Ketika tentera Saudi masuk menabrak Manama, Bahrain, seorang wartawan New York Times yang terperangkap dalam huru-hara menggawangkan pasport Amerika miliknya supaya dia tidak ditembak oleh salah seorang pembunuh upahan (tentera) tersebut. Tindakan tersebut berhasil dan salah seorang pembunuh tepat itu membalas, "We're not after you. We're after Shia."
Wartawan tersebut, Michael Slackman, mengatakan, "It was like they were hunting rats."
Wartawan tersebut, Michael Slackman, mengatakan, "It was like they were hunting rats."

Bahrain adalah sekutu Amerika yang penting, kerana itu Saudi (baca: wahabi) juga tidak teragak-agak untuk mempertahankan Hamad Khalifa meski perlu membunuh.Mengapakah Saudi-Bahrain bersungguh-sungguh mempertahankan Bahrain dari jatuh ke tangan rakyat? Mengapakah Saudi-Bahrain enggan membiarkan kejadian di Mesir dan Tunisia berulang?
Kerana di Bahrain ada pangkalan U.S. Navy's 5th Fleet.
Kerana di Bahrain ada pangkalan U.S. Navy's 5th Fleet.

Houda Ezra Nonoo adalah duta Bahrain ke Washington D.C. Beliau adalah seorang Yahudi. Bahrain adalah satu-satunya negara Arab yang menghantar duta Yahudi ke Amerika Syarikat, klik sini.
Thomas Jefferson mengatakan, "Resistance to Tyrants is Obedience to God."
Peribahasa Melayu (Hang Jebat) mengatakan, "Raja adil raja disembah raja zalim raja disanggah."
Hadis Rasulullah saw mengatakan, “Demi Allah, kalau kamu tidak menyuruh kepada yang maaruf, tiada mencegah dari kemungkaran, tidak bertindak terhadap orang yang zalim, tiada menunjuki mereka kepada kebenaran dan tiada menetapkan mereka dalam kebenaran, melaknat kamu seperti melaknat mereka”.
Konon menurut Qaradhawi kebangkitan rakyat di Bahrain adalah semata-mata satu kebangkitan mazhab. Jika seseorang di antara kita menghina seseorang atas nama kaum maka ia dinamai 'rasis', maka orang sebegini yang bertindak atas nama mazhab kita namai 'sectarian'. Sectarian bermaksud, a bigoted or narrow-minded adherent of a sect. Seorang sectarian meski ia seorang yang punya ilmu tinggi adalah seorang khusrin atau kerugian, klik sini.
Peribahasa Melayu (Hang Jebat) mengatakan, "Raja adil raja disembah raja zalim raja disanggah."
Hadis Rasulullah saw mengatakan, “Demi Allah, kalau kamu tidak menyuruh kepada yang maaruf, tiada mencegah dari kemungkaran, tidak bertindak terhadap orang yang zalim, tiada menunjuki mereka kepada kebenaran dan tiada menetapkan mereka dalam kebenaran, melaknat kamu seperti melaknat mereka”.
Konon menurut Qaradhawi kebangkitan rakyat di Bahrain adalah semata-mata satu kebangkitan mazhab. Jika seseorang di antara kita menghina seseorang atas nama kaum maka ia dinamai 'rasis', maka orang sebegini yang bertindak atas nama mazhab kita namai 'sectarian'. Sectarian bermaksud, a bigoted or narrow-minded adherent of a sect. Seorang sectarian meski ia seorang yang punya ilmu tinggi adalah seorang khusrin atau kerugian, klik sini.
Kebangkitan di negara-negara Arab termasuk Bahrain adalah kebangkitan menuntut hak tanpa mengira mazhab, dan agama. Wanita Sunni ikut menggerakkan protes terhadap penindasan Hamad Khalifa terhadap masyarakat Syiah Bahrain.Qaradhawi 'berijtihad', “There is no people’s revolution in Bahrain but a sectarian one. For this reason I did not address the Bahraini revolution, because I could not find myself free, and I don’t have the enough information on what is happening.”
