
Tahukah anda songkok berasal dari mana? Songkok berasal dari Parsi (Iran). Satu masa dahulu songkok melambangkan keparsian (justeru, kesyiahan). Inilah cara-cara 'songkok Parsi' dibuat.























Hari ini songkok sebagai budaya Parsi telah menyerap dan sebati sebagai budaya Melayu. Masyarakat Parsi sendiri telah meninggalkan budaya bersongkok. Songkok dalam kalangan kita menjadi lambang kehormatan.


Lihat sahaja artis, ustaz malah bintang Bollywood turut tidak kekok bersongkok. Tuan, tuan suka bersongkok?


Lihat sahaja artis, ustaz malah bintang Bollywood turut tidak kekok bersongkok. Tuan, tuan suka bersongkok?



30 comments:
songkok? ok, dapat juga asal usulnya... ni tengah cari asal usul keturunan songkok tiga jenkal pulak... hehehe
suka kesyiahan....!
tiba-tiba teringat manikam kalbu. :D
Info agak menarik.
Boleh Dr Faisal Tehrani berikan link rujukan,sekadar untuk menambah informasi dalam pembacaan.
FARISZ@AZ.Com
salam Dr,
ada tak lagi sumber2 yg mengatakan bahawa songkok sememangnya dari Iran, selain dari gambar2 yang Dr letak ni.
Lepas tu, kalau benar dari Iran, zaman bila songkok ni muncul?
Quote:"ada tak lagi sumber2 yg mengatakan bahawa songkok sememangnya dari Iran, selain dari gambar2 yang Dr letak ni.
Lepas tu, kalau benar dari Iran, zaman bila songkok ni muncul?"
kalau kita dapat sama2 mencari maklumat ini kan bagus. bukan apa ,bila kita buat pencarian sendiri hasilnya amat menakjubkan kerana PASTI kita akan dapat berbagai maklumat2 sampingan lain yang akan meningkatkan ilmu pengetahuan,menambah pengalaman,meningkatkan kemahiran dan menimbulkan keyakinan.
Bila saya baca komen ini saya tersedar bahawa kita banyak bertanya soalan2(memang bagus saya tidak menafikan) dan kita mendapat jawapan dan selalunya kita berhenti di situ dan rasa puas.
Tapi alangkah cantiknya serkiranya soalan2 kita timbul daripada pencarian kita sendiri setelah sesuatu isu/peristiwa di "promote/highlight " oleh penulis blog.
Dengan cara ini budaya ilmu di kalangan kita pasti akan berada pada tahap yang lebih tinggi
1 - Ya ampunn songkok pun Syiah kah? *sambil tunggu fatwa
2 - Gambar Shah Rukh Khan tu TAK TAHAN..kah kah
3 - 'suka' benor songkok tinggi PERKASA. Dengarnya ada orang dapat pelawaan masuk PAS. Kah kah
owhh....Dr, u remind me of my late dad.(entry ini tidak berbau emosi, tp air mata menggulir)
Tak pernah tidak songkok lekang dari kepala.
Songkok tinggalan arwah sering sy cium, bau kepala arwah lekat pd songkok
Dan sy takkan perduli dr mana asal songkok
rihal
Hahaha, 'rehal' pun berasal dari Parsi tahu tak? Saya ini PhD dalam bidang 'alam melayu', tentu ada sandaran saya. tapi ya, takkan semua saya nak beritahu di sini!
kadang orang xperlu ada phD utk tahu apa yg perlu dilaku kan.
Songkok tige jengkal tu orang Johor suke pakai.Buat Ghazal atau menari zapin. Zapin dan ghazal dari area2 arab tu jugak. Tapi budak2 sekarang pun bukan reti pakai songkok. Pegi jumaat pun teghang je kepala. Nak menikah pun dah tanak pakai songkok daahh..Modern kotemporari katenye. Abis dh tak pakai songkok,baju melayu pun tak pakai dah,pakai baju ala2 nehru seluar dengre. Sekali masa angkat nikah kadi tgk gambau masa nak sign borang ijau kadi sudah sound "Ni ape daaa nak isik borang nikah gambau kepala teghaang,ini ari x bole sign,pegi amik gambau balik pakai songkok". Tapi kire oklah protokol mengsyaratkan pakai songkok,kalu shah rukh pakai kopiah mcm tak masyuk pulak. Tapi kita ni mmg mcm tulah. Batik diorang mengklaim dari Indon,Songkok turun dari parsi,kain pelikat dgn the tarik mamak yg punye. Cobe nkauorang piker ape agak-agaknye yang mmg asalnye kite yg punye? Rasanye kopiah tu asal dari area2 afrikalah. Tgk yg moammar gadafi pakai tu ada mcm kopiah tak?
saya kurang setuju songkok berasal dari Iran.. songkok style Iran ni saya rasa hanya mula dipopularkan oleh kumpulan Raihan.. itupon kebanyakannya dibuat di republik Czech atau Cina.. songkok yg biasa orang Melayu pakai pula berasal daripada "fez", songkok orang Turki.
kopiah dan serban datang ke tanah melayu beratus tahun lebih awal daripada songkok, tapi akhirnya songkok yg menjadi pakaian tradisional Melayu mungkin sebab pengaruh Othmaniah pada masa itu..
