
Saya hanya punya seorang sahabat di Jepun. Namanya Yui Nakamura. Saya mengenal beliau lama dahulu. Ketika saya banyak melakukan kerja-kerja hak asasi manusia. Sebelum coretan ini berpanjangan; maafkan saya untuk satu entri peribadi yang jarang saya lakukan di sini.
Pada kulit hadapan novel saya, Rahsia Ummi, dedikasi saya adalah untuk Yui. Ada sebab novel cinta pop tersebut saya rakamkan nama beliau di halaman awalnya. Seperti judulnya, ada banyak rahsia juga.
Minat beliau terhadap Islam tumbuh sejak berulang alik ke Iran. Dia malah tidak canggung mengenakan cadur. Saya tidak pernah bertanya, sekarang, apakah beliau mempertahankan Islam dalam raganya. Tetapi saya masih ingat, Yui pernah bertemu dengan seorang tokoh politik wanita dari Afghanistan ketika berkhidmat dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Tanpa malu beliau mengakui kepada tokoh politik tersebut, "Saya seorang Islam."
Dan dia didakap oleh menteri wanita itu. Erat. Semua orang terlongo.
Lama saya tidak menghubungi Yui. Kami buat hal sendiri-sendiri. Di satu saat dia ada menghubungi saya dari Delhi. Tetapi saya berasa kurang selesa. Kerana rasa ada wilayah dicerobohi. Mungkin tersinggung. Dia membawa diri.
Namun pertengahan tahun lalu, saya berasa perlu kembali mencarinya. Saya ingin tahu banyak tentang sedih hatinya. Mungkin saya mengabaikannya di saat dia memerlukan. Mungkin saya membiarkannya jatuh ke tangan lelaki yang tidak patut. Saya berasa bagai terbayang-bayang semula wajah Yui mengenakan cadur dan dengan senyum berkabut dia bersuara, "Bagaikan orang Tajik."
Sejak kejadian gempa dan tsunami Jumaat lalu saya menanti dan menanti khabar daripadanya. Saya merayu supaya beliau membalas emel saya walaupun satu ayat untuk memberitahu yang beliau selamat. Kerana saya pernah mendengar, atau tersalah dengar, yang dia diam di Miyagi. Hanya hari ini baru emel saya berbalas.
My dear brother,
I have already replied to Facebook. I am in Tokyo and OK. Lots of troubles are still going on...even in Tokyo. But nothing can compare to those directly affected by tsunami. There is little thing at the moment I can do for them...but praying and saving energy as much as possible.
Much love from your sister
Yui
Pada kulit hadapan novel saya, Rahsia Ummi, dedikasi saya adalah untuk Yui. Ada sebab novel cinta pop tersebut saya rakamkan nama beliau di halaman awalnya. Seperti judulnya, ada banyak rahsia juga.
Minat beliau terhadap Islam tumbuh sejak berulang alik ke Iran. Dia malah tidak canggung mengenakan cadur. Saya tidak pernah bertanya, sekarang, apakah beliau mempertahankan Islam dalam raganya. Tetapi saya masih ingat, Yui pernah bertemu dengan seorang tokoh politik wanita dari Afghanistan ketika berkhidmat dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Tanpa malu beliau mengakui kepada tokoh politik tersebut, "Saya seorang Islam."Dan dia didakap oleh menteri wanita itu. Erat. Semua orang terlongo.
Lama saya tidak menghubungi Yui. Kami buat hal sendiri-sendiri. Di satu saat dia ada menghubungi saya dari Delhi. Tetapi saya berasa kurang selesa. Kerana rasa ada wilayah dicerobohi. Mungkin tersinggung. Dia membawa diri.
Namun pertengahan tahun lalu, saya berasa perlu kembali mencarinya. Saya ingin tahu banyak tentang sedih hatinya. Mungkin saya mengabaikannya di saat dia memerlukan. Mungkin saya membiarkannya jatuh ke tangan lelaki yang tidak patut. Saya berasa bagai terbayang-bayang semula wajah Yui mengenakan cadur dan dengan senyum berkabut dia bersuara, "Bagaikan orang Tajik."
Sejak kejadian gempa dan tsunami Jumaat lalu saya menanti dan menanti khabar daripadanya. Saya merayu supaya beliau membalas emel saya walaupun satu ayat untuk memberitahu yang beliau selamat. Kerana saya pernah mendengar, atau tersalah dengar, yang dia diam di Miyagi. Hanya hari ini baru emel saya berbalas.