Katakanlah ijtihad 'menghalalkan pembunuhan' secara tidak langsung tersebut merupakan satu ijtihad yang salah. Dalam tradisi sunni Islam, satu ijtihad yang salah beroleh satu pahala. Ijtihad yang benar beroleh dua pahala. Ijtihad ini samada benar atau salah adalah ijtihad yang menguntungkan Amerika Syarikat, dan Houda Ezra Nonoo. Maka ia adalah kejahatan. Dan ia menjadi kejahatan berganda kerana keluar daripada mulut seorang yang konon berilmu. Duhai perlukah kita mengingatkan semua ayat, “Janganlah sekali-kali kebencian mu terhadap sesuatu kaum mendorongkan kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adilah kerana adil itu lebih dekat kepada takwa.” Atau ayat, “Bertolong-tolonglah kamu dalam membuat kebajikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam membuat dosa dan permusuhan.”
Katakanlah ijtihad 'menghalalkan pembunuhan' secara tidak langsung tersebut merupakan satu ijtihad yang salah. Dalam tradisi sunni Islam, satu ijtihad yang salah beroleh satu pahala. Ijtihad yang benar beroleh dua pahala. Ijtihad ini samada benar atau salah adalah ijtihad yang menguntungkan Amerika Syarikat, dan Houda Ezra Nonoo. Maka ia adalah kejahatan. Dan ia menjadi kejahatan berganda kerana keluar daripada mulut seorang yang konon berilmu. Duhai perlukah kita mengingatkan semua ayat, “Janganlah sekali-kali kebencian mu terhadap sesuatu kaum mendorongkan kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adilah kerana adil itu lebih dekat kepada takwa.” Atau ayat, “Bertolong-tolonglah kamu dalam membuat kebajikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam membuat dosa dan permusuhan.”
Saudara dapat membayangkan membunuh Ahmad Farhan (foto di atas) dalam keadaan tidak bersenjata (semata-mata kerana ia bangun menuntut haknya dari raja yang zalim) dapat disifatkan sebagai beroleh satu pahala.
Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak



24 comments:
And yet, mereka kata syiah punya fatwa yang menghalalkan darah sunni. Betapa kenyataan seorang badut!
dunia semakin kehabisan cinta
Nur Zahra,
Benar.
Tetapi kebenaran semakin terserlah.
Ini semua petunjuk daripada Yang Maha Hakim.
Tetapi persoalannya, adakah direnungi?
786/121.
Fatwa mengatakan, Kalau salah ijtihadnya maka pahalanya satu iaitu dapat pahala berijtihad. Dilalam Quran tidak menyatakan begitu seperti dalam surah 99 ayat 7 & 8.
7. Barangsiapa megerjakan kebaikan, meskipun seberat zarrah, akan dilihatnya (balasan) kebaikan itu.
8. Barangsiapa mengerjakan kejahatan, meskipun seberat zarrah, akan dilihatnya (balasan) kejahat itu.
kalau mahu kelihatan pandai dan up to date dlm msykt malaysia, selalulah memetik qardawi. semalam dalam mingguan malaysia perihal bencana tsunami dna jangkaan2 kimat juga dipetik qardawi. justeru, ada semacam keyakinan bhw qardawi itulah org yg perlu diikuti... anwar tak lekang2 di bibirnya menyebut qardawi... justeru, betul atau salah pendapatnya membawa makna dan konotasi yg besar dlm dunia Islam seluruhnya.
haaiihh...~
~ hummmmmmmmm...~
saya sedih dan semakin sedih...
aku lahir di malaysia. aku tahu malaysia ini mengamalkan sunnah wal jamaah.
tapi bila aku besar. aku hanya kenal islam. bkn sunnah atau syiah kerana aku takut kalau mana2 satu darinya itu membenci satu sama lain.
Kejayaan untuk umat yg benar akan dtg tidak lama lagi.
