31 March 2011

Keanggunan Pramugari Iran Air


Dr Muhd Fuad Zarkasyi (BN-Batu Pahat) pernah bertanya dalam parlimen Malaysia, "Rasa-rasanya pakai baju kebaya dan skirt boleh selamatkan diri apabila pesawat terhempas ke?"





Uniform pramugari Iran Air bukan sahaja menepati syariat, tetapi yang lebih penting ia boleh menyelamatkan nyawa si pemakainya sendiri. Tanggalkan sahaja kot di luar, masih ada kemeja dan seluar; jadi tidak perlu terselak atau terseluk apabila pesawat melanda awan tebal. Saya sempat menunjukkan foto di atas kepada jiran, Mak Cik Musalmah Lebar, dan respon beliau, "Akan tetapi Zal, fatwa di Malaysia masih menyatakan mereka ni sesat".


Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak

57 comments:

habsahharun said...

baju pramugari kat Malaysia seksi sgt..terjojol mata..

Kalau mcm Iran tu kan bagus..sejuk mata memandang..

mizzkechique said...

bersopan...

Muzzulman said...

ini lah masalahnya ni... misalnya pakaian macam pramugari Air Asia tu.. karang geram karang ajak mut'ah kita pulak kena label pengamal ajaran sesat... payah betol!

eqacashperlala said...

sopan dan terjaga aurat pramugari pesawat Iran

khalifatullah said...

berbangganya jdi pramugari iran!smart!^^,.mengikut syariat.

firassinar said...

Salam,

Ya,memang benar fatwa di malaysia ni menyatakan pramugari iran sesat.Kesesatan mereka kerana menutup aurat dan ini di tambahkan lagi sesat lagi menyesatkan bila mereka tidak menghidang air todi@arak@khamar.

Kesesatan mereka ini di mata ulama sunni mix wahabi hingga mereka tidak mengikut jejak langkah kisah kehidupan pramugari/pramugara terlampau(jgn lupa ye rakyat malaysia semua,ada dalam fail mahkamah turr..1malaya dah tahu).

Epelijau said...

Sopan betul. Lama tak dengar cerita makcik Musalmah. :)

Chempaka Aziz said...

kt m'sia ni payah klu nak ubah2.sama ada yg di atas dan berkuasa itu muslim atau tdk,nk ubah apa pun kene bwh bersidang entah brpa kali.kononnya 1 m'sia? tak mahu menyinggung mana2 pihak...sebenarnya semua nk bodek dan nk menjaga periuk nasi sdri.

nnti,kalu pndai sgt komplen2,tak masyuk pulak hidup depa

Cikgu Nursuhaila Lani said...

betul2..ana nak jadi pramugari dulu..tapi niat terbatal kerna melihat pemakaian pramugari sgt2 xpatut...huhu

elmaaniq said...

Makcik Musalmah Lebar kembali...

ardisia said...

Ibu saya telah lama menceritakan akan kekagumannya terhadap pramugari Iran di tahun 1996-97, semasa menemani jiran mengambil anaknya balik dari Iran, kejadian itu di subang airport, katanya kelihatan amat sopan dan cantik sangat2!

Dr Faisal Tehrani said...
This comment has been removed by the author.
Dr Faisal Tehrani said...

Tapi ardisia, sepatah kata jiran saya kak Sal, walaupun sopan mereka tetap dianggap sesat oleh Jakim, macam mana tu?

abuhassan said...

Salam wrt, Tuan Dr FT dan tetamu2 lain

Kita kena balik rujuk al-Quran dan As-Sunnah...

Apa yang dicontohkan Pramugari Iran AIrline tue mengikut Al-Quran dan As-Sunnah, bukan mengikut mazhab Syiah... kita di Malaysia nie yang tak endah Quran dan Sunnah, Malaysian Airlines bawah kerajaan Malaysia nie, tue yang selamber jer berkebaya ketat, menghidang arak kepada islam dan bukan Islam... UMNO yang pegang kerajaan, jangan setakat tegur jerr, ubahlerr... Saudi Airlines, Emirates, dan Iran Airline bleh hidup untung jerr tanpa hidang arak... kenapa payah sangat dengan arak nie, musykil?

