
Sayyid Hassan Nasrallah, pemimpin Hezbullah menjelaskan dalam mendokong kebangkitan 'orang tertindas' kita tidak harus memilih bulu (baca mazhab atau agama). Malahan penindasan atas nama mazhab adalah kezaliman dan penafian hak yang paling malang sekali. Jika tidak pun, hak asasi manusia wajar dipertahankan:
"The biggest injustice was to blockade these people and wound them under the banner of sectarianism. Here I salute all the Sunni movements, and I should salute the expressive stance of [Turkish Prime Minister Recep Tayyep Erdogan]. I ask some in the Arab and Islamic world who are remaining silent about the injustice that our brothers in Bahrain are facing: Why stay silent about these peaceful protests or condemn their movements? Is it because they are Shia? If someone in a country belonged to a certain sect, should he be relieved of his human rights? Is it because the majority of the Bahraini opposition belong to the Shia sect that they are relieved of their rights and fatwas are issued against them? Where is the justice in this? We stood as Shia and Sunnis with the Palestinian people. No one asked about the religion or sect of the Palestinian, Egyptian, Tunisian or Libyan people." - Sayyid Hassan Nasrallah, sumber sini.
Bandingkan dengan kenyataan Qaradhawi, yang penuh kebencian: “The other Arab revolutions, with a common denominator of the oppressed against the oppressor, the Bahraini one is a sectarian, with Shiites against Sunnis,” - sumber sini.
Kenyataan beliau adalah kenyataan yang paling digemari Barat kerana umat Islam akan terus bermusuhan dan membiarkan boneka kesukaan mereka terus berkuasa.
Atau nasib Issa Razi al Razi yang diculik tentera Saudi lalu dipukul sehingga mati dalam keadaan tengkorak kepalanya terburai seperti dalam gambar dan video di bawah:


"The biggest injustice was to blockade these people and wound them under the banner of sectarianism. Here I salute all the Sunni movements, and I should salute the expressive stance of [Turkish Prime Minister Recep Tayyep Erdogan]. I ask some in the Arab and Islamic world who are remaining silent about the injustice that our brothers in Bahrain are facing: Why stay silent about these peaceful protests or condemn their movements? Is it because they are Shia? If someone in a country belonged to a certain sect, should he be relieved of his human rights? Is it because the majority of the Bahraini opposition belong to the Shia sect that they are relieved of their rights and fatwas are issued against them? Where is the justice in this? We stood as Shia and Sunnis with the Palestinian people. No one asked about the religion or sect of the Palestinian, Egyptian, Tunisian or Libyan people." - Sayyid Hassan Nasrallah, sumber sini.Bandingkan dengan kenyataan Qaradhawi, yang penuh kebencian: “The other Arab revolutions, with a common denominator of the oppressed against the oppressor, the Bahraini one is a sectarian, with Shiites against Sunnis,” - sumber sini.
Kenyataan beliau adalah kenyataan yang paling digemari Barat kerana umat Islam akan terus bermusuhan dan membiarkan boneka kesukaan mereka terus berkuasa.Qaradhawi mahu bukti lebih tentang apa yang berlaku di Manama, Bahrain. Qaradhawi penerima anugerah dari kerajaan Saudi ini (King Faisal International Prize for Islamic Studies – 1994) tidak nampak apa yang Saudi lakukan adalah satu pembunuhan. Mungkin beliau patut ditunjukkan dengan foto-foto Ahmad Farhan seperti di bawah:
Atau nasib Issa Razi al Razi yang diculik tentera Saudi lalu dipukul sehingga mati dalam keadaan tengkorak kepalanya terburai seperti dalam gambar dan video di bawah:

Kasihan Qaradhawi, ilmunya 'tinggi' akan tetapi hatinya penuh kesumat dan keji. Ekoran empuk di Qatar maka ia tidak lagi terdaya bersuara. Dia tidak lagi nampak bahawa penindasan harus dibela oleh Islam dan itulah puncak kejihadan seperti yang dilakukan Rasulullah saw.


Penunjuk perasaan yang tidak bersenjata di Bahrain diburu bagai binatang.Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak




54 comments:
"Kasihan Qaradhawi, ilmunya 'tinggi' akan tetapi hatinya penuh kesumat dan keji"
siapa Faisal Tehrani untuk menuliskan ayat seperti di atas?
dan bagaimana pula dengan hati Faisal Tehrani tatkala menulis dengan ayat seperti tersebut terhadap seorang ulama yang tidak terkira sumbangannya terhadap umat ini?
Adakah hati Faisal Tehrani terlalu mulia dan bersih berbanding hati orang lain yang penuh dengan kesumat dan keji?
dr, janganlah biadab dengan ulama..!
Ya, Qaradhawi berilmu tetapi ya, kenyataannya kali ini keji. Elok saudara kaji dulu apa makna dan maksud ilmu.
