31 March 2011

Qari Terkenal DiGilis Digelek

Abdul al Rasul Hassan Ali al Hujairi adalah seorang qari yang terkenal di Bahrain. Beliau bertugas sebagai jururawat di hospital Salmaniya. Beliau berusia 38 tahun, sebaya saya. Anak perempuan beliau fotonya di atas. Dan ada 3 lagi orang anak lelaki. Pada sabtu lepas beliau diculik sekumpulan tentera elit ke sebuah padang. Di situ beliau ditembak. Dalam keadaan nyawa-nyawa ikan, beliau digelek dan digilis berkali-kali dengan kereta.

Video beliau digilis boleh diklik di pautan ini, klik sini.




















































Qaradhawi enggan mengutuk kejahatan di Bahrain. Pada beliau kejahatan di Bahrain berbeza dengan kejahatan di Tunisia, Libya, Yaman atau Mesir. Alasan beliau, tak pasti apa yang berlaku dan ia hal mazhab jadi kalau mati tak payah dibela kerana ilmunya berkata begitu. “There is no people’s revolution in Bahrain but a sectarian one. For this reason I did not address the Bahraini revolution, because I could not find myself free, and I don’t have the enough information on what is happening.”


Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak

43 comments:

Muntazhar said...

Qardawi?
Ulamak kerusi empuk yang tak empuk...........

RayyanZilfi said...

Terlalu kejam.Ku berkata kpd diri sendiri "Buatlah sesuatu!, bukan hanya setakat membaca dan terus melihat foto2 di sini..dan berlalu pergi dgn mata dan hati yg menangis!"

blogsegera said...

"Dan jangan sekali-sekali engkau menyangka orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati, bahkan mereka hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki." - Ali Imran, 169.

Moga kesyahidan beliau menguatkan semangat rakyat Bahrain untuk menentang kezaliman. Moga kesyahidan beliau membuka mata rakyat Malaysia yang masih lena.

Siberkop said...

Sang penyelamat, datanglah cepat.

djambu puadovich said...

'dengan darahmu terlahir cita-cita'

nur zahra mustafa said...

Dan ini rupanya orang yang menjadi rujukan mereka - orang yang menghalalkan darah saudaranya sendiri, yang membela penindasan! Jahanam!

Khair Allutfi said...

اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم شيخ فيصل تهراني
syukran jazilan di atas segala maklumat yg membuka mata.. sedihnya hati, kenapalah komuniti Islam benci sgt dgn syiah?!

ali said...

Qardhawi....anda pura-pura tidak tahu...anda ada mata tapi menutupnya...anda ada telinga tapi memekakkannya...
Tunggulah apa jawapan anda pada hari pembalasan kelak...
Laknat Allah ke atas mereka yang bersekongkol dengan orang-orang yang zalim.

MBP 2587 said...

Dr Yusuf Al Qaradhawi : Ulama Ses*t?

- oleh Tinjau -



___________________________________

Annabilah said...

sekali lagi blog pegawai JAKIM berjuang:

Syiah potong lidah bilal sunni di Bahrain!

http://mufakkir-islami.blogspot.com/2011/03/syiah-potong-lidah-bilal-sunni-di.html

heran...??

Dr Faisal Tehrani said...

"Syiah potong lidah bilal sunni"

Ada fotonya?

Ada videonya?

Kalau sumbernya al Watan, maka kita tahu tujuannya apa. Untuk mengesahkan bahawa ini semua sectarian, untuk mengesahkan bahawa tak perlu tolong, tak apa berdiam diri. Bahawa sembelih syiah halal kerana lidah sunni pun kena potong.

muraqbal said...

Ya Allah engkau timpakanlah laknat dan azab Mu ke atas para pelaku zalim ini..dan engkau gandakanlah azabMu itu..dan gandakanlah ia..dan gandakanlah ia..dan gandakanlah ia..dan gandakanlah ia..Ya Allah terimalah kurban ini ya Rabb..betapa hati kami disayat2 apabila melihat saudara seagama kami diperlakukan sedemikian rupa..apakah anjing itu lebih mulia dari mereka (kami)? -- "para syiah kami haruslah bersedia dengan pakaian fitnah dan penghinaan".. ya jika mencintaimu wahai aba abdillah menuntut kami untuk menjadi lebih hina dari anjing maka kami bangga dengan itu wahai aba abdillah

-zaharah said...

Islam ajar supaya berperikemanusiaan hatta terhadap binatang dan tumbuhan...inikan pula terhadap manusia. Yg simple ini pun x boleh nk fikir/faham.


