12 March 2011

Kesesatan Syiah

Berikut adalah foto-foto yang memaparkan kesesatan Syiah; ketika penganut mazhab ini (fikah mereka Ja'fari) mengerjakan solat Jumaat di Tehran.Oleh kerana jemaah sesak dan padat, mereka tergamak mendirikan saf di hadapan gereja.






Jemaah wanita juga sibuk mahu mendirikan solat.
Ini sesuatu yang sama sekali sesat.

















Khutbah Jumaat mereka berapi kerana penuh dengan muatan politik. Isi khutbah Syiah, misalnya, tidak menganjurkan tersenyum kepada jiran supaya beroleh pahala. Itu satu petanda kesesatan.
















Akibat mendengar isi khutbah yang menyesatkan tersebut, jemaah telah turun menunjuk perasaan membantah kezaliman dan penindasan Zionis dan Amerika.


Kita faham kini mengapa kesesatan mereka harus dibendung. Kita bimbang kuasa kita tergugat dengan penghayatan agama seperti di atas.


Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak

36 comments:

hiri said...

786/121.

Berkata Imam Ali a.s.

Berbahagialah bagi orang yang menghinakan dirinya dihadapan Allah s.w.t, membersihkan pendapatannya dari sumber yang haram, baik niat dan akhlaknya, menafkahkan lebihan pendapatan hartanya, menahan percakapan dari lidahnya, menjauhkan manusia dari kejahatannya, mengikut Sunnah dengan ta'atnya dan menjauhkan diri dari bid'ah.

Dunia ini laksana ular, lembut sentuhannya tetapi racun berbisa didalamnya, terjerumus kedalamnya orang-orang yang terpesona dan jahil, tetapi orang arif yang berakal akan menjauhinya serta mengelak dari racunnya.

kiaisepuh said...

masyaAllah...bila la pulak tempat kita bleh solat melimpah ruah macam tu...terutama solat fardhu...tapi semanagat mereka yang melawan barat (yang jahat-jahat ler) ini perlu di contohi...dari kecil dah di ajar anak2 mereka untuk mengetahui siapa ulama dan siapa musuh sebenar...kita bilo la lagi?

behlul said...

assalamualaikum..

kalau inilah gambaran kesesatan.. aku ingin terjun sekali dalam lautan asyik itu.. biarlah aku lemah dalam kesesatan namun aku mampu untuk bersama mereka melaung-laung jahanam kepada amerika dan zionis.. alangkah seronoknya perasaan itu..

Allah Huma Soli Ala Muhammad
Wa Ali Muhammad

Faiz As-Syirazi said...

Terang lagi bersuluh akan kesesatan mereka.. maka tidak silaplah inisiatif yang diambil pihak JAKIM dan Agamawan di Malaysia ini untuk membentung kesesatan mereka spt yg didakwa oleh Dr.FT ini..

Mungkin lepas ini Dr. boleh entrikan pasal kebenaran Sunni pula dan mengapa kita sebagai rakyat di negara ini perlu berpegang teguh dengannya..

syazwanadzhar said...

alhamdulillah.

kalau khutbah di malaysia seenergetik begini, mungkin ramai juga muslim "yang tak sesat" hadir.

wallahua'alam

~M-i-M~ said...

ini post ada maksut tersirat ke??
^_^

mohd said...

1) dunia akhir zaman dimana penghuni syurga dilihat spt penghuni neraka & begitu sebaliknya... (Syiah dihukum sesat tapi...)
2) mnusia boleh berubah mjadi lupa daratan apb diuji dgn kuasa... Muammar gadaffi mengetuai pmberontakan mguling diktator pd usia 27 thn dlm 1969 tetapi kmudian beliau yg mjadi diktator selama 42 thn....
3) cara penulisan Dr FT dlm mnyuarakan sesuatu isu adalah amat intellectual & educated... hanya jauhari mengenal maknikam...
4) dulu sy menggemari blog Minda Tajdid DR MAZA, lama kelamaan sy mhidu sesuatu (mungkin tuduhan WAHABI ke atas dirinya adalah suatu kebenaran ..)
5) Baca FB nya spt tidak percaya dia suka mbuat provokasi pd isu semasa & lepas tangan pd komen2 & respon yg negatif, menyeleweng & melanggar etika...
6)juga pujian melampaunya pd golongan artis spt Wardina & Maya Karin mjelaskan lagi kpd sy siapa dia sebenarnya....
7) sy menunggu lanjutan video hingga 5/5 ttg Dr Asri & Dr SuSyi..

