Awal revolusi yang berkat ialah tidak berbuat maksiat ketika melakukan revolusi itu. Tidak seperti 'revolusi di Mesir', wanita dan lelaki di Bahrain berarak di lorong yang berbeza. Tidak senggol-senggolan sampai terlanggar 'barang' yang tidak patut. Iyalah, kebangkitan di Bahrain dipelopori ulama; jadi terkawal. Risau juga, nak cegah mungkar besar pemerintah tetapi terbuat mungkar yang lain ketika berdemonstrasi itu.

Saya memang suka melihat foto-foto penunjuk perasaan di Bahrain.
Mereka bersemangat sekali. Aman dan tidak kecoh-kecoh.
Mereka bersemangat sekali. Aman dan tidak kecoh-kecoh.

Lihat wajah-wajah wanita Bahrain ini. Foto adalah rakaman tunjuk perasaan semalam menuju ke Bulatan Mutiara. Sudah lebih seminggu rakyat Bahrain bangun membantah dan menolak regim Khalifa yang menindas mereka.
















* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.




13 comments:
Di mana agaknya saya boleh baca berita yg 'berwibawa' tentang situasi sebenar di Libya ya tuan?
Tips please.
Oh! Betul juga tu. Dalam sibuk berevolusi, kadangkala terlupa 'hal-hal sebegitu'. Sengol-senggolan jadinya. Namun bertuah yang di Bahrain. Sungguh terancang. Ini patut dicontohi dalam apa majlis sekali pun. Dosa-dosa kecil jika dah bertepek. Besar juga jadinya.
Semoga mereka tetap pendirian dan kembali tenang!.
elokla mcm ni, tak bercampur-aduk lelaki wanita
itulah beza revolusi yg dipimpin ulama berbanding revolusi yg ulamanya hanya lantang bercakap dari jauh namun tidak berani untuk bersama2 rakyat. Sy lebih nampak bagaimana bezanya antara revolusi sunni & syiah dalam posting dr. yg ini.
orang tua-tua ada kata,; "sudah terang lagi bersuluh" !
assalamualaikum..
emm.. buat perkara baik.. jadi
yang tak baik dapat dielakkan..
penting sekali dalam menghadapi
musuh2 allah yang suka buat provokasi
Salam.
Islam mengajar kita sebelum kita mengubah orang lain, mulailah terlebih dahulu dengan diri sendiri. Adalah aib bagi seseorang bila ia telah mengajari atau mendidik orang lain sedangkan dirinya sendiri masih perlu dididik dan diajari hal yang sama.
Adalah keliru ketika seseorang berfikir bahwa orang lain dituntut menlakukan tuntutan agama sementara dirinya sendiri tidak dituntut melakukan hal yang sama. Adalah kerugian dan kelalaian ketika seseorang menyuruh orang lain bersifat tertentu sementara dia sendiri masih memerlukan sifat tersebut.
Salam.
Kita (saya dan anda) - sering berbuat salah, dan sedang berusaha menuju kesempurnaan di dalam hidup - memerlukan contoh dan panutan. Dalam hal mengambil panutan, semua orang memerlukan panutan.
Sejarah telah membuktikan bahwa pengambilan panutan mempunyai peranan yang besar bagi pembangunan kemanusian dan kemajuan peradaban.
Supaya kita berada di jalan hikmah, kita harus berjalan di belakang para nabi, para imam, orang-orang saleh, para shiddiqin, dan para syuhada.
Kaedah umum, "Jadilah kamu orang yang tawaduk, dan lihatlah di sekelilingmu orang yang memiliki sifat-sifat yang baik yang kamu perlukan, lalu ikutilah dia dalam sifat-sifatnya itu. Kamu tidak akan rugi sama sekali tetapi malah menjadi orang yang berhasil"
Salam.
Jangan kita sekali-kali menyalahi aturan alam dan kehidupan. Allah SWT telah berfirman, "Maka sekali-kali kamu tidak akan mendapat penggantian bagi sunah Allah, dan sekali-kali tidak (pula) kamu akan menemui penyimpangan bagi sunah Allah itu" (Fathir: 43)
Allah SWT telah menciptakan alam dan kehidupan, dan menjadikan pada keduanya aturan-aturan yang tetap. Menyalahinya bererti kegagalan dan bahkan kehancuran. Sedangkan menaatinya bererti keberhasilan. Kerana aturan-aturan tersebut merupakan jalan, hukum, dan sekaligus nasihat.
Al-Quran al-Karim menyebutkan, "Dan (penduduk) negeri itu telah Kami hancurkan, ketika mereka berbuat zalim, dan telah Kami tetapkan waktu tertentu bagi kebinasaan mereka" (al-Kahfi: 59)
Kezaliman, kesewenang-wenangan, kerusakan, dan kemewahan yang dilakukan manusia/umat, dan penguasa akan menyeret mereka kepada kehancuran. Ini adalah hukum yang pasti!
assalamualaikum dr.
sebelum saya meluahkan komentar ada eloknya saya perkenalkan diri..saya masih anak muda,berumur 21 tahun,dan saya merupakan peminat besar karya2 DR,yang terutama diminati ialah ketupat cinta yang sarat dengan satira politik pasca-PRU 2008..saya rasa itu masterpiece terbaik saudara,dan cuma dikesali karya ini sukar sekali diperolehi,seperti ada tangan2 'ghaib' menghalang penjualan buku2 ini..
