11 March 2011

Iran Bantah Logo Olimpik 2012 Seperti Zion

Republik Islam Iran, yang mazhab rasminya Syiah dan dikatakan sesat di Malaysia itu, telah membantah keras logo sukan olimpik 2012 di London kerana menyerupai perkataan Zion. Logo seakan-akan tulisan perkataan rasis tersebut menimbulkan kemarahan Republik Islam tersebut.

Setiausaha Kehormat Komiti Olimpik Iran menulis surat bantahan kepada Presiden International Olympic Committee, Jacques Rogge. Dalam surat tersebut, Iran menyatakan logo 2012 tampak seperti ejaan "Zion," terma biblical yang mengisyaratkan pemilikan Yahudi terhadap Baitul Maqdis.

Setiausaha Kehormat Komiti Olimpik Iran, Bahram Afsharzadeh mengajak negara Islam yang lain supaya membantah logo rasis tersebut.

'Ada banyak rupa logo yang lain boleh dikemukakan, akan tetapi tulisan yang didakwa 2012 itu yang ditampilkan sedangkan ia seperti ejaan Zion'.

Tidak diketahui negara Islam yang mana memiliki sensitiviti setinggi Iran apabila timbulnya isu Palestina. Mungkin Malaysia agaknya kerana Malaysia adalah sebuah negara Islam ulung. Pembetulan, terulung.


Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak

14 comments:

nur zahra mustafa said...

Malaysia kan tidak ada akar sensori malah tidak ada akar tunjang pun!

RayyanZilfi said...

Dlm byk2 logo yg boleh dikeluarkan, ini yg terjadi!So..teramat2 paham!

behlul said...

assalamualaikum..

dalam sibuk pasal angin perubahan di timur arab.. mana mungkin diorang nak ambil kisah sangat tentang apa yang berlaku..

dok iran ajalah yang laungkan.. nanti bila dah sedar barulah nak cakap tentang logo olimpik tuh.. masih lagi saya dengar, iran mana ada buat kerja..

rosley said...

Salam, kat sini bukannya bantah tapi kembangkan lagi. Boleh membuka peluang pekerjaan untuk jutaan rakyat. Satu ... satu ... satu...

Adilla Harun said...

Iran memang sensitif dan begitu peka. Beruntungnya mereka bersepakat dalam sesuatu perkara. Jadi mudah memuktamadkan sesuatu keputusan.

Sebaliknya pemimpin kita sibuk mencanang dan berbangga di pentas antarabangsa (merujuk kepada satu wawancara) bahawa kita negara Islam yang 'moderate'.

Saya fikir mereka sudah menyalahguna 'kesederhaan' dalam Islam jika bersetuju dengan Logo perkataan ZION yang disebutkan. Kesederhaan atau kePAKTURUTan?? Saya sangat keliru...

AkuMuzikFilem said...

baru nak bantah. logo tu dah dipersetujui bila lagi, 2tahun lepas kot

AriFrukAi!! said...

tergulung. kita kena gulingkan puncanya.

behlul said...

assalamualaikumm..

adilah : jom kita buat piket..

IEKAH MOKRI said...

memang sewajarnya dibangkang...kenapa dalam pelbagai corak yang ada..bentuk ini yang dipilih oleh mereka...ada sahaj propaganda mereka yang cuba untuk merossakan Islam..walaupun hanya dalam perkara sekcil itu yang jika berlarutan akan memberi kesan terhadap kita

almarigobok said...

kadang² rs segan nak kate malaysia ni negara islam..yg berkemban lebih byk dr yg berlitup..jd ape nak heran kalo hal² yg mcm ni tak diambil peduli :-s

mohd said...

1) dlm mjalah SOLUSI keluaran tbaru isu no.29, m/s 93 tajuk Analisis ~ clubbing maksiat Purba yg dilihat Moden oleh Mohd Al-Adib Samuri (Pensyarah Jab Syariah, UKM : blog www.al-adib.net) mceritakan pngalaman seorang Muslim Iran yg ingin tukar mazhab kpd sunni dr syiah krn tertarik dgn keterbukaan negara sunni malaysia yg bebas utk mbuat apa2 sahaja dosa..(berbanding di Iran)
2) beliau bkata begitu krn rasa bebas utk meminun arak di Msia & bbangga telah merasa berbagai jenis alkohol di Msia dgn merayapi kelab2 malam di KL hampir setiap malam...
3) konon Msia ni sunni & melabel Iran Syiah sesat tapi moderate sunni kita mbawa umat ke arah neraka....
4) moderate sunni Msia menyaksikan ramai warga Iran yg ditangkap di Msia krn edar dadah (ada tu suami isteri).. krn di Iran penguatkuasaan tinggi mcm Spore dlm hal saman menyaman pd rakyatnya...
5) mnusia tetap manusia, rkyat yg degil penguatkuasaan bgmanapun tidak mjadikan mrk brdisiplin atau terdidik, sptmana rakyat Spore buang sampah & memecut laju sebaik melepasi border Msia.. & juga rakyat Iran ygg tetap nak minum arak & jual dadah...
6) pemerintah Iran & spore dah buat undang2 & jalankan penguatkuasaan... pemerintah sunni Msia bgm?????? clubbing, arak, maksiat bersepah... pemerintah yg moderate....

Siberkop said...

Bukan apa, logo ni dah lama keluar. Tapi tu lah, mmg baru tersedar mmg jelas 'Zion' di situ.

Ain said...

Yup, yup. Malaysia terulung. haha!

akudandunia said...

kalau ayat tu sinis sekalipun, bukannya kepada Malaysia tp kepada rakyat Malaysia. kene kat batang hidung kita sebenarnya.

kontroversi logo zion ni dah lame kot timbul.
dah banyak bloggers yg raisekan.
bagus la ada pihak nak raisekan sekali lagi.
tp xde keperluan la untuk mengagungkan sesebuah negara dan condemn negara lain.
kita sibukkan diri kita dengan isu2 yg real dan berlaku.
bukannya dengan isu teori2, sangkaan2, konspirasi situ konspirasi sana.

dikala ramai orang kene bunuh kat middle east bukankah pelik ada pihak berbangga sebab isu logo zion yg tu pun hanya sebuah teori semata.

dimana prioriti kita?