Saya sedikit meremang bila menyebut ini. Tidak tahu mengapa.
assalamualaikum
dalam hal ini kita bukan membela dia seorang syiah atau seorang sunni.. tetapi dia adalah muslim.. pesan rasul 'barangsiapa yang tidak pedulikan urusan saudaranya mnaka ia bukan dari kalangan kami..'(TOLONG BETULKAN KALAU ADA TERSILAP TENTANG HADIS NI)
Salam,
Baca bagaimana tentera menyerang hospital Salmaniya:
http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/middleeast/bahrain/8392820/Bahrain-hospital-attack-Physical-abuse-and-humiliation-of-doctors.html
Kalau sebelum ini dikatakan Syiah itu menghalalkan darah Sunni, sekarang telah ditunjukkan dengan bukti siapa yang dahagakan darah siapa?
Saya teringin tahu apa kata 'mereka' di Malaysia yang mewar-warkan sedemikian sebelum ini, yang membawa kepada penahanan 200 orang sebelum ini. Sebaiknya media mengutarakan ini kepada mereka. Kita boleh dengar pendirian 'mereka'.
Namun nak buat macam mana, media pun tak berapa nak indah dan dan 'mereka' pun tah ada pendirian tah kan tidak!
Bismilla Hirahman nirrahim
Allah s.w.t berfirman yang marfhumnya ;
[38:71-83] Basmeih
(Ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: " Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia - Adam dari tanah; "Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya ".(Setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali, - Melainkan Iblis; ia berlaku sombong takbur (mengingkarinya) serta menjadilah ia dari golongan yang kafir. Allah berfirman: " Hai lblis! Apa yang menghalangmu daripada turut sujud kepada (Adam) yang Aku telah ciptakan dengan kekuasaanKu? Adakah engkau berlaku sombong takbur, ataupun engkau dari golongan yang tertinggi? ". Iblis menjawab: " Aku lebih baik daripadanya; Engkau (wahai Tuhanku) ciptakan daku dari api, sedang dia Engkau ciptakan dari tanah ". Allah berfirman: " Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya kerana sesungguhnya engkau adalah makhluk yang diusir. " Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknatku terus menerus hingga ke hari kiamat!".Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan (hari kiamat) ". Allah berfirman: " Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh." Hingga ke hari masa yang termaklum "Iblis berkata: " Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya,." Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan ".
[15:39-40]
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat(kerana tidak patuh pada perintah Allah), (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, "Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
5-8: Wahai orang yang beriman! Jadilah kamu orang yang menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil, dan janganlah kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil. Tegakkanlah keadilan, itulah yang lebih hampir dengan takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah adalah al-Khabir (Maha Mengenal) terhadap apa yang kamu lakukan.
Al Baqarah 120 : "Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah 'sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang benar'. Dan sesungguhnya jika kamu memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan Kristian ini setelah datang kepada kamu 'ilmu (Al Quran), maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu".
5-51: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan orang Yahudi dan Nasrani sebagai pemimpin kamu, kerana sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Dan sesiapa antara kamu menjadikan mereka sebagai pemimpin maka sesungguhnya orang itu TERMASUK daripada golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.
5-52: Maka engkau akan melihat (keadaan) orang yang dalam hati mereka ada penyakit (ORANG MUNAFIK), mereka bersegera (memihak) kepada mereka (musuh Islam), seraya berkata: “Kami takut akan mendapat bencana (jika tidak memihak kepada musuh Islam).” Maka mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada kaum Muslimin) atau (mendatangkan) sesuatu keputusan daripada sisi-Nya (sisi Allah). Maka (kerana itu) mereka menjadi menyesal terhadap apa yang mereka sembunyikan dalam hati mereka.
5-53: Dan orang yang beriman akan mengatakan: “Inikah orangnya yang sungguh-sungguh bersumpah dengan nama Allah bahawa mereka beserta kamu?” Gugurlah amalan mereka, lalu mereka menjadi orang yang rugi.
5-54: Wahai orang yang beriman! Sesiapa antara kamu murtad daripada al-din-Nya (agama Allah), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang dicintai-Nya (dicintai Allah) dan mereka mencintai Allah, yang berlemah-lembut terhadap orang yang beriman, tegas dalam menghadapi orang kafir. Mereka berjihad pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Demikian itu adalah kurnia Allah yang diberikan kepada sesiapa yang Dia (Allah) kehendaki. Dan Allah adalah al-Wasi’ (Maha Luas), lagi al-‘Alim (Maha Mengetahui).
