28 March 2011

Masalah Dadah di Iran




Seperti Malaysia, Iran juga berdepan dengan masalah dadah. Baru-baru ini 400 tan dadah yang dirampas sejak 21 Mac 2010 telah dimusnahkan. Dadah yang dibakar itu adalah dari 42 tan 'crack' dan selebihnya 'crystal meth' (atau methamphetamine). 110 tan dadah termasuk 60 tan crack pula akan dimusnahkan tidak lama lagi.

Ayatullah Ali Khamenei telah meminta pihak berkuasa Iran meningkatkan pencegahan dan perang habis-habisan terhadap dadah (termasuk pengedar dan penagih).



Akhbar Le Monde Perancis ada melaporkan Iran berdepan dengan masalah dadah yang serius memandangkan ia berjiran dan bersempadan dengan Afghanistan, pembekal dadah dan candu dunia. Kebanyakan samseng dadah di Iran adalah berasal dari Baluchistan. Le Monde seterusnya melaporkan:

Baluchis, who are Sunni, ignore borders and are distributed across Iran, Afghanistan and Pakistan. Baluchi society is based on clan loyalties and some groups have been smuggling between the three countries for centuries. Some have triple nationality. For many drug smuggling has become the only possible livelihood since drought has affected the area for several years. A high-ranking Iranian official, involved in the fight against drug-running, says "they are just ordinary people". Traditional Baluchi leaders condemn the use of drugs, which is infecting Iranian society (see The enemy within). They are less concerned about smuggling, a source of income for local notables (lihat sini).

Masalah lain yang dihadapi oleh Iran ialah apabila Iran menahan dan menghukum pengedar, penyeludup dan pembekal dadah, isu mazhab akan ditimbulkan padahal jenayah tidak mengenal mazhab malah agama. Setiap kali Iran menghukum penyeludup dadah ini akan ada suara-suara sumbang menuduh Iran bertindak terhadap rakyatnya yang bukan bermazhab syiah.

Usaha dan kerjasama Malaysia dan Iran dalam mencegah penyeludupan dadah hendaklah ditingkatkan. Januari lalu Duta Iran ke Malaysia, Prof Dr Mohammed Mehdi Zahedi menjelaskan sudah ada pindaan di Iran dalam usaha membasmi aktiviti pengedaran dadah yang bernilai berbilion-bilion dolar. Pindaan ini membolehkan Iran memerangi keldai dadah di luar negara termasuk di Malaysia dan di negara-negara Asia Tenggara (lihat sini).


8 comments:

mohd said...

Dr FT,
1)betul ke semua menteri di Iran adalah pemegang phd (ijazah kedoktoran)?
2)benarkah ramai pensyarah2 Universiti d Msia mpraktikkan nikah misyar?

banana01 said...

mcm syok ja bc...

wadi said...

assallamualaikum...inilah natijah dunia dan harta menjadi impian tak kira halal atau haram akan terus diperdebatkan , jesteru harta dan seks mampu melumpuhkan keyakinan dan kekuatan iman . Jesteru itu peradaban Islam menggariskan ketakwaan menyempadani hidup dan kemasyarakatan. Tegakan kebenaran dan mewangikan persekitaran dengan kedamaian dan keamanan mampu mengurangkan gejala kebejatan .

Cerita Cinta Melayu Sejati said...

Tak sangka Iran mempunyai masalah dadah.

el-Zehra said...

Tidak adil jika saya berhujah dengan

"Baluchis, who are Sunni, ignore borders and are distributed across Iran, Afghanistan and Pakistan. Baluchi society is based on clan loyalties and some groups have been smuggling between the three countries for centuries. Some have triple nationality. For many drug smuggling has become the only possible livelihood since drought has affected the area for several years. A high-ranking Iranian official, involved in the fight against drug-running, says "they are just ordinary people". Traditional Baluchi leaders condemn the use of drugs, which is infecting Iranian society (see The enemy within). They are less concerned about smuggling, a source of income for local notables"

untuk menuduh golongan Sunni lah yang memburukkan imej Iran walupun selama ini ramai menuduh golongan Syiah itu sengaja memperbanyakkan fasad di muka bumi supaya mempercepatkan kemunculan al-Mahdi.

Soal hukum hakam tidak mengenal siapa pun selagi mana dia bergelar Islam wajib dihukum dan tidak adil untuk menjatuhkan mana-mana pihak hany kerana sikap penganutnya bukan kerana ajaran yang dibawa.

duta delster said...

pengedar dadah yg ditangkap di luar negara memburukkan imej Iran dan sekaligus melibatkan mazhab mereka..peliknya kalau dari negara lain, mazhab mereka tidak diheret sama... owh alangkah tak adilnya. kwn saya yg tinggal di puchong pernha berkata bhw beliau suka kalau org iran dikurangkan kerana mereka ni ganas... kt kwn sy yg sorang lagi...ya lah, mrk syiah... sy hanya diam aja, lagipun sy bukannya duta iran pun...

Adilla Harun said...

Bila jenayah terjadi, 'fokus' sahaja pada jenayah yang dilakukan si penjenayah. Apa dikirakan Mazhabnya, warna kulitnya, warna rambutnya, apa bahasanya.....

Itu ibarat sengaja mencari isu untuk pertelagahan. Ini mungkin permainan sesetengah golongan untuk melaga-lagakan antara pihak yang terlibat. Sama dalam isu dadah tersebut.

Kejahatan@jenayah terjadi kerana perlakuan yang terdorong dari dalam diri dan perlaksanaan dari luar. Jika masih wujud rasa penuhanan, ia tidak akan terlaksana. Tiada agama yang menggalakkan penganutnya membuat jenayah. Teratasnya agama Islam. Jadi mesti bawa-bawa difikirkan!

ardisia said...

sokong, jenayah tidak mengenal mazhab atau agama.