RayyanZilfi said...

Tajam sindiran tu bos! kalo depa x paham2 gak, tak taulah cek,nak kata apa lagi..

rihal said...

depa faham...tapi buat2 tak faham

Adilla Harun said...

Ya benar, 'penghayatan' yang sebenar-benarnya pasti menagih perubahan menyeluruh. Dari timur ke barat, utara ke selatan. Itu akan bertentangan dengan semua kebiasaan dan ketetapan yang sedia ada.

Ketetapan yang dibawa yang wujud semenjak zaman penjajah dan lepas kemerdekaan hanya memerdekakan sebahagian dari aspek kehidupan keduniaan dan banyak bertumpu pada segi 'kemanusiaan' bukan 'keimanan'. Itu pendapat saya.

hiri said...

786/121.

Berkata Imam Ali k.w.

Berapa ramai orang berpuasa, tetapi hanya dapat lapar dahaga, berapa ramai orang yang sembahyang malam tetapi hanya penat dan mengantuk. Alangkah baiknya orang bijaksana, mereka dapat pahala walaupun berbuka dan tidur pada malam hari.

wardah munirah said...

Assalamualaikum, Dr.

Sewaktu saya di sekolah menengah dulu, saya ada terbaca buku yang menyebut bahawa hukum solat jumaat terhadap wanita adalah sunat dan bukanlah haram cuba Malaysia tidak biasa dengan hukum itu ...?

el-Zehra said...

mohd : video Dr Susyi boleh dapat dilihat secara direct di Youtube

Part 2 : http://www.youtube.com/watch?v=Dbx1H5knmNE&feature=related

Part 3 : http://www.youtube.com/watch?v=GlJYYdZGtHY&feature=related

Part 4 : http://www.youtube.com/watch?v=i5gRnrKnN5c&feature=related

Part 5 : http://www.youtube.com/watch?v=iFfHqMiSQhE&feature=related

syabas atas usaha dr. membongkar 'kesesatan' syiah ini.

MBP 2587 said...

umat Islam semua (tidak kira apa mazhab)

marilah kita hebah2kn

war2kan akan 'kesesatan' Syiah ini..

copykan link ini,

http://tehranifaisal.blogspot.com/2011/03/kesesatan-syiah.html

dan pastekan di FACEBOOK TWITTER anda

terima kasih.


اللهم صلي على محمد وآل محمد

Islam Muhammadi said...

Salam.

Niat yang ikhlas adalah syarat utama diterimanya amal, dan niat adalah motivasi seseorang melakukan amal.

Al-Quran banyak menaruh perhatian kepada keikhlasan niat dan menepati syariat-Nya. Sesuatu perbuatan hendaklah dengan tujuan mencari keridaan Allah SWT, bukan dengan tujuan lain.

Pandangan pertama Allah SWT adalah hati kita, dan kemudiannya adalah amal perbuatan kita.

Apa guna nampak cantik diluar, penampilan anggun tanpa didasari niat yang benar dan tersasar daripada kehendakNya. Dan apa gunanya amal tanpa niat yang ikhlas.

Allah SWT telah berfirman di dalam surah al-Bayyinah ayat 5, "Dan mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan ikhlas dalam (menjalankan) agama dengan lurus."

Imam Ali as berkata, "Barangsiapa memperbaiki batinnya maka Allah akan memperbaiki lahirnya."

Dan Imam Muhammad al-Baqir as berkata, "Barangsiapa yang batinnya lebih bagus daripada lahirnya, maka ringan timbangannya."