Agak pelik isu Bahrain ini..
rasanya inilah isu pembunuhan & penindasan yg paling jarang mendapat liputan akhbar di negara kita berbanding dgn isu Mesir, Libya yg hampir setiap hari berada di muka depan akhbar & di websites2. Bahkan di kalangan pemimpin negara kita sendiri turut diam seribu bahasa (mungkin pada mereka terkesan daripada persepsi Qaradhawi & golongan yg memusuhi Syiah itu sendiri.
Cukup terkilan apabila mengenangkan sikap golongan ini. Iran dalam membantu Palestin, Hizbullah yg mempertahankan Lubnan tidak pernah memprsoalkan isu sunni-syiah dalam membantu saudara mereka ketika mereka diganyang musuh sebaliknya apa yg terjadi di Bahrain sibuk menyokong kezaliman ke atas mereka.
Qaradhawi tertipu dengan ilmunya!!..semoga saudara2 syiah di bahrain dan juga malaysia mendapat pembelaan yg adil...
saudara Hamba Ilahi
kenyataan Qardhawi sama dengan kehendak syaitan besar amerika.
lalu bagaimana?
boleh saudara tolong cerahkan saya?
Kutukan terhadap seorang ulamak akan memecahbelahkan lagi umat. Bukan berpuluh mengagum Dr Syeikh Yusuf Qardawi di dunia ini; berjuta jumlahnya (termasuklah saya). Apa perlukah kita membangkitkan jutaan ini?
Cuba pujuk: atau tegur. Ulama pewairs Nabi. Hati-hati dengan perkataan, meungkin beliau ada rencana sendiri.
Apapun, tegur. :)
To support Bahrain, Copy and paste widget html on your blog.. referrer url
DR FT,
janganlah kerana ulama tak sebulu ngan kita, kita kutuk dia.
mungkin Qaradhawi salah, mungkin dia juga betul.
Kenapa, kenapa Tuan Qaradhawi. Sedangkan tuan antara org yg saya harapkan..
"hamba illahi" adalah orang yg tinggi ilmunya. mengaji seumur hidupnya. mengkaji seluruh usianya.
siapalah kita untuk membahaskan ayat-ayat seperti FT itu?
poooooddddaaaahhh....! eh budak..! balik lap ingus dulu eh?
Salam,
Berkenaan mereka yg suka bermain dengan isu Sunnah dan Syiah, saya memilih untuk beriman pada kenyataan Almarhum Imam Khomeini qs,
" Those who attempt to cause discord among our Sunni and Shia brothers are people who conspire for the enemies of Islam and want the enemies of Islam to triumph over Muslims. They are the supporters of America and some are supporters of the Soviet Union. "
No offense. Mereka telah bersekongkol dengan musuh2 Islam, tanpa mengira siapapun mereka... :)
Wasallam
siapala diri kita untuk mengadili mereka..dunia kini kian menuju kesesatan..segala kebaikan terputar menjadi kejahatan...
janganlah biadab dengan ulama..!
alhamdulillah..hormatilah ulama yg menghormati pendirian rasulullah..agak2 bagaimana pendirian rasulullah jika ia berada di position en qaradhawi..of course pendirian rasulullah lebih condong kepada pendirian en qaradhawi kerana en qaradhawi seorang ulama yang tidak terkira sumbangannya terhadap umat ini..
oleh itu telah digazetkan oleh rasulullah supaya mengikut al quran dan ahlul bait (version syiah) dan mengikut al quran dan sunah (version sunnah)..bukan mengikut ulama..so kalau nak ikut apa yg telah digazetkan, pastikan kita mengikut ulama yg mengikut pendirian rasulullah..bukan menjaga populariti..kerja2 islam bukan nak glamer beb..nak mencari keredhaan Allah..itu pun akal tak bleh beza..nanti tak payah kena hisab..terus masuk syurga..
Akad nikah di masjid didakwa amalan Kristian..
hamba ilahi sekali sekala pi la ziarah saudara2 di perlis..di sana pun ada ulama..depa pun alim2 jugak..jgn ketepikan kenyataan ulama2 yer..sapa hamba ilahi untuk mempersoalkan kenyataan ulama2..
ibnu yunus,
'unfortunately' ulama pewaris nabi tidak termasuk dalamnya ulama terompah .
muhamad safarin,
ulama (memanggil beliau ulama pun saya jengkel) yang pilih bulu wajar dikutuk. katanya, dia tidak pasti apa yang berlaku justeru dia menahan diri dari mengulas.
masakan tiada pembantunya mengkhabarkan laporan al jazeera ini: http://www.youtube.com/watch?v=5pr6rbhv80c&feature=player_embedded
mungkin dia salah mungkin dia betul. kira ijtihadlah ya? dalam hal ini 'membunuh orang tidak berdosa' maka kalau let say betul dapat dua pahala; kalau bunuh orang itu salah maka dapat satu pahala (kalau bunuh orang). pandangan dan hadis salah yang dirujuk inilah yang membolehkan bani umaiyyah dan abbasiyyah membunuh keluarga nabi muhammad saw. jadi askar yazid yang bunuh saidina husin berasa 'hah dapat satu pahala'. mesin propaganda kezaliman diwajarkan sehingga sedemikian rupa sehingga orang beriman dan percaya bahawa kalau ulama berijtihad salah maka dapat satu pahala hatta saat 'menghalalkan pembunuhan'.
kegilaan ini mesti dihentikan. inilah puncanya sesetengah pihak menganggap Islam zalim dan teroris, padahal tidak.
