10 March 2011

Perbahasan Tentang Syiah Dalam Parlimen Malaysia 9 Mac 2011

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau] minta Perdana Menteri menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi membendung penyebaran ajaran atau fahaman syiah di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharum]: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab pertanyaan ini serentak dengan pertanyaan yang dibuat oleh Yang Berhormat Hulu Terengganu pada 7 April 2011 kerana menyentuh isu yang sama iaitu berkaitan dengan fahaman Syiah. Mohon izin Tuan Yang di-Pertua.

Menteri Luar Iran, Ali Akbar Salehi dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Sila Yang Berhormat.

Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharum: Tuan Yang di-Pertua, menyedari hakikat negara Malaysia yang berbilang bangsa dan agama, maka dalam menyusun kerukunan dan menjaga keharmonian serta sensitiviti beragama, kerajaan telah mengambil pendekatan berhemah melalui semangat dan roh Perlembagaan negara yang mana agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan agama-agama lain bebas mengamalkan ajaran mereka.

Namun begitu, bagi memastikan ajaran selain daripada Al-Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di Malaysia tidak menjejaskan keselamatan negara, pihak kerajaan bertindak membuat pencegahan awal melalui pembendungan penyebaran selain daripada Al-Sunnah Wal Jamaah daripada terus menular dan mempengaruhi umat Islam di negara ini.

Di samping yang sama, kerajaan negeri yang bertanggungjawab secara langsung dalam hal ehwal agama telah mengadakan usaha-usaha menjaga kesucian agama Al-Sunnah Wal Jamaah agar tidak tergugat. Antara usaha-usaha yang telah dan terus dilaksanakan oleh pihak kerajaan ialah:-

(i) menyebarluaskan fatwa-fatwa yang telah dibuat tentang larangan penyebaran Syiah kepada masyarakat;

(ii) sesi penjelasan kepada masyarakat melalui program-program ceramah dan penyebaran maklumat larangan ini menerusi media cetak dan elektronik;

(iii) program pemantauan dan mengawal bahan-bahan media cetak dan elektronik dari tersebarnya fahaman Syiah menerusi mediamedia secara berterusan;

(iv) meningkatkan kerjasama antara agensi-agensi agama dan kementerian-kementerian yang berkaitan dalam menangani dan menyekat fahaman selain Al-Sunnah Wal Jamaah dari tersebar dari masyarakat;

(v) mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit sekiranya didapati melanggar mana-mana peruntukan undangundang yang sedang berkuat kuasa di negeri-negeri yang telah mewartakan kesalahan penyebaran ajaran Syiah.

Terima kasih.

Presiden Ahmadinejad dan Tun Abdullah Badawi.

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya kira penangkapan 200 pengikut Syiah pada Disember 2010 adalah satu usaha yang agak kecil kalau kita bandingkan dengan anggaran pengikut Syiah di dalam negara kita yang dianggarkan 40,000.

Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 1989 memperuntukkan Syiah sebagai menyeleweng atau menyimpang dari ajaran Al-Sunnah Wal Jamaah. Begitu juga dengan Majlis Fatwa Kebangsaan seperti mana yang telah disebut oleh Yang Berhormat Menteri.

Soalan saya, saya ingin mendapatkan penjelasan kepada kerajaan sama ada Syiah ini adalah satu mazhab dalam Islam atau adakah Syiah ini satu ajaran yang baru.

Kedua, apakah tindakan kerajaan terhadap pemimpin Syiah di dalam negara ini termasuk kumpulan Hauzah Ar-Ridha yang telah beroperasi semenjak dua tahun yang lalu? Mohon jawapan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Dato' Seri Jamil Khir Baharum dan Duta Besar Republik Islam Iran.

Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharum: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Kuala Krau. Berkaitan dengan ajaran sebagaimana yang saya jelaskan awal sebentar tadi, untuk menjaga supaya tidak ada berlakunya sensitiviti agama dan begitu juga berlakunya hal-hal yang menyebabkan pertembungan, ketidaksenangan di antara penganut-penganut dan pengamalpengamal, sebab itu di sana diletakkan beberapa peraturan terutamanya akta-akta kepada negeri-negeri yang telah pun mewartakan kebenaran untuk supaya tidak membenarkan ajaran-ajaran selain daripada pegangan Al-Sunnah Wal Jamaah dalam konteks Malaysia.

