16 March 2011

Jangan Ajar Kanak-Kanak Minat Agama Awal-Awal

Beginilah sebaik-baiknya. Kanak-kanak masih mentah. Mereka mahu berhibur, bergembira, riang-ria, suka-suka, bergelak ketawa dan dibenarkan bermain. Biarlah kanak-kanak kenal apa itu hedonisme dari usia rebung lagi. Ini juga menunjukkan kita moderat, bertolak-ansur dan moden. Kanak-kanak adalah permata.
Jangan sesatkan kanak-kanak dengan agama. Mereka masih muda benar, justeru elakkan diajar aspek-aspek Islam. Kita bimbang kanak-kanak menjadi ekstrim dan asyik dengan agama sahaja.

Kanak-kanak sebaiknya jangan dibawa ke masjid kerana mereka akan menangis, berteriak dan menyusahkan ibu-bapa.

Mengajar kanak-kanak belum baligh kepada Islam adalah sesuatu yang bertentangan dengan fitrah mereka. Mereka tidak harus dibebankan dengan ibadah amali.

Kanak-kanak akan cepat bosan jika didedahkan kepada hal ehwal agama demikian awal. Psikologi mereka akan terbantut dan terganggu.

Kanak-kanak terbaring begini di saf solat memang menyusahkan. Sepatutnya kanak-kanak ditimang, didukung dan dikejar ketika dalam solat. Contohi solat mereka ini; klik sini. Solat mereka tidak sesat.

Jangan contohi syiah di Iran. Apa yang mereka lakukan ialah mengajar kanak-kanak supaya takutkan Allah, meneladani akhlak Rasulullah saw dan para ahlul bait. Ini adalah contoh yang sesat dan menyesatkan. Kita bimbang perkara seumpama ini menjangkit di sini. Pastikan anak-anak kita terus tom tom bak sehingga dewasa.


Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak

41 comments:

solo molo said...

Alhamdulillah...
perk0ngsian ilmu yg sangat bermanfaat...

Radianthijab said...

salam..entry yg sgt tajam.. :) bgus...

johanazmanshah said...

hidup iran! hidup syiah!

dr.amii.cullen said...

love all your posts :)..thanks dr.

Muntazhar said...

hahahaha...

mau meroyan penguasa-penguasa wahabi baca entry nih.....

hahahahaha.....

~humairak~ said...

mm..berbeza sangat kanak2 yg dbesarkan dengan agama dan kanak2 yg dbesarkan dengan dunia..

dah besar baru nak ajar anak pakai tudung, dah besar baru nak ajar solat..

jadilah dah besar..hukum Tuhan tidak terkesan..kerana mereka dah terbiasa menjadi yg biasa2..yg membiasakan yg salah..

bila dtegur..kita akan dtegur..
"bleh nak tegur..tp jgn tegur bab agama sbb xleh terima.."

saya sgt gembira dengar jwpn 2..sampai xtau nak kata apa..Tuhan pada mereka siapa?

kenapa mereka xnak berubah..dan sering mmberi alasan tuk berubah..
antaranya.."kamu budak sekolah agama..family kamu islamic"
alasan tuk selamtkan diri..

jer yg bleh berubah walaupun bukan dr skolah agama atau family xislamic..tp mereka..sengaja mnutup mata, telinga dan hati mereka..kemudian salahkan Tuhan..kenapa Allah menghukum mereka..mungkin mereka rasa mereka orang suci kot?mungkin..

wadi said...

