01 March 2011

Sesuatu Yang Tidak Dapat Diteladani Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan






Di Iran juga ada sebuah akademi seni seumpama Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Bezanya akademi seni di Iran tidak menganjurkan hal-hal tidak berfaedah dan membawa kepada kemaksiatan. Sebagai contoh, Fakulti Seni Permaidani di Akademi Seni Islam Tabriz, Iran telah menganjurkan sebuah seni transendental yang ulung dan tiada taranya. Usaha pelajar dan tenaga pengajar di akademi seni tersebut ialah untuk menghidupkan warisan kebangsaan Iran iaitu permaidani yang disulamkan ayat-ayat suci al Quran. Permaidani 76 halaman sebelah menyebelah itu ditenun sebanyak 30 juzuk.


* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.

6 comments:

lalok said...

jika kita tidak mengenal apa itu syiah imamiah..pandanglah imam khamenei..beliau adalah ikon syiah..sebagaimana pandangan beliau ttg sesuatu perkara..begitulah pegangan para pengikut mazhab syiah..beliau adalah titik rujukan terkini untuk segala perkara..

tidakkah kesesatan mesti pada kata nama syiah dan juga yg berkaitan dengannya..syiah imamiah menggunakan rujukan al-quran dan ahlul bayt..sifat manusia yg tercari2kan keburukan syiah sama seperti mencari keburukan al-quran..kerja manusia bodoh yg mempertikaikan kitab Allah..disebabkan kegagalan mencari keburukannya..timbullah segala fitnah hasad dengki dari perut busuk manusia satu generasi ke satu generasi..percayalah..sifat kita manusia sujud sebagai hamba Allah atau sujud sebagai hamba iblis..pilihlah yg mana yg terbaik kawan2..

Masih Di Bumi Yang Sama said...

salam

Apasal ku sperti terpandang raut wajah Imam Khomeini ...

benuasuluk said...

aswara boleh buat aktiviti menyulam pakaian; budak-budak dah makin tak cukup kain nak pakai :-(

behlul said...

assalamualaikum..

inilah salah satu tradisi ilmu yang
sering ujud dalam masyarakat islam
iran di sana.. kebudayaan di sana
amat ditekankan.. tiada ada acara
yang dimeriahkan dengan suara-suara penyanyi terkenal sambil mendengar muzik santai.. di sana budaya mereka berteraskan pada tunjang keagamaan..

banyak bezanya.. dan kita perlu
perbetulkan kesongsangan dalam
masyarakat kita yang telah banyak
mengikut doktrin barat yang merapu
kononnya adalah mempunyai
kebudayaan yang jitu.. orang kita
terlalu bangga dengan tradisi
melayu yang sebenarnya elemen barat
meresap perlahan-lahan ..

Epelijau said...

saya dan suami masih menyimpan penanda buku tenunan permaidani dari Iran yg Dr. hadiahkan pada kami semasa Pesta Buku Antarabangsa KL 2 tahun sudah :)
Terima kasih

Islam Muhammadi said...

Salam.

Al-Quran adalah sumber pertama syariat Islam. Al-Quran adalah kitab kehidupan dan hikmah, kitab yang membentuk manusia dan peradaban. Allah SWT berfirman, “Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Quran ataukah hati mereka terkunci?’ (Muhammad:24).

Manakala sunah Nabi adalah sumber kedua syariat Islam. Sunah menjelaskan lebih rinci program-program kehidupan yang disebut di dalam Al-Quran. Memperhatikan dan mentadaburkan sunah Nabi akan membimbing manusia untuk mengetahui penjelasan-penjelasan rinci dari program-program yang digariskan Al-Quran. Dari situ kemudian terbentuk menjadi seorang manusia yang bijaksana.

Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya aku tinggalkan padamu dua perkara yang sangat berharga, yang jika kamu berpegang teguh kepada keduanya niscaya kamu tidak akan tersesat sepeninggalku selama-lamanya, yaitu Kitab Allah dan 'itrah Ahlul Baitku".