03 March 2011

Malu Menjadi Sunni, Malu Juga Menjadi Syiah

Ada sesuatu yang saya tidak mengerti, masyarakat Syiah baik-baik sahaja meski mereka dituduh berhasrat untuk menumpahkan darah penganut mazhab lain. Lihat sahaja sepanduk yang dibawa oleh penunjuk perasaan Syiah di Bahrain. Seruannya adalah perpaduan. 1Bahrain.

Di bahagian dunia yang lain, tahu-tahulah kan, ada sepanduk melulu diangkat dengan seruan: Sunni atau Mati. Penunjuk perasaan anti Syiah di Bangil, Indonesia pada tahun 2007 mengeluarkan ancaman bunuh terhadap pengikut Syiah jikalau tidak bertukar kepada mazhab Sunni. Mereka juga membuat tuduhan 'anak zina' (sini). Di Malaysia, tidak ada satu tindakan disiplin (undang-undang apatah lagi!) pun diambil sehingga hari ini terhadap penfitnah-penfitnah ini. Itu saya yang tidak faham, seorang pengetua sekolah yang dikatakan menghina kaum India segera dikecam sebagai rasis. Bagaimana ada orang boleh memejam mata jika ada pegawai kerajaan menghina dan menfitnah lebih 40 ribu minoriti di Malaysia dan hampir 400 juta umat Islam Syiah di dunia. 1Malaysia.

Saya kira, kerana kejadian itu, saya malu menjadi Sunni kerana tidak lalu bersekongkol dengan kegilaan segelintir mereka. Saya juga malu mengaku Syiah kerana tidak mampu menjadi setabah mereka.

Saya seorang Muslim. Dan kedua-duanya (Sunni dan Syiah adalah milik saya).



* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.

11 comments:

Siberkop said...

Teringat masa balik kampung haritu. Solat Jumaat, khatib bacakan khutbah mengenai 'kesesatan syiah'.

Amatlah tidak senang duduk saya dalam masjid. Saya tak tahu nak bertindak apa selain doa dalam hati dan zikir byk2.

Hmm.

putrifarish87 said...

Salam. Syiah @ Sunni. Kedua-duanya saudara saya. Saya tidak fikir perbezaan mazhab membuatkan 'kita' berbeza. Yang membezakan kita, kita layak mendapay syafaat atau tidak. Sehingga kini, saya rindu memijak kaki ke Iran kerana saya meminati Salman AlFarisi.

Syiah atau Sunni. Kedua-duanya saudara saya.

Adilla Harun said...

Saya sokong!. Pokok pangkalnya dua-dua pun dalam Islam yang benar.

duta delster said...

ZAMAN SEKARANG ORANG KURANG GEMAR BACA BUKU, MEREKA LEBIH SUKA GOOGLE UTK MENCARAI MAKLUMAT... PALING SENANG MEREKA KE WIKIPEDIA, ADA WIKI DLM BAHASA MELAYU... NAMUN, KADANG2 APABILA DI GOOGLE, BANYAK BAHAN YG KELUAR...BERATUS2 MALAHAN BERIBU2...KITA CENDERUNG MEMILIH YANG DI MUKA SURAT PERTAMA YG KELUAR BILA KITA CLICK SEARCH... JUSTERU, JIKA NASIB KITA BAIK, KITA AKAN DPT INFO YG BAIK, JIKA TIDAK KITA AKAN DPT INFO YG KURANG BAIK... TIDAK KETINGGALAN ISU SYIAH...RAAI YG INGIN TAHU PASAL SYIAH AKAN MULA GOOGLE LALU SAMA ADA MRK AKAN DPT FAHAM ATAU TIDAK BERGANTUNG BANYAK KPD HASIL CARIAN ITU...
SAYA DAPATI DLM WIKIPEDIA MELAYU KALAU DICARI DAN DIARI AKAN JUMPA YG INI
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perbincangan:Syiah"

BAGI YG LEBIH SUKA BAHASA INGGERIS MUNGKIN BOLEH DPATKAN MAKLUMAT DI DIGITAL LIBRARY AB DI http://www.al-islam.org/

atau jemput saja ke blog saya yg saya update hampir setiap hari dgn artikel2 ttg syiah dan salinan buku2 penting dlm bahasa melayu...layari blog saya di http://disinidandisini.blogspot.com/

jika, ini semua tak dapat menolong mungkin tuan2 wajar menghayati hadis ini:

Ibn Sinan daripada al-Mufadhdhal bin ‘Umar berkata: Abu Abdullah a.s berkata kepadaku: Sesungguhnya Allah s.w.t adalah Satu, lalu Dia memperkenalkan kepada hamba-Nya akan diri-Nya, kemudian Dia telah menyerahkan kepada mereka urusan-Nya dan mengharuskan mereka syurga-Nya. Sesiapa Allah mahu membersihkan hati-nya (an yutahhira qalba-hu) di kalangan Jin dan manusia, maka Dia memperkenalkan kepadanya wilayah kami (wilayati-na). Dan sesiapa yang Dia mahu memadamkan hatinya, maka Dia menahannya dari mengenali kami.

