09 March 2011

Dewan Rakyat: Pengikut Syiah Dilarang Sebar Ajaran Kepada Pengikut Ahli Sunnah Wal-Jamaah

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Pengikut ajaran Syiah di negara ini adalah dilarang sama sekali menyebarluaskan fahaman tersebut kepada pengikut ahli Sunnah wal-Jamaah tetapi bebas untuk terus mengamalkannya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata mereka dibenarkan berbuat demikian selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan Negara yang memberi kebebasan hak beragama kepada rakyat negara ini.

"Kita tidak melarang pengikut ajaran ini untuk terus beramal, tetapi terdapat akta-akta yang telah diperuntukkan dalam undang-undang syariah di negeri-negeri yang tidak membenarkan ajaran ini disebarkan kepada penganut ahli Sunnah wal-Jamaah yang sedia ada," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) pada persidangan Dewan Rakyat di sini pada Rabu.

Ismail mahu tahu sama ada Syiah merupakan satu ajaran baru atau mazhab baru dan tindakan yang dikenakan terhadap pengikut Syiah.

Jamil Khir berkata walaupun Syiah telah dikategorikan sebagai ajaran menyeleweng oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tetapi tidak semua ajaran fahaman itu yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah seperti yang diamalkan oleh umat Islam di negara ini.

"Oleh sebab itu mereka (pengikut Syiah) tidak boleh ditahan di bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA)," katanya ketika menjawab soalan tambahan Nasharudin Mat Isa (PAS-Bachok) yang mahu tahu mengapa pengikut Syiah tidak ditahan di bawah ISA.

Menjawab soalan asal Ismail, Jamil Khir berkata pelbagai usaha dilakukan kerajaan dalam membanteras fahaman Syiah daripada terus menular.

Ini termasuk menyebarluaskan fatwa-fatwa yang telah dibuat tentang larangan penyebaran fahaman tersebut, sesi penerangan kepada masyarakat menerusi ceramah dan media massa, pemantauan dan mengawal bahan-bahan media yang cenderung dalam menyebarkan fahaman Syiah.

Selain itu, kerjasama antara agensi-agensi agama turut ditingkatkan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang melanggar peruntukan negeri-negeri yang mewartakan kesalahan penyebaran ajaran Syiah.

-- Sumber BERNAMA di sini.



Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak

35 comments:

hiri said...

786/121.
Kata Ali a.s.

Manusia ini terbahagi tiga: pertama alim rabbani berpengetahuan tinggi, kedua penuntut yang belajar untuk mendapat kejayaan diri, ketiga orang biasa yang tidak mengaji, mereka ini seperti daun lalang mengikut arah tiupan angin, mereka mengikut siapa sahaja yang pandai mencipta slogan, mereka tidak diterangi oleh cahaya ilmu pengetahuan dan tidak bernaung ditiang yang kuat atau "berpaut didahan yang teguh".

test ZAF said...

dok pekik telolong MANSUH ISA MANSUH ISA....

tp sibuk nak mengISAkan orang lain...

apakejadah kalau menyokong "pemimpin" begini?

sudah pasti orang sebeni tidak mampu untuk membawa agenda parti kerna yang dia tau hanyalah agenda PERIBADI.

wallah, inilah sikap munafik.

Adilla Harun said...

Dari situ sudah nampak bahawa, seolah-olah terlalu berat mereka nak mengiktiraf akan Syiah di sini. Mereka sebenarnya sedar yang mereka itu tidak wajar dalam tindakan mereka. Pemikiran dalaman mereka tak sehaluan dengan tindakan mereka. Ini kerana mereka lebih 'fasih' agama. Tidak seperti saya.

Jadi keputusan yang dibuat nampaknya separu-separuh. Demi menunjukkan 'kesopanan' dan 'kesusilaan' yang dalam terjemahan mereka. Itulah keputusan mereka. Boleh terus beramal tapi tidak boleh menyebar.

