KUALA LUMPUR, 25 Mac: Sebuah NGO hari ini menyarankan Raja Abdullah Saudi Arabia dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) mengeluarkan tentera mereka daripada Bahrain.
“Tiada sebarang sebab untuk mereka berada di sana,” kata S.M Mohamed Idris, Pengerusi Citizens International dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini.







Campurtangan pihak luar tidak perlu, kata Idris kerana Bahrain sekarang tiada mengalami sebarang kecaman luar, hanya beberapa protes dalaman oleh rakyat yang inginkan reformasi politik untuk menamatkan kerajaan kuno yang berdasarkan penguasaan keturunan.
Idris turut menyelar tindakan Raja Bahrain, Hamad bin Eisa Al Khalifa yang menggunakan kekerasan dan kekejaman sehingga ramai pendemo aman demokrasi terbunuh dan cedera.
“Beliau sepatutnya menggunakan dialog dengan pemimpin-pemimpin gerakan demokrasi untuk mewujudkan satu demokrasi berperlembagaan di Bahrain yang menjamin hak yang saksama untuk semua rakyat,” tambah Idris.
Idris turut menyifatkan kenyataan Raja Hamad yang mengaitkan demo aman menuntut demokrasi dengan satu plot peringkat antarabangsa sebagai tidak berasas apabila beliau sendiri memberikan lampu hijau kepada tentera Saudi untuk campur tangan.
“Kenyataannya langsung tidak berasas, dan ia sebenarnya ditujukan terhadap Iran untuk mengalihkan perhatian sedangkan masalah sebenar wujudnya protes ialah rasuah, kurangnya demokrasi dan pencabulan hak asasi manusia yang serius oleh regim beliau,” selar Idris.
Idris turut menambah bahawa Raja Hamad tidak boleh lagi meneruskan pembohongan kepada rakyat Arab dengan menuding jari kepada Iran untuk kebangkitan rakyat di sekitar dunia Arab untuk kebebasan dan demokrasi.
“Mereka tidak boleh lagi memainkan perbezaan sektarian untuk mengekalkan rakyat supaya terus berpecah bagi mengekalkan regim mereka yang tidak sah. Puak Sunni dan Shiah ialah satu iaitu Muslim dan bersama menuntut penamatan kuasa diktator dan penguasaan secara keturunan untuk kebebasan, demokrasi dan keadilan,” kata Idris.
Dengan mengambil contoh kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia, Idris memberikan amaran bahawa kebangkitan rakyat terhadap diktator-diktator Arab serta raja-raja mengikut keturunan yang lain yang tidak mengendahkan suara rakyat akan menyebabkan mereka ini dihancurkan sebagai sampah sejarah.
“Kita menyeru rakyat Malaysia dan semua yang lain menghargai kebebasan dan demokrasi, di mana mereka berada untuk menyokong perjuangan rakyat Bahrain, Saudi Arabia dan negara Arab yang lain untuk kebebasan, demokrasi dan keadilan,” seru Idris.-HD
“Tiada sebarang sebab untuk mereka berada di sana,” kata S.M Mohamed Idris, Pengerusi Citizens International dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini.







Jenazah Hani Abdul Aziz,
menurut Qaradhawi 'ana tak tahu, ana tak tahu' (sini).
menurut Qaradhawi 'ana tak tahu, ana tak tahu' (sini).
Campurtangan pihak luar tidak perlu, kata Idris kerana Bahrain sekarang tiada mengalami sebarang kecaman luar, hanya beberapa protes dalaman oleh rakyat yang inginkan reformasi politik untuk menamatkan kerajaan kuno yang berdasarkan penguasaan keturunan.
Idris turut menyelar tindakan Raja Bahrain, Hamad bin Eisa Al Khalifa yang menggunakan kekerasan dan kekejaman sehingga ramai pendemo aman demokrasi terbunuh dan cedera.
“Beliau sepatutnya menggunakan dialog dengan pemimpin-pemimpin gerakan demokrasi untuk mewujudkan satu demokrasi berperlembagaan di Bahrain yang menjamin hak yang saksama untuk semua rakyat,” tambah Idris.
Idris turut menyifatkan kenyataan Raja Hamad yang mengaitkan demo aman menuntut demokrasi dengan satu plot peringkat antarabangsa sebagai tidak berasas apabila beliau sendiri memberikan lampu hijau kepada tentera Saudi untuk campur tangan.
“Kenyataannya langsung tidak berasas, dan ia sebenarnya ditujukan terhadap Iran untuk mengalihkan perhatian sedangkan masalah sebenar wujudnya protes ialah rasuah, kurangnya demokrasi dan pencabulan hak asasi manusia yang serius oleh regim beliau,” selar Idris.
Idris turut menambah bahawa Raja Hamad tidak boleh lagi meneruskan pembohongan kepada rakyat Arab dengan menuding jari kepada Iran untuk kebangkitan rakyat di sekitar dunia Arab untuk kebebasan dan demokrasi.
“Mereka tidak boleh lagi memainkan perbezaan sektarian untuk mengekalkan rakyat supaya terus berpecah bagi mengekalkan regim mereka yang tidak sah. Puak Sunni dan Shiah ialah satu iaitu Muslim dan bersama menuntut penamatan kuasa diktator dan penguasaan secara keturunan untuk kebebasan, demokrasi dan keadilan,” kata Idris.Dengan mengambil contoh kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia, Idris memberikan amaran bahawa kebangkitan rakyat terhadap diktator-diktator Arab serta raja-raja mengikut keturunan yang lain yang tidak mengendahkan suara rakyat akan menyebabkan mereka ini dihancurkan sebagai sampah sejarah.
“Kita menyeru rakyat Malaysia dan semua yang lain menghargai kebebasan dan demokrasi, di mana mereka berada untuk menyokong perjuangan rakyat Bahrain, Saudi Arabia dan negara Arab yang lain untuk kebebasan, demokrasi dan keadilan,” seru Idris.-HD