Saya menyampah dengan artikel di bawah ini:

http://al-ahkam.net/home/index.php?option=com_content&view=article&id=6368:revolusi-bahrain-bukan-revolusi-rakyat-tapi-revolusi-mazhab-syiah&catid=62:bahaya-syiah

Ain said...

Seronoknya mati syahid...

Ain said...

Geram nak mampus tengok video org tu kena gilis. Kejam! Kejam! Sombong and angkuhnya dia, tak ada perasaan langsung bila gilis org.

Naqhuhines said...

as salam. saya selalu cool bila tengok sesuatu di sini, tapi kali ini tiba-tiba saya rasa macam minyak menggelegak. ingin saya katakan, bagus bagus bagus kepada saudi, rintis jalan shortcut ke arah kemusnahanmu.

hiri said...

786/121.

Berkata Imam Ali a.s.

Bila suasana kebaikan menjelma disuatu zaman serta peduduknya, maka jahat sangka terhadap seseorang yang tidak nampak kejahatannya adalah zalim, tetapi bila kerosakan menjelma disuatu zaman serta penduduknya, maka baik sangka terhadap seseorang adalah menipu diri sendiri.

Fikirlah said...

Apa ni semua? Bunuhlah semua, bunuh, tak tahan lagi nak lihat ini. Al-Quran takde siapa nak ikut dah. Al-Quran dah jadi perhiasan, bukan bahan bacaan ilmiah.

kerepekkentang90 said...

sebelum kau kutuk sesetengah ulama, lebih baik kau baca dulu latar belakang beliau, bacalah semua sejarah beliau, apa sumbangan beliau terhadap dunia islam, dan setelah kau tahu semua cerita dan latar hidup beliau, barulah kau layak untuk mengutuk beliau. kau harus ingat yang tulisan ini boleh mengajak lebih ramai orang untuk mengutuk para ulama.

Dr Faisal Tehrani said...

kerepekkentang
apa kata kau baca ini sebagai satu perspektif lain: http://loluconagama.wordpress.com/2011/03/20/dr-yusuf-al-qaradhawi-ulama-sesat/#comments

firassinar said...

Menangisi kepada yang di zalimi adalah fitrah insan-insani.Selagi masih bernama manusia ia akan menonjolkan kemanusiaannya.Hubungan,keakraban,cinta dan kasih akan menuju manusia ke arah itu.

Aku teringat juga di tanahairku tidak lama dulu,bila mana Mahathir menangis nak umumkan perletakkan jawatannya, maka ketika itu banyaklah pencinta2nya yang ikut berderai airmata.Bole jadi abg MAT SABU ketika itu gelak sambil berguling-guling,gaknya la sebab beliau yang aku tahu bukan pencinta mahathir.

Jadi terbukti di sini ia mengenai kecintaan...ya!kecintaan sesama saudara seagama.Namun yusuf qardawi tidak menganggap saudara kita yang syahid ini adalah saudaranya dan ini adalah tanda ketidak sempurnaan iman.

Tukang Kayu said...

Kerepek Kentang,

Tak perlu nak taklid buta sangat lah terhadap ulama. Jangan ulama suruh anda bunuh Syiah, anda dengan tuyunya pergi bunuh orang Syiah.
Manfaatkanlah akal pemberian Tuhan itu ok.

Latifah said...

no words can describe.
~hanya air mata~

behlul said...

assalamualaikum..

kenapa banyak sangat bangang dari menggunakan otak yang dianugerahkan allah.. tak kira siapa sama ada dia islam kera atau kafir, agama mengajar membunuh rakyat nih.. sayang kalau quran dah tak digunakan.. ulama tersohor konon tapi perangai macam ulama yang menjadi upahan penguasa yang zalim.. entahlah?

moga kekejaman terhadap rakyat bahrain terbalas.. salawat!!!

zamzuri said...

qordawi...dulu ajak sunni-syiah bersatu...la ni syiah di zalimi di banrain hang buat tak tau,..ulamak macam apa ni...

firassinar said...

Nilai seorang ulama terletak di mana?
soalan ini perlu di jawab dulu sebelum sesiapa mahu membela seseorang yang bergelar ulama.
Adakah cukup hanya membaca kisah latar belakang sudah cukup dapat menilai keseluruhan ilmunya? Ada sesiapa yang tidak bersetuju di sini nilai seorang ulamak itu terletak pada masyarakat sekelilingnya?

Bila mana ada masyarakat rosak itu tanda gagalnya seorang ulamak,Masyarakat yang sempuna adalah tanda kejayaan seorang ulamak dalam dakwahnya.Namun aku nak peringatkan kepada yang gagal memahami,janganlah sampai beranggapan itu bukan salah ulamak,tapi itu salah pemerintah.Kerana dalam sunni biasa kita dengar tugas ulamak menasihati umarak.Jadi jangan sibukkan syiah kerna mereka ulamak yang memerintah.