Apa yang baik daripada Iran, kita kena contohi dan banggakan, tapi kalau yang bertentangan dengan Quran dan As-Sunnah tetap kita kena kata salah dan bathil...

berkongsi pandangan...

ara said...

bilelah pramugari negara kite ni nk berubah etika pakaian.kesian tengok.

pernah nak apply jadi pramugari kat MAS and air asia tp teringatkan pasal etika pakaian.memang tak jadilaaa.

rasanya lagi chantek dan sopan kalau pramugari kita tutup aurat ikot islamic rules.tak perlu seksi sana sini.yang penting etika bekerja.

zaki said...

Tu la, aku naik airasia 2kali sebulan. Bagi ku naik flight menakutkan dan lebih menakutkan jika mati dalam maksiat.

kyo_9 said...

baju kebaya dah la ketat, menampakkan bentuk pinggang yg lamping.. kalo mengenakan tudung, hmm.. serupa x yah pakai.. tabik spring ngan Iran..

azwandengkil said...

Pakaian yang sopan mencerminkan keperibadian yang baik. Namun, ada juga yang berselindung disebalik pakaian. Tetapi adalah lebih baik berpakaian sopan dari berpakaian tapi telanjang. Saya pernah menulis perihal mereka ini.

Baik pakai bikini je

~M-i-M~ said...

maafkan saya yg khilaf ini...
tetapi,apa yg dmaksudkan sesat oleh pengikut shiah ini adalah bgaimana shiah ini wujud...
yakni dari Abdullah Bin Ubai...
bknnya apa yg dipraktikkan oleh shiah...
memang mereka tidak melanggar syariat,kadangnya mereka lebih sopan dari ahli sunni sndri...

~Yang Khilah~^_^~

Faiz As-Syirazi said...

Islam itu lebih indah apabila ianya aplikasikan dan bukan setakat berteori je lebih drp beramal. Syabas Iran!

Negara2 Muslim lain bila lagi?

Adilla Harun said...

Memang elegan sekali hak nan Iran tu. Ini payah, sebab mentaliti kita bila melibatkan suasana perlu bergaul dengan masyarakat secara antarabangsa, kita terlebih antarabangsa dari mereka. Sudahnya begitulah. Terselak, terbuka dan kesemua ter....lah!

Tapi tak ter....lambat lagi. Masih boleh di-'adjust'. Kalau ada kesedaran dan kemahuan dan lebihnya keinsafan; ingin juga lihat perubahan ke arah Pramugari Nan Iran di Malaysia.

Jika ya! tak timbul lagi orang memandang 'serong' dengan kerjaya pramugari.

Muntazhar said...

mmg la dituduh mcm2... sebab penguasa2 kat malaysia ni gatal...........

saladin al-sabah said...

Baju seragam pramugari air asia seksi dan menyiksa,sehingga lelaki seperti saya terbit rasa malu (sebahagian lelaki lain rasa seronok kot) untuk melihatnya...Manakala baju seragam pramugari Iran lebih sopan,dan masih mempesonakan citra anggun seorang wanita,terbit rasa bangga dan rasa hormat...!!!

Dr Faisal Tehrani said...

Mim
Sdr tulis: apa yg dmaksudkan sesat oleh pengikut shiah ini adalah bgaimana shiah ini wujud yakni dari Abdullah Bin Ubai. bknnya apa yg dipraktikkan oleh shiah. memang mereka tidak melanggar syariat,kadangnya mereka lebih sopan dari ahli sunni sndri.