Jadi, maka sebab itu rentetan daripada itu, kita tidak mencegah atau pun melarang pengamalan kebebasan agama yang disebut pengamalan masing-masing tetapi ditegah penyebaran daripada ajaran tersebut kepada mereka yang telah pun mempunyai pegangan agama masing-masing khususnya dalam konteks Al-Sunnah Wal Jamaah.

Jadi, sebab itu secara kesimpulan saya dapat sebutkan Yang Berhormat Kuala Krau, bahawa ajaran agama yang diwartakan menyeleweng dan sebagainya ini tidak dibenarkan di sebarkan dalam konteks Malaysia dan sebab itu di negeri Selangor sudah ada tindakan. Walaupun mungkin barangkali dilihat satu usaha yang masih lagi kecil tetapi ianya adalah merupakan salah satu daripada pencegahan yang sudah termaktub dalam akta yang sudah pun diwartakan di negeri Selangor bagi menyekat penyelewengan ajaran Syiah ini. Terima kasih.

Tuan Haji Nasharudin Mat Isa [Bachok]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas penjelasan. Saya rasa itu penjelasan yang agak komprehensif menyentuh tentang penyebaran dan amalan sebab kita harus berhati-hati juga dalam mengambil sebarang tindakan kepada perbezaan mazhab ini kerana tidak semua mazhab Syiah itu sendiri dikategorikan sebagai sesat.

Bukan saya hendak membela mazhab Syiah tetapi tidak semua harus kita kategorikan sebagai sesat. Cuma, persoalannya adalah kenapa dalam konteks ini dikenakan tindakan ISA ke atas pengamal-pengamal sama ada yang telah ditahan atau pun yang mungkin akan ditahan? Adakah pihak kementerian sedar bahawa kalau mengikut laporan sebuah laman web yang menceritakan tentang Syiah di Malaysia, terdapat tiga buah masjid di Kuala Lumpur yang mengamalkan amalan tersebut dan tidak kurang juga penglibatan pegawai-pegawai termasuk pegawai-pegawai daripada kementerian Yang Berhormat yang terlibat dengan amalan ini dan juga sudah maklumkah Yang Berhormat tentang sebuah tesis yang ditulis di sebuah universiti di Indonesia daripada seorang pegawai kanan kerajaan yang menyokong amalan nikah mut’ah seperti mana diamalkan dalam sesetengah mazhab Syiah? Terima kasih Yang Berhormat.

Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharum: Terima kasih kepada Yang Berhormat Bachok yang telah memberikan satu pandangan yang cukup baik berkaitan dengan amalan Syiah. Saya sebutkan awal tadi bahawa larangan yang dibuat melalui pewartaan, warta yang dibuat oleh negeri-negeri. Ada enam buah negeri buat masa sekarang yang kalau dapat saya sebutkan di antara negeri-negeri yang telah mewartakan supaya menjadi rujukan kepada semua iaitu Pulau Pinang, Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Melaka.

Selain daripada itu, belum ada lagi pewartaan dibuat. Maka, sebab itu saya sebutkan tadi bahawa larangan ini kita cukup berhati-hati supaya sebagaimana Yang Berhormat Bachok sebutkan bahawa tidak semua daripada yang kita sebutkan Syiah itu mempunyai pertentangan dengan pegangan mazhab Al-Sunnah Wal Jamaah. Jadi, sebab itu kita tidak menyekat pengamalannya sebagaimana kita sebut dalam termaktub Perlembagaan bahawa mereka bebas mengamalkan ajaran agama tetapi dalam masa yang sama juga mereka ini bebas mengamalkan tetapi tidak dibenarkan menyebarkan ajaran ini kepada orang yang lain.

Wakil SHURA (Malaysia), Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin di Persidangan Antabangsa Perpaduan Islam ke-24, Tehran, Iran baru-baru ini.

Saya menyedari amat sebagaimana ingatan Yang Berhormat Bachok tadi bahawa pegangan Syiah ini ia terangkum bukan hanya sekadar dalam lingkungan batasan academician, batasan masyarakat, bahkan dalam lingkungan politik pun termasuk daripada pihak pembangkang dan sebagainya pun kita juga mendengar tetapi kita tidak hanya berpegang kepada hearsay, dengan izin.