assallamualaikum...saranan jangan ajar kanak kanak agama awal awal adalah menidakan kefitrahan dan natijah kemuliaan Islam . Jesteru anak anak mesti disemaikan adab dan kesopanan dengan bimbingan ibubapa sejak mereka lahir lagi . Adakah saranan ini datang dari keikhlasan hati seorang muslim . Kemurniaan dan fitrah Islam usah digadaikan dengan modenisasi pemikiran tanpa mengusulkan kebijakan untum membangunkan keimanan dalam minda anak anak yang akan mewarisi peradaban Islam dalam membangunkan kehidupan dilingkaran globalisasi yang semakin remcam ini . Seharusnya adab dan sopan santun mesti diterapkan tanpa prejudis . Keutamaan ajaran Islam lebih penting diketengahkan dan bukan membanggakan wacana kebaratan dalam aspek kehidupan anak anak masa kini .
Usah terlalu egois dengan metodologi logika akal tanpa menjurus kepada tuntutan Al Quraan . Tafsiran memang ada kepelbagaian dan usahlan merusak kejiranan dengan saran yang menjurus kejahilan dan jauh dari peradaban Islam.

mohd said...

ya ya betul tu....penulisan yg cukup menarik & berkesan menyedarkan siapa yg SESAT sebenarnya...

Hanya jauhari mengenal maknikam... tahniah Dr FT menunjukkan cara mengajar & menyampaikan maklumat yg lebih efektif & berhasil sekali... kalau mrk tak faham juga entahlah...

faizol said...

baik ke kalo mengkafir2 kan org?just pertanyaan ni..

tu la.sarcastic sgt nih.baik bagi aznil tengok ni.haha bg deorg tengok adik2 ku kat tv1 la.baru boley

kuncisudu said...

assalamualaikum semua,

pendapat saya, kurang benar. DrFT terlalu generalize seolah olah semua muslim Malaysia menyogok anak2 dengan tom tom bak. kita juga ada rancangan berbentuk agama yang lain, adik dan al-quran, akademi al-quran dan sebagainya.

kita tgk tom tom bak kerana kita pilih untuk tengok tom tom bak.

ramai juga ibu-bapa di malaysia yang membawa anak anak mereka ke masjid berjemaah. saya yakin mereka sunni..dan mugkin juga syiah?

wassalam.

Tukang Kayu said...

Salam Dr. Faisal.

Sangat bagus. Jadi pengajarannya, jangan pantas menghukum sesat apatah lagi kafir, kerana di bibir mereka masih mengucapkan kalimah Allah dan Lailahaillalah Muhammadurrasulullah.

rosley said...

Ya, nanti mereka akan sesat. Dulu dulu rasanya ada filem bertajuk sesat lakunan Rahim Razali macam mana jalan ceritanya... Kalau tanam kelapa nanti tumbuhnya pinang atau tamar...

couver said...

ni sindiran ke apa ? x faham aku org Melayu klasik nih bahasa belit2 !!!
Aku ingat nak menentang yg budak2 nyanyi melompat2 tu hish pelik tul la -_-"

putrans said...

Salam..
Sungguh berkesan sindiran Tuan FT.
Iran kini menjadi contoh terbaik umat islam sedunia.
Syiah adalah mazahab yang benar dan tidak Sunah , begitu Tuan ?
Sunah tidak mungkin akan bekerjasama dgn Syiah kerana Saidina Ali adalah benar , Abu Bakar, Umar dan Uthman tidak..begitu Tuan?
Sunah hanya pentingkan Rukun Iman dan Rukun Islam .
Syiah memberi penghormatan kepada
Abu Lu'lu'ah.
Al Kaafi adalah benar dan bukan kitab suci orang Sunah..begitu Tuan?

mizzNURANI said...

Assalam, saya masih kurang faham kenapa jgn ajar kanak2 minat agama awal2?
bukankah itu perlu untuk masa hadapan, supaya mereka lebih sebati dgn jiwa mereka tentang Islam? maaf saya hnya ingin penjelasan,ditakuti salah tafsir.

Miftahul Mardhiah said...

astaghfirullah...

Miftahul Mardhiah said...

astaghfirullah....

Adilla Harun said...

Memang membimbangkan! Dalam senario sekarang sya juga kadangkala kepayahan. Anak-anak sangat senang terpengaruh dengan segala jenis hiburan. Tidak terkecuali anak-anak saya juga. Sering juga berada dalam serba salah.

Namun senario yang dibandingkan dengan kanak-kanak Iran tu sungguh berbeza dengan di sini. Mereka kelihatan mesra 'tempat ibadah'. Saya kagum. Hanyasanya jika saya berpesekitaran begitu, rasa amat beruntung.