Namun setakat ini, jika tidak mengenakan ISA itu - eloklah. Allah dah menunjukkan pembelaannya. Mereka tidak boleh sesuka hati menindas tanpa alasan munasabah.

Jadi saya terima saja itu untuk setakat ini. Saya nanti perkembangan akan datang.

thelope said...

nampaknya tuan terlalu tenggelam dengan isu syiah dan sunnah ini hingga saya kehilangan kesenian tuan yg selama ini saya nikmati.

Muntazhar said...

boleh percaya ke jamil ni?
yg nasharudin tu apa hal pulak tu?

ishk ishk ishk ...
masih tak habis-habis lagi...
tu pesta maksiat kat mana-mana tu, bukan menyeleweng dari ajaran Rasulullah ke?
ishk ishk ishk ...

Allahumma Solli 'Aala Muhammad Wa 'Aali Muhammad

Dr Faisal Tehrani said...

thelope,
hiri sudah tolong jawab bagi pihak saya, sdr yang mana satu?

Muntazhar said...

bagi kalian yg terus menerus memfintah kami, membantai kami, memburu kami....

syahibus zaman ada jawapannya...

nantikanlah nasib kalian di telaga kautsar...!

Allahumma Solli 'Aala Muhammad Wa 'Aali Muhammad

Muntazhar said...

siapa kata pemimpin syiah melayu malaysia tak pernah kena ISA?

saya kenal mereka yg telah diISAkan.

dugaan... ibarat kata adilla pada saya, DUGAAAAAAN...

Allahumma Solli 'Aala Muhammad Wa 'Aali Muhammad

Shaifi Ishak said...

Sir Alex Ferguson jarang dikritik keras kerana taktik yg digunakannya untuk Manchester United. Dikatakan oleh pengulas sukan, "Who are we to ask? This is his game.." Mengapa adab sebegini tidak kita praktikkan pada para ulamak? Kepakaran para ulamak dikritik dan diletakkan seolah-olah sebaris dgn pandangan kita yg lemah ini dengan alasan Islam milik semua.. aduhai.

behlul said...

assalamualaikum..

emm.. bukan mudah untuk mengatakan sebenarnya syiha boleh diamalkan kerana terdapat banyak orang-orang bengap dan hati busuk yang tak pernah mahu faham.. terus hanya menghukum tanpa meneliti kebenarannya..

perkataan jamil khir saya lihat adalah satu bentuk kekeliruan.. dilarang sebar tapi boleh amal.. bagaimana tuh..? apakah buat kat umah aja.. solat contohnya.. atau bila ditanya orang buat tak tahu aja.. atau pada mereka yang mencari kebenaran dan ingin mengetahui apakah sebenar syiah itu.. saya sendiri masih tak faham definasi yang dimaksudkan.. banyak maksuda akan terjadi..

ali said...

Kan saya dah kata...pemimpin PAS sedang sangat terkagum dengan Din al-Pakatan...dia nak perjuangkan keadilan tetapi menutup mata pada kezaliman para pengikut Husayn as...

mohd ihsam zainuddin said...

semoga allah melaknat pemimpin2 yg telolong2 mintak mansuhkan ISA, dlm masa yg sama mintak ISA dikenakan kpd org lain....! 'pemimpin' begini tidak harus ada dlm jamaah yg mendaulatkan islam. cukuplah si wahabi yg ada di arab saudi dan rakan2 sekutunya yg menjadi tali barut yahudi!

Adilla Harun said...

Mereka tahu kebenaran (sebab tu mereka di tempat mereka-jawatan mereka) tapi menutupnya. Mereka bukan keliru (berpendidikan dlm agama) tapi mengelirukan diri sendiri.

Mereka pasti ada alasan mereka tersendiri. Tapi alasan itu sukar kita menerimanya, sebab kita di tempat kita, mereka di tempat mereka. Namun, walau rasanya boleh membohongi orang lain, tapi tidak naluri sendiri. Saya pasti mereka sedar mereka tidak berlaku adil secara hakikatnya.