Zuljanah said...

Sekarang dah menjadi trend. Bila sebut saja pasal Iran, rata-rata kenyataan yg kita dengar ialah..

"Rakyat Iran memang bagus, tapi sayangnya mereka ni SESAT " dan

"Iran sebenarnyalah talibarut Amerika "

Jadi maksudnya, walaupun banyak perkara2 buruk yg berlaku di Malaysia ini, itu tidak menjadi masalah jika pegangannya adalah ASWJ.
Dan walaupun Iran tiada hubungan diplomasi dengan Amerika/Israel dan sering berlaku ketegangan, tetapi itu semua hanya lakonan semata2, mereka sebenarnya bersekutu !??

Bingung dan pusing kita dibuatnya dengan pendapat2 sebegini, apatah lagi datangnya drpd orang2 cerdik pandai. Tidak pasti samada mereka2 ini ada masalah pengelihatan, pendengaran atau pun masalah hati (2:18) :)

ali said...

"Tajam sindiran tu"...

Tapi jangan terkejut kerana ada jugak yang buat bodoh-bodoh alang...atau memang ada jenis manusia yang kita tidak menduga bahawa tahap akalnya memang jatuh ke paras paling bawah...berbanding sekian makhluk yang ada kat dunia ni...macam entri di bawah ni:

Faiz As-Syirazi said...

"Terang lagi bersuluh akan kesesatan mereka.. maka tidak silaplah inisiatif yang diambil pihak JAKIM dan Agamawan di Malaysia ini untuk membentung kesesatan mereka spt yg didakwa oleh Dr.FT ini.."

saladin al-sabah said...

Tajam Menikam....

Islam Muhammadi said...

Salam.

Imam Jaafar ash-Shadiq as berkata, "Perdalam pengetahuan agamamu, kerana sesungguhnya orang yang tidak memahami agama di antara kamu adalah orang Badui. Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman di dalam kitab-Nya, 'Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu menjaga dirinya."

Dan Imam Musa al-Khazim as berkata, "Perdalamlah agama Allah. Sesungguhnya kedalaman pengetahuan agama adalah kunci penglihatan, kesempurnaan ibadah, dan penyebab sampai kepada kedudukan yang tinggi dan martabat yang mulia di dunia dan agama. Keutamaan seorang ahli agama atas ahli ibadah adalah seperti keutamaan matahari atas bintang. Barangsiapa tidak memperdalam pengetahuan agamanya maka Allah tidak meridai amalnya."

Islam Muhammadi said...

Salam.

Pesanan Ayatullah al Uzhma Nuri Hamadani, seorang ulama Marja Taklid, "Ruhaniawan hari ini, tidak hanya harus alim dalam bidang syariat namun juga memiliki pengetahuan yang mendalam mengenai persoalan dunia yang sedang dihadapi. Terutama tidak lalai dalam persoalan politik dan menjadikan mimbar-mimbar sebagai media pembelajaran politik bagi masyarakat."

Islam Muhammadi said...

Salam.

Mengenai keberkahan yang dihasilkan dari kemenangan Revolusi Islam Iran, Ayatullah al Uzhma Nuri Hamadani (ulama Marja Taklid), menyatakan, "Setelah berlalu selama puluhan tahun, kita menjadi saksi menyebarnya pengaruh kemenangan Revolusi Islam Iran ke seluruh penjuru dunia, dan kita lihat pula betapa rakyat dibeberapa negara saat ini mengambil inspirasi dari kemenangan revolusi Islam Iran dalam menghadapi penguasa-penguasa yang zalim di negara mereka masing-masing."

Mr.Bean said...

kuat betul abang syiah ni menyebarkan fahaman syiah.opss!! sorry, agama syiah, bersama-sama pengikut-pengikut syiah sekelian.

AlMulk said...