Di sini program realiti melahirkan artis(pelakon/penyanyi) dewasa dan kanak-kanak tumbuh sama rancak. Entahlah! Rasa sedih juga.

djambu puadovich said...

ni pun ada jugak yang tak paham nanti...adoi~

=)

Azi81 said...

Bgs sungguh entry Dr kali ini, jgn ajar kanak-kanak minat agama awal-awal, nanti tertekan, sekarang kena tgk tom tom bak, pondok-pondok, idola kecil je. Mungkin ada satu sahaja rancangan realiti yang memimpin kanak-kanak mengenali agama dengan baik, adik-adikku di TV 1. tk meriah dengan cuma satu sahaja kalau dibandingkan dengan rancangan realiti berbentuk hiburan yang berlambak2 tu, yelah nnti tertekan pulak kanak-kanak tu huhuhuh

Zuljanah said...

Salam,

Ni kita panggil 'reversed psychology'.

Bila kita cerita pasal kebenaran, orang kata kita menyebarkan ajaran sesat. Jadi kita guna pendekatan saikologi. Selalunya cara ini sangat berkesan, bertujuan memberi pengajaran pada anak2 dan juga mereka yang bertahap pemikiran anak2 :)

Cara budak2 berfikir selalunya berlawanan dengan larangan dan suruhan. Yg disuruh dia tak mahu buat, malah yg dilarang itulah yg akan dia buat. Almaklum naluri ingin tahu yg tinggi.

Tetapi bagi yg dah dewasa, isu ini menjadi problematik dan bermasalah berat. Sebab bukan lagi atas dorongan naluri ingin tahu, tapi berpunca daripada masalah mata dan hati yg dah tertutup. Bak kata perpatah, pandai tak boleh diikut, bodoh tak dapat diajar. :)

Wasallam

hiri said...

786/121.

Berkata Imam Ali a.s.

Dalam suasana tenggelam timbul dan berubah-ubah dapatlah diketahui hakikat dan kualiti sesaorang.

Bila manusia meningggalkan urusan agamanya untuk memperbaiki urusan dunianya, maka Allah s.w.t akan membuka bencana kemudaratan yang lebih teruk lagi.

blogsegera said...

Aduh, pedih dengan sinikal Dr kali ni. sangat pedih.

Alhamdulillah, sejak entri Dr yang menunjukkan gambar seorang kanak2 sdg brbaring dihdpn saf sy berpesan pd isteri biarkn anak sy bergayut, atau duduk dihdpn sy hatta duduk di pangkuan ketika duduk antara 2 sujud,biarkn dia biasa melihat keluarganya bersolat.

Mardawiyyah said...

Bagi siapa yang berakal,posting Dr kali ini seharusnya menyedarkan mereka..Saya sendiri rasa 'geli' dan sedih bila melihat anak2 berusia 4 thn menyanyikan secara miming lagu sekaligus meniru gaya tari penyanyinya yg agak menjengkelkan dan menghairahkan..It's simply to much...tiada pengisian bermakna bagi generasi ini yang saya kira sudah pasti membesar sbg generasi kosong dan rosak akhlak..bila gejala sosial berleluasa baru nak melenting,might as well,hiburan kanank2 juga harus dipantau..apa kata FLOM agaknya yaa?Been telling my siblings,kita yang masa kecil dibesarkan dgn alunan ayat suci dan dan wajib solat jemaah setiap subuh,Maghrib dan Isyak,tv sekadar dibuka utk menonton Berita dan National Geography,Radio hanya dibuka mendengar siaran BBC (zaman tuh blm ada IKIM.FM) dan tidak terdedah pada perkembangan muzik semasa pun adakalanya blh tersungkur...aduhai...Moga Imam Zaman A.S sentiasa memelihara anak2 kita

Ain said...

Berbezanya dengan Malaysia. Aduhai..

Safaju said...

Don't judge a blog post by its title :)

Islam Muhammadi said...

