengan pakaian mereka sekalipun, Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan; sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan segala yang ada di dalam dada". (Surah Hud:5)
ulama waris para nabi...
tidak kisah lah mazhab apapun...
adilla... hehehe... tu majoritinya terompan jamban.. wakakaka...
Death... heheh.. ni jawapan untuk "org agamawan hape kalau mcm tu?"... TEROMPAH JAMBAN
muslimdairyz.blogspot.com..
REMAIN RESPECT N APPRECIATE EVERYTHING THAT COMES AROUND..
GOD LOVES EVERY CREATURE..
SALAM...
Assalamualaikum,
Sebahagian pemberi komen menyebut berkaitan dengan ahli agama yang tak mengikut Islam atau tidak mempamerkan apa yang sepatutnya. Pada pandangan saya, persoalan baik dan buruk seseorang itu adalah persoalan asas yang melibatkan "af'aal al ibad" iaitu perbuatan manusia. Orang yang berserban atau tidak tertakluk kepada asas perlakuan kita dan akan dihitung oleh Allah menurut kedudukan seseorang. Bagi mereka yang dikatakan "lebih tinggi maqamnya"di kalangan manusia akan diperhitungkan dengan adilnya oleh Allah s.w.t. Jikalau kesilapan dan dosa yang dilakukan oleh kita yang dalam kategori awam dan jahil ini tentulah akan berbeza dengan mereka yang dikatakan "ulama" atau orang yang arif. Seorang Hakim melakukan kesilapan yang sama dengan kita, takkanlah Allah mengambil perkiraan yang sama? Sudah tentulah ianya berbeza kerana ia adalah hakikat Keadilan Ilahi.
Apa yang dibentangkan oleh saudara "Tabula Rasa" itu saya kira hanya merujuk kepada struktur pentadbiran dan keadilan dari segi konten kerana ia melibatkan persoalan essential agama. Maka dengan sebab itu bila ia berkaitan dengan agama maka perlulah diletakkan kepada mereka yang sememangnya berlatarbelakang agama atau berkelulusan agama dan yang berkaitan dengannya.
Ini tidaklah menafikan bahawa orang selain ustaz dari Jakim itu jahil dan jauh dari agama.
Apa yang dibina oleh tradisi dalam Syiah Imamiyah khususnya adalah mempertahankan tradisi dan prinsip belajar dan membangunkan Ulama dan ahli Ilmu.
Persoalan berkaitan dengan diri mereka yang berserban yang tidak mengikuti agama atau melakukan kefasadan dan tidak menjadi Alim Rabbani atau Murrabbi adalah hal peribadi dan diri sendiri.
Ini dapat dilihat dalam sejarah semasa hidupnya Rasulullah s.a.w dimana ramai juga para sahabat yang bertentangan dengan Rasululullah dan mengingkari perintah dan larangan Rasulullah s.a.w. Al- Quran sendiri banyak menceritakan hal seperti ini. Begitu juga selepas wafatnya Rasulullah s.a.w wujudnya penentangan sesama Muslim di kalangan para sahabat sehingga tercetusnya peperangan dan pembunuhan sesama Muslim.
Para sahabat yang merupakan mereka yang arif billah tentang agama, melihat dan mendengar serta bersama-sama Rasulullah s.a.w pun melakukan kesilapan dan terperosok kedalam amalan yang memecah perpaduan dan keakraban sehingga mewujudkan permusuhan kabilah atau keturunan.
Jadi tidak hairanlah kalau elemen atau virus permusuhan sesama sendiri kerana masih Jahil dalam memakrifah akan Rasulullah dan ajaran agama menyebabkan berlakunya sedemikian.
Hari ini perkara seperti itu terus menerus berada dalam masyarakat kita tanpa boleh dihalang memandangkan mereka telah sebati dan mempunyai disiplin ilmu yang tersendiri terutamanya kumpulan Zahiriyyah, Literalists, dalam menafsirkan al Quran dan Ahadith.
Awas, worldview yang sebeginilah yang menjadi punca perpecahan dan penentangan lantaran menghasilakn extremisma juhud yang amat merbahaya.
Adapun "pentadbiran" perlu diangkat semula dari kerana "pengurusan" sebenarkan telah lama dikuburkan.
"Tadbir" adalah kalimah dalam al Quran yang suci, maka semua pentadbiran di alam ini adalah merupakan cebisan pentadbiran Alamiyyah Kerajaan Allah yang mesti dihidupkan semula.
Mardiah, salah buat kesimpulan. Rasanya Tabula Rasa tidak menyebut perkara itu; "procument" sesiapa pun boleh buat, ia hanya memerlukan latihan dan priskripsi kerja sahaja. Ramai juga di kalangan penjawat awam terutamanya PTD yang memang memiliki Ijazah Pengajian Islam, yang mentadbir dan menguruskan hal ehwal pentadbiran, dari procurement, latihan, human resource, pengurusan, diplomatik, dan sebagainya. Janganlah melatah dan membuat kesimpulan agar biarkan bukan Islam lain yang mengisi bidang selainnya. Itu satu kesimpulan yang salah dan berfikiran dangkal.
Penguasaan ilmu dalam semua bidang telah dibuktikan oleh Muslim terdahulu, dari Ibnu Sina yang hanya dikenali sebagai Doktor Prubatan hinggalah ke bidang filsafat, ketuhanan, Logika dan lain2nya...mereka ensaiklopedik dan itulah natijah akhirnya ilmu dan pembelajaran dalam Islam.
Lihat saja Catatan Ali Ibn Abi Talib perihal pentadbiran kenegaraan dalam suratnya kepada Malik Ashtar yang dilantik sebagai Gabenor di Mesir. Prof Powcock dalam tahun 1630an dari Universiti Oxford menggunakan teks tersebut sebagai teks pelajaran untuk subjek "Rhetorik". Bandingkanlah....apa yang kita pelajari di sini hal berkaitan dengan pembangunan aqal, hati dan ihsan......
Post a Comment