01 April 2011

Buat Semak, Halau Mereka Dari Mekah!

Bekas Penasihat Agama Istana Negara, Datuk Dr Hassan Din al-Hafiz mengatakan dalam Berita Harian, 2010/12/18, halaman 4; anak pengikut Syiah adalah tidak sah serta boleh dikategorikan sebagai anak zina atau anak tidak sah taraf. Tidak diketahui apakah dalil kepada 'fatwa' beliau ini.

Syiah ini sesat kita sudah dengar macam-macam. Saya akurlah; kalau dah difatwakan sesat hendak buat bagaimana.














Yang kita tidak faham sampai hari ini mengapa kita tidak serbu dan usir mereka dari kota suci Mekah dan Madinah? Mekah dan Madinah kita punya. Apa hal kita membenarkan mereka solat, berdoa, membaca al-Quran, bertawaf di Masjidil Haram?

* Foto-foto jemaah Iran di kota Mekah, Masjidil Haram minggu lalu.


26 comments:

Muntazhar said...

HD? alaaaa... dia ni terompah reput... kalau rasa menyemak buat penuh stor, bakar je la..

Usop Hantu Mak Limah kata, "Kita bako! Kita bako!" (p/s : sambil lambai2 tangan)

MBP 2587 said...


Datuk Dr Hassan Din al-Hafiz,

Diharap Datuk@Dr@Ustaz, mengkaji dan

mendalami ahlul bait, serta menarik

balik statement silap yang dibuat

di media2 lalu agar mengelak daripada

dosa memfitnah.. wallahualam

(Diharap Datuk@Dr@Ustaz baca komen sy ini)

Muntazhar said...

MBP, HD tu dah tak boleh mngelak sebab DIA SECARA TERANG-TERANGAN TELAH MEMFITNAH KAMI...! MENFITNAH KITA! MENFITNAH ANAK-ANAK KITA! MEMFITNAH SAUDARA-SAUDARA KITA!

true_collections said...

dalam tanyalah ustaz. Ada satu time dia cakap. syiah ni asal keluar sahaja da boleh jamak. Contoh beli rokok. kluar pegi beli rokok pon da boleh jamak.

Kelakar. Seorg ulamak yang bertaraf al Hafiz tidak berhati2 menuturkan sesuatu yg prejudis lagi sensitif dan berunsur fitnah.

Susah sgt ka nak ckp, saya sbenarnya tidak tahu hal2 syiah. Mungkin taraf beliau sebagai seorg ulamak menyebabkan beliau malu untuk berkata "TIDAK TAHU"

Kalo ada yang rasa statement ni berunsur fitnah.. sila tgk balik "tanyalah ustaz" kat website tv3 yea.

Jawapan tu berdasarkan respon seorg penonton yang menanyakan hukum menjamakkan solat sekiranya menganjurkan majlis yg sebok seperti kenduri kendara.

Islam Muhammadi said...

Salam.

Barangsiapa mengucapkan "Lailaha illa Allah, Muhammad Rasul Allah”, maka terjaminlah keselamatan jiwa, harta, serta kehormatan dirinya (di antara masyarakat Muslim).

Hanya kaum pendengki dan pendendam yang akan membangkitkan kembali 'ashabiyah jahiliyah. Mereka itulah yang telah mencerai-beraikan persatuan, dan kesatuan umat dan menyalakan api pertikaian dan fitnah di antara sesama mereka, sehingga mereka terpecah-belah dan bergolong-golongan, saling mengkafirkan dan saling berlepas tangan, tanpa sebab yang masuk akal. Semua itu semata:mata karena bujuk rayu setan, atau hembusan tipu daya manusia-manusia iblis.

Firman Allah SWT:

“Lalu ditimpakan kepada mereka nista dan kehinaan, serta mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Hal itu terjadi karena mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi tanpa alasan yang benar. Demikian itu terjadi karena mereka selalu berbuat durhaka dan melampaui batas.” (al-Baqarah: 61)

Imam Jaafar ash-Shadiq as dalam menjelaskan ayat di atas berkata, “Demi Allah, tidaklah mereka memukul dan membunuh para nabi, melainkan mereka mendengar ucapan-ucapan para nabi lalu kemudian mengabaikannya.”

Pengabaian terhadap hadis adalah merupakan satu bentuk PEMBUNUHAN terhadap si pemilik hadis. Artinya, dosa yang ditimbulkan oleh pengabaian terhadap hadis-hadis para nabi dan tidak berpegang kepadanya adalah sama seperti dosa membunuh dan memukul para nabi secara zalim.