Keputusan yang dibuat itu bersusur-galur ke atas. Bukan 100% keputusan diri sendiri.

lalok said...

thank u en jamil khir baharom..semoga Allah memberkati en..

mcm nak berulang jer situasi masa perjanjian hudaibiyah..kita akan kembali ke penyatuan ummah..

la sunniah wa la syi'iyyah..
wahdah wahdah wathaniah..

percayalah..kita semua berada di zaman penyatuan..percayalah..

ali said...

Bagaimanakah tindakan JAIS menangkap pengikut syiah yang sedang mengamalkan mazhab mereka dalam premis mereka sendiri (kalau kata Jamil Khir boleh diamalkan dan tidak bercanggah dengan perlembagaan Malaysia)dapat ditafsirkan sebagai tindakan pihak berkuasa agama menangkap pengikut syiah yang "sedang menyebarkan" di kalangan ASWJ di negeri Selangor?

JAIS akan berusaha mendakwa pengikut syiah "menyebarkan" tetapi pengikut syiah akan menyatakan mereka mengamalkannya di premis mereka sendiri - kebebasan yang dinyatakan dalam Perlembagaan Malaysia.
Apakah hak asasi beragama seseorang di Selangor tidak wujud? Apakah kuasa perlembagaan terkecualikan di negeri Selangor? Apakah undang-undang syariah boleh bercanggah dengan perlembagaan persekutuan?

Mungkin kita boleh tanya Jamil Khir apakah maksud beliau dengan kenyataan "boleh diamalkan" itu? Tatapi malangnya para YB PAS di Dewan Rakyat lebih membisu dari YB BN sebaliknya mereka pulak yang mengeluarkan idea "mengISAkan" pengikut syiah. Oleh itu sampai hari kiamat pun PAS tidak akan berjaya di Malaysia kerana mereka juga termasuk dalam golongan yang zalim!!!!

Sekoci Cyber said...

Mereka-mereka ini keliru sungguh. IMO,kalau amal boleh tapi sebar tak boleh, ini seperti menyamakan syiah seperti agama lain iaitu bukannya Islam. Lihat Perlembagaan Perkara 11 Fasal (1) yang tertakluk kepada Fasal (4):

Fasal (1) - Tiap2 orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal(4), mengembangkannya.

Fasal (4) - Undang2 Negeri, dan berkenaan dgn Wilayah2 Persekutuan KL, Labuan dn Putrajaya, undang2 Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa2 doktrin atau kepercayaan agama dikalangan orang yang menganuti agama Islam.

Nah, jelas mereka ni keliru. Dibenarkan amal tetapi tidak boleh sebar. Maknanya bagi mereka yang duduk di kerusi empuk itu, syiah ni bukan Islam walaupun telah disahkan sebagai mazhab sah dalam Deklarasi Amman? Punoh...punoh.

Wan Aizat said...

Parti PAS adalah parti yang talam dua muka kerana berko,promi dengan DAP yang anti-Islam.

najahudin said...

sdr faisal.. hrp tuan dpt siarkan (dgn bold) penafian u.nasharuddin ni.. dlm comment artikel tuan pn dh wujud fitnah thdpt beliau :

Syiah: Nasharudin mahu Bernama perbetul laporan

KUALA LUMPUR, 9 Mac: Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa menafikan laporan Bernama hari ini yang seolah-olah menggambarkan beliau mahu pengikut ajaran Syiah dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Katanya, dalam sesi soalan tambahan di parlimen pagi tadi, beliau sebenarnya mempersoalkan mengapa pengikut-pengikut ajaran Syiah perlu ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tidak membicarakan mereka secara adil di mahkamah.