Kemudian beliau berkata: Wahai Mufadhdhal, demi Allah, sesungguhnya Adam tidak berhak diciptakan Allah dengan tangan-Nya, (ma istaujaba Adam an yakhluqa-hu l-Lahu bi-yadi-hi) dan dihembuskan padanya roh-Nya melainkan dengan wilayah Ali a.s (illa bi-wilayati Ali). Allah tidak bercakap dengan Musa sebarang percakapan melainkan dengan wilayah Ali a.s. Dan Allah tidak memperkuatkan Isa ibn Maryam sebagai bukti (ayatan) bagi alam semesta melainkan dengan khudhu’ kepada Ali a.s, kemudian beliau berkata: Makhluk Allah tidak layak “melihat” Allah melainkan dengan mentaati kami[1].

mutiara said...

Rakyat umpama air dan askar umpama ikan.

-Mao Tse-Tung-

::Mutiara Kata::

Muntazhar said...

kami pencinta ahlul bayt...
kami tabah kerana kami tahu kepada siapa kami mengadukan segala rintihan...
kami tabah kerana kami membawa mesej perpaduan...
kami tabah kerana fitnah & penghinaan itu terlalu kecil berbanding apa yang kami rindukan di telaga kautsar...

kami.... MENANTI ZUHURNYA AL QAIM AL MUNTAZHAR...! PEMBELA SEGALA BENTUK PENINDASAN & KEKEJAMAN...!!

Allahumma Solli 'Aala Muhammad Wa 'Aali Muhammad

Kumbang Jingga said...

patut kena tambah malu menjadi sunni yg tidak berpegang kepada ajaran islam yg sebenar atau sunni yg mengikut nafus amarah seperti dalam contoh di atas..kenyataan seperti ini kadangkala akan mengelirukan masyarakat kalau org silap paham...

Ashikin said...

setuju sungguh denag komen si-jingga kat atas. kekeliruan buleh bertambah kalo title gitu...

i'm just a normal muslim ^.^ steadfast with quran & sunnah...sape2 yg seangkatan, dok kirelah ape label yg dipakai/dilemparkan, mereka sume saudara saya.

Islam Muhammadi said...

Salam.

Kecintaan membuta terdapat golongan salaf, khalaf serta terhadap diri sendiri merupakan hijab yang boleh menjadi penghalang tersingkapnya kebenaran.Kecintaan terhadap diri merupakan seburuk-buruk penyakit yang menimpa setiap manusia. Dari penyakit inilah terpantul seluruh sifat yang tercela, seperti hasad, dengki dan keras kepala.

Dan terkadang manusia itu bersikap ta’asub terhadap sebuah pemikiran disebabkan pemikiran itu mendatangkan manfaat baginya atau menolak bahaya darinya. Oleh kerana itu, dia akan sekuat tenaga membelanya dan menolak segala macam bentuk pemikiran yang lain, meskipun kebenarannya tampak jelas di hadapan matanya. Atau, terkadang juga dia menyukai sebuah pemikiran kerana pemikiran itu sejalan dengan hawa nafsunya atau hawa nafsu masyarakatnya, sehingga dia tidak akan mahu surut darinya.

Azim said...

... Asas-asas mazhab Ahlus Sunnah Berikut ini adalah antara asas-asas mazhab ini: 1. Mengenal(ma’rifatul )Allah adalah secara syarak melalui al Quran dan Hadis. 2. Alam ini adalah bersifat baru. 3. Iman ialah pembenaran (tasdiq), dan amalan adalah penyempurna iman. 4. Menetapkan (tidak menafikan) sifat-sifat ma'ani Allah. 5. Al-Quran adalah Qadim (bersifat qidam/tidak berpermulaan/bukan makhluk).Allahu huwa Awwalu Akhiru wa Zahiru wa Bathinu

6. Tidak kewajiban ke atas Allah. 7. Harus bagi hak Allah Taala memberi pahala mengampuni Insan yang dikehendakinya atau menyiksa (dosa), dan mengutus para rasul. Harus juga melihat Allah Taala di Akhirat. 8. Allah mengkehendaki kebaikan dan kejahatan terhadap makhluqnya. ***9. Qadha' dan Qadar pada perbuatan-perbuatan (kasbi...hamba yang berbentuk ikhtiar. Kasbi dila dirujuk kamus bermakna USAHA. maknanya usaha jua adalah dalam Qada' dan Qadar yang Allah telah Taqdirkan 10. Allah yang menciptakan perbuatan (kasbi hamba yang berbentuk ikhtiar. 11. Tiada siapa yang maksum kecuali para Nabi dan Rasulullah. 12. Menetapkan adanya soal kubur, nikmat dan siksaannya. 13. Kebangkitan adalah dengan jasad dan ruh. 14. Ada syafaat untuk pembuat dosa besar.Allah bersifat mohor Pengampun 15. Syurga dan neraka itu wujud. Keduanya kekal. 16. Keimaman agung bukanlah dari rukun (hujjah untuk lawan syiah yang menganggap maksum pada imam 12 mereka...imam yang ke 12 bernama muhammad bin hasan, yang maksum hanya Nabi dan rasul)

duta delster said...

azim,
bukankah Allah tealh mensucikan Ahlul Bait dlm al Quran?

Surat Al- Ahzab:33 Pensucian Ahlul Bait (a.s)
“Sungguh tiada lain Allah berkehendak memelihara kamu dari dosa-dosa hai Ahlul bait dan mensucikan kamu dengan sesuci-sucinya.”

ringkasnya maksum adalah terpelihara dari dosa. kita juga maksum bila terpelihara..tapi tingkatan maksum kita dgn nabi tidaklah sama.

sy rasa saudara perlu membaca lebih lagi utk memahami konsep maksum imam ahlul bait. jika perlu bahan beritahu saya. saya sedia mengemelnya.