Dan firman Allah SWT, “Dan mereka tidak memberi syafaat melainkan kepada orang yang diridai oleh Allah.” (al-Anbiya: 28)

Ya Allah, jadikanlah kami termasuk ke dalam kelompok orang yang berpegang teguh mencintai ahlulbait Nabi SAW. Mereka itulah yang telah menjelaskan hal-hal yang halal dan hal-hal yang haram, dan kewajiban-kewajiban agama; dan mereka itulah juga yang telah menerangkan Kitab-Mu, menerangi jalan bagi kami menuju keridaan-Mu, dan bangkitlah kami bersama mereka di surga-Mu. Sesungguhnya Engkau Zat yang Maha Mulia dan Maha Perkasa.

allenhash said...

Nak halau...? Arab Saudi tu pikiaq duit juga bang ooii!! Jemaah dari Iran antara yang teramai datang ke Makkah dan Madinah...nak ban kalu....tak masyuk la nanti....

adi_fimiyun said...

FT,

Langkah paling baik adalah menziarah Dr Hassan Din dan berbicara secara langsung dengannya.

Media massa Malaysia hari ini sudah tidak diyakini lagi berita yang disampaikan, adakah benar maksud asal Dr. Hassan begitu atau sekadar tulisan untuk menjual akhbar.

Sangat-sangat mencurigai media massa sekarang.

Islam Muhammadi said...

Salam.

Yang dimaksudkan dengan “membunuh” di dalam ayat ini (al-Baqarah: 61), ialah membunuh tujuan dari didatangkannya para nabi dan para rasul. Barangsiapa yang membunuh tujuan seseorang, maka bencana yang ditimbulkannya jauh lebih besar dibandingkan jika dia membunuh nyawa orang itu.

Al-Quran al-Karim telah menyebut orang Yahudi dengan sebutan “orang yang dimurkai”. Mengapa? Karena, pembangkangan dan kekeras kepalaan mereka.

Di kalangan Muslimin ada orang yang memiliki sifat seperti sifat-sifat orang Yahudi, di dalam bangkangan, kesombongan, dan keras kepalanya. Kelak pada hari kiamat, ia akan dibangkitkan oleh Allah SWT sebagai Yahudi. Ketika orang itu bertanya mengapa ia dibangkitkan sebagai Yahudi, lalu Allah SWT menjawab bahwa sebabnya ialah karena jalan yang ia tempuh di dunia adalah jalan “orang yang sesat” dan bukan “jalan yang lurus”, bahkan jalan “orang-orang yang dimurkai.” Yaitu jalan pembangkangan dan jalan perusak.

Sikap dan kata-kata yang melukai perasaan seseorang, pada hari kiamat akan menjelma menjadi hewan berbisa yang menemaninya di dalam neraka Jahanam selama ribuan tahun. Lalu dikatakan kepadanya, inilah akibat suka melukai perasaan orang lain!

“Pada hari ketika tiap-tiap diri mendapati segala kebajikan dihadapkan [ke hadapannya], begitu [juga] kejahatan yang telah dikerjakannya; ia ingin kalau kiranya antara ia dengan hari itu ada masa yang jauh; dan Allah memperingatkan kamu terhadap Diri [siksa]-Nya.” (Ali Imran; 30)

Islam Muhammadi said...

Salam.

Fitnah, umpatan, dan dusta pada hari kiamat semuanya akan berubah menjadi api yang menyala-nyala bagi para pelakunya. Allah SWT berfirman, “Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.” At-Tahrim: 6)

Rasulullah SAW bersabda mengenai firman Allah SWT yang berbunyi “Dan dia akan diberi minum dengan air nanah” (Ibrahim: 16), “Minuman itu didekatkan kepadanya, namun dia enggan meminumnya. Tatkala minuman itu telah dekat, maka minuman itu membakar wajahnya sehingga berjatuhan kulit kepalanya, dan tatkala dia meminumnya maka minuman itu memotong-motong ususnya sehingga keluar dari duburnya.”

Allah SWT berfirman:

“Dan mereka diberi minuman dengan dengan air yang mendidih sehingga memotong-motong ususnya.” (Muhammad: 15)

“Dan jika mereka meminta minum, niscaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka.” (al-Kahfi: 29)

Sesungguhnya air yang berbau busuk itu adalah merupakan cerminan perilaku buruk yang dilakukan oleh seorang individu terhadap masyarakatnya. Dia telah membakar wajah orang lain dan telah menjatuhkan air muka orang yang telah difitnahnya.