1) Semua orang boleh jadi Ulama di akhir zaman ini. Ulama selipar, terompah, pilih bulu dan sebagainya. Pakai serban dan jubah pasti beres.
2) Akhir zaman yang penuh kepalsuan ini, sejauh mana pula kita membezakan atau menapis kepalsuan dengan kebenaran? Banyak sisi laporan hal Bahrain di Internet, kita memilih untuk membiarkan mereka ditindas terus menjadi mangsa? Kerana kata Qaradhawi "the Bahraini one is a sectarian, with Shiites against Sunnis"? Kerana meeka Syiah lantas sesat? Nota: King Hamad ibn Isa Al-Khalifa adalah Wahabi.
3) Ulama pewaris Nabi, ok. Yang paling tepat dan sering dilupakan ialah Ahlul Bayt pewaris Nabi dan pemimpin dunia akhir zaman yang ditunggu-tunggu.
Sekian.
786/121.
Ulama ada dua jenis, satu ulama dari Allah dan satu lagi ulama dari syaitan. Jadi kita kena turut ulama dari Allah s.w.t
..Turut kata enggang makan buah beluluk, turut kata orang terjun masuk lubuk.
Mungkin salah mungkin betul.
Mungkin khilaf mungkin tidak
Mungkin benar mungkin silap.
Waham sahaja.
Apa benda ni?
Asyik khilaf sahaja.
Sampai bila mahu mungkin benar mungkin salah.
Seronok betul iblis dan tentera-tenteranya tengok orang macam ni.
Yang pastinya Allah azzawajalla tidak akan kata "biarlah dia, dia tak tahu".
saya walaupun bukan peminat Dr.Faisal berdasalkan entry di blog. agak mengahairankan, kenapa US dan sekutunya tidak pula mengambil tindakan ke atas Bahrain? sama seperti di Libya? ini puncanya dari umat islam sendiri yg berpecah belah disebabkan fanatik anutan mazhab masing-masing.
BBC's Katty Kay: Obama Doesn't Want Media To Report Bahrain Rebellion
semua org bole kita tolak atau terima atau pertikai pendapatnya,ijtihadnya melainkan muhammad rasulullah kerana baginda bersifat maksum..wallahualam..
Memang betul seperti sdr lalok sebut tu, kerja2 islam bukan nak glamour....so entri mcm....solat di trowong smart,keanggunan pramugari iran air,barbie pakai tudung,tali leher islam dan banyak lagi tak perlu la nak post. Sbb tu smua cuma nak cari glamour dan publicity murah jer.
Sy setuju dgn sdr pokok..Dalam kartun dr susyi mengatakan perang iran-iraq,..Amerika sokong iraq,tapi akhirnya iraq yang kena bom.Skarang kata libya brsekongkol dgn amerika, tapi akhirnya libya yg kena serang..Siapa sebenarnya yang berlakon ni...
Salam.
Kita ini jangan taksub membuta tuli sahaja kepada ulama, walaupun pada pandangan kita beliau adalah seorang yang tinggi ilmu dan sumbangannya.
Jangan bila ulama kata A, kita secara buta pun ikut A walaupun benda salah.
Qardawi juga boleh membuat salah dan benda yang salah tidak perlulah untuk menyatakan sokongan walaupun beliau adalah ulama.
Isu dekat sini adalah kewajaran beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian walaupun beliau dengan jujurnya mengakui beliau tidak mengetahui keadaan sebenar. Bagaimana pula beliau boleh mengatakan sesuatu yang tidak beliau pasti?
Dan paling penting, kenapa beliau hanya nampak Sunni-Syiah walhal perkara yang lebih besar dan wajar diberi perhatian itu wujud (pembunuhan rakyat Bahrain tanpa mengira umur).
bukan kerana sunni atau pun syiah.tapi kalau statment yg keluar tu membahayakan ummat islam sehingga boleh menumpahkan darah dan menguntungkan zionis rasanya kalau ulama yg mengaku syiah pun Saudara Faisal Tehrani tolak.(penilaian saya tentang FT.kalau salah FT boleh tegur saya)
bukan kerana sunni atau pun syiah.tapi kalau statment yg keluar tu membahayakan ummat islam sehingga boleh menumpahkan darah dan menguntungkan zionis rasanya kalau ulama yg mengaku syiah pun Saudara Faisal Tehrani tolak.(penilaian saya tentang FT.kalau salah FT boleh tegur saya.)
assalamualaikum..