Saya tulis: Sejak bila pula abdullah bin ubai (atau abdullah bin saba) mengasaskan syiah? maklumat2 dongeng ini hanya bertaraf khutbah jumaat yang dibaca khatib di masjid2 kuala lipis. kajian akademik telah membuktikan kenyataan sdr itu mengarut.
dan logikanya pula, ini bermakna kewujudan kita sunni betul tetapi praktik kita sesat ya? kerana kewujudan syiah sesat tetapi praktik mereka iaitu amalan syariat mereka betul.
demikianlah confused ulama sunni bila mereka mengkaji dan bercakap mengenai syiah, dan kekeliruan itu diturunkan kepada ahli masyarakat macam saudara.

Faizal n Fashitah said...

Saya 5 tahun duduk kat Iran. Ajaran Syiah kat sana plek la. Dorang tak mengaku Muhamad tu Rasul. Bunyi azan pun plek. Dah tu bila sembahyang, sujud letak batu kat dahi. Lepas tu ada upacara dorang sendiri sampai 40 hari tak mandi bau busuk n pergi berarak sambil seksa sendiri sampai luka2. Tapi Iranian tak semua Syiah. Sunni masih ada 10-20% kot..

Siberkop said...

Sedihnya. Dah la negara kita konon2 nak jadi negara Islam contoh.

Perkara2 mudah mcm ni la boleh dipraktikkan dari mula kalau nak dicontohi.

farah said...

kagum jugak dengan kesopanan pramugari Iran, semalam baru pergi KLIA tp saye naik KLM..ada juga fesyen MAS yang pakai kebaya sendat, kain nampak lurah tak sepatutnya tapi masih pakai tudung..
sebagai wanita pun dah beristighfar panjang, iman lelaki macam mana la agaknya..harap2 suatu hari nanti boleh berubah kepada yang lebih baik..malu sangat kalau muslim lain tgok

Mardawiyyah said...

hehe..mungkin alasan yang membenarkan peramugari2 m'sia berpakaian sedemikian rupa nak kurangkan tekanan para lelaki yang berada dlm penerbangan tu kot.apa org kata cuci mata.yang sang lelaki bermata keranjang pula menggunakan alasan rezeki Allah.tgk skali xpe..maka mereka tidak mengalhkan pandangan mrk...isk isk isk...Mana pergi pemimpin2 wanita kita yang so called mendewakan diri sebagai pembela nasib wanita..Ini bukan membela lagi..mereka membisukan diri dan terus membiar maruah wanita diinjak injak..aduhaiiii..

Adilla Harun said...

Amboi! Muntazar, lajunya ayat hang. Tak boleh pukul rata semua penguasa tu gatal ke, miang ke. Mereka yang gatal tu dah ter... lebih makan keladi dan miang tu dah ter...lebih makan rebung. Lebihkan nafsu dan ter...khilaf gamaknya.

Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Namun kesejahteraan seseorang itu tertakluk pada diri sendiri dulu, kemudian baru pada yang memandang. Jika sendiri dah sudi memakai sebegitu, itu dianggap 'free show'. Mereka juga yang dipersalahkan awalnya.

Namun dalam hal pramugari, dah tentu pihak yang menggaji mereka terlibat dalam penentuan pemakaian mereka. Mungkin mereka berpandangan jumlah penumpang berkadar terus dengan keseksian pramugari mereka.Nak buat macam mana ye?! Itu dianggap satu dari tektik persaingan. Ini pandangan saja.

kamarul bariah said...

lama tak dengar cite makcik musalmah lebar :-)

Dr Faisal Tehrani said...

faizal n fashitah
kalau orang syiah tidak mengaku muhammad sebagai Rasulullah saw, jadah apanya mereka mengerjakan haji dan berbondong-bondong di kota suci madinah. berapa kali sudah saya menampal gambar dr ahmadinejad bersolat di raudah nabi di madinah dalam blog ini. dan sejak ayatullah ali khamenei dan ulama iran lain mengharamkan qama zani, pukul badan sehingga berdarah sudah tidak ada lagi di iran. lain-lain saya malas jawab, eloklah sdr berdua cermin diri. justeru, samada saudara (i) berbohong (ii) jahil (iii) kedua-duanya sekali.

putrifarish87 said...

Salam. Dr. Faisal, kebetul pula. Baru kelmarin selepas hantar adik di airpot saya dan kakak saya berbual mengenai 'uniform' prmugri air asia.