Walau bagaimanapun, Bernama dalam laporannya bertajuk "Dewan Rakyat: Pengikut Syiah Dilarang Sebar Ajaran Kepada Pengikut Ahli Sunnah Wal-Jamaah" melaporkan sebaliknya, dengan mendakwa Nasharudin bertanya kenapa pengikut Syiah tidak ditahan di bawah ISA.

"Kesilapan wartawan tersebut boleh menjejaskan kredibiliti PAS yang selama ini lantang dan konsisten memperjuangkan supaya dan Kem Tahanan Kamunting dihapuskan.

"Malah, dalam sesi perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong hari ini, saya sekali lagi mengulangi desakan supaya akta drakonian ini dibubarkan selari dengan desakan pelbagai pihak termasuk Gerakan Mansuhkan ISA, Suhakam, UNHCR dan Human Rights Watch," katanya yang juga Ahli Parlimen Bachok.

Sehubungan itu, melahirkan rasa kesal dan mahu agensi berita itu memperbetul kesilapan tersebut.

sumber: http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31287:syiah-nasharudin-mahu-bernama-perbetul-laporan&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124

Adilla Harun said...

Kenyataan saudara Ali banyak benarnya!.

Murtadza Mokhtar said...

Salam. Saya melihat kenyataan Ustaz Nasha tu bukannya MEMPERSOAL kenapa kerajaan tak tahan mereka di bawah ISA, tetapi dia MAHU TAHU KENAPA mereka tidak ditahan di bawah ISA.

Para pengkomen, ada beza diantara 'mempersoal' dengan 'mahu tahu kenapa/alasannya'. Wallahua'lam.

AlMulk said...

Bismillah Hirrahman Nirrahim

Betul ke yang diucap tu ....adakah berita itu merupakan satu kesimpulan yang mungkin lari dari tujuan ucapan asal?

SDJ Members said...

Baca mengenai penafian YB Nasharudin mengenai laporan berita Bernama tentang soalannya mengenai Syiah & ISA :

http://wargamarhaen.blogspot.com/2011/03/syiah-nasharudin-mahu-bernama-perbetul.html

"beliau sebenarnya mempersoalkan mengapa pengikut-pengikut ajaran Syiah perlu ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tidak membicarakan mereka secara adil di mahkamah."

"mendakwa Nasharudin bertanya kenapa pengikut Syiah tidak ditahan di bawah ISA.
"Kesilapan wartawan tersebut boleh menjejaskan kredibiliti PAS yang selama ini lantang dan konsisten memperjuangkan supaya dan Kem Tahanan Kamunting dihapuskan"

Saya bukan penyokong tegar PAS atau mana-mana parti politik, apatah lagi penyanjung YB Nasharudin, cuma tertarik untuk selidik lebih dalam mengenai kenyataan mengelirukan mengenai pendirian parti tersebut.

Dalam hal ini, kita patut berterima kasih kepada kedua2 wakil dr pemerintah & pembangkang, nampak hasil yg semakin positif dan terima kasih yg tidak terhingga juga kepada wakil kedutaan Iran, wakil kerajaan Iran, pemimpin kelompok minoriti Syiah & individu tertentu seperti saudara FT yg tidak henti2 berkempen membela hak & nasib kelompok minoriti Syiah di Malaysia.

Kepada pembaca & penulis diruangan ini, harap teliti dulu berita yg diterima sebelum melatah.

Salam perpaduan.

DJ Deem said...
This comment has been removed by the author.
DJ Deem said...

Salam Dr FT, dah 2 kali hntr komen ni ntah lepas ke tak, ill try once again...

Sila baca penafian YB Nasarudin mengenai isu ISA & Syiah :

http://wargamarhaen.blogspot.com/2011/03/syiah-nasharudin-mahu-bernama-perbetul.html

"Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa menafikan laporan Bernama hari ini yang seolah-olah menggambarkan beliau mahu pengikut ajaran Syiah dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Katanya, dalam sesi soalan tambahan di parlimen pagi tadi, beliau sebenarnya mempersoalkan mengapa pengikut-pengikut ajaran Syiah perlu ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tidak membicarakan mereka secara adil di mahkamah"

Saya bukan penyokong PAS atau mana2 parti politik, cuma tertarik untuk meneliti pendirian parti PAS mengenai ISA.