"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim (kalau kamu berlaku demikian yakni cenderung) api neraka akan membakar kamu sedangkan kamu tidak ada sebarang pertolongan pun selain dari Allah. Kemudian dengan sebab cenderung itu kamu tidak akan mendapat pertolongan." surah hud ayat 113
ayat ini tidak jelaskan.. apakah qardhawi manusia maksum dan perilaku dia seperti nabi, sehingga mempertikaikan dia menjadi satu kesalahan.. umat bahrain teruk dibedil tapi kita masih mahu kata wallahualam, tak tahu betul ker, tak ada bukti.. sangat cantik permainan musuh hingga yang mati seperti mati katak, langsung tiada pembelaan sewajarnya.. janganlah satu ulama cakap maka kita semua membuat keputusan sama.. bediam diri.. hadiah surah al-fath kepada umat bahrain .. ini tidak kita masih nak membela yang terang merosakkan perpaduan umat islam.. tidak kira dia syiah atau sunni ia sudah menjadi kewajipan setiap muslim untuk membantu..
ulama-ulama jahat.. ia selalu duduk dengan pemerintah yang zalim.. takkan quran ayat tadi nak kata tak betul pasal yang ulama bengong macam tuh..
Ulama pewaris nabi.. namun ulama bukan maksum..
kadang2 ada yg berkulit di luar sahaja..isinya tiada..namun fanatik mnguasai diri..hingga x dpt menerima teguran..sama mcm peminat pemain bolasepak..kalo dah minat..ada pihak akhbar yg mengkritik idola dia pun dia dah nk pergi bakar pejabat akhbar tersebut..
kita disuruh menghormati ulama sebagai pewaris nabi..bukan taat membuta tuli..
Zaman sekarang..pelikkah ulama membuat silap..bercakap pasal pewaris..ikut susur galurnya semua anak cucu Adam A.S..namun knapa ramai yg melanggar perintah..kesimpulannya..manusia tetap manusia..yang sifat asalnya pelupa dan berbuat salah..
Kritikan dan teguran yg mngingatkan kita..
Jika benar pewaris nabi,maka ulama juga boleh ditegur..kerana nabi juga mengambil kira pendapat umatnya..
Yang ditutur dan diperlakukan oleh ulama tidak pernah menjadi sunnah baru..
Jgn terlalu obses..
terima kebenaran jika ianya benar..
salam
apabila manusia sudah tidak boleh membezakan antara kejahatan dan kebaikan beerti hati manusia itu sudah parah. Ya Allah jauhilah kami daripada mereka2 ini yang tidak memahami akan Deen Mu, yang begitu keliru sekali sehinggakan mengeluarkan kenyataan2 yang begitu naif sekali.....yang sebenarnya jika pernyataan2 yang menyokong kegilaan,kezaliman,pembunuhan,pengkhianatan terhadap umat Islam dianalisis secara logik pun jelas akan sifat kejahatan itu. Bagaimanakah kita yang mengaku muslim tetapi begitu pekat dgn ciri2 kejahilan seolah2 akal kita terbelenggu dalam kesesatan yang amat sangat.
Insafilah akan kebejatan yang kita sedang alami ini. Kembalilah ke jalan Allah .
Quote:siapa Faisal Tehrani untuk menuliskan ayat seperti di atas?
Quote:dan bagaimana pula dengan hati Faisal Tehrani tatkala menulis dengan ayat seperti tersebut terhadap seorang ulama yang tidak terkira sumbangannya terhadap umat ini?
Quote:Kutukan terhadap seorang ulamak akan memecahbelahkan lagi umat. Bukan berpuluh mengagum Dr Syeikh Yusuf Qardawi di dunia ini; berjuta jumlahnya (termasuklah saya). Apa perlukah kita membangkitkan jutaan ini?
Pernyataan-pernyataan beginilah yang telah dipesan oleh imam Ali: Jangan lihat siapa yang bercakap TETAPI lihat apakah yang dicakapkan.
Sebab itu elaklah mengambil konsep "HERO WORSHIP" sebab sikap sebegini selalunya menyebabkan seseorang itu menerima apa saja yang dikatakan oleh "HERO nya" walaupun hati kecil nya sendiri meragui akan pendapat "HEROnya"
Konsep asas Islam mengajar kita daripada terpedaya dgn konsep "hero worship "ini. Islam kata
........Hendaklah ada di kalangan kamu sekelompok manusia yang sentiasa melaksanakan makruf dan melawan kemungkaran.......
Marilah kita semua cermin-cermin diri sendiri agar kita tidak menyesal di kemudian hari
"SUNNI + SHIAH = ISLAM "
Maaf semua. Saya tidak mengatakan apa yang beliau fatwakan itu sebagai benar. Baca semula.
Saya cuma tidak senang apabila seorang Muslim dikutuk sedemikian rupa.
Memang benar, dia mungkin berbuat salah. Tetapi perlulah berhikmah tegurannya, tidak perlu disebut perkataan 'penuh kesumat' dan 'keji':
"Mengutuk , berkata keji dan berkata kotor."
