30 March 2011

Erdogan Terus Dekati Syiah, Bertemu Ayatullah Sistani di Najaf

Recep Tayyip Erdoğan, pemimpin Turki kini berada di Iraq. Kelmarin beliau baru bertemu dengan salah seorang ulama besar Syiah, iaitu Ayatullah Sistani (klik sini). Erdogan juga menziarahi makam Saidina Ali. World Bulletin menggambarkan kunjungan bersejarah ini sebagai 'Turkish PM becomes first sunni leader to visit shrine of Imam Ali' (klik sini). Dalam pertemuan dengan Ayatullah Sistani, Erdogan dilaporkan membincangkan perpaduan Sunni-Syiah dan masalah yang ditimbulkan oleh wahabi di Bahrain.

Sebelum ini Erdogan bertemu dengan ulama syiah yang juga rujukan spiritual umat Islam syiah sedunia iaitu Ayatullah Ali Khamenei. Bentuk politik Erdogan yang matang dan cenderung ke arah syiah dan Iran sejak akhir-akhir ini mulai membimbangkan trio zionis-US-wahabi (lihat sini).


5 comments:

Tukang Kayu said...

Seperti biasa. Usaha perpaduan Sunni-Syiah akan membuatkan pihak lain berasa panas.

mohd ihsam zainuddin said...

pemimpin islam di malaysia, bila lagi nak lawat makam imam ali a.s ?

behlul said...

assalamualaikum..

makin cantik kalau perpaduan ini dipupuk dengan menampan bentuk perpecahan yang suka dilakukan oleh amerika+zionis=wahabi

Annabilah said...

err..pemimpin Islam Malaysia, melawat pusara BAPA SEKULAR di turki, malah menghadiahkn sejambak bunga lagi..hoho~

Ain said...

Sebab tui saya suka dia ni. Dia tengok sesuatu dengan mata hati bukan macam sesetengah pemimpin yg tengok dengan mata duitan.