01 April 2011

Dalam Kapal Terbang Pun Sibuk Nak Solat!

Kelas Homa atau kelas bisnes pesawat Iran Air memang ketinggalan zaman. Bak tahun 1977. Maklumlah Iran menghadapi sekatan ekonomi yang macam-macam oleh PBB (dalangnya Amerika) sejak Revolusi Islam.

Akan tetapi makanannya sedap-sedap.
Ini baru permulaan. Kebab dan nasinya; lazat tidak terkata.
Alkohol tak ada. Kalau kau nak juga, kau naik pesawat lain.


Yang menjamu pun menjamu makanan (klik sini).
Tidak menjamu body.

Dan jika terbang, hendaklah terbang dengan keimanan.
Ini adalah musolla untuk penumpang menunaikan solat
(kelas ekonomi dan bisnes berkongsi tempat sujud).

Aku fed up. Memang syiah sesat.
Dalam pesawat pun mereka sibuk nak solat.


Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak

43 comments:

behlul said...

assalamualaikum..

seronok naik pesawat iran air nih.. makanan memang sedap.. alkohol tak ada tapi delester ada kut..

seperkara kalau masuk waktu solat.. mereka akan tetap menunai kewajipan yang dituntut dalam agama, sesat pun sesatlah.. janji solat tetap diutamakan..

Putri Zara Sofea said...

salam saudara....nak tanya sikit la kan.. dalam kapal terbang tak boleh ada surau kah ??

فاوزيا ........ said...

saya kurang pasti mengapa penulis berkata " Aku fed up. Memang syiah sesat.
Dalam pesawat pun mereka sibuk nak solat. " ......
sungguh keliru !!!

ammo said...

ce bukak dictionary bace ape maksud "sarcasm". tak pn rajin2 la google nama "Faisal Tehrani" baca siapa beliau dan apa pendirian beliau. nk rajin lg baca la buku2 nukilan beliau.

if a race doesnt understand sarcasm and have least sense of humor, than the race is doomed. god help us

hafiz huzazi said...

pening baca...Aku fed up. Memang syiah sesat.
Dalam pesawat pun mereka sibuk nak solat...tulis la betul2 skit..pusing2 statment watpe..dah sesat je la...

~kamila~ said...

@ Putri zara Sofea & fauziah..
itu 'bahasa perli' namanya..

shra:) said...

solat wajib kat mane2. asal fed up plak?

KANG LATEP said...

ya aku pun heran dgn kenyataan saudara...habis kalau dah berjam dlm pesawat tak kan tak solat kot...mohon penjelasan..

djambu puadovich said...

ada orang tak paham sarcasm...

hiri said...

786/121.

Fauzia, itulah namanya pukul .....
sindir bapa mertua.

anonymes biru said...

itu namanya ayat sinis putri zara sofea...kalau mengikuti tulisan faisal tehrani sebelum2 ini...tentu saudari faham dengan lebih lagi...

vanhidayat said...

salam saudara faizal,

pandai sungguh bermain kata..SARKASTIK!! heheheh... memang syiah ni SESAT!!!

almarigobok said...

fauzia,
itu ayat menyindir dari dr faisal :-)
sy org melaka. cepat tangkap cket kalo org menyindir2 ni :-)

Adnee said...

Itulah namanya ayat-ayat sindir.... bukan sahaja adanya ayat-ayat cinta...

mat said...

Solat sambil duduk atas kerusi tak boleh ka?

Kalau terjadi AIR POCKET bila bila macam mana?

Atau sebab nak sujud atas BATU KARBALA sebab tu buat tempat solat dalam pesawat walau merbahaya.

Eh Luasnya ilmu Allah tak pandai aku nak ukur keluasan pintu rahmat NYA

Yudi Helfi said...

Pastilah orang Syiah itu sesat kerana membuat bid'ah. Tak ada sstu ayat pun dalam Al-Qur'an maupun Hadits yang memerintahkan membuat surau dalam kapal terbang.

Mariah Binti Abd Rahim said...

salam.. pendapat saya, jika seseorang itu faham akan 'rukhsah' solat, maka mereka itu akan faham tujuan dan isi entri Dr. .. :)

adi_fimiyun said...

FT,

Ada lawatan ke Iran dalam masa terdekat?