( H R . Muslim )
Quote:
"Memang betul seperti sdr lalok sebut tu, kerja2 islam bukan nak glamour....so entri mcm....solat di trowong smart,keanggunan pramugari iran air,barbie pakai tudung,tali leher islam dan banyak lagi tak perlu la nak post. Sbb tu smua cuma nak cari glamour dan publicity murah jer."
BUKAN cari glamour tapi sebenarnya UNTUK
........menyedarkan kepada kita bahawa WUJUDNYA Islam di negara ITU
........menyedarkan bahawa ORANG-ORANG itu prihatin dan praktikkan Islam sbg DEEN dalam hidup mereka dan bukan sebagai ritual kosong sahaja.
...............
........menyedarkan kita di kalangan ORANG_ORANG itu ada ulamak2,pemimpin2,ahli2 profesional,wanita2 berkerjaya,remaja yang berwawasan,kanak2 yang celik aqal,suri-suri rumah yang bijak bistari dan....dan...dannnnnn
.........menyedarkan kita KERAJAAN itu ada perlembagaan,ada hukum hakam,ada parlimennya,ada berbagai institusi........ada wibawa, ada izzahnya...dan...dan...dannn
.........KENAPA PERLU DITONJOLKAN SEMUA INI ?????
SEBAB di luar sana(di sekeliling kita) gambaran dan berita-berita tentang NEGARA itu dan ORANG-ORANG itu adalah sangat-sangat NEGATIF....sangat-sangat tidak TEPAT dan tidak ADIL...
Jadi bagi saya adalah wajar kita tahu dan tidaklah kita menjadi "katak di bawah tempurung" dan luas lah pandangan dan cerahlah pemikiran
..........
Quote:
"Sy setuju dgn sdr pokok..Dalam kartun dr susyi mengatakan perang iran-iraq,..Amerika sokong iraq,tapi akhirnya iraq yang kena bom.Skarang kata libya brsekongkol dgn amerika, tapi akhirnya libya yg kena serang..Siapa sebenarnya yang berlakon ni."
Hmm jawapan yang sesuai rasanya begini:
Kalau kita tengok filem .tak kisahlah filem hindustan ke?Inggeris ke? cina ke? Melayu ke....apa2 sajelah
Dalam filem2 tu :Orang/talibarut2 yang Bersekongkol dan bersahabat dengan
kumpulan jahat..kumpulan samseng..kumpulan mafia..Apa jadi?
Hmmm akhirnya setelah talibarut2 ini selesaikan tugas yang diarahkan bos2nya....
Kemuncaknya.....talibarut2 itu pun ditamatkan riwayatnya/dimusnahkan/dipinggirkan oleh tangan2 yang mengarahkannya tadi.
itulah lakonan namanya.
dan jangan lupa lakonan ini akan diulang tayang di alam akhirat nanti...kerana si syaitan iblis juga akan mengatakan selamat tinggal kpd pengikut2 setia mereka ketika hidup di dunia dgn kata2 Bukan urusan ku ...kamu yang ikut aku.
"Ya Allah jauhilah kami daripada berada dlam keadaan begitu"
blogsegera: bkn nk bkata apa cuma di dalam sunni pun masih ramai ahlul bait,bknnye dlm syiah sahaja.. dan tdk smestinya syiah itu smestinya ahlul bait ksemuanya..
sy kira syeikh Qardhawi mrupakn seorang yg tggi ilmunya, dan kdgkala mungkin sesetengah kenyataan & tindakannya mmpunyai hikmah yg besar di sebalik itu, mungkin ada perancangan beliau tsendiri di sebalik kenyataan 'kontroversi' itu..
sperti almarhum sheikh al-azhar sebelum ini syeikh Tantawi, byk tndakannya yg menimbulkn psoalan rakyat yg kelihatan byk mmbela rejim mubarak ttpi slepas beliau mninggal byk hikmah yg dpt disingkap daripada kenyataan2 beliau yg sebelum ini dianggap kontroversi. Beliau lebih menjaga maslahat & kepentingan ummatnya pd masa hadapan bbnding utk tempoh tdekat..
jd apa yg blaku di sini ialah mungkin syeikh Qardhawi mmpunyai sbab ttentu utk mjaga maslahat umat bdasarkn sesetengah tindakannya yg dianggap kontroversi..
ramai alim ulama dan rakyat mesir di tempat sy ini yg mengagumi ketokohan beliau, semangat yg ditunjukkn oleh beliau dr dulu hingga kini dlm mmbela nasib palestin.
Jd apa yg pnting di sini wajar kita mpunyai sangkaan yg baik ataupun husnuzzan thadap kenyataan yg dikeluarkn oleh beliau selaku ulama besar yg diiktiraf oleh majoriti ulama sedunia dan semestinya mmpunyai hikmah pemikiran yg jauh lebih baik drpd kita..
Salam.