My dear brother,
I have already replied to Facebook. I am in Tokyo and OK. Lots of troubles are still going on...even in Tokyo. But nothing can compare to those directly affected by tsunami. There is little thing at the moment I can do for them...but praying and saving energy as much as possible.
Much love from your sister
Yui
Tuhan tahu betapa leganya hati ini.
Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak



18 comments:
Ya, memang lega. Termasuk saya yang membacanya.
sgt menyentuh hati...:)
suspen...alhamdulillah,Yui baik2 saje.
Entahkan apa pula nasib Prof Yamaguchi yang pernah saya ceritakan dulu tu...
alhamdulillah..syukur..
alhamdulillah...i'm touched.
assalamualaikum..
membaca tulisan FT saya macam melihat sebuah cerita yang belum habis.. bagaikan ada kesinambungannya, dah lama tak baca novel.. terkadang terbawa dalam kehidupan.. moga dia menerima islam itu dengan asil
Alhamdulillah. Sungguh lega. Dia tidak ada apa-apa.
Alhamdulillah Dr, leganya hati kami juga... dia diselamatkan Allah.
Alhamdulillah lega.
Ada banyak benda yang boleh dipelajari daripada bangsa Jepun. Betapa sabar dan kuatnya hati mereka. Walaupun ditimpa musibah, mereka tetap dengan kesabaran mereka. Sikap tunduk memberi hormat tidak lekang ketika mencari saudara mara yang hilang (Melayu belum tentu mampu menanggungnya yang kononnya 'beragama' sehingga mempermainkan mereka dengan kartun ahmaq dalam Berita Minggu ahad lepas). Tidak berebut2 mendapatkan air dan makanan seperti orang Pakistan, Haiti dan beberapa tempat lain. Tidak berlaku kecurian.
Pendek kata mereka kaya dengan Islam amali. Tidak tahu daripada mana sikap mulia itu dapat mereka kekalkan walau dalam keadaan yang amat menyukarkan. Mungkin daripada sejarah panjang budaya samurai mereka.
Semoga Allah memberikan kesabaran kepada orang-orang baik di kalangan mereka.
Tetapi musibah itu sebenarnya memperkuatkan mereka. Mereka pernah mengalami musibah yang lebih teruk lagi sebelum ini. Suatu didikan kepada anak-anak muda generasi selapas perang yang telah mula lupa kepada semangat bushido.
Tiada siapa yang tahu hikmah disebalik musibah tersebut melainkan Allah. Tetapi sebagai hamba-Nya, segala yang datang dari-Nya adalah 'kebaikan' semata.
masa sek dulu teringat info2 lama megatakan jepun satu bangsa yg berjaya..mmg ada influence jepun lah..tapi rupanya bila kita check hadis..kita check ayat al quran..rupanya muhammad dah tunjuk dah bangsa mana yg sedang berjaya..sayang betoi sbb cikgu kat sek dulu tak tolong cerita..
Alhamdulillah! Yui selamat, secara peribadi memang sy lihat bangsa Jepun lebih Islamic dari org2 Islam sendiri dari banyak sudut (malu2=diri sendiri la malu!), dan dlm saat genting dan huru-hara, takdela nampak berebut2 teruk makanan/minuman, boleh kata terkawal..
saya juga lega
Sedih..
Salam.
Salam takziah dan simpati kepada rakyat Jepun di atas musibah tsunami yang menimpa. Semoga dapat bersabar dan menghadapinya dengan tabah.
Ini merupakan pengajaran untuk kita semua!
Sebuah syair berkata:
Pada segala sesuatu terdapat tanda
yang menunjukkan bahwa Dia itu satu
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata:
Obatmu terdapat dalam dirimu, namun kamu tidak menyedarinya
Penawarmu berasal dari dirimu, namun kamu tidak mengetahuinya
Engkau mengira dirimu satu benda yang kecil
Padahal dalam dirimu termuat alam yang besar
Seorang penyair berkata:
Orang yang terpesona harta dan angan-angan
Tidak mengetahui dua hal yang menyelamatkan, ilmu dan amal
Dan Firman Allah SWT, “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh, nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menepati kesabaran.”
alhamdulla.
saya bagai seorang pengembara sentiasa dahagakan karya FT.. koleksi novel FT adalah koleksi emas di rak novel saya sekarang...
hihi
rahsia ummi dua la jawabnya akh. tambah tsunami dan jepun sekali.
Post a Comment