Bismilla Hirrahman Nirrahim

http://www.alhassanain.com/indonesian/book/book/history_library/islamic_personalities/salman_alfarisi/004.html

http://www.abna.ir/data.asp?lang=15&id=230511

http://telagahikmah.org/name/index.php?option=com_content&task=view&id=60&Itemid=1

2:30
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

Dan ini adalah awal penderhakaan makhluk yang tidak dapat menerima perintah Allah (KetentuanNYA bahawa dia akan melantik manusia sebagai khalifah) dan kerananya menyebabkan Ia(Iblis) sesat dan menjadi penyesat kepada makhluk yang lain.

15:30-40
"(Setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali, Melainkan Iblis; ia enggan turut bersama mereka yang sujud. Allah berfirman: Hai Iblis, apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?". Iblis menjawab: "Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya". Allah berfirman: "Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah (satu makhluk yang) diusir."Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat". Iblis berkata:" Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan (hari kiamat)". Allah berfirman: "Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh. "Hingga ke hari - masa yang termaklum". Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat(kerana enggan besujud), (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".

Mereka diberi hak ikhtiar untuk menerima atau menolak hidayah Allah SWT. Allah berfirman :

18:29 Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya". Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang.

29:49 "
Al-Quran tetap datangnya dari Allah dengan tidak syak lagi) bahkan ia ayat-ayat keterangan yang jelas nyata, yang terpelihara di dalam dada orang-orang yang berilmu; dan tiadalah yang mengingkari ayat-ayat keterangan Kami melainkan orang-orang yang zalim."

Siapakah orang-orang yang berilmu yang terpelihara didalam dadanya ayat-ayat keterangan yang jelas nyata?

hiri said...

768/121.

Sewaktu saya belajar disekolah agama rendah dulu, solat didalam gereja pun sah asalkan tempat itu bersih.

Faiz As-Syirazi said...

ali>

"Tapi jangan terkejut kerana ada jugak yang buat bodoh-bodoh alang...atau memang ada jenis manusia yang kita tidak menduga bahawa tahap akalnya memang jatuh ke paras paling bawah...berbanding sekian makhluk yang ada kat dunia ni...macam entri di bawah ni:

Faiz As-Syirazi said...

"Terang lagi bersuluh akan kesesatan mereka.. maka tidak silaplah inisiatif yang diambil pihak JAKIM dan Agamawan di Malaysia ini untuk membentung kesesatan mereka spt yg didakwa oleh Dr.FT ini.."

*maaf, enta terkeliru dgn apa yg ana maksudkan..sebaiknya periksalah dahulu pemikiran seseorang itu berasaskan tulisan2 di dalam blog mereka. Mungkin lepas ni kita perlu lebih saling kenal mengenali..

orang said...

assalamualaikum wbt wrt...
'kesesatan' syiah hanya ditunjukkan melalui gambar2 sebegitu ker??
kenapa x dipaparkan kata2 ulama mereka dalam kitab2 muktabar yang menjadi rujukan penganut syiah supaya benar2 kita ikhlas nak tunjukkan kesesatan syiah??

Adilla Harun said...

Mr. Bean! Kehilangan anak patung ke? Cari tempat lain. Kat sini takkan jumpa!

ali said...

Sunday, March 13, 2011
Blogger Mr.Bean said...

"kuat betul abang syiah ni menyebarkan fahaman syiah.opss!! sorry, agama syiah, bersama-sama pengikut-pengikut syiah sekelian."


Mr. Bean bercakap saya tidak terkejut...(cuba bayangkan macam mana rupa dan watak Mr. Bean ini...)

ali said...

"maaf, enta terkeliru dgn apa yg ana maksudkan.."

Maaf...saya hanya membaca apa yang ante tulis berkenaan isu yang di sebutkan dalam entri ini - dalam blog ini..
Ante tulis:
"maka tidak silaplah inisiatif yang diambil pihak JAKIM dan Agamawan di Malaysia ini untuk membentung kesesatan mereka .."

Berdasarkan apa yang ante tulis - menganggap tindakan JAKIM untuk membendung kesesatan mereka (syiah)bukan satu kesilapan...adalah satu kesilapan jika diukur dari sudut apa sekalipun...sudut agama...sudut hak asasi manusia di dunia ini...sama ada perlembagaan Malaysia atau hak asasi PBB. Apa lagi dari pandangan Islam.