Marilah kita sama-sama merenung dan memperhatikan ayat-ayat Allah SWT:
kaana nnaasu ummatan waahidatan faba'atsallaahu nnabiyyiina mubasysyiriina wamundziriina wa-anzala ma'ahumu lkitaaba bilhaqqi liyahkuma bayna nnaasi fiimaa ikhtalafuu fiihi wamaa ikhtalafa fiihi illaalladziina uutuuhu min ba'di maa jaa-at-humu lbayyinaatu baghyan baynahum fahadaallaahulladziina aamanuu limaa ikhtalafuu fiihi mina lhaqqi bi-idznihi walaahu yahdii man yasyaau ilaa shiraathin mustaqiim [2:213]
Manusia itu adalah umat yang satu. (setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus para nabi, sebagai pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab yang benar, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka Kitab, yaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, karena dengki antara mereka sendiri. Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkann itu dengan kehendak-Nya. Dan Allah selalu memberi petunjuk orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus.
yaa ayyuhaalladziina aamanuu udkhuluu fii ssilmi kaaffatan walaa tattabi'uu khuthuwaati sysyaythaani innahu lakum 'aduwwun mubiin [2:208]
Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu
wamina nnaasi man yaquulu aamannaabillahi wabil yaumilaakhiri wamahum bimu'miniin [2:8]
Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian," pada hal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman.
yukhaadi'uunallaaha walladziina aamanuu wamaa yakhda'uuna illaa anfusahum wamaa yasy'uruun [2:9]
Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sadar.
alam tara ilaalladziina yaz'umuuna annahum aamanuu bimaa unzila ilayka wamaa unzila min qablika yuriiduuna an yatahaakamuu ilaa ththaaghuuti waqad umiruu an yakfuruu bihi wayuriidu sysyaythaanu an yudhillahum dhalaalan ba'iidaa [4:60]
Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu ? Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintah mengingkari thaghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya.
yaa ayyuhaalladziina aamanuu kuunuu qawwaamiina bilqisthi syuhadaa-a lillaahi walaw 'alaa anfusikum awi lwaalidayni wal-aqrabiina in yakun ghaniyyan aw faqiiran falaahu awlaa bihimaa falaa tattabi'uu lhawaa an ta'diluu wa-in talwuu aw tu'ridhuu fa-innallaaha kaana bimaa ta'maluuna khabiiraa [4:135]
Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu karena ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan.
yaa ayyuhaalladziina aamanuu kuunuu qawwaamiina lillaahi syuhadaa-a bilqisthi walaa yajrimannakum syanaaanu qawmin 'alaallaa ta'diluu i'diluu huwa aqrabu littaqwaa wattaquullaaha innallaaha khabiirun bimaa ta'maluun [5:8]
Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
satu lg yg sy m'ajak agar kita semua btenang & tdk cpt mjatuhkn hukum adalah pd hemat sy slain drpd ktokohan syeikh yusuf qardhawi yg diiktiraf ramai tokoh ulama di dunia ini adalah kdgkala kita lihat mufti di amerika mmberikn fatwa yg lain dan bcanggah sperti fatwa yg diberikn di mesir, ttapi kita perlu mhormati ijtihad mereka krn mereka lbih memahami sosiobudaya, cuaca, politik dan sbagainya yg berlaku di tmpt mereka..
hal ini sama seperti kes ijtihad yusuf qardhawi ini, beliau mungkin kelihatan pd kenyataannya mnimbulkn kontroversi namun beliau sudah byk berhadapan dgn bmacam ragam,sifat dan kerenah manusia yg dtg dr pelbagai latar belakang,agama,mazhab,keturunan dan sebagainya. dan pd hemat sy beliau sudah tentunya lbih arif & lebih sering bertemu dgn musuh2 Islam ini dan sudah pasti beliau lebih mengenali helah dan selok-belok musuh2 Islam ini..
jd sy m'ajak anda semua supaya marilah kita berprasangka baik kpd beliau lbih2 lg ketokohan beliau drpd segi perjuangan & ilmunya jauh lbih hbat daripada kita. berhentilah berprasangka buruk krn 'suuzzan inilah yg banyak memakan dan meruntuhkn umat Melayu-Islam ini. tidak seperti umat Islam di rantau arab yg sy temui rata-rata mereka tdk mmpunyai syak wasangka buruk yg keterlaluan & mlampau sperti umat melayu-Islam kita ini..
sy hrp Dr FT dpt menyiarkan komen sy ini dan diharapkn ianya dpt mnerima sambutan yg baik krn Dr FT juga mrupakan salah seorg tokoh di Malaysia yg sy sanjungi. maaf,kenyataan ini bukannya untuk mengkritik tuan ttpi sy harap demi menjaga maslahat bersama bg mencambahkn pdebatan yg baik..
Salam.
Beribadah hanya kepada Allah. Kita dituntut mengesakan Allah SWT, yaitu hanya menyembah kepada-Nya. Kerana, tidak ada sekutu bagi-Nya.
Kita harus memerangi semua berhala dan segala bentuk sembahan selain Dia. Takkala kita berwali kepada seorang manusia saleh, maka jadikanlah dia pemimpin kita kerana ajaran-ajaran mulia yang diyakini dan diamalkannya, dan bukan semata-mata kerana dirinya. Kerana, sungguh merupakan suatu bencana yang sangat besar takkala seorang manusia jatuh pada penyembahan manusia lain.