5-55: Sesungguhnya pemimpin kamu hanyalah Allah, rasul-Nya (rasul Allah) dan orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat dan mereka itu semuanya rukuk (tunduk kepada Allah).
5-56: Dan sesiapa menjadikan Allah dan rasul-Nya (rasul Allah) dan orang yang beriman sebagai pemimpin, maka sesungguhnya mereka itulah ‘Hizballah’ (golongan Allah) yang akan menang.
5-80: Engkau akan melihat kebanyakan daripada mereka itu menjadikan orang kafir sebagai pemimpin. Sungguh amat buruk apa yang mereka sediakan buat diri mereka sendiri, (iaitu) kemurkaan Allah atas mereka dan mereka kekal
dalam azab.
5-81: Dan sekiranya mereka beriman kepada Allah dan kepada nabi dan kepada apa yang diturunkan kepadanya (nabi itu), tentulah mereka tidak menjadikan orang kafir itu sebagai pemimpin, tetapi kebanyakan daripada mereka adalah fasik.
Sesungguhnya syaitan2 merancang dan Allah jua merancang.Rugilah mereka2 yang menjadi pendukung penyembah2 syaitan yang hanya bertujuan untuk menegakkan pemerintahan Dajjal dan Janji Iblis.Iblis berkata: " Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya,.
" Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan ".
Kebenaran Al-Mahdi itu semakin Hampir. Maka kebatilan pun semakin jelas. Sepertimana terhimpunnya segala nilai kebenaran dan pendukungnya di Karbala menentang kebejatan kebatilan penyembah2 iblis dan pengikutnya.Ia adalah pertembungan Teragung sebelum datangnya pertembungan yang Terakhir 2 golongan. Dan berbahagialah mereka yang dapat menjadikan Peristiwa Karbala sebagai perbeda Golongan penyembah2 Allah(HIzbullah) dan penyembah2 Syaitan (Hizbusyaitan).
Salam.
Setiap individu, termasuk diri kita semua akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT.
Kebenaran, kesesatan dan penyelewengan mestilah berdasarkan kepada al-Qur’an dan sunnah Nabi-Nya.
Firman Allah SWT, “ Tidak ada bagi lelaki mukmin dan perempuan mukminah (hak) memilih di dalam urusan mereka apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan urusan itu.Barang siapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya (wa man ya ‘si Llaha wa Rasula-hu), maka ianya telah sesat (Dhalla) dengan kesesatan yang nyata (Dhalalan)” (Al-Ahzab (33):35).
Kita menghormati orang berilmu, tetapi penghormatan kita kepada Allah dan RasulNya adalah mengatasi mereka semua. Kerana Allah SWT adalah sebaik-baik hakim dan RasulNya pula sebaik-baik rasul yang diutuskan.
Nas dan ijtihad hendaklah dilihat dari perspektif Allah SWT sebagai al-Khaliq dan Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi yang sempurna.
Tidak ada ikutan (Taqlid) dalam perkara yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah (SAW). Firman Allah SWT, “ Mereka berkata: Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati orang yang mulia kami dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan Engkau ( fa-adhalluna s-Sabila)” (Al-Ahzab(33): 67).
Ini bererti sesiapa yang menyalahi, membelakangi, mengganti, membatalkan hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya sama ada secara sukarela atau ikutan (taqlid), (kepada ‘orang yang mulia dan pembesar-pembesar kami’, yang melakukan perkara tersebut dahulu dan sekarang (salaf dan khalaf) adalah termasuk golongan yang sesat atau menyeleweng dari Islam yang sebenar. Dan maksud “Islam yang sebenar” adalah Islam yang bertepatan dengan hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Dan bukan sebaliknya.
Allah SWT telah memberi amaran dalam firman-Nya, “Janganlah kamu cenderung kepada orang yang melakukan kezaliman, lantas kamu akan disambar oleh api neraka. Dan tidak ada bagimu wali selain daripada Allah ,kemudian kamu tiada mendapat pertolongan” (Hud (11):113).
ijtihad secara umum patut diteruskan dalam hal yang tidak bertentangan dengan nas, dan untuk keperluan umat. Dan umat perlu memperluaskan wawasan berfikir kerana itulah Amirul Mukminin Ali as ada berkata, "Manusia akan menjadi musuh kepada apa yang mereka tidak mengetahuinya."