Oleh kerana kenyataan anda tidak menunjukkan arah ke sisi yang lain maka maaf sekali lagi saya hanya menilai apa yang anda tulis di entri ini tentang isu yang disebutkan.

Tapi jika anda maksudkan tidak seperti apa yang anda tuliskan di sini...saya pohon kemaafan.

Fikirlah said...

ye2. kalau boleh scan kitab2 syiah yang berunsur sesat tu, lepas tu, tampal dekat blog masing2. tengok siapa paling hebat sesatkan syiah.

rihal said...

orang said:
"kenapa x dipaparkan kata2 ulama mereka dalam kitab2 muktabar yang menjadi rujukan penganut syiah supaya benar2 kita ikhlas nak tunjukkan kesesatan syiah?.
1.Sila rujuk video
Ayatullah Dr Husaini Qazwini dalam website http://www.abna.ir/index.asp?lang=15.
2. Sila buat kajian serious juga tentang apa yang ada dalam kitab-kitab rujukan sunni. Nanti anda akan terkejut.
3. Yang pasti ulamak shiah telah jelaskan segala kemusykilan yang timbul dalam kitab-kitab mereka kerana disiplin ilmu mereka berbeza ,yakni ilmu mereka sentiasa hidup selaras dengan zaman.
tapi malang ramai "sunni "masih tidak puas hati dengan penjelasan yang diberi dan masih ingin mengekalkan "isu-isu dan bahan lapok yang sudah diulangi berzaman-zaman".
4. Yang kita pentingkan ialah perpaduan....perpaduan....perpaduan....sebab itu orang shiah tidak lagi ingin membahaskan perkara-perkara lama yang tidak membawa keuntungan langsung....
5. Dan hentikanlah menyesatkan shiah kerana mereka tidak sesat....

behlul said...

assalamualaikum..

mr bean apa bezanya antara agama syiah dan fahaman syiah.. sebab yag saya tahu mr bean yang real lulusan universiti, mungkin saudara pun begitu kut..

Nasirudin Shah said...

@Rihal,
Saya suka komen kamu.
"LIKE!!!"

ali said...

Kasian semua orang ini...hanya berpikir tentang kesesatan orang lain...tetapi tidak pernah melihat kesesatan diri kita sendiri....

ali said...

Dear All,
Berprasangkalah yang baik terhadap umat islam, walaupun dia syiah atau yg semacamnya...toh juga mereka juga bersyahadat pula...Yg kita perangi adalah orang2 yg selalu berbuat untuk membuat perpecahan.....

Allan nabiyyu ma a Sholawat!!!!

husayn said...

masih ramai orang yang tak tahu bahwa Dr Asri adalah WAHABI..

ni hah bukti Dr Asri adalah wahabi

semua sudah sedia maklum bahwa Rasul Dahri adalah wahabi...sebagai bukti Dr Asri wahabi..kunjungilah blog anawahabi.blogspot....blog milik rasul dahri alwahabi..blog dia ni(entah apa dia buat mcm mane aq xtahu..)org lain xboleh tengok apa yg ada dlm blog die..tapi bila kita klik pada cached..boleh tengok..

bukak link ni...cepat..takut pas ni dah xley dah..perlu diketahui juga bila korang bukak link ni..korang akan tahu bahwa ulama wahabi GILA SEKS..

http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:2hkFEMCWw-AJ:anawahabi.blogspot.com/2010_02_01_archive.html+anawahabi+Hukum+Lepas+Wuduk+Pegang+Kote.&cd=1&hl=en&ct=clnk&gl=my&client=firefox-a&source=www.google.com.my

http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:8I538wstv-IJ:anawahabi.blogspot.com/2009/11/welcome-to-wahabi-world.html+anawahabi+Seminar+Wahabi+-+Cerdik+Tak+Ana%3F&cd=8&hl=en&ct=clnk&gl=my&client=firefox-a&source=www.google.com.my