Bab nasihat ni satu perkara la,ada penasihat 25percent dan ada yang nasihat-menasihati dengan kesabaran dan atas kebenaran.
20 tahun mahathir menjadi perdana menteri hingga akhirnya beliau di cop sebagai diktator, semua itu adalah kerana tiada ulamak di malaysia yang berani menegur dan berjaya membimbing beliau ke arah islamik,kerana ulamak semalaysia tidak mahu memilih jalan kesyahidan untuk merubahkan seorang pemimpin yang rosak.Ingat! untuk melihat sebuah masyarakat yang baik mestilah memiliki pemerintah yang baik dan kebaikan itu datang dari nilai-nilai yang tinggi seorang bergelar ulama.(..membawa ummah ke jalan kesyahidan adalah nilai dakwah yang paling tinggi.)

-a'si abduh- said...

salam,dr..saya dah baca artikel yang dr.qardhawi dizalimi...tapi,saya masih tak faham....kiranya, dr qardhawi itu ulama' su' ke?minta maaf andai saya silap..dan ikhwanul muslimin itu gerakan islam yang salah ke?mohon penjelasan yg mendalam dr..dan adakah gerakan islam yang terbaik saat ni HAMAS?wallahua'lam..terima kasih dr..

Zainal Abidin said...

Laknat Allah ke atas pembunuh dan penzalim..Laknat Allah ke atas mereka yang melakukannya, dan seluruhnya yang meredhai perlakuan zalim ini..

Xack Saputra said...

Astaghfirullah....dasyat2,kejam sungguh,apa nk jadi ngn dunia skrg...mmg xde rase kemanusiaan langsung....ulamak yg sbnr xkn biarkn bende2 ni trjadi, tak kisahlah syiah atau sunni...ulamak yg sbnr perlu brsuara menentang kekejaman jika orng Islam ditindas....Kalau xsuka sesuatu mazhab pn,xperlulah sampai menyokong pihak yg menindas sampai kejam seperti yg dilhat di video tu...kalau ikut akal logik,ulamak seperti apakah itu? ini semua realiti...ulamak zaman skrg xsemestinya tepat,kita juga harus lihat dn selidik apa yg dikatakannya sebab semua manusia pasti buat salah, mereka bukan nabi....semoga Allah membantu mereka yg memerlukn,Amin

lobang1 said...

berbahagialah,berbahagialah,berbahagialah wahai sang qari.wajahmu tersenyum,wajahmu berseri.sudah tentu para imam maksum mendengar bacaan mu wahai bahagia.


kebenaran akan muncul jua,allah akan membalas segala kejahatan yg dilakukan oleh pemimpin2 bertuhankan iblis.kebenaran akan muncul jua.

bokhori said...

cukuplah bagi aku ahli sunah waljamaah. syiah adalah golongan sesat yang lari dari aqidah islam itu sendiri.10 muharram hari thaipusam untuk syiah. Dan jgn kamu campak diri kamu dalam kebinasan.keler,potong lidah,cucuk hidung itu ajaran thaipusam yg diamal oleh syiah.umatku berpecah kepada 73 golongan,hanya satu masuk syurga,itulah ahli sunah waljamah,hidup qadrawi...Dr.Bokhori

Akzimar Az-zahi said...

Sekali lagi gambar kerusi empuk dikeluarkan, teruk sangat ke,

Tukang Kayu said...

Bokhori,

Walaupun saya ahli sunnah wal jamaah, tapi saya tidak totok macam anda. Saya tidak menyesatkan mazhab lain seperti anda. Saya tidak menghukum mazhab lain masuk neraka atau syurga, kerana menghukum orang lain ke neraka seolah-olah anda berlagak anda akan ke syurga. Saya juga tidak totok seperti anda menyokong ulama yang dirasakan salah dalam pendapatnya. Sekian.

Mohd Hafifi said...

Sekadar membaca tanpa komen

raja izni munirah omar said...

cmni org syiah meratapi kematian..

Nur Ain Othman said...

yA ALLAH, kenapa sesama Islam harus bertengkar..baik sunni baik syiah... kadang2 kita rasa kita betul tp tak semestinya kita betul.. pada saya , mudah saja.. Islam agama yang menyeru kepada kebaikan.. jadi.. selain dari tu.. datangnya daripada kita manusia yang telah berjaya dihasut syaitan. bukankah musuh kita yang nyata ialah syaitan.bukan saudara2 seislam kita.