Akan tetapi kita mencari bukti-bukti, sebab pengamalan ia tidak menyentuh soal penyebaran. Pengamalan dan penyebaran adalah satu hal yang berbeza. Jadi, memang daripada masa ke semasa kita memantau dan saya amat berterima kasih kepada Yang Berhormat Bachok. Kalau boleh – kalau di bawah agensi saya tadi disebut kata ada yang mengamalkan Syiah, saya memerlukan kepada satu maklumat yang boleh untuk kita melihat sejauh mana kebenaran perkara yang seperti ini. Kita bimbang kalau pertentangan pertembungan akhirnya berlaku secara tidak kita sedari ini, yang merugikan adalah ajaran agama yang kita lihat secara kerukunan kita amalkan dalam konteks Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

* Foto hanya hiasan.

Al Azhar Menegaskan Syiah Imamiyyah, mazhab fikahnya Jafari adalah sebahagian dari Islam:

شيخ الأزهر يرفض سحب الاعتراف بالمذهب الاثني عشري

وصف شيخ الازهر أحمد الطيب الدعوى التي طرحها احد المتشددين السعوديين بأن يسحب الازهر اعترافه بالمذهب الشيعي «الاثني عشري» بانها مرفوضة ولا يمكن لاحد ان يقبلها، مشيرا الى ان موقف الازهر الثابت هو تحقيق الوحدة بين المسلمين.

وافاد موقع شبكة سعوديون الاخبارية ان رجل الدين المتشدد أحمد بن سعد بن حمدان الحمدان الغامدي استاذ الدراسات العليا بقسم العقيدة بجامعة ام القرى كان قد استنكر على علماء الازهر الاعتراف بالمذهب «الاثني عشري» وجعله مذهبا فقهيا كبقية مذاهب الامة.

وقال أحمد الطيب في تصريحات خاصة لـجريدة «الوطن» الكويتية، ان السنة والشيعة هما جناحا الامة الاسلامية، وانه عبر أربعة عشر قرنا هي عمر الاسلام لم يحدث ان اقتتل السنة والشيعة، لافتا الى ان ما يحدث بينهما الآن هو محاولة للنيل من المسلمين عبر سلاح التقاتل المذهبي.

واكد شيخ الازهر، ان التقريب بين المذاهب الاسلامية احد اهم اهتمامات الازهر الشريف خلال الفترة المقبلة مشيرا الى ان الاختلاف بين السنة والشيعة في الفروع فقط وليس في الاسس والثوابت التي يقوم عليها الدين.

وقال احمد الطيب: ان الازهر لا يفرق بين سني وشيعي طالما ان الجميع يقر بالشهادتين فذلك يأتي ضمن منهج الازهر الشريف في نشر مفاهيم الاعتدال الفكري والعقائدي.

ورحب شيخ الازهر بالطلاب الشيعة من ايران ومن انحاء العالم المختلفة للدراسة في الازهر منوها الى وجود توافق مع عدد كبير من العلماء الشيعة داخل ايران فيما يخص مسألة عدم التبشير للمذهب الشيعي في اوساط السنة او العكس.

واكد الطيب ان الازهر يسير ويتمسك بدعوة التقريب بين السنة والشيعة التي قادها شيخ الازهر الراحل محمود شلتوت مع المرجع الشيعي تقي الدين القمي عندما اسسا دار التقريب بين المذاهب الاسلامية.

من جهته، قال المستشار الدمرداش العقالي ان زعم الغامدي بان الازهر عندما اجاز فقه الامامية قد ادخل مصدرا للتشريع غير الكتاب والسنة، اما دعوى جاهل او متجاهل لأن الائمة (الشيعة) لا يقولون من عندهم شيئا انما هم مؤتمنون على ما ترك رسول الله.

واضاف العقالي، حسب جريدة «الوطن»: ان الذي يعترض على التقريب بين السنة والشيعة لا يمكن الحوار معه لانه لا يعترف بالآخر.

واكد الدمرداش العقالي ان الشيعة لا يحتاجون الى اعتراف احد بهم، موضحا بان العقائد همزات قلوب ونفحات عقول ولا تحتاج الى صكوك رسمية من هنا او هناك.

واشار الدمرداش العقالي الى ان الازهر اعترف مذعنا بالمذهب الامامي لانه اخذ بفتاوى شيعية حلت بعض مشاكل المصريين التي لا يمكن ان تحل في المذهب السني.

