29 March 2011

Asal Usul Alat Muzik Istana Melayu
















Tahukah anda sebahagian besar alat muzik diraja di Istana Melayu dari dulu-dulu sehingga kini adalah berasal dari Parsi atau Iran? Salah satu yang paling terkenal ialah Naubat atau Nobat. Selain itu nafiri dan rubab (rebab) turut dihubungkan dengan Iran. Siapakah yang memperkenalkan budaya Parsi ini di alam Melayu? Benarkah kanun Melayu yang terkenal susunan Tun Seri Lanang ada menghantar satu hint yang penting tentang pencinta ahlul bait di alam Melayu?


11 comments:

hiri said...

786/121.

Dari Imam Syafii a.r.

Lebih indah lebih merdu,
Dari suara kuda pacuan,
Dari gemercing pedang seldadu,
Bertetak tak tentu lawan dan kawan.

Dari semua keindahan yang ada,
Yang dapat membuat mataku terkedip,
Tak ada yang indah daripada,
Mencintai Ali bin Abi Talib.

Jikalau dadaku mereka buka,
Pasti tetdapat dua baris,
Tak ada penulis, tak ada pereka,
Terukir sendiri terguris.

Pertama adil, kedua tauhid,
Tertulis disebelah dadaku,
Yang lain mencintai Ahlil Bait,
Tergambar disebelah terpaku.

rosyan kari said...

semalam saya cuba godek2 dictionary online yg bagus dictionary.reference try lah dua tiga perkataan... dictionary ni sangat berguna..ia boleh translate teks2 ke dari dan ke dalam pelbagai bahasa dunia...sekali tu ada terjumpa perkataan 'rubah' rupa2nya ia perktaan Parsi utk musang... owh...nampaknya bahasa Melayu ada jugak meminjam dari bahasa Parsi ya...sapa2 nk translate cepat..bolehlah pergi ke dictionary.reference

RayyanZilfi said...

Hiri, saya suka.
rosyan kari, dari pembacaan saya,perkataan2 bahasa Melayu memang banyak juga diambil drpd bahasa2 lain seperti Parsi, Arab, Portugis dll.Bahasa Inggeris pun begitu kan? (kalau tengok Oxford Adv Dictionary CD-Rom lah, siap ada 'word origin'

Adilla Harun said...

Jika saya terus mempercayai perihal cerita asal usul songkok/ketayap itu dari Parsi dan hari ini alat muzik Istana Melayu juga dari sana, ada pula mengatakan saya taqlid. Namun Dr rasanya lebih arif, sebagai pengkaji perkara-perkara KEMELAYUAN.

Jika benar dakwaan Dr. perkara ini mengingatkan saya kepada kes novel Interlok. Kenapa? Ia dipinda kerana menyentuh sensitiviti. Padahal yang dikatakan sensitiviti itu suatu kebenaran. Kebenaran itu walau pahit, harus ditelan.

Jangan lepas ini ada pula yang tersentuh sensitiviti dan tidak mahu bersongkok/berketayap atau memainkan alat muzik istana Melayu semata-mata kerana terkait degan kesyiahan. Huah!Huah!Huah!

Poco2 dah diharamkan di Perak! Bila negeri lain nak ikut?

airaniez wirdani said...

Bahasa Melayu,bahasa indah.Bait-bait kata diambil dari segenap sudut wacana dunia.

احمد سيوطي said...

Aduh... Ingin sekali mendengar 'ney'yg dimainkan secara "live". Kat Malaysia ni, mna ye boleh dpatkan ney?

hiri said...

786/121.

Dari Imam Syafii a.r.

Wahai Ahlil Bait Rasulullah,
Cinta kepadamu diwajibkan Allah,
Didalam Quran Kalamullah,
Kewajipan tertulis, tiada helah.

Keluargamu bagiku tinggi nilainya,
Ditinggikan Allah serta Rasulnya,
Jika tiada selawat dan salamnya,
Sembahyang tidak sah begitu hukumnya.

Mengapa orang mengatakan daku Rafdhi,
Sedangkan aku ingin berbudi,
Membela agama dan i'tikadi,
Engkaulah yang salah sejadi-jadi.

firassinar said...

Salam,

Jangan kata alat-alat muzik aje dari iran malah gelaran raja iaitu SYAH pun dari sana juga.
Pengaruh parsi di dunia melayu memang besar,dari segi budaya pakaian,pemakanan,istilah2 dan cara beragama.

Jika malaysia hanya memakai mazhab imam syafii saja dan menolak mazhab lain,itu tak mengurang atau menjarak kita dengan Syiah kerana imam syafii ada berkata "aku syiah dalam agama".

Kita tahu puak wahabi amat tidak setuju dalam hal ini.Itu pasal mereka kadang2 ada berkata yang mereka tidak terikat dengan mazhab.

kekadang aku lihat mereka ni cemburu lebih dalam bab muzik.Kita dalam Ahlul Bait tiada masalah dengan alat muzik bertali(gitar,gambus,biola dll)tetapi mereka wahabi bermasalah dengan banyak peralatan muzik kecuali gendang saja(sungguh tak terbuka mindanya..taliban telah membuktikan)

Jadi terima kasih banyak2 dekat DR FT kerana mengexpose benda macam ni,Aku suka sesangat.

Fikirlah said...

nampaknya banyak benda yang nak kena buang dari rumah ni.

hiri said...

786/121.

Dari Imam Syafii a.r.

...Aku Syiah dalam agama,
Asalku dari kota Mekah,
Kampungku Askalan bernama,
Kelahiranku baik dan megah.

Mazhabku baik, aliranku indah,
Memuncak naik keangkasa,
Tidak sukar tetapi mudah,
Megatas alam manusia.

..Jika aku dituduh Rafdhi,
Kerana mencintai keluarga Muhammad,
Qur'an dan Sunnah menjadi saksi,
Rela menjadi Rafdhi selamat.

ZuLs said...

inilah yang dikatakan asimilasi budaya. tak perlulah dikatakan itu dari ini dan ini dari itu. yang penting, ruh sesuatu itu yang perlu dititikberatkan. buat apa budaya orang dinaik dipuji tapi budaya sendiri dihina dikeji? sejarah telah mencatatkan segala sesuatu itu berasal daripada sesuatu yang sebelumnya. tidakkah kita percaya yang manusia pertama di bumi adalah Nabi Adam a.s dan tidakkah kita terfikir bangsa dan budaya apa yang dipegangnya? jika mahu mempertikaikan asal usul, maka sudah pastilah ia daripada yang pertama.