Salam.

Anak adalah pemuda dan orang dewasa di masa yang akan datang. Mereka adalah penentu masa depan. Jika mereka baik, akan baik pula masa depan umat; jika mereka rosak, akan rosak pula masa depan umat.

Imam Ali as dalam wasiatnya kepada putranya, Imam Hasan as, berkata, “Sesungguhnya hati remaja tidak ubahnya dengan tanah yang kosong: dia akan menerima apa saja yang dilemparkan kepadanya.”

Imam Ali as berkata di dalam sebuah bait syairnya:

Doronglah anakmu kepada adab yang baik di masa kecil
agar kelak kedua matamu senang melihatnya ketika besar

Sesungguhnya menanam adab yang baik di masa kecil
tidak ubahnya dengan memahat di atas batu

Dia adalah harta simpanan yang sentiasa berkembang
yang tidak akan dihancurkan oleh peristiwa apa pun

??? sesatkah mereka yang mengamalkan sunnah yang diambil dari nasihat “pintu kota ilmu” Rasul?

Al-Hamawaini di dalam Fara'id al-Simtin, daripada Sa'id bin Jubair daripada Ibn 'Abbas, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda kepada 'Ali AS: Wahai 'Ali, aku adalah bandar hikmat, dan anda adalah pintunya, dan tidak akan memasuki bandar melainkan melalui pintunya. Dan berbohonglah orang yang menyatakan bahawa dia mencintaiku sedangkan dia memarahi anda, kerana anda adalah daripadaku, dan aku adalah daripada anda. Daging anda adalah dagingku. Darah anda adalah darahku. Jiwa anda adalah jiwaku. Batin anda adalah batinku. Zahir anda adalah zahirku. Anda adalah imam umatku dan khalifahku ke atasnya selepasku. Berbahagialah orang yang mentaati anda. Celakalah orang yang menderhakai anda. Beruntunglah orang yang mewalikan anda. Rugilah orang yang memusuhi anda. Beroleh kemenanganlah orang yang berada di samping anda. Dan binasalah orang yang menjauhi anda. Anda samalah seperti para imam daripada anak-anak lelaki anda selepasku seperti bahtera Nuh siapa yang menaikinya berjaya dan siapa yang membelakanginya akan tenggelam. Dan kalian sepertilah bintang-bintang setiap kali satu bintang tidak kelihatan, timbul pula bintang yang lain sehingga ke hari kiamat.

RayyanZilfi said...

Tula...siapa bikin ini program?rancangan2 realiti itu),
dan..dan..siapa yg meluluskannya? sedari kecik dididik begitu, bila x dpt masuk final, ada pula yg menangis sangat-sangat..(cuma x tergolek dog jer!..hehe..), atau mungkinkah mereka akan berkata, "Kalau x dpt baca Quran or tahu hadis, ada aku kesah?", jika tiada perubahan ke arah positif, PK2kanlah, bagaimana agaknya generasi akan datang?Ya Allah..masihkah aku hidup di ketika itu.....

suhaimi said...

Assalamualaikum wbt.
Kepada mereka yang baru menjengah blog ini, cuba-cubalah bertertib dan beradab. Jangan menyerang tak tentu hala, tanpa tahu hujung pangkalnya. Gunakanlah akal anugerah Tuhan sebaik-baiknya. Berfikirlah sebelum berkata-kata. Ingatlah bahawa kata-kata yang dilontarkan itu merupakan cerminan akal budi insan.
Hj. Suhaimi

Sutera_suci said...

Salam..