واوضح ان الازهر وافق على اعتبار الطلاق لا يقع الا بشاهدين «وهو ضد المذاهب السنية الاربعة ولا يقول به الا الامامية».

كما وافق الازهرعلى اعتبار المفقود الذي لا يعثر على جثته ولا يعلم حاله من الممكن اعتباره ميتا ولو بعد ساعة، بعد واقعة غرق السفنية «سالم اكسبرس» وهو حكم لا يقول به الا الشيعة الامامية، في حين تتفق المذاهب الفقهية السنية الاربعة على وجوب مرور فترات زمنية تتراوح من 15 الى 60 سنة قبل الحكم على شخص ما بانه مفقود.

وقال الدمرداش العقالي ان الازهر عام 1946 أخذ وقنن قانون «الوصية الواجبة» التي تتيح لابن الابن الذي توفي ابوه في حياة جده اخذ حصة من الميراث، مشيرا الى ان كل المذاهب السنية ترفض الافتاء بهذه الوصية انطلاقا من ان آيات المواريث نسخت الوصية التي كانت في البداية، في حين لا يفتي بالوصية الا المذهب الامامي، «وهو ما يعني اعتراف الازهر عمليا بالمذهب الامامي، واحتياجه فقهيا الى الحلول التي يطرحها».

واقترح الدمرداش العقالي ان يتم جمع الاحاديث واقوال الائمة عند السنة والشيعة وتعرض على القرآن الكريم، «فما وافق القرآن منها نأخذ به جميعا وما تعارض وما خالف كتاب الله نتنحى عنه ايضا».

Sumber di sini.


Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak

14 comments:

Adilla Harun said...

Saya melihat ada suara 'kelembutan' sedikit merujuk pada perbahasan itu. Harap tidak salah tanggapan saya. Mereka seperti sudah mula faham. Walau bukan semua.

Tapi seperti apa yang selalu disebut. Tak kenal maka tak cinta. Terlalu banyak cerita buruk yang didengar tentang ajaran ini yang buat ramai 'reluctant' padanya. Ditambah berbilang kaum dan agama, menuntut tindakan umpama 'menarik rambut dari dalam tepung'.

Nampaknya tugas Dr. terus-terusan bersambung demi apa yang diperjuangkan. Tak salah ucap sedikit Tahniah!.

nur zahra mustafa said...

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya, apakah tindakan yang dikenakan kepada orang-orang bermazhab ahlus sunnah wal jamaah di Malaysia yang secara sukarela menukar mazhabnya kepada mazhab syiah imamiyah? Mohon jawapan.

*Wajah-wajah yang itu, begitu munafik!

lalok said...

jom berjemaah di masjid..

RayyanZilfi said...

Ya Adilla,
tak kenal maka tak cinta.Saya juga sedari kecil sering dimomok-momokkan (bukan hantu momok!)dgn SEMUA kesesatan & keburukkan di dlm syiah, sedangkan sy tau ianya tak semestinya begitu..dan lastly sy tahu mengenai Mahmood Ahmadinejad...dan akhirnya baru sy tahu tentang Dr FT ini, maaf ya Doc, lambat sedar kewujudan Dr FT di tanahair sendiri..dan kemudian..Ketupat Cinta, barulah sy tercari2 siapa anda sebenarnya, terima kasih ketupat cinta.

ali said...

Sebagaimana yang diakui oleh Nasarudin sendiri dalam hansard bahawa beliau tidak berhasrat membela syiah (ajaran syiah?) (saya faham tentang itu tetapi kenapa tak bela keadilan dan menentang kezaliman ke atas syiah yang ditangkap itu?).

Bukankah PAS parti membela keadilan dan menentang kezaliman? Apakah bila sebut syiah maka keadilan PAS dan pembelaannya sudah terkecualikan!!!!

Sebaliknya beliau hanya bertanya tentang mengISAkan syiah dulu dan akan datang. Apakah beliau perlu bertanya tindakan mengISAkan syiah itu? (Kerajaan tak ada sebutpun tentang ISA dalam kes di Selangor)

Bukankah pihak Menteri Dalam Negeri pernah membuat kenyataan seperti mana juga kenyataan yang disebut oleh Jamil Khir (bukan perkara baru!!!) - kebebasan beramal di Malaysia.