Kita patut bersyukur dengan perkembangan positif dlm isu minoriti Syiah khusus dikalangan pemimpin negara baik dari kerajaan mahupun pembangkang.

Terima kasih atas usaha gigih kedutaan Iran, wakil kerajaan Iran, wakil komuniti Syiah dan individu tertentu dalam memberi penerangan serta membela nasib komuniti Syiah di Malaysia.

Salam perpaduan, semoga Allah memberi petunjuk kepada pemimpin negara kita.

aisyah said...

saudara murtadza mokhtar

yb nasharuddin bukan mahu tahu kenapa mereka TIDAK di tahan di bawah ISA, tapi kenapa mereka PERLU DI TAHAN DI BAWAH ISA.

lain benar rasanya kenyataan itu.

Dr Faisal Tehrani said...

DJ Deem
Saya ambil maklum penjelasan Timbalan Presiden PAS tersebut. Saya menunggu hansard parlimen untuk dibaca.
Wassalam.

abdhakim said...

salam, kenapa tak dijelaskan jer kekeliruan tu.. yang orang suni nak tahu ialah mengapa mengkafirkan sahabat dan bermutaah. itu adalah perkara pokok yang perlu dijelaskan,bila ada persoalan sebegini jawapan yang diterima cuma ala kadar....sila semak buku skian skian boleh dpt kat jln msjd india,atau sila lawati laman sekian sekian....

Dr Faisal Tehrani said...

abdhakim
Tak boleh dijelaskan. Faham? Nanti didakwa 'menyebar'. Takkan itu pun saudara tak reti2?

Pejuang Muda said...

Syiah: Nasharudin mahu Bernama perbetul laporan

http://malaysiakini.com/news/158203

Wan said...

jgn main tuduh je..siasat dulu..
jgn telan bulat2 ape yg org suap..
pikir dlu sebelum ckp ape2..
jgn jd tua bodoh..

Noor Hady said...

abdhakim
xpernah ak baca dlm mna2 buku peradaban islam kajian ulama/cerdik pandai dri pro syiah atau sunni mngatakan syiah mngkafirkan sahabat..bykkan mmbaca dri mna dtgnya tduhan begitu..pling busuk pon ad yg mngaitkan syiah kuffah punya keja iatu bkn syiah ttapi golongan munafik..sbb org yg mnanggap ali sbagai imam dan pencinta ahlulbait tidak mngkafirkan sahabat

test ZAF said...

setelah menyemak http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-09032011.pdf
sy memohon maaf terbuka kerana salah faham sy terhadap memahami apa yg dikhabarkan oleh bernama.

sy menarik kata2 sy.

wassalam.

ali said...

Sebagaimana yang diakui oleh Nasarudin sendiri dalam hansard bahawa beliau tidak membela syiah (ajaran syiah?) (saya faham tentang itu tetapi kenapa tak bela keadilan dan menentang kezaliman syiah yang ditangkap itu?). Ini bermakna beliau tidak pernah ada keinginan untuk membela golongan syiah yang tertindas di Selangor itu! Bukankah PAS parti membela keadilan dan menentang kezaliman? Apakah bila sebut syiah maka keadilan PAS dan pembelaannya sudah terkecualikan!!!!