Imam Ali as berkata, “Janganlah engkau menjadi hamba manusia lainnya, kerana sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan kamu dalam keadaan merdeka.”
Salam.
Jadilah orang yang adil. Orang adil adalah orang yang meletakkan sesuatu pada tempatnya. Atau, dengan kata lain, memberikan kepada yang berhak hak-hak mereka. kita dituntut berbuat semaksimal mungkin atas dasar nilai-nilai keadilan pada semua aspek kehidupan kita. Dan awasilah diri kita di dalam menerapkan nilai-nilai tersebut.
Imam Ali as berkata,”Allah menjadikan keadilan sebagai dasar pijakan bagi manusia, penyucian bagi dosa dan kezaliman, dan kemudahan bagi Islam.”
Imam Ali as juga berkat,”Keadilan adalah tatanan urusan.”
Memberi keadilan pada tempatnya tentunya dengan tujuan memperolehi keridaan Allah SWT. Ketahuilah bahwa menghadapi kezaliman pun tujuannya adalah untuk menempatkan akhlak mulia pada tempatnya.
Inilah yang dijelaskan oleh Imam Hussain as tatkala beliau menerangkan tujuan keberangkatannya ke Karbala, “Sesungguhnya aku keluar untuk mengadakan perbaikan pada umat kakekku Rasulullah SAW. Aku ingin memerentahkan yang makruf dan mencegah yang mungkar...”
Hezbollah
In response to Muslim scholar 'Abdullaah ibn Jibreen's fatwa declaring that it was forbidden for Muslims to support or pray for Hezbollah because they are Shia, al-Qaradawi issued a contrary fatwa, stating that it was mandatory for all Muslims to support Hezbollah in its fight against Israel, claiming that "Shias agree with the Sunnis in the main principles of Islam while the differences are only over the branches." In this fatwa, he also called upon the Sunnis and Shia of Iraq to end the civil war
http://en.wikipedia.org/wiki/Yusuf_al-Qaradawi#Hezbollah
Ibnu Yusuf,
Kamu tidak perlu risau dengan kenyataan 'Kutukan terhadap seorang ulamak akan memecahbelahkan lagi umat' Sebab ulamak yg kamu kagumi ini atas kapasiti dia sendiri telah terlebih dahulu mengeluarkan kenyataan yg memecahbelahkan umat Islam dan menghina mazhab syiah.
“There is no people’s revolution in Bahrain but a sectarian one..."
Konotasi kenyataan;
1. sectarian one (mazhab syiah) bukan people's revolution. Maksudnya pengikut mazhab syiah adalah bukan dari kategori 'people'.
2. memandangkan ' no people's revolution' maka ia jatuh kepada kategori pemberontak ataupun pengganas dan tidak menjadi kesalahan kepada pihak pemerintah untuk memperlakukan sesuka hati apapun kekejaman terhadap mereka yg menentang. Samada dibunuh ataupun diburu.
Secara tidak langsung kenyataan ulamak kamu telah membenarkan kekejaman yg berlaku di Bahrain yg meragut banyak nyawa. Seolah-olah nyawa itu tidak bernilai bagi mereka yg bermazhab syiah !
Sebab itu mereka dgn tanpa selindung lagi mengatakan bahawa mereka memburu syiah. Kerana syiah bukan 'people' seperti yg dimaksudkan oleh Dr Yusuf Qardhawi.
Ini persepsi yg saya dapat dari kenyataan tersebut dan begitu juga bagi pemerintah Bahrain. Kamu mungkin menganggap kenyataan dia sebagai remeh. Akan tetapi jika kenyataan dia diterima pemerintah sebagai 'ok' untuk menghapuskan dan membunuh mereka yg melakukan protes maka bolehkah Dr Yusuf dipertanggugjawabkan atas jumlah nyawa yg terkorban ? (Kerana pembunuhan terhadap rakyat yg tidak berdosa oleh pemerintah tidak lagi dianggap sebagai satu kekejaman dan kezaliman)
Sila kamu fikir2kanlah. Ingatlah firman Allah bahawa membunuh satu nyawa secara zalim sama seperti telah membunuh manusia keseluruhannya.
Dan jelas sekali saya kasihankan Dr Yusuf Qardhawi mengenangkan apabila di akhirat kelak dia pasti akan ditanyakan tentang kenyataan tersebut.
786/121.
Ahli bait ada tiga kategori.
1. Ahlibait am.
2. Ahlibait khas.
3. Ahlibait khas wal khusus.
Ahlibait khas wal khusus sila baca quran surah 33 ayat 33 dan carilah tafsirannya.
___________
imam Ali: Jangan lihat siapa yang bercakap TETAPI lihat apakah yang dicakapkan.