Perbuatan-perbuatan yang baik yang dilakukan di dunia, kelak akan berubah menjadi teman yang baik pada hari kiamat; sebaliknya perbuatan-perbuatan yang buruk, kelak akan berubah menjadi binatang-binatang buas dan berbisa, dan ketika itu dia berharap semoga ada jarak yang jauh antara dirinya dengan binatang-binatang itu.

behlul said...

assalamualaikum..

mendatanginya.. kalau benar surat khabar tidak boleh dipercayai, seharusnya dia (hasan din) membalas kembali segala tuduhan atau silap bicara dari pihak akhbar.. mengapa perlu senyapkan diri.. tidakkan dia tahu kesan dengan jawapan yang sudah dilontarkan.. menziarahi beliau dan bertanya tentang apa yang beliau perkatakan bukanlah jalan yang terbaik.. kerana setipa perkatakaan terkeluar perlu betantnggungjawab dan membersihkan kesilapannya.. nama ahlulbayt yang tercemar.. kenalah buat sidang akhbar dantarik balik apa yang beliau perkatakan..

Cik Nurul said...

baru2 ini saya mendengar sebuah ceramah yang khusus membahaskan syiah. malah nama dr juga disebut sebagai seorang syiah yang mengamalkan taqiyyah.

antara yang diperihalkan tentang syiah ialah tentang shahadahnya yang tiga dan bukan dua, oleh itu aqidahnya berbeza. * Shī'as add "و عليٌ وليُّ الله" "and Ali is the wali (chosen one) of God" (wa-'Aliyun waliyu l-Lāh), to the adhan and shahada but this is not obligatory.* source: wiki . serta ditunjukkan petikan2 'hadis' dari tokoh2 syiah *wallahua'lam, saya yang cetek ini tidak kenal nama2 yang disebutkan* dari kitab2 yang didakwa menjd pegangan kaum syiah. imam2 mereka pula diletakkan gelaran 'alaihissalam' yang biasanya diletakkan di blkg nama nabi. selain itu pelbagai klip video dan sebagainya ditunjukkan tentang syiah ini.

Saya jadi keliru , Dr.. setelah sekian lama mengikuti tulisan Dr. , tercetus konflik pemikiran apabila saya mengikuti ceramah sedemikian. Sekiranya benar syiah kafir/sesat, mengapa nampaknya seperti negara ini sahaja yang menetangnya? tetapi sekiranya Syiah saudara semuslim, maka mengapa pula bukti2 yang dipamerkan kepada saya menunjukkan sebaliknya?

rosley said...

Ala dia tu bekas boroh kontrak kat singapura,(Selamat Hari Boroh pada 1 Mei ) lepas tu abangnya suruh belajar semula, tapi ia hanya masuk bahagian tahfiz bahagian yang lain-lain ia baca sendiri aje. Bukannya ada ijazah untuk berfatwa.

Mlatkovic said...

Salam All,

Kalau dh kt sini Majlis Fatwa Haramkan Syiah, maka haramlah.
Tuan Faizal kalau ada perkara lian yang hendak di utarakan, beranilah berdiri dengan pendirian anda.
Ataupun buat Worksyop dan bentangkan kertas kerja berkenaan Syiah ke, Wahabbi ke, Ahmaddi ke dll.

Panggil sekali majlis Fatwa join.
Jangan sekadar menulis tetapi berani berdepan dgn orang yang Anda cakapkan.
Berani kerana benar.

Wallahualam...

Mlatkovic said...

Salam All,

Kalau dh kt sini Majlis Fatwa Haramkan Syiah, maka haramlah.
Tuan Faizal kalau ada perkara lian yang hendak di utarakan, beranilah berdiri dengan pendirian anda.
Ataupun buat Worksyop dan bentangkan kertas kerja berkenaan Syiah ke, Wahabbi ke, Ahmaddi ke dll.

Panggil sekali majlis Fatwa join.
Jangan sekadar menulis tetapi berani berdepan dgn orang yang Anda cakapkan.
Berani kerana benar.

Wallahualam...

Dr Faisal Tehrani said...

Cik Nurul

Siapa penceramah itu, beritahu saya tarikh masa tempat dan rakaman audio serahkan kepada saya. emel kepada asistan saya luqman.

SAYA NAK SAMAN.

Mltakovic,
Saya tak sangla lelaki pun ada 'meroyan'. ur one of them.

Wassalam.

Cik Nurul said...

Maaf Dr, rakaman dalam apa jua bentuk sekali pun memang tidak ada. namun slide penceramah tersebut mengandungi teks dalam artikel ini (rujuk link) di samping video dan beberapa slide menceritakan asal usul, perbandingan mereka dengan ahli sunnah , serta beberapa video org syiah menghina nabi muhammad S.A.W dan Fathimah anak nabi. juga video Syiah memukul2 diri.. (ada lagi video lain )

Rujuk sini untuk teks yang saya maksudkan: http://www.zaharuddin.net/aqidah-&-kepercayaan/532-syiah--penjelasan-oleh-jakim.html

Memang penceramah tersebut orang jakim pun.