Ingatlah firman ALLAH dalam surah an nisa ayat 59,
"Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul (Muhammad SAW), dan Ulil Amri (pemegang kekuasaan-selagi tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Sunnah) di antara kamu. Kemudian, jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (Sunnahnya) , jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu, lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya."

bukan nak berdebat,cuma nak mengingatkan.. dalam sedar tak sedar kita, syaitan memang sedaya upaya menghasut perpecahan kita.. dalam jalan yang paling halus.. Yang dilaknat ALLAH itu sungguh licik.. Kita, berserah kepada ALLAH.

tahu bukan bermakna faham.. semoga ALLAH menjadikan hati kita ini faham tentang Islam dan keindahannya. Keindahan bersaudara.. amin..



-cuma pandangan sy yang masih muda dan mentah , dan masih menimba ilmu-

Dr Faisal Tehrani said...

raja izni
ya begitu caranya mereka meratapi kesyahidan. ia adalah komunikasi yang berkesan zaman berzaman. sebagai wahabi tentu puan tidak kenal dakwah komunikasi.

Zuljanah said...

Sdr Raja Izni,

Pernah dengar tak perpatah Melayu ?

Kerana pulut santan binasa,
Kerana mulut badan binasa.

Telajak perahu boleh undur
Telajak kata buruk padahnya.

Rezeki jgn ditolak, bala jangan dicari.

Kenapa ? Kamu tidak pernah menangis dan mengalami peristiwa yg menyedihkan ?

Adakah kamu mahu Allah swt menguji kamu sedemikian rupa ??

Nur Ain Othman said...

Semoga ALLAH memelihara hati dan iman kita. dan juga persaudaraan kita. tinggalkanlah perdebatan yang tidak membawa manfaat. Al-fatihah. Kita juga doakan saudara kita,arwah qari tersebut dicucuri rahmat hendaknya.

Sabar , ikhlas bersaudara.. ajaran mulia Rasul kita. Insan yang sama-sama kita sayangi. Mungkinkah baginda akan menyukai semua ini? Wahai Nabi , maaafkan kami andai kami melukai hatimu.

Saudara Faizal Tehrani , saudara seislamku. Bakat yang ALLAH kurniakan buatmu cukup besar.
Penulisanmu mampu mencantumkan bulu-bulu ayam, juga mampu mencarik-carikkannya.

sekadar mengingatkan diri sendiri dan juga saudara2 seislamku.Apa makna perjuangan , andai Insan yang dikasihi kita lukakan.
Wallahua'alam.

- masih belajar ttg khidupan-

Management Consultant said...

Salam Dr,
siapa yg Dr maksudkan " ..sebagai wahabi tentu puan tidak kenal dakwah komunikasi." sebagai wahabi tuuu?

MzP

Zuljanah said...

Bokhori,

Kamu ni doktor apa ?

Banyak mana amal kebaikan yg kamu telah buatpun masih sedikit dan tersangat juah jika dibandingkan dgn Azazil.
Namun begitu, dalam hal iblis laknatullah, semua itu hanyalah sia-sia belaka jika di dalam diri telah dikuasai oleh perasaan sombong, bongkak dan takbur.
Ingat, Allah swt menilai apa yg ada didalam hati kita.

Kalau nafsu dan syaitan menguasai diri apapun amalan dan mazhab pegangan kamu tidak akan membawa kamu ke mana2 apatah lagi syurga :)

Jangan ikut jejak langkah syaitan.

Adilla Harun said...

Hatta jika menzalimi binatang sekali pun, manusia boleh jatuh darjatnya. Menzalimi sesama manusia???

Namun kini 'trend' kecenderungan kejahatan adalah demi menghalalkan tindakan kejam, didahului dengan cerita-cerita dan rekaan-rekaan memburuk-burukkan pihak lawan dan demi pembelaan diri pelbagai kepalsuan direkacipta. Inovasi, imaginasi semua digembeling sehabis daya. Sedih! Sedih! Jutaan kesedihan.

Jika ulamak yang sepatutnya memandu harapan umat Islam juga terpalit. Musuh juga yang mengaut untung. Apa agaknya kata Penghuni Langit akan keterlampauan ini???

sahabat said...

An-Nisaa [93] Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah NERAKA JAHANNAM, KEKAL DIA DIDALAMNYA dan Allah murka kepadanya dan melaknatkannya serta MENYEDIAKANNYA AZAB SIKSA YANG BESAR.

mungkin penyokong2 pembunuhan ini perlu melihat ayat Allah ini.... dan fikir2 kan la.....takut2 kerana kedegilan anda itu membawa penyesalan yang besar.....