Tidak ada cakap pasal ISA pun (jadi apa sebab keluar idea ISA itu?) Lagipun bukan KDN yang tangkap pengikut syiah. Hal berkaitan syiah yang ditangkap adalah di bawah kuasa kerajaan Selangor - yang juga dibawah tanggungjawab exco Hasan Ali juga PAS.

Ada sesiapa pernah dengar cakap-cakap dari kalangan pemimpin PAS yang bersungguh-sungguh membela syiah yang ditangkap itu? (Bukan maksud saya mereka patut membela ajaran syiah tetapi membela tangkapan dan fitnah yang zalim itu)

Saya belum pernah dengar...lagi....

Selepas semua itu, Nasarudin mendedahkan pula tentang kakitangan kerajaan yang terlibat dengan syiah. Apakah niat beliau ini?

Kenapa tak bertegas tentang hak asasi individu dalam perlembagaan Malaysia? Bukankah beliau sendiri mempunyai pengetahuan tentang undang-undang?
Kenapa pulak keluar kenyataan - kena berhati-hati tindakan berkaitan perbezaan mazhab? Kenapa tak kata perbezaan mazhab adalah hal yang dibenarkan dalam Islam mengikut ASWJ dan telah diterima diperingkat dunia Islam...
Ada fatwa harusnya syiah mengikut Sheikhul Azhbar..ada Deklarasi Amman..?

(Kenyataan beliau itu memang mudah disalahfahamkan oleh pendengarnya kerana beliau tidak meletakkan pendirian beliau dalam isu itu)

Apabila sudah disalahfahamkan..baru buat kenyataan yang menyatakan pendiriannya....!!!! Itu stailnya.


Persoalannya: Kenapa tidak mahu membela golongan yang dizalimi dan difitnah? Di manakah pendirian beliau dalam hal ini?
surah Hud ayat 113 :

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim (kalau kamu berlaku demikian yakni cenderung) api neraka akan membakar kamu sedangkan kamu tidak ada sebarang pertolongan pun selain dari Allah. Kemudian dengan sebab cenderung itu kamu tidak akan mendapat pertolongan".

wadi said...

assallamualaikum...Islam akan tetap unggul jika kita kekalkan akhlak dan ikhlas disertai adab dan sopan santun. Penjelasan perlu betul jadi semua faham akan isu dan usul , pasti yang tersimpul dapat diterokai dengan betul .

Muntazhar said...

saya tidak nampak apa yang dikatakan 'kelembutan' itu kerana sudah terang lagikan bersuluh...

fatwa2 peringkat global terhidang..
ilmu2 peringkat universiti terhidang..
media2 glokal memenuhi ruang..
hubungan diplomatik, wow...! kelassss...

tetapi diperingkat lokal, tiba2 lain jadinya...

kelembutan atau kemunafikan??

Muntazhar said...

En Jamil, lebih baik layan yang ni :

01
==
SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

02
==
SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

03
==
SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!

04
==
SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

05
==
SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM:Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah

06
==
SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!

07
==
SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

08
==
SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

09
==
SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau,jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"

najahudin said...

sepatutnya dibold 'Cuma, persoalannya adalah kenapa dalam konteks ini dikenakan tindakan ISA ke atas pengamal-pengamal sama ada yang telah ditahan atau pun yang mungkin akan ditahan? '

- ya sebagai pemurniaan bold dlm artikel tuan sbl ini (sumber bernama) n comment2 songsang n melampau dlm artikel tu sbl ini

Dr Faisal Tehrani said...

Najahudin
Saya tidak berbuat seperti saranan sdr kerana setelah saya analisis, tidak ada sikap baharu dari mana-mana pihak dalam hal ini. Sebagai pengkaji saya dapati tidak ada benda baharu. Malah basi. Sdr baca hansard saja, kami baca fatwa al Azhar juga, sebab itu saya sertakan sekali dalam entri ini.

Nada YB BACHOK serupa dan tidak jauh bezanya dengan nada yang satu lagi. Kelakuan PAS dalam hal ini sama busuknya dengan kelakuan yang lain. Malah ia menelanjangkan hipokrasi PAS. Saya kekal mempertahankan pendirian saya dalam entri 'Mengapa Pula Tuhan Tidak Akan Tanya PAS?': http://tehranifaisal.blogspot.com/2011/02/mengapa-pula-tuhan-tidak-akan-tanya-pas.html
Wassalam

Adilla Harun said...