Maaf Dr, saya lupa langsung nama penceramah. tggu saya retrieve nama tersebut dari rakan yang turut mendengar ceramah terbabit

Surat embaca ini benar2 melambangkan pemikiran saya sekarang: http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29965:syiah-keliru-fatwa-jakim&catid=27:surat-pembaca&Itemid=46

Islam Muhammadi said...

Salam.

Sahih. Benar, Betul2, bukan ujian lagi.

Dah ada yang terkena "bujuk rayu setan, atau hembusan tipu daya manusia-manusia iblis.

Noor Hady said...

mlatkovic:anda benar2 kasihan..anda telah ktinggalan lebih 10 tahun kebelakang dlm isu prbincangan dgn majlis fatwa..utk soaln anda tu bole la anda rujuk saudara lutfi ibrahim..bekas pensyarah UM..mklumlah undang2 mngamalkan ISA..

Nur Rebecca said...

Mlatkovic,
Rmai org ckp Dr.FT ni syiah yg taqiyyah.but I dont think so.Sila tgk tulisan2 beliau dlm blog dan buku2.jelas dan nyata menunjukkan siapa beliau yg sbnrnya.

tp,klau tgk org2 yg nk mnjatuhkan atau menentang Dr.FT ni,kbnyakaknnya 'bersembunyi'.Dlm kata lain,PENGECUT.contohnya kamu la.MEROYAN ke?..

Dr Faisal Tehrani said...

Cik Nurul
Terima kasih. Saya sudah membincangkan banyak perkara. Semaklah arkib. Orang kata 'tak kuaalah nak ulang banyak kali'.
Wassalam

Fikirlah said...

Saya tak setuju dengan Nur Rebecca. Dr. FT Syiah dan Sunni dalam satu masa. Itu yang saya dapat simpulkan. He.

muaz_kkgp said...

assalamualaikum Dr,masa pergi umrah selalu jugak solat sebelah warga iran(syiah)di mekah dan madinah.cara solat lebih kurang sama tak banyak beza dgn sunnah waljamaah.soalan saya kenapa kat madinah dan mekah tak letak batu karbala kat tempat sujud ? dan ada segelintir kecik orng syiah solat diluar masjid nabawi dan ada imam lain mengimamkan solat(mungkin bukan syiah imamiah)..mohon dr beri penerangan.

Dr Faisal Tehrani said...

muaz
saya tidak dapat menjawab soalan ini kerana saya tidak tahu. sebaiknya haruslah bertanyakan mereka sendiri. masalah kita ialah kita suka dengar kata-kata karut ustaz kita. lain kali pergi umrah, duduk sebelah mereka tanya sendiri. kalau tak boleh berkomunikasi cubalah berbahasa isyarat. kalau kita bertanya sendiri lunas segala kemusykilan. ini kita dok dengar kata orang yang belum tentu. pun secara peribadi saya berpendapat, mungkin, mereka tidak berbuat demikian kerana ditekan wahabi mekah dan madinah. dan wahabi ini bukan sahaja tekan syiah, mereka juga tekan kita sunni. berapa kali saudara dilayan kasar oleh tentera dan petugas haram contohnya? mereka pandang manusia ajam seperti kita ini bagaikan kelas bawahan. sewaktu saya pergi haji saya lihat tentera saudi masuk masjidil haram dengan kasut dan but ke dalam masjidil haram. satu contoh yang membanggakan?

sahabat said...

cik nurul....

saya rasa anda perlu mencari kebenarannya dari apa yang dikatakan oleh "ustaz" anda itu.... kerana soalan telah diberikan oleh ustaz anda itu,, maka carilah jawapannya...
kalau anda menelitinya pasti anda akan temui kebenarannya dan musnahlah fitnah yang anda dengar..... dengan ini la mampu anda menyatukan kembali umat Muhammad SAW yang berpecah belah......

"hamba yang kecewa dengan sikap fitnah"

muaz_kkgp said...

terima kasih dr faisal,petugas masjid kasar dgn jemaah tu dah memang diketahui ramai jemaah umrah/haji...kena sabar banyak2

a said...

Allah berfirman:

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu melanggar syi'ar-syi'ar Allah, dan jangan melanggar kehormatan bulan-bulan haram, jangan (mengganggu) binatang-binatang had-ya, dan binatang-binatang qalaa-id, dan jangan (pula) mengganggu orang-orang yang mengunjungi Baitullah sedang mereka mencari kurnia dan keredhaan dari Tuhannya dan apabila kamu telah menyelesaikan ibadah haji, maka bolehlah berburu. Dan janganlah sekali-kali kebencian(mu) kepada sesuatu kaum karena mereka menghalang-halangi kamu dari Masjidilharam, mendorongmu berbuat aniaya (kepada mereka). Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya."

(Al-Maidah: 2)

sila cek sahih ibnu kathir utk tafsiran ayat ini. wallahu a'alam.