27 March 2011

Ingin Shopping di Iran

Jiran baharu saya namanya Kak Ros (unit sebelah mak cik Musalmah), sebaik sahaja dia mengetahui bahawa saya adalah Faisal Tehrani dengan tidak semena-mena beliau bersuara, 'Kak Ros nak shopping di Tehran.' Iya, mungkin Kak Ros wajar dibawa ke Tehran. Barang untuk membeli belah di Dubai mahal-mahal, di Tehran lebih murah.




Rakyat Malaysia suka melancong ke luar negara. Sambil melancong mereka membeli-belah. Jangan terkejut jika Cina di Beijing pun boleh berbahasa Melayu kerana ramainya puteri dan wanita diangkut berbelanja di sana. Kalau di Mekah, tidak usah dikira kerana kebanyakan Arab memang boleh berbahasa Melayu kerana sudah diketahui jemaah kita suka berbelanja.






Wah kalau rakyat Malaysia lebih ramai melawat dan melancong Republik Islam Iran. Mereka bukan sahaja berbelanja di Tehran tetapi dibawa ke kota Qom dan Mashad. Kedua-dua kota tersebut adalah kota suci penganut Syiah. Di sana khabarnya barang jauh lebih murah dari di Tehran. Sambil membeli-belah mereka boleh melihat sendiri budaya penganut Syiah. Ini kerana di Tehran, penduduknya masih ada yang tersisa karat sekularisme zaman Shah Iran dahulu. Justeru, Tehran tidak dapat dijadikan penilaian.

Saat pulang dari Qom dan Mashad mereka akan faham dan tidak lagi membuat pelbagai dugaan cetek. Kalau tidak percaya cuba tanyakan kepada Abdul Wahab Hamzah (pengkritik filem terkenal, pensyarah ASWARA dan pegawai DBP), dia lama sekali melawat kota suci Mashad. Ulama besar Syiah Ayatullah Mohammad Ali Taskhiri menamakan bentuk pelancongan seperti ini sebagai 'religous tourism' (lihat sini).

Peniaga dan juga pemilik agensi pelancongan wajar mengenepikan sentimen kemazhaban. Tambah-tambah Iran adalah negara yang indah. Bekas PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang sering ke sana tentu bersetuju.




Saya terlupa, sebenarnya Air Asia sudah terbang ke Tehran. Selain itu ada Iran Air dan Mahan. Nanti saya maklumkan kepada Kak Ros. Makin ramailah rakyat Malaysia akan menziarahi Iran. Makin ramailah yang akan mengenal Iran.

* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.

16 comments:

putra_ns said...

Ada kota suci selain Mekah dan Madinah ye..
Syiah sendiri yang tidak dapat mengenepikan sentimen kemazhaban. Saya dengar ajelah .. mereka tidak suka pelancung asing yg tidak mengikut amalam Syiah .

nur zahra mustafa said...

Memang saya sedang mengumpul wang dan menyediakan fizikal, minda, dan spiritual untuk ke Mashad dan Qom - dan untuk dua orang!

Ahmad Zahiruddin bin Mohd Zabidi said...

Banyak sungguh yang boleh dibelikan kepada yang tersayang melihat kepada laporan Dr Faisal.

Menurut pengetahuan dr, apakah nialia matawang mereka lebih tinggi atau rendah daripada RM?

Nota: Insya-Allah, Iran antara negara yang ana mahu jejaki kelak.

firassinar said...

Salam Dr FT,
Ada sesiapa dapat beli quran iran tak kat sini? kan wahabi kata orang iran ada quran sendiri,jadi marilah kita ke iran bershopping sambil mencari quran iran.

Kak Ros tu Kak Rosjah ke Dr..yang minat sepatu tu ye?

adi_fimiyun said...

Terima Kasih FT, okay akan dirancangkan perjalanan ke sana secepat yang boleh.

Dr Faisal Tehrani said...

putra ns
semua kota yang ada padanya wali-wali Allah adalah suci. Di mashad dan qom itu ada kuburan cucu cicit Rasulullah saw dan terkorban sebagai syahid.
Saya sudah beri contoh abdul wahab hamazah sebagai pelancung asing yang tidak mengikut amalan syiah. elok saja keluar dari iran hidup2 dan masuk mhi di tv3 menceritakan pengalamannya mengembara. siap dia promote pergi ke iran lagi untuk tengok sendiri. sdr ni wahabi ya? bukan menuduh tanya saja.

Noor Hady said...

ad sesuatu yg mnganggu fikiran ummat..knapa wahabi takut sgt dgn syiah..

hiri said...

786/121.

55. Sesungguhnya Wali kamu ialah Allah, rasulNya dan orang-orang beriman yang mendirikan sembahyang dan memberikan zakat seraya mereka ruku'. Surah maidah 5:55.

"" On this day Hazrat Ali a.s (24 of Zilhijjah) while in prayer in bowing position gave a ring in charity to a beggar. The verse 5:55 was revealed is his honour after this charity of his.