Sebaliknya beliau hanya bertanya tentang mengISAkan syiah dulu dan akan datang. Apakah beliau perlu bertanya tindakan mengISAkan syiah itu? Bukankah pihak Menteri Dalam Negeri pernah membuat kenyataan seperti mana juga kenyataan yang disebut oleh Jamil Khir (bukan perkara baru!!!) - kebebasan beramal di Malaysia. Tidak ada cakap pasal ISA pun (jadi apa sebab keluar idea ISA itu?) Lagipun bukan KDN yang tangkap pengikut syiah. Hal berkaitan syiah yang ditangkap adalah di bawah kuasa kerajaan Selangor - yang juga dibawah tanggungjawab exco Hasan Ali juga PAS.
Ada sesiapa pernah dengar cakap-cakap dari kalangan pemimpin PAS yang bersungguh-sungguh membela syiah yang ditangkap itu? (Bukan maksud saya membela ajaran syiah tetapi membela tangkapan dan fitnah yang zalim itu)

Selepas semua itu, Nasarudin mendedahkan pula tentang kakitangan kerajaan yang terlibat dengan syiah. Apakah beliau ingin berkata - kenapa tak tangkap pegawai anda sendiri yang terlibat dengan syiah?

Kenapa tak bertegas tentang hak asasi individu dalam perlembagaan Malaysia? Kenapa pulak keluar kenyataan - kena berhati-hati tindakan berkaitan perbezaan mazhab? Kenapa tak kata perbezaan mazhab adalah hal yang dibenarkan dalam Islam mengikut ASWJ dan telah diterima diperingkat dunia Islam...Ada fatwa harusnya syiah mengikut Sheikhul Azhbar..ada Deklarasi Amman..? Kenapa pulak mengakhiri ucapannya dengan mendedahkan ada pegawai kementerian yang terlibat dengan syiah...

Saya tidak perlu menarik balik kenyataan saya berdasarkan persoalan yang saya timbulkan ini. Terima kasih.

ali said...

Aisyah: "yb nasharuddin bukan mahu tahu kenapa mereka TIDAK di tahan di bawah ISA, tapi kenapa mereka PERLU DI TAHAN DI BAWAH ISA."

Apa hal tanya lagu ni...sebab kes kat Selangor bukan kes ISA itu kes JAIS tangkap bukan KDN tangkap!!!

Tak ada Menteri cakap nak tahan syiah dalam ISA sebalik Hishamuddin Hussein cakap syiah boleh diamalkan macam Jamil Khir cakap tetiba Nasaruddin cakap pasal ISA? Apa hal?

Kenapa tak cakap terus terang!! Jangan tangkap..hapuskan ISA...jangan zalim....mazhab islam bersaudara....dst....

DJ Deem said...

biasa la tu, PAS kan parti politik, pi mai pi mai tang tu jugak...POLITIK.. Bila saya teliti hansard, nampak yg dipersoalkan ada 2 perkara :

1) Kenapa tahan bwh ISA
2) Syiah bukan semua sesat

Isu ISA memang jelas menjadi modal politik PAS dan parti pembangkang yg lain, namun pujian harus diberikan dalam usaha ini kerana ISA jelas satu akta yg zalim, cuma diharap PAS dll dapat lebih konsistan dlm perjuangan mereka menentang ISA bukan hanya kerana ISA diguna untuk mengekang Syiah tapi dlm semua keadaan (ini nama dia konsistan).

Syiah bukan semua sesat ni saya tak paham, maksudnya separuh sesat separuh tak? atau ada golongan yg sesat dan ada yg tak sesat? Apa ni YB, sesat ke tak? Bole tunjuk di Malaysia ni mana sesat mana tak? Mana bole separuh sesat separuh tak, kalau macam tu Sunnah pun ada la separuh sesat separuh tak kan? kenapa tak tangkap, yg dok puja kubur mintak nombor ekor, jumpa bomoh, etc. tu kira sebahagian yg sesat, kenapa JAIS tak tangkap?

Saya tarik balik ucapan terima kasih saya kepada pemimpin kerajaan / pembangkang, semua dua kali lima, makin lama makin sesat.

Tapi sekurang2nya di atas pernyataan mereka (Syiah boleh diamalkan, tapi tak bole disebar) dapat membantu mereka2 yang akan dihadapkan ke mahkamah nnt, klu tak dpt membantu jugak kita panggil menteri naik mahkamah