saya ingin mengulas topik ini,walaupun saya peminat besar dr harus saya katakan pandangan saya sedikit berbeza dengan Dr,saya tidak mahu mengulas panjang tentang topik syiah-sunnah di sini,sepertinya Dr telah mungkin kalau saya boleh perkatakan,memperkecilkan revolusi di Mesir,kerana mungkin di mesir itu adalah sunnah,dan di bahrain adalah syiah??saya tidak punya masalah dengan syiah,malahan saya setuju syiah merupakan sebahagian dari islam.period.namun,sepertinya Dr telah melebih-lebihkan revolusi di bahrain mungkin kerana di sana syiah,dan saya agak kecewa dan sedih dengan kenyataan saudari el-zehra iaitu :
"itulah beza revolusi yg dipimpin ulama berbanding revolusi yg ulamanya hanya lantang bercakap dari jauh namun tidak berani untuk bersama2 rakyat"
sepertinya merujuk kepada syeikh Yusuf Qardawi..saya yakin Dr lebih arif tentang situasi di timur tengah berbanding saya yang masih mentah ini,tetapi sepengetahuan saya mesir itu mempunyai jumlah penduduk yang ramai,terdidik dengan sekularisme sudah sekian lama dan sudah lama terbabit dalam sepak terajang percaturan zionis antarabangsa..tambahan pula,kelompok oposisi seperti Ikhwanul muslimin berdekad-dekad lamanya dibantai dengan teruk,dan saya kerap membaca note di FB tentang tahanan2 ikhwan yang diseksa seteruk2nya sehingga kulit terkoyak!..tambahan pula, telah berlaku beberapa demonstrasidi tahun2 sebelum ini,dan telah dipatahkan secara ganas kemudian kelompok ikhwan dipersalahkan..tidak boleh tidak,saya berat untuk menyalahkan kelewatan kelompok ikhwan menyertai demo umumnya dan kelewatan syeikh Yusuf Qardawi terbabit khususnya
mereka 'trauma' dengan keganasan rejim2 zalim mesir,dan mungkin sahaja mereka melihat possible outcome dari demo itu..hanya selepas kelompok tentera menzahirkan sokongan barulah para Ikhwan turun berdemo..kemudian memandangkan mesir sudah sebati dengan campur tangan zionis antarabangsa dalam mencorakkan faham sekularnya,maka bagi saya tidak dapat disamakan keadaan mesir dan bahrain yang lebih secluded dari anasir barat.saya sama sekali tidak setuju dan tidak menghalalkan pergaulan bebas dan percampuran seperti di mesir,namun saya tidak berada di tempat mereka untuk mengulas panjang..mereka yang hidup terseksa bertahun2 dibawah pemerintah zalim,dan api kemarahan itu memang sudah tidak terhindar lagi..saya tahu matlamat tidak menghalalkan cara,namun rakan saya yang belajar di sana ada memberitahu di sana pergaulan bebas tidaklah dibenarkan..tidak ada dating2 kerana ada polis moral yang menjaga mereka..menurut rakan2 saya di sana..jadi ini bukanlah budaya mereka,cuma kerana api kemarahan ke atas kezaliman,saya rasa menyebabkan mereka turun beramai2 menzahirkan kebencian...jadi sebenarnya saya kurang setuju dengan kenyataan2 yang mahu menampakkan seperti seolah2 mesir kononnya 'kurang berkah' dari di bahrain..bagi saya kedua-duanya insyaALLAH dirahmati dan diberkati ALLAH kerana menentang rezim yang zalim dan bersekongkol dengan kafir merosakkan umat Islam..samalah2 kita doakan kesejahteraan umat islam seluruhnya baik di mesir mahupun di bahrain,ataupun yang sunnah atau syiah asalkan Islam dan keadilannya naik menggantikan kezaliman.
(p/s: walaupun mungkin kita tidak spendpat akan hal ini,sya akan masih menyokong Dr,kerana bagi saya Dr telah menonjolkan sisi2 sastera yang dapat digunakan buat menyokong dakwah islamiah..teruskan kerja2 dr,dan saya supaya Dr terus diberkati ALLAH,amin...di sini saya tambahkan link bagaimana rakyat mesir menyambut berambusnya mubarak..harap nilaikan sendiri..kerana sekurang2nya masih ada takbir dan sujud syukur..http://www.youtube.com/watch?v=0ct_QAo1Yuc&feature=related)
mohd iduan
saya hormati 'revolusi mesir' kerana tekad rakyat tersebut adalah untuk melawan korupsi, itu sendiri sudah Islami. Tetapi revolusi bukan matlamat. ia hanya proses. makanya saya tak boleh berpegang kepada sesuatu yang belum menampakkan hasil.
di Bahrain, saya rasa seronok melihatnya kerana antara banyak2 negara Arab yang melakukan tunjuk perasaan, protes dan sebagainya, ia digerakkan oleh para ulama. tak kan itu pun salah?
Assalammualaikum wbt Dr Faisal
salam sejahtera ke atas kamu & keluarga kamu jua sahabat2 & saudara2 kamu walau di mana jua...
Post a Comment