Uniform 'diaorg' sgt seksi!!!

Rosli said...

That why Malaysian Airline have been awarded as "Best Cabin Crew in Asia"

putrifarish87 said...

Faizal n Fashitah : (i)Mungkin anda tersilap (ii) Mungkin anda tidak bercampur dengan orang Iran (iii) Mungkin anda tidak sampai pun di Iran.

Hemmmmmmmmmm, manusia; tidak ada yang jujur sepenuhnya.

ardisia said...

Dr Faisal,
itulah, saya sokong juga kata Rosli, that's why depa dpt award!
Mak sy yg duk kat kg, yg x dpt banyak info pun tau nk bezakan, dia tetap ckp, matanya 'sejuk' bila tengok stewardess Iran, tp..kalo hak tu..mata saya pula mungkin 'panas'..dan byk juga cerita yg tak elok yg saya malas nak ceritakan di sini..ramai org dah tau pun.

abdhakim said...

Salam, berapa ramai pulak nan/paderi wanita yang tutup aurad dan berpakaian sopan.kekadang pakaian diaorg lebih islamik dari orang islam sendiri.Tapi adakah akidah mereka boleh diterima.....persoalan pokok adalah akidah, bukan tali leher islam atau patung barbie pakai tudung....

Dr Faisal Tehrani said...

abdhakim
dalam erti kata lain berbikini di bali tidak mengapa asalkan akidah artis tersebut betul. itu jaminan masuk syurga.

Muntazhar said...

salam...

adilla....
bukan celupar sengaja...

ter...lampau meluat
ter...lampau fed-up
ter...lampau geram
ter...lampau menyampah
ter...lampau sakit hati

sebab? saya bercampur sebahagian dari mereka dan majoriti sebahagian itu hampir 100%...!

Allahumma Solli 'Aala Muhammad Wa 'Aali Muhammad

amer said...

perhhhhh ramainya sokong pakaian dari iranair bagus tetapi buta laaa pulak , memang menutup tetapi ketat nampak bentuk badan ? apa bezanya dengan pakai terdedah ? dosa yang sama kan !!! ingat garis panduan yang islam beri ? menutup aurat , tiada menampakan bentuk badan tudung sampai melebihi dan menutup dada , tiada memakai alat solek , bau2an .... so yang dipakai oleh petugas IranAir tu memenuhi tak syarat2 yang diberi ? ingat jgn mempertikaikan hukum Allah . tepuk dada tanya iman , jgn tanya nafsu nanti tersesat laa pulak .

SyAqieLa UmYraH said...

Cuba tengok kat TV,siap ada cerita khas pasal kisah kehidupan seorang pramugari...nampaknya kisah hidup pramugari "seksi nan seksa" ni diangkat ke satu tahap sehingga dibuat cerita!! Hmm tulah perangai orang Malaysia nih.. Dari buat cerita pasal awan-awan ni,baik buat cerita pasal kisah kehidupan para srikandi islam dari zaman Nabi Allah Adam sehingga Muhammad Rasulullah..

Noor Hady said...

rasanya selagi mna mereka mngesakan allah dan mngakui nabi muhammad pesuruh allah akidah mereka ttp islam..tpi untuk mnjanjikan syurga itu hak..syiah yg aku phm pngikut saidina ali..jadi ap yg sesat..gmbarannya begini..kita x sokong hadi awang jdi presiden PAS kerana kita lg suka nik aziz sbgai president..xkn kita sesat..?dlm bab syariat rsanya byk bhn bacaan yg bole kita rujuk psl syiah ni..harap jgn buat tduhan melulu

RayyanZilfi said...

abd hakim,
bukan soal aqidah, sah2lah kita tak nampak dlm hati dia, sebagaimana jua contohnya org Islam yg x tutup aurat, separuh bogel dan sebagainya di pantai Malibu atau di mana2, dan dia pun berkata, sy pun Islam, aurat tu bab lain, janji hati bersih beb!tak ngumpat!Jadi..kita sama2 fikirkan.

hiri said...

