15 March 2011

Shah Iran di Malaysia tahun 1968

Tahukah anda Mohammad Rezā Shāh Pahlavi, raja (dalam bahasa Parsi raja ialah Shah) terakhir dari Iran pernah melawat Malaysia pada tahun 1968. Shah Iran dianugerahi Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) oleh Yang Di-Pertuan Agong ketika lawatan tersebut. Ia merupakan darjah yang kedua antara sepuluh darjah Anugerah Diraja Malaysia.

Reza Pahlavi dan Almarhum DYMM Sultan Idris Shah II.

Boneka Amerika dan Zionis ini diiringi oleh isterinya, Farah Diba. Dalam ucapan di hadapan Yang Di-Pertuan Agong dan pembesar dari Malaysia pada waktu itu, Shah Iran melongokan hadirin dengan memberitahu terdapat lebih 300 perkataan Parsi yang dipinjam oleh bahasa Melayu sejak zaman kesultanan Melayu Melaka. Malah kata 'Syah' yang digunapakai oleh raja-raja Melayu itu sendiri kata pinjaman dari bahasa Parsi. Serupa seperti kita, ada Sunni yang berguna ada yang hampas; sebelas tahun kemudian, Shah seorang Syiah (yang tidak berguna tentunya) digulingkan oleh para ulama Syiah diketuai Ayatullah Khomeini. Beliau diusir keluar dari Iran lalu merempat di Amerika Syarikat.



Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak

17 comments:

azila said...

menarik sungguh artikel ini..
boleh buat filem.. camana agaknya kesudahan idup dia.

Adilla Harun said...

Setelah beberapa lama di sini. Rasanya ini baru Chapter 1 untuk saya. Teruskan usaha Dr.membetulkan kekeliruan terhadap golongan ini!

mohd said...

azila ~ blh google je cari mklmat terkini ttg Shah Iran ini (dah meninggal pun dlm buangan), ada 3 wif, wif ke2 mati sbg kristian, 2 anaknya bunuh diri (Leila & Ali Reza wpun idup dlm kemewahan serta cantik & hensem)..dlm blog Srikandi7 juga ada ulasan ttg nasib Shah Iran ini...

firassinar said...

Kejayaan rakyat iran(parsi)di bawah kepimpinan seorang ulama dalam menjatuhkan raja yang zalim dan merubahkan sistem hidup dan pemerintahan(REVOLUSI)adalah bertitik tolak dari janji rasul juga janji ilahi.
Hadis Nabi berkenaan tentang Salman Al Parsi dan bangsanya adalah janjinya yang sedang berjalan.
Namun mengertikah kita mengapa ada lagi agamawan2 menolak semua ini dengan hujah2 yang pendek akal dan kurang iman bila menyatakan parsi yang disebut Nabi itu bukan zaman KOMEINI,...belum lagi, yang keluar ni yang sesat,yang Nabi kata tu belum lagi.
Itulah yang keluar dari mulut ulama2 semalaysia dan ulama 1malaysia.
Dan mengertikah kita hari ini dalam mereka menunggu Iran(parsi) yang tak sesat(konon),mereka para agamawan2 kita telah melakukan perkara yang sesat lagi menyesatkan yakni syirik kepada Allah.
Tiada penyaksian atau pembenaran bahawa islam itu addin di mulut malah di jiwa mereka bila mereka dulu dan kini masih menyembah manusia.
Tunjukkanlah di tanahairku ini siapa orang itu yang tidak mensyirikkannya? Atau mungkin aku pun berhak berkata bahawa melayu yang sejati masih tiada di hari ini,...satu abad lagi atau tiada kewujudan akhirnya....?
Sama juga ORANG-ORANG SEPERTIKU,aku percaya KIAMAT TELAH HAMPIR TIBA.

Hang Nadim said...

dari tuan sibuk nak mengagungkan ajaran syaih ni, nak dgr juga pendapat tuan berkenaan bible dalam bahasa melayu, nak tahu pendapat dari kaca mata penulis tersohor yg mengagungkan syiah..

RayyanZilfi said...

Dr FT,
Mohammad Reza Shah Pahlavi, mungkin inilah yg dianggap kawan Amerika/Zionis oleh jiran dr Muscat saya itu, harap2 dia dapat maklumat yg tepat dan terkini,bukannya kisah2 masa lalu, jgnla senang2 samakan Mahmoud Ahmadinejad dgn Shah yg 1 ini, sy pun terus belajar dan belajar wpun tidak mengagungkan Mahmoud Ahmadinejad ini, tp sy x dpt nafikan sy tetap mengagumi beliau.

Management Consultant said...

Ada juga syiah tak guna yek?

hegira1428 said...

firassinar,

BRAVO...! good comment.

aimaniman said...

alamak beratnya n3.. tp mama aimaniman salute aa kat korang.. teruskan..

Dr Faisal Tehrani said...

Hang Nadim
Kamu ni betul-betul tidak kenal sejarah bangsa sendiri, bagaimana nak jadi Hang Nadim?
Bible bahasa melayu telah lama ada di sini. penerjemahnya adalah munshi abdullah. jadi saudara nak saya apakan?
Wassalam

RayyanZilfi said...

Management Consultant,
sudah pasti ada, sebagaimana adanya sunni x guna, org Islam x guna, kalau Mukminin/Mukminat, insyaAllah berguna..sekitar pemahaman sy lah, betulkan sy ye, jika saya khilaf.

Hang Nadim said...

Oo.. baru tahu, bible pernah di terjermahkan ke bahasa melayu.. Erm.. tak boleh cakap apa lagi dah lah..

mohd said...

1) Astaghfirullah hal azim... tak kan baru tahu Bible ada diterjemah dlm BM? malahan Al-Quran pun banyak diterjemah dlm pelbagai bahasa... 2) 2) Kwn baik sy kristian hadiahkan terjemahan al-quran dlm BI, katanya "dont ever leave ur pray to ur Allah"...
3) Kalau kita duk hotel2 di Msia pun (tak semstinya 5 bintang) kdg2 dlm laci tu ada disediakan terjemahan Bible dlm BM & Al-Quran dlm BI...

behlul said...

assalamualaikum..

dah lama aku cari bible dalam bahasa melayu.. kalau ada sesiapa nak jual, hendak juga rasanya membeli..

Ain said...

Macam mana Shah yang seorang ini boleh terlepas masuk sini..

Islam Muhammadi said...

Salam,

Ada kata-kata hikmah yang berbunyi, "Sejarah adalah guru yang paling utama buat murid yang paling utama."

hiri said...

786/121.

Rasulullah s.a.w.a adalah alim dalam semua kitab samawi.