____________
PARA IMAM 12 DARI KALANGAN QURAISY, BANI HASYIM DAN AHLUL BAIT MENURUT RIWAYAT AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH
____________
ulama besar dr faisal tehrani..
hebatlah tuan guru...wow!!!
mesti dr faisal ini orang paling mulia di abad ini kan...hihi..
ulama besar dr faisal tehrani..
hebatlah tuan guru...wow!!!
mesti dr faisal ini orang paling mulia di abad ini kan...hihi..
kenyataan lagi dasyat dari orang yg kata al-qaradhawi penganas..
ulama besar dr faisal tehrani..
hebatlah tuan guru faisal tehrani...wow!!!
mesti dr faisal ini orang yg mulia di abad ini kan...hihi..
kenyataan lebih dasyat dari orang yg kata beliau penganas..bila la agaknya aq boleh ludah muka ko ni...maaf dgn keyataan aq nak ludah muka ko..sbb ko pun tak tahu nak hormati orang lain..terutama sekali manusia yg bergelar ulama..
nizam
Terima kasih. Siapalah saya kalau saudara nak ludah pun. Nabi Muhammad SAW dinajisi dan dilontar tahi oleh para musyrikin.
Saya mengatakan yang haq saja.
Wassalam.
tany sama pokok, apa sebab goyang? Saya sokong pokok.
nizam peludah,
nama saya tangki ludahan. saya ada sediakan khidmat menjadi tangki ludahan, jika kamu nak melepas geram kepada Dr. Faisal Tehrani ni, saya sedia mengganti tempatnya, marilah ya silakan meludah di mana-mana kawan saya yang ada khidmat tangki ludahan...
maaf Dr. Faisal, saya terpaksa menyampuk komen di sini, kerana kasihan kat nizam peludah ni yang seolah-olah cuba meludah sang mentari, orang tua kata air ludahannya pasti akan kering, mentari pula semakin terik dan membahang sinarannya...
allahumma solli 'ala Muhammad wa aali Muhammad, wa 'ajjil farajahum...
@Zuljanah
Sekali lagi, saya tidak menjustifikasikan bahawa apa yang diperkatakan beliau sebagai betul. Malah saya menentang perjuangan interdenominasional.
Namun itu tidak menjadi tiket buat kita mengutuk dan menghina beliau. Umat Islam diajar untuk saling menegur dengan cara yang terbaik lagi berhemah.
Ya, beliau KHILAF dalam hal ini. Namun, saya tidak akan mencemar kredibiliti iman saya dengan mengutuk beliau.
Dan ya, mungkin pada suatu titik: beliau telah memecahbelahkan kita, tetapi itupun tidak harus jadi kupon untuk memecahbelahkan lagi.
Kalau benci dia, tolak ajarannya, bukan perangi. Melainkan sudah beliau acukan pedang emas hadiah Saudi, maka barulah dia boleh diperangi.
Apapun, terima kasih di atas respon yang saya kira, agak padat.
___________________________________
Dr Yusuf Al Qaradhawi : Ulama Ses*t?
Oleh tinjau
____________________________________
Dr FT,
Walaupun Dr tidak digelar ulama besar, 'ilmu pencahayaan' Dr adalah releven. Teruskan usaha Dr!
Ibnu Yunus,
Kamu mungkin tidak dapat menganggar betapa besarnya 'kekhilafan' Dr Qardhawi :)
Kita boleh khilaf dalam apa jua hal pun, dalam pelbagai mazhab sekali pun. Hata dalam pelbagai agama sekalipun..... Khilaflah, berbeza pendapatlah, berlainan peganganlah, belainan agamalah, langsung tidak menjadi isu......
Sehingga apabila kekhilafan itu mula membenarkan penindasan, pencabulan hak2 manusia, kemusnahan hartabenda dan nyawa mereka. Apatah lagi terhadap mereka2 yg tidak berdosa.
Adalah sangat elok sekiranya Dr Qardhawi tidak mengucapkan apa2 pun berkaitan Bahrain, berdiam diri membisu seribu bahasa dan berlepas diri daripada perbuatan2 zalim pemerintah Bahrain, daripada secara berselindung menyatakan persetujuan ke atas kekejaman mereka.
Kamu ingin tahu betapa seriusnya pandangan Al-Quran terhadap mereka yg membunuh dan berlaku zalim ?
" Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka kepadanya, dan melakanatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar. "
Surah An-Nisaa', Ayat 93
Sudah berapa banyak nyawa terkorban ? Jelas sekali mereka itu kafir, kekal didalam neraka jahannam dan mereka mendapat kemurkaan serta laknatNya !
Sebaik2nya kita jgn ada langsung hubungan dengan mereka yg dilaknat, lebih2 lagi jika kita sebagai seorang ulamak yg terkenal.
Harap kamu sedia memahami.
saya tak faham sungguh dengan orang2 yang membenarkan pembunuhan orang2 mukmin ini....
Allah murka,
" Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka kepadanya, dan melakanatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar. "
Surah An-Nisaa', Ayat 93
tetapi masih ramai yang menyokong " ulama'" yang bertindak membenarkan pembunuhan ini.... adakah mereka ini tergolong dalam kemurkaan Allah itu???? Fikir2 kan la....
Post a Comment