




















Pesta Seni Niavaran muncul lagi di Tehran. Kali ini menampilkan 500 pereka fesyen yang hadir dengan bermacam-macam desain. Pesta tersebut dirasmikan oleh Menteri Kebudayaan Iran, Mohammad Hosseini. Menurut Isa Keshavarz, penganjur pesta tersebut, 50 desain yang menampilkan fesyen untuk majlis makan malam, fesyen ke pejabat dan fesyen untuk aktiviti luar ditampilkan buat pertama kalinya. Lebih menarik desain yang ada didasari dari jatidiri pelbagai etnik di Iran termasuk kelompok minoriti. Mungkin FLOM kita wajar menghadirinya untuk mendapat lebih banyak idea dalam menganjurkan Pesta Fesyen Islam yang beliau naungi. Menurut pengamatan saya pada foto di atas, meski penganut Syiah ini sesat, tiada gaun yang tertera sebarang kalimah Allah.
Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.



11 comments:
Apa ke bendanya FLOM? Tentu bukan sama dengan FLOP. Itu saya tahulah. Sama dengan FAIL. Nanti kena GOOGLE nih!
bila FLOM nak FLOP?
Assalamulalikum Dr,
Sy hormat akan pendirian Dr. dan mmg tidak dinafikan bhwa Dr adlh seorang pengkaji islam.
Sepanjang setahun 2 ini sy smkin berminat untuk mengetahui asal usul syiah dan sunni secara lebih mendalam.
Pada pendapat sy tidak ada masalah jika seseorang itu sunni atau syiah ttp hnya ada stu perkara je yang memusykil kan sy.
terdapat byk rencana yg menyatakan bhwa pengasas revolusi iran, Ayatollah Khomeini dlm tulisan dan fatwanya mengkafirkan sahabat2 nabi dan 3 kalifah ar-rasyidin yg telah dijanjikan syurga. Boleh tak Dr.jelaskan sikit mengenai hal ini? Sbb rasanya ramai lagi kat luar sana yg ingin mengetahui hal ini. Bg sya perbuatan mengkafirkan sahabat2 nabi dan kalifah yg telas terang2 dijanjikan syurga adlah sesuatu yg sgt bertentangan dgn ajaran agama islam, baik sunni, syiah mahupun wahabi.
Sy sedia maklum bhwa syiah juga terpecah kpd beberapa puak, dan setahu sy syiah di Iran pada hari ni menyanjung tinggi Ayatollah khomeini dan fatwa serta kitab2 beliau byk menjadi rujukkan golongan syiah pada hr ni. Secara automatik sy berpendapat bhwa syiah pd hari ini adlh sealiran dgn Ayatollah khomeini. Tolong Dr. betulkan sy jika saya tersalah.
Tentang konspirasi lain berkaitan syiah, sy anggap itu sbg satu propaganda untuk melemahkan islam. Tetapi sbgi umat islam yg yakin dgn Quran dan Hadis, beberapa perkara yg berkaitan dgn syiah(yg sesat) kita kena terima jgk, Dan sy yakin Dr. jgk tidak berkompromi dlm hal ini.
Masyarakat islam syiah skrg bersatu di bwh Ayatollah Ali khamenei dan Ahmedinejab didlm stu jemaah yg besar dan sudah tentu dipelihara oleh Allah.
Tidak dapat dinafi sumbangan syiah@iran pada hari ni sgt besar kpd umat islam dan kebangkitan islam pd hari ini adlh hasil titik tolak syiah.
Wassalam.
Waalaikumsalam saifuddin,
malangnya kami di sini telah bergerak jauh dari titik atau poin 'purba' yang sdr sebutkan itu.
Orang yang dah berlari jauh tidak boleh mengundur ke belakang.
Wassalam
1) Sdr Saifuddin kena baca blog ini dr awal... untuk lebih memahami & tak perlu dijelaskan lagi oleh Dr FT.. letih nak ulang & jelaskan benda sama setiap kali...kalu pensyarah ni letih... student tak buat homework & research sblm btanya soalan yg terang & jelas jwpannya..
2) Sdr Adilla Harun ~ dlm blog sbelum ini juga dah diceritakan apa itu FLOM..
3) Sdr Muntazhar ~ ikut cara Rasullullah, kena doakan yg baik2 spy mrk jadik lebih baik.. maka itu sy doakan FLOM spy lebih FLOURISH..
dr,knp di hosp selayang masa 20 okt dulu?
smoga dimudahkan Tuhan dlm setiap perkara.
Salam.
Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah Mahaindah dan mencintai keindahan.”
Oleh kerana itu, kita dituntut untuk memiliki cita rasa seni (tentunya seni yang sesuai dengan syariat ) dan keindahan, dan kemudian memantulkannya pada diri kita. Dan kita diperintahkan berhias dengan akhlak-Nya.
salam, saudara saifyddin...
sila layari di bawah untuk mendapatkan bahan-bahan bacaan dalam bahasa melayu :
http://www.almawaddah.cjb.net/
http://almawaddah.110mb.com/download5/index.php
english :
http://www.answering-ansar.org/
Allahumma Solli 'Aala Muhammad Wa 'Aali Muhammad
FLOM=FIRST LADY OF MALAYSIA
assalamualaikum..
payah juga nak terangkan perkara yang telah dibincangkan .. saya sendiri tidak larat nak tulis perkara yang sama.. mungkin kalau jumpa boleh tukar2 maklumat.. tetapi menjelaskan perkara yang saudarakan timbulkan itu.. sejarah islam perlu saudara kuasai kalau tidak payah nak cerita perkara sebenar..
Thanks! eri meenabudi. Tak payah keluarkan GOOGLE. Jimat masa dan tenaga. Lepas breakfast ni nak SCUBA-DIVING, rasa berat sikit. Takut tenggelam.
Saudara Mohd! Saya ni pelupa sikit. Ingatkan FLOM tu ada singkatan badan fesyen di Malaysia ni. Usahlah serius sangat.
Saudar Muntazar! Soalan anda buat saya gelihati. Macam pantun tak berkerat pulak. Hih!3X
Post a Comment