786/121.

Orang2 yang ditindas atau dizalimi, samada Islam atau bukan Islam. Allah s.w.t akan menolong.
Salawat.

Adilla Harun said...

abdhakim

Anda sendiri dah menyebut tentang aurad. Jadi rujuklah semula pada asas Islam itu. Aurad wanitanya dari dimana hingga kemana. Itulah pokok aqidahnya. Aqidah yang berlandas tuntutan agama itu sendiri.

Jika anda maksudkan aqidah itu dengan kesopanan. Itulah yang paderi tu buat. Rasanya itu perbandingan yang agak tersasar.

Aqidah itu terzahir juga dari pemakaian. Tak gitu? Itu yang membezakan antara ajaran Islam dan yang lain.

Kalau benar, Muntazar! anda dalam bahaya. Jangan sampai terpengaruh. Ingat ayat dalam cerita P.Ramlee tu! Dugaaannnn!

Muntazhar said...

salam...

hehehe.. adilla..dah lama saya dalam bahaya. takpe... hehehe

bukankah fitnah, pemburuan, seksaan dan sebagainya adalah mainan kita?

mmm,.... kawan saya, 5 org dah pernah masuk kamunting 4 tahun. ada yg 5 tahun?

sebab? syiah....

umno?
eleh,.... mmg saya tau. my uncle pun timb. menteri... so, tak boleh tipuuuuuuuuuuu punyaaaaa.....!

DUGAAAAAAAAAAAAAAN...!
hehhe...

nampaknya, kita sama-sama kena bersabar la, adilla....

Allahumma Solli 'Aala Muhammad Wa 'Aali Muhammad

behlul said...

assalamualaikum..

saya dah pergi iran dua kali.. tak plak jumpa macam tuh.. pelik yer..
betul ker atau tidak.. saya masih ingat ketika naik teksi di qom, dia bercakap bahasa parsi la.. saya angguk aja la.. tapi mulutnya yang suka bersyair diselangseli dengan selawat ke atas nabi.. tentang pukul badan sampai berdarah.. tak pula ada yang berdarah.. jadi saya nak tahu betul ker iran atau negara mana.. kalau ada seorang dua yang begitu perangainya.. apakah ia mewakili seluruh masyarakat iran.. ?

Adilla Harun said...

Muntazar! Ya berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. Itulah sebaiknya.

farah adiba said...

walaupun sorang atau 2 org yg buat,alhamdulillah...msh ad yg nk mengikut syariah...allah kate labuhkan tudung hingga ke dada..

sedih saya naik MAS awal februari lalu..bukan setakat culture shock dgn pakaian mereka..siap ada promosi valentine lagi..
memang x salah kalau kita nak beri layanan terbaik untuk pelancong2 kulit putih yg naik flight yg sama...tp..sebagai perlancong,mesti kita akan cari something different from each culture kn..
kalau kita pon hidang arak..sambut valentine..apa bezanya malaysia sbg negara islam yg dibangga2 ni dengan london atau ireland?(CTH)

apa2 pon..treat the cause..not the symptom...br rakyat malaysia dpt terima perubahan

hellmy said...

Salam Rosli,

"That why Malaysian Airline have been awarded as "Best Cabin Crew in Asia"

Pembetulan : Best Cabin Crew In The World For 7 years in a row

he he he

Apa khabar? Lama tak bersua :-)

zanariah said...

kat malaysia pramugari sume pakai baju sendat ketat dan hidang arak x di larang sebab ahli2 politik malaysia sendiri peminum arak. x kisah la cina ke india ke dan paling byk mengalah kan bangsa lain ni sume nya melayu. dgn bangga lagi pakai dedah sana sini. terlalu byk kes pramugari m'sia melampau. ala2 pelacur high class gitu. bayaran masyuk dan pelanggan nye sapa lagi kalo bukan datuk2 ahli politik melayu..bila la melayu nak berubah?

Cik Nurul said...