Ain said...

Okey, ada siapa-siapa sini nak sponsor tambang pergi-balik ke Iran. Boleh saya join sekali. Hehe..

mohd ihsam zainuddin said...

putra_ns

adakah amalan yg baik itu tidak perlu diikut ? atau pun sunni mengajar buat benda yg tak baik.! adakah menjadi kesalahan menziarahi makam cucu cicit rasulullah..? tidak kah saudara pernah mendengar firman allah yg bermaksud :,"jangan kamu ingat org2 yg mati di jln allah itu sbg mati yg nyata bahkan mereka itu hidup dan diberi rezki"! nah ! inilah peluang kita utk bertawassul dgn hamba2 allah yg diberikan rezki dan darjat yg tinggi ini... rebutlah peluang selagi nyawa di kandung badan, jika tidak sia-sia lah segala amalan kita kerana bersangka buruk terhadap cucu cicit rasulullah sendiri..

labbaika ya QUM! labbaika ya MASHAD!

MBP 2587 said...

siapakan yang paling anda kenali

malah menyanjung tinggi selama

kehidupan ini?

keluarga Rasulullah s.a.w

atau

sahabat Rasulullah s.a.w?

SELAWAT

__________________________________

zara yvonne said...

hmm...macam mana nak berkomunikasi dengan diorang? english or kita kena belajar persian?

Islam Muhammadi said...

Salam.

Firman Allah SWT, "Maka orang-orang yang beriman kepadanya (yakni kepada Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya. Mereka itulah orang-orang yang beruntung." (7:157)

Sifat2 yg disebut dlm ayat di atas, dan yg tlh mengakibatkan pujian Allah SWT ialah:

1. Beriman kpd Nabi
2. Memuliakannya
3. Menolongnya dan membelanya
4. Mengikuti cahaya terang yang diturunkan
kepadanya

Sesungguhnya pemulian dan penghormatan terhadap para Nabi dan wali-wali (terutamanya cucu cicit Nabi), tidak hanya terbatas pada masa hidup, tokoh yg dimuliakan dan dihormati sepanjang masa dan pada setiap generasi.

Islam adalah agama fitrah. Wahabi saja menggambarkan Islam sebagai agama yang beku, dan menolak perasaan-perasaan halus manusiawi.

Islam Muhammadi said...

Salam.

Firman Allah SWT, "Aku tidak meminta upah pun atas seruanku kecuali kecintaan kepada keluargaku." (asy-Syura: 22)

Membangun dan menjaga kuburan para Nabi, wali dan orang saleh termasuk dari cara mengagungkan syiar-syiar (tanda-tanda) kebesaran Allah, dan hal itu oleh al-Quran disebut sebagai tanda-tanda ketaqwaan hati, sebagaimana firman-Nya:

"Dan siapa yang mengagungkan sya'airallaahi (syiar-syiar Allah), maka itu tanda ketaqwaan hati." (al-Hajj: 32)

Amalan-amalan haji (manasik) disebut syiar kerana amalan-amalan tadi merupakan tanda agama yaitu tauhid yang suci.

Segala sesuatu yang merupakan syiar atau tanda agama Allah, maka mengagungkannya akan mendekatkan seseorang dengan Tuhannya. Dan sudah merupakan kepastian bahwa para Nabi, wali dan orang saleh adalah tanda-tanda agama Allah yang paling besar, kerana mereka adalah perantara yang mentablighkan agama dan penyebab tersebarnya agama kepada orang ramai.

Hanya Wahabi dengan fatwa sesatnya, pada tanggal 8 Syawal 1344 H mulai menghancurkan seluruh kuburan peninggalan Ahlul Bait dan sahabat Rasulullah di Baqi.

putra_ns said...

Salam..
Saya Sunnah , maaflah saya tidak banyak tahu tentang sejarah Ahlul Bait , hanya sampai ke Saidina Ali dan keluarganya.
Ada tak kitab-kitab ( bahasa Malaysia) yg khas menceritakan tentangnya , yg boleh sya beli.
Waktu disekolah ( 70an,80an,90an )
tidak pernah ada diajarkan oleh Ustaz tentang Ahlul Bait.

Islam Muhammadi said...

Salam.

Sdr putra_ns

Antara buku2 pengenalan Ahlul Bait:

1.14 Manusia Suci – Dewan Ulama Organisasi Dakwah Islam, Pustaka Hidayah.
2.Teladan Suci Keluarga Nabi, Akhlak dan Keajaiban-Keajaibannya – Muhammad Ali Shabban, Al-Bayan.
3.Mengenal Lebih Jauh AhlulBait – Islamic Center Jakarta.
4.Para Pemuka Ahlul Bait Nabi Jilid 1 hingga 7 – Ali Muhammad Ali, Pustaka Hidayah.

Selamat membaca, smg diberi hidayah.