Sinis, tapi saya suka


Syukran :)

PnConfused said...

salam dr...

sgt sinis, perlu faham maksud yg sebenar...

terlalu byk rancangan menjurus kepadahedonisme, dan seolahnya cita-cita anak2 sekarang cumahlah untuk menjadi artis...

ada juga rancangan hebat seperti adik-adikku di TV1, sangat mengujakan melihat kepetahan anak-anak kecil berpidato, bertaranum dan sbg nya.. cuma kurang prmosi dan tidak diketahui, harusnya sisi hebat seperti ini diketengahkan dan menjadi main program dlm mendidik anak-anak.

masyarakat kita pperlu terlalu mahu "ketengan" seolahnya agama hanya utk org dewasa. makcik-makcik menjeling bila anak kecil mengangis di dalam masjid, berlari-lari di antara saf... pakcik-pakcik marah bila ada anak kecil mahu azan...belum lagi kira, anak kecil nak tumpang sejadah mereka.... susah2... sy nikmati keseronokan ibadah seperti di masjid nabi & masjidilharam baru-baru ini di masjid negeri p.pinang... hebat!

Republic Aku said...

dimalaysia pula.....hantar anak kesekolah agama pagi dan sekolah kebangsaan petang ,UNTUK apa !!???
adakah mereka sedar anak2 mereka adalah manusia bukan robot,bolehkah mereka menerima pelajaran yang diajar!!??
kita yang dewasa pun kalau disuruh bekerja dari pagi hingga ke petang pun penat inikan pula mereka ,kanak -kanak...memang tak faham!

MBP 2587 said...

kasihan.. kasihan.. kesihan..

persoalan utamanya..

adakah kita & anak-anak kita

mencintai keluarga Rasulullah s.a.w

sedangkan dari sekolah lagi kita

lebih mengenali dan mengagumi

sahabat2 Rasulullah s.a.w

.

.


http://www.nurmadinah.com/2010/01/sejarah-imam-12-part-1-2/

http://www.nurmadinah.com/2010/01/sejarah-imam-12-part-2-2/

.

.

putrifarish87 said...

Sinis. Bila ada yang terguris itu bermakna mesej sampai. Terpulang untuk terima secara positif atau sebaliknya.

bourbon said...

FAISAL TEHRANI BERPURA2...DASAR PENGIKUT ABDULLAH BIN SABA'!

Dr Faisal Tehrani said...

bourbon
Haih susah lah macam ni. saya dah sesatkan syiah ni, takkan tak puas hati lagi? Kalau saya puji kalian kata saya syiah, bila saya kutuk pun kalian kata saya syiah.

blogsegera said...

bourbon,

banyakkan lagi tuduhan2 seperti yang tuan lakukan. lebih keras lebih elok. semoga makin banyaklah trafik akan datang ke blog tuan dan 'mengintai' blog tuan.

couver said...

fuh naasib baik la yang baca ni pandai 2 !! kalau yg x berapa kan dah salah tanggapan diorang . Apa apapun sindiran saudara ' tajam macam pisau sembelih lembu' bukan apa takut ada yg x faham kan susah . Kita sepatutnya haramkan terus rancangan kanak2 yg bodoh nih . Bukan nak cakap saya ni kaum muda ke apa tapi tngk UK apa yg diorang tekankan ? pelajaran asasi matrikulsi !! fuhh !! free fall motion tadika dah ajar sikit2. Ni nyanyi2, giler ker ? merosakkan anak bangsa untuk memenuhi kocek diorang jer. X fikir langsung masa depan negara ? nak lahirkan penyanyi dan penghibur bertaraf antarabangsa agaknya ? nak lawan Hollywood !! kah kah !!

mutiara said...

salam,

melentur buluh biarlah dari rebungnya

selagi mana sistem formal pendidikan
islam tidak diterapkan selagi
itulah "hedonisme ini berlaku"

mudah-mudah kerajaan yang ada,yang bakal ada meletakan al-quran dan
Sunnah di tempatnya.

mudah-mudahan..

football craze said...

Wahabi VS Syiah Vs Sunni. Terbaik perang 3 segi. Mungkin ada hikmahnya. Tujuh puluh tiga pintu yang benar hanya satu pintu...

sahabat said...

bourbon....
yang membenci terus mencari jalan kebencian.... tak faham betul.... mungkin ilmunya cetek atau hatinya terkunci mati..... carilah kebenarannya sebelum kamu menyesal... dan buanglah segala finah yang kamu dengar.....moga kamu lebih mengerti...