Benda Parsi memang banyak masuk ke sini, antaranya kata. Contohnya, kata 'bius' (ubat yang boleh melalikan...) berasal daripada kata Parsi 'bi-hush' (pengsan, pitam, tidak sedarkan diri).
pandapat saya kalo dalam artikel dr ni lebih kepada kopiah. nampak proses pembuatannya lain.
saya berkopiah, songkok sekali saja masa akad nikah.
Salam.
Info menarik. Pemakainya nampak cantik dan bergaya.
Namun ............
Janganlah kita menjadi orang yang lahirnya nampak cantik dan saleh, namun batinnya tidak lebih dari makhluk buas yang rakus. Ketahuilah bahwa Allah SWT memasukkan manusia ke dalam surga karena kelurusan niatnya dan kebersihan batinnya.
Imam Ali as berkata, “Barangsiapa memperbaiki batinnya maka Allah akan memperbaiki lahirnya.”
Imam Muhammad al-Baqir as juga berkata, “Barangsiapa yang batinnya lebih bagus daripada lahirnya, maka ringan timbangannya.
salam Dr dan Rihal,
Benar, saya pon dah cuba carik sedikit sebanyak asal usul songkok, tapi dengan sumber saya yang terhad ni, maybe saya miss banyak benda. Saya rasa bertanya pakar(dalam hal ini Dr Faisal) juga adalah sebahagian dari pencarian ini.
Lagipon Dr Faisal yang mendakwa songkok dari Iran, maka sebetolnya lah beliau memberi bukti lebih lanjut tentang hal ini. Whoever makes a claim has to present the evidence.
Tapi terpulanglah kepada Dr jika beliau tidak mahu berkongsi maklumat.
Abdulla
Kalau dari Iran kenapa? Dah tak nak mengenakan songkok? Ya, saya tak mahu kongsi hahaha :)
Terima kasih.Info yang sangat menarik!Teruskan usaha Dr.
Dr,
Saya tak kesah pon dari mana, just kalau ada maklumat tu saya lebih suka nak confirm. itu sahaja :)
Memang makruf pon banyak benda alam Melayu ni datang dari luar, ye lah hasil proses globalisasi beratus tahun lamanya.
p/s saya mmg dah lame pon tak pakai songkok.sebelum tau ianya dari Iran lagi.lol
786/121.
Di Malaysia, kucing Parsi pun ada.
Hadis 'bapa kucing' pun ada.
lepas ni Dr. akan mendedahkan.. Bangsa Melayu berasal dari iran.. agama asal org melayu ialah Syiah.. tungguuu pendedahnya... hahaha
iskandar,
mazhab asal orang melayu memang syiah. sebelum bermazhab syiah mereka beragama budhha atau hindu. terlalu banyak bahan akademik mengenainya. jadi bukan pendedahan lagi kiranya. saudara sekolah di mana ya?
assalamualaikum
sekarang nih pun orang suka karpet.. best in the world adalah parsi.. lebih-lebih lagi pasu bunga orang cari dari parsi.. ibu saya antara peminat pasu bungan dari sana, katanya mereka punya pasu cantik dan berseni..
seperkara yang ingin sampaikan ialah dari teman saya.. tamadun kita adalah tamadun yang terlewat, parsi sudah wujud bersama sejak zamn rom lagi.. pernah digeruni dengan empayarnya yang besar..
songkok dtg ke alam melayu dari minangkabau...,sebab tulah tauke2 pembuat songkok adalah orang2 minang baik di m'sia atau pun di indonesia..songkok masuk ke semenanjung m'sia sekitar 1920an sebelum tu melayu pakai tanjak,semutar dll...
suka songkok dari kupiah...
songkok di alam melayu berasal dari minangkabau dan masuk ke semenanjung sekitar 1920an..sebelum tu melayu cuma pakai tanjak,semutar,destar dll...sbb tu lah kebanyakan pembuat songkok baik m'sia atau di indon dari keturunan minang sejak dulu sampai sekarang..tokoh agama dari minangkabau yg mempopularkan pemakaian songkok ini...buya hamka paling segak...
suka songkok dari kupiah...
Owh kisahnya begitu ya?
Jadi Minangkabau tu bukan alam Melayu lah kiranya? Agak-agak Minangkabau tu kalau bukan alam Melayu maka dari alam mana pula?
salah tulis zal..
minang memang alam melayu ...malah adat melayu..temenggung dan pepatih ..dua2 dari minangkabau..
maksud saya masuk ke tanah melayu(semenanjung)...songkok dtg ke minangkabau...x tau ambo dari mana?..mgkin dari parsi,gujerat,turki??...
Kalau geng Perkasa terbaca ni mahu tersedak diorang.
Tidak salah bertanya.Jangan bersangka orang yang bertanya tidak mengkaji.
Yang tidak mengkaji tetapi ia bagus sebab sekurangnya ia bertanya.
Yang mengkaji tetapi turut bertanya juga bagus sebab ia menambahkan ilmu baginya.
Yang tidak bagusnya "dengar dan terus telan".
bila tengok songkok je teringatkan Syiah sesat. Taknak sampai dengar perkataan Melayu je ingat syiah sesat jugak.
Salam.
LAGI HAPRAK DAN TERUK, BILA FIKIR SAHAJA NAK SESATKAN ORANG. JADI LEBIH BAIK JANGAN fikirlah KALAU BEGITU.
Post a Comment