Ggegegeggegegegegeges said...

entry yg sgt membuka minda. jauh perjalanan luas pemandangan.

hud aikara said...

saya peratikan isi blog encik byk berkenaan Syiah. memang bagus pengetahuan yg encik paparkan pasal syiah. tapi saya tak faham, encik marahkan siapa sebenarnya? Marah kerajaan ke sbb anggap syiah sesat? kalau mcm saya ni semua org yg beragama Islam saya anggap sama/saudara walau berlainan mazhab.Sbb bg saya bersifat terlalu 'kemazhaban' boleh mengundang perpecahan. Tak kisahlah dia syiah atau pun bukan(maaf bahasa tak berapa bagus).saya berharap dunia islam kita ini bersatu padu sbb kalau terlalu byk pendapat,rasa ego,rasa mazhab sendiri terbaik, pasti akan memeningkan org mcm saya yg masih terkial-kial mencari kebenaran.

syafiQah said...

google -sarkastik- bagi yang masih keliru.jangan membaca pada satu hala je.

fit4life said...

@Yudi Helfi - saudara ada guna handphone tak ? tak de dalam Al-Quran dan Hadis pon pasal handphone, maksudnya saudara sesatlah ?

wadi said...

ammo..

that was funny...u made my day..

Yudi Helfi said...

Saya dah tengok post DR FT.

Memanglah nyata Syiah ni sesat.

1. Mereka berdoa sebelum menangkap ikan. (manalah ada perintah Qur'an berdoa sebelum menangkap ikan?)
2. Mereka buat pramugari menutup aurat (manalah ada perintah Qur'an menyuruh pramugari menutup aurat?)
3. Mereka suruh budak Tadika membenci rokok dan gosok gigi (Manalah ada perintah Qur'an untuk buat tadika atau untuk membenci rokok. Qur'an jugatak suruh gosok gigi, yang ada hanya pakai kayu siwak)
4. Mereka buat surau dalam kapal terbang (manalah ada Qur'an suruh kita buat kapal terbang apalagi buat surau dalam kapal terbang tu?)

Dah jelaslah Sy'ah ni sesat. Mereka selalu buat bid'ah

:)

dEwy said...

saya rasa next time FT kena tulis dalam bracket (sindiran sinis).

Nasib dah sy dah dibiasakan dgn ayat2 double meaning or sindiran2 ni. Cepat tangkap! :)

Well, masing2 ada limit pemahaman masing2 kan, it's ok learn more and read more!

Tukang Kayu said...

Tahniah Dr. Faisal.

Satu sarkastik yang power. Malang bagi mereka yang tidak tahu erti sarkastik.

hiri said...

786/121.

Mari kita naik unta atau kuda saja.

Management Consultant said...

Solat dalam k/terbang sesat ke?
MZP

RayyanZilfi said...

Doc!
Bravo! Sinis sekali!..ya..menjamu makanan..takyahlah pakej ngan menjamu body sekali...astaghfirullah.

MBP 2587 said...

Melihat diatas dgn rasa trkejut :-0

290,182 people like this.

Biar benar ya Dr. FT ??? :-)

Ramainya LIKE!!!

Biarlah Dr. FT post sebegini, sebab

ramai tidak tahu Syiah itu 'sesat'

terutama kepada para uztaz,

ustazah mufti, menteri,

kanak-kanak dsbnya.. Dari sekolah

lagi sering disajikan dengan

kisah-kisah para sahabat tapi bila

ditanya pasal cucu kesayangan

Rasulullah, terpinga2 mereka..

kesian bukan.. Kata cintakan

keluarga Rasulullah s.a.w tetapi

lebih mengenali(highlight) akan

para sahabat.

Sedarlah, dari dulu3 lagi, ada

puak-puak yang tidak mahu keluarga

Rasulullah dihighlightkan..

اللَّهُمَّے صَلِّے عَلَى مُحَمَّدٍ وآلِے مُحَمَّدٍ

tukangtaip said...

Mereka yang kurang faham tidak mengapa. Rajin2kan membaca entri Dr FT, InsyaAllah akan faham lenggok penulisan Dr. Entri ini memang klasemen.

otaklunyai said...

Yang dok sibuk kata syiah sesat tu pun tak sibuk nak solat... dah lah tak solat, kuasa yg ada tak diguna utk menggalakkan rakyat bersolat, tak disediakan kemudahan...