Kenyataan Saudara Ali tepat!. Soalan tentang mengISAkan PAS itu saya anggap sebagai satu permainan politik. Mungkin mengintai-intai peluang untuk 'membantai' semula andai berpeluang. Begitu juga dengan dakwaan kakitangan kerajaan yang Syiah. Itu yang saya nampak. Itu taktik orang yang bercakap.

Muntazar, anda juga betul. Saya mungkin tidak pandai menilai mereka. Munafik atau tidak itu juga saya tidak sanggup saya lemparkan. Itu mungkin kelemahan saya. Namun melalui tindakan mereka itu, di dalam dada kita sudah dapat mentafsirkan. Sungguh menyedihkan!

hiri said...

786/121.

Berkata Imam Ali a.s.

Ilmu (hikmah) itu laksana harta yang hilang bagi orang Mu'min, Oleh itu ambilah ia walaupun dari orang munafiq.

Siapa yang mengeji orang lain, maka orang lain pun cepat menuduhnya dengan perkara yang mereka sendiri tidak tahu.

Andainya anda ragu tentang sesuatu perkara, maka kajilah dari pangkal hingga hujungnya (supaya dapat diketahui hukumnya).

firassinar said...

13Tahun telah berlalu iaitu setahun sebelum ORANG ITU di pecat dari tampuk pemerintahan,lalu dia di tahan di bawah akta drakonian (ISA).

Reformasi pun bergema kala itu dengan UNDUR! MAHATHIR UNDUR! SELAMATKAN MALAYSIA.KAMI dan orang2 seperti kami hanya melihat dari jauh sahaja kerana setahun sebelum GEMA REFOMASI itu berlaku orang2 seperti KAMI di penjara yang sama(ISA), namun tiada sekelumit laungan seperti itu pun ke telinga sang penguasa.

Kini ORANG ITU sudah bebas sebebasnya bersama2 dengan orang yang ingin bersamanya menuju ke rumah lama yang pernah didiaminya dulu,rumah itu dinamakan rumah kekuasaan yang berada di PUTRAJAYA kini.Singahsana yang terbantut di kuasai 12tahun yang lampau.Ceritanya dihari ini ORANG ITU dan pakatannya ada setahun lagi untuk menuju ke puncak yang di citanya itu.
Sekali lagi setelah 13tahun berlalu ORANG2 seperti kami di tindas, difitnah,diburu dan ingin di humban sekali lagi ke dalam penjara yang sempit dan segelap masa depan oleh orang yang dahulunya pernah jadi sebahagian hidup dengan ORANG ITU. Ya benar! mereka semua itu datang dari perut yang sama.Ingin meratah hidangan yang sama,citarasa yang sama tetapi nasib yang berbeza.

Sebahagiannya amat rindu kepangkuan yang asal,ingin berpadu tetapi mungkin terhalang dengan ORANG ITU.(Bakal mungkin akan berlaku satu pengkianatan yang besar)

Hari ini setelah 13 tahun berlaku terhadap orang2 seperti KAMI,tiada lagi gema laungan Reformasi yang pernah berhasil menjatuhkan seorang diktator sepenggal sesudah itu. Sistem tetap tidak berubah dan ORANG SEPERTI KAMI tidak akan dilepas bebas dari tangan ORANG2 SEPERTI MEREKA.

Mereka semua kini merencanakan sebuah rencana yang di mulakan penghinaan,penindasan dan berakhir dengan kesiksaan kepada ORANG2 SEPERTI KAMI kerana itu saja methodnya yang di guna pakai 13tahun yang lalu...DEMI SUMPAHAN 13TAHUN,DEMI 13 NEGERI DAN DEMI PILIHANRAYA KE 13.

Ain said...

Ramainya yg mati sebab gempa bumi di Jepun. Masih ramai yg perlukan bantuan kat sana. Makanan, pakaian tak cukup ditambah dengan ketiadaan air & elektrik. Apa kata parlimen bagi tumpuan pada bantuan bencana pada Jepun daripada bencana Syiah pada Malaysia. Bosan dengar isu sama..