Terima kasih Dr kerana membuat post berkenaan pramugari ini...saya pernah mencari2 syarikat penerbangan mana yang membenarkan pramugaarinya menutup aurat..

time musim haji je pakai tudung.. habis musim haji simpan balik dalam loker. tah2 buat kain buruk.

Ada ciri2 sekular di situ

RayyanZilfi said...

Hellmy,
Auw! In a row lagi!Patut le..
Dr FT, ya, Abdullah Bin Ubai! nama itu!Latest version pun ada.

salik65 said...

Salam semua,

Saya bersyukur kerana singgah di laman blog ini.Saya bertugas sebagai Pramugara selama 21 tahun...selepas membaca semua komen kalian..saya tunduk malu..saya juga tak cukup taat kepada Allah SWT dan malu sebagai Ummah Nabi SAW yang tidak mahu mematuhi sunnahnya.

Kami Anak Kapal Kabin Muslim..tidak leka akan keadaan dhaif kami..arak sehingga ke Bab Pakaian..namun itu tidak bererti kami tidak pernah terfikir dosa2 yang dilakukan...kami sedang berjuang mengikut kemampuan agar yang maaruf dapat dikurang (at least) ..maalumlah bekerja di sektor korporat dan golongan2 pemikir yang pelbagaian...perjalanan ini tidak mudah..semuga kalian berdoa..jika dapat sila beri nasihat bagaimana..kemungkinan jawapan kami ialah kami telah melakukannya atau mungkin belum cukup baik lagi...insyaallah terima kasih komen2 kalian..kami ingin seperti kalian juga..Allah kami tidak lupa...mungkin ada rahmatNya ...wallahua'alam

satumuslimin said...

amer,
saya tidak bernafsu melihat pramugari iran.juah bezanya kalau nk bnding dgn pramugari malaysia.ketat ke??teliti btul anda..

a said...

org lelaki pun kenala tundukkan pandangan. bukan kire seksi @ tak, yg elok bertutup pun tgk jugakkan. jadi, masalah kedua-dua belah pihak.

jgn tgk agama dari kulit semata2.

Abdullah bin Ubai bapa munafiq, solat belakang Rasulullah (sallahu alaihi wassalam), pergi berjihad di perang Tabuk lagi dgn sahabat2 dan org2 munafiq yg lain. ape lagi amalan yang hebat di sisi Allah, jihad di medan perang. tp hatinya Allah Maha Mengetahui.

org2 khawarij yg bunuh Ali (radiallahu anhu), sahabat2 lain tgk dorg solat pon sahabat takut. kuat ibadahnya, tapi in the end, atas izin Allah, mereka tlh wujudkan titik sejarah perpecahan (dan fitnah) ummat Islam sehingga ke hari yg ditentukan kelak.

jgn pandang Islam hanya pada syariat. 13 tahun Nabi berdakwah di Mekah, apa yang Nabi tekankan dulu? Tauhid.
Tauhid
Tauhid
Tauhid.

sahabat said...

faisal n fashitah

pernahkah anda pergi ke masjid2 disana???
apa tidak pernahkah anda mendengar laungan selawat yang amat hebat keatas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya??
anda hanya dengar2 dari orang....
sungguh tertipu lah jika 5 tahun disana tidak pernah mendengar selawat keatas Muhammad daan keluarganya.... penipuan apa yang anda bawa ini????
di Malaysia sendiri telah banyak maklumat kenapa mereka melakukan begini dan begitu anda di sana tak dapat apa-apa???? rugi sungguh anda...

sahabat said...

apa-apa pun bukankah kita wajib menyokong nagara islam yang mengamalkan keseluruhan ajaran islam dalam negaranya.... jadi tak salah jika Iran menjadi contoh.... biar la apa pun tali leher atau apa sekali pun yang patut di sokong adalah cara islam keseluruhannya bukan pada kulitnya sahaja....kenapa masih ada yng mempersoalkan??? tak suka?? kalau tak suka...cara yahudi ka yang anda suka??? fikir2kanla....