Bukan kata nak sediakan peaswat dgn kemudahan canggih... hal rakyat naik komuter pun tak selesai... hari2 buang masa tunggu komuter utk ke Sg. Buloh-Rawang berjam2 sama macam 20 tahun dulu. tak da improvement. Tunggu jam 6pm, jam 8pm baru dapat naik... sesak dan padat... tapi bila sembang nak hantar angkasawan pegi bulan... nak buat logi nuklear... haprak punya kera jaan

Dr Faisal Tehrani said...

MBP 2587,

"290,182 people like this. Biar benar ya Dr. FT ??? :-) Ramainya LIKE!!!"

Itulah jumlah syiah di Malaysia, dan tiap detik ia bertambah.

Wassalam.

behlul said...

assalamualaikum..

yudi helfi : saya rasa anda memahami makna dengan kepala otak sendiri ..

salah ker berdoa sebelum turun ke laut, bukankah setiap pekerjaan itu ibadah.. dan apabila dipanggil ibadah maka mulakan sesuatu dengan bismillah dan doa.. memohon kepada allah agar keselamatan dan rezeki dari allah..

mengajar budak membenci rokok dan menyuruh budak mengosok gigi adalah suatu perbuatan yang baik.. iklan kat tv pun buat perkara sama.. bezanya mereka membuat ini dengan rasa tanggungjwab bukan untuk tujuan komersil atau nak cari untung..

membuat surau atau tempat kecil untuk mempermudahkan menunaikan solat, itukan perkara yang baik.. kalau solat duduk, terpulanglah.. tetapi bagi yang berkemampuan apa salahnya bila didirikan tempat solat untuk kegunaan semua orang islam..

janganlah kita banyak mempertikaikan tetapi tidak melihat kebaikan yang ada.. jangan jadi macam wahabi semua perkara bidaah.. kalau gitu pergi buat umrah atau haji naiklah unta ker.. sebab quran atau hadis tak kata pun naik kapalterbang.. kita lebih suka menghentam dari mahu melihat kebaikan..

blogsegera said...

saudara behlul...sabar

Yudi Helfi faham entri ini menurut pemerhatian saya. Yudi juga ingin turut sarkastik :)

Adilla Harun said...

Ya! First time saya tengok promosi Ruang Solat untuk pesawat. Canggih! Canggih betul yang dikatakan mereka yang 'sesat' ni.

Biasanya di sini, sibuk mempromosi makanannya aje. Nafsu makan menggebu-gebu. Makan terlalu banyak melemahkan badan dan pemikiran. Bila dah begitu terjangkitlah virus 'menjamu body'. Itu pemahaman saya reka aje......

behlul said...

assalamualaikum..

yudi helfi : mohon kemaafan..
saya tersilap dalam memahami.. terima kasih kerana menegur

Republic Aku said...

mungkin mereka ada kitab lain rasanya....orang islam ada kitab al quran sahaja.

Yudi Helfi said...

@Behlul : Tak apa-apa. Satirisma memang mudah disalahpahami apabila kita belum saling mengenal. Bagi sesiapa yang sudah lama mengetahui pandangan DR. FT, akan mudah saja memahami bahwa DR. FT sedang bersatira. Tapi bagi yang belum tahu, dia boleh berpendapat bahwa DR. FT benar-benar termasuk pembenci Syiah :)

Apatah lagi saya yang tidak dikenal sehingga wajar saja bila Saudara Behlul salah paham.. :)

Maafkan saya :)

Fikirlah said...

syiah SEMEMANGNYA sesat untuk orang-orang yang buta hati.

sherrina said...

Seronok membaca entri Dr FT sungguhpun masih ramai yang belum memahami penulisan Dr FT yang bersifat sarkastik. Kepada yg berasa heran, kene rajin2 membaca tulisan beliau utk memahami mesej yang disampaikan.

Ain said...

Pengunjung-pengunjung yang baru sampai kat blog Dr, sila baca dulu entri-entri terdahulu Dr. Saya yang mengikuti perkembangan blog ni memang dah tahu kalau Dr guna ayat berbelit sikit tu maknanya dia memperli. Alah, kat negara kita ni kan ada sesetangah pihak tu, suka sangat menuduh org sesat tapi dia tak kaji dulu. Kalau anda yang baru datang baca artikel memang mudah salah faham dgn bahasa Dr.

Cik Petom said...

assalamualaikum Dr.FT,
saya suka dengan gaya penulisan Dr..
berjuanglah Dr.. celikkan mereka yang masih buta.. islamkan lagi orang islam yg masih belum sedar mereka islam.. :)

saya juga bukan syiah, tapi saya mencintai saidina hussain!