Salam.
Apa yang diderita oleh kaum Muslimin sekarang, merupakan buah dari berbagai penyelewengan yang terjadi di dalam sejarah Islam, iaitu berupa pemalsuan dan penyembunyian kebenaran yang dilakukan oleh para sejarahwan. Para perencana ini telah bermain di semua peringkat, untuk membentuk arus lain yang mempunyai tampilan Islam, sebagai lawan dari Islam yang sebenarnya.
Oleh kerana sejarah menceritakan seluruh apa yang dilihatnya, maka para perencana ini mau tidak mau harus membungkam dan membutakannya, sehingga tidak dapat menyingkap tipu daya yang dilakukannya. Oleh kerana itu, mereka menempatkan sejarah di dalam gengaman tangan penguasa, supaya sejarah itu bergerak ke arah mana saja penguasa bergerak.
Demikianlah, generasi demi generasi mewariskan ‘kebenaran’ yang telah diselewengkan. Bahkan, keadaan berkembang lebih jauh dari itu. Manakala para ulamak terkemudian (muta’akhkhir) membenarkan para pendahulunya, dan menukil segala sesuatu dari mereka dengan tanpa melakukan pengkajian dan perenungan. Kita hendaklah menerima atau menolak sesuatu perkara dengan menggunakan minda yang waras dan kebijaksanaan. Allah berfirman di dalam alQuran:
‘Maka berikan khabar gembira kepada hamba-hambaKu, mereka yang mendengarkan perkataan, yang mengikuti yang terbaik darinya, mereka adalah yang mendapat petunjuk dari Allah, dan mereka adalah orang yang mengerti.’ [39:19]
Perbuatan baik dan buruk manusia tidak dapat disembunyikan untuk selamanya. Akhirnya kebenaran akan memperlihatkan dirinya.
Salam.
Kebanyakkan mazhab pemikiran berdiri di atas reruntuhan perancang yang jahat. Mereka menganut pemikiran-pemikiran sedemikian rupa, sehingga seolah-olah sebagai sesuatu yang turun dari Allah SWT. Mereka menyebarkan dan membelanya dengan segala cara, yang telah menjerumuskan umat Islam ke dalam jurang perpecahan.
Tidak mungkin bagi setiap Muslim berpaling dari al-Quran yang suci atau mengambil sekumpulan hukum-hukum yang menyimpang darinya. Semua Muslim dituntut untuk mengikuti Sunnah Nabi Muhammad SAW. Seorang yang beriman tidak akan terbantah untuk mengikuti kebenaran, tanpa memandang pertimbangan apapun selainnya.
Ada link tak fatwa Qardhawi tu?
sejak dari zaman Imam Hussin, malahan Imam Ali, pengikut ahlul bait sentiasa ditindas dan tidak pernah diberi hak sebagai Islam yg selayaknya.
Salam dr.
saya banyak membaca mengenai bahrain ini. dan juga membaca sedikit sebanyak komentar beberapa orang mengenai kata-kata Yusuf al-Qardawi. masing-masing ada pendapat dan pandangan sendiri.
macam mana nak pastikan info yang paling tepat? mungkin ada yang reka-reka?
Salam.
M’sia sokong usaha Arab Saudi, GCC capai keamanan di Bahrain
March 22, 2011
KUALA LUMPUR, 22 Mac — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia menyokong tindakan Arab Saudi dan negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) ke arah mencapai keamanan, perdamaian dan kestabilan jangka panjang di Bahrain.
“Kami menyokong penuh semua keputusan yang diambil oleh GCC yang bertujuan menjaga kestabilan dan keselamatan di rantau itu bagi memastikan keamanan dan keharmonian rakyat mereka.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/msia-sokong-usaha-arab-saudi-gcc-capai-keamanan-di-bahrain/
Tanda kewujudan Allah adalah kebenaran dan dalam kebenaran tiada kesangsian. Oleh itu kebenaran tidak boleh disembunyikan.Sama-samalah kita merenung mana kaca atau permata.
Post a Comment