11 comments:
Salam.
Membunuh? Kejahatan apakah ini?
Membunuh seorang manusia dengan tanpa orang itu melakukan kesalahan, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya. Dan Al-Quran menyebutnya sebagai seorang pembunuh, dan seorang pembunuh tempat kembalinya adalah neraka Jahanam.
Firman Allah SWT:
Barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan karena orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan karena membuat kerusakan dimuka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya. [al-Maidah:32]
Dan barangsiapa yang membunuh seorang mu'min dengan sengaja maka balasannya ialah Jahannam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya. [an-Nisa’:93]
Mampukah kia menjawab, dan apakah jawapan kita nanti diterima di mahkamah keadilan Allah: "Ana Tak Tahu! Ana Tak Tahu!"
Dia ni lagi bagus dari Najib. Kenapa tak orang macam ni yang jadi PM? [mengeluh..]
assallamualaikum...demokrasi tanpa kesantunan akhlak dan budi pekerti hanya mewarisi kebejatan dipersekitaranya.
Pemerintah mesti didokong dengan kebijakan minda tanpa menyakiti dan merusakan persekitaranya.
Mengembangkan ideologi mesti teguh dengan adab dan kesopanan untuk diteladani . Usah pinggirkan persaudaraan dan kekalkan persahabatan untuk terus mendepani kemuliaannya .
Beruntung sungguh Malaysia masih mampu kekalkan ketenteraman dan keamanan , jesteru ilmuan perlu menyedari ruang itu untuk memuliakan tujahan dan jajaran . Usah rusakan minda dengan dokongan diluar tanpa mengkaji kesan dan akibatnya terhadap negara sendiri . Kekuatan dan kebenaran mesti dirincikan kewibawaan untuk pedoman semua cendikiawan dan ilmuan . Insyallah ..MUBARAK.
'Sectarian strife' adalah permainan musuh Islam,(US+zionis) untuk memecah-belah Islam.
Perhatikan video di bawah, pada minit 2.00 ke atas:
http://www.youtube.com/watch?v=v4hEoryQx2I
"Now it seems the reunite of shiites and sunnis,it will turn the arab & Islamic world against us (western)."
..dan mereka akan hilang kuasa mengawal..
"One Ring to rule them all, One Ring to find them,
One Ring to bring them all and in the darkness bind them."
kalaulah dunia Islam sedar..
Semalam 17 orang mati. Hari tu berpuluh2.
Kebangkitan ini adalah kebangkitan api dalam sekam. Peringatan kepada mereka yang berkuasa tetapi zalim, di mana jua anda berada!
Malang sungguh Sunni yg diperalatkan wahabi kononnya mereka boleh bersatu untuk menghapuskan Syiah dari muka bumi ini walhal Wahabi itu jugalah yg akan membunuh mereka suatu hari nanti. Nantikan sahaja wahai al-Sufyani & pendokongnya bahawa tentera al-Hasyimi pastinya akan tiba suatu hari nanti.
Wadi: "demokrasi tanpa kesantunan akhlak dan budi pekerti hanya mewarisi kebejatan dipersekitaranya.
Pemerintah mesti didokong dengan kebijakan minda tanpa menyakiti dan merusakan persekitaranya. ..."
Bahrain bukan negara demokrasi......rakyat tuntut demokrasi....raja panggil wahabi arab bunuh rakyat sendiri...itu pun tak faham ke macam Qardhawi jugak...
nak kena pakai santun-santun ke...dah kena bunuh macam haiwan...nak kena dokong ke?
Di Syiria. Yg mati tu.
Perang mata wang Iran-AS:
TINDAKAN Iran mengumumkan rancangannya untuk menamatkan semua urus niaga minyak dalam dolar Amerika tentunya meremangkan bulu roma masyarakat antarabangsa.
Ia seolah-olah memberikan isyarat bahawa perang semakin hampir. Ini kerana jika diteliti apa yang dilakukan Iran sekarang boleh mencetuskan persengketaan terbuka dengan Amerika Syarikat (AS).
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0417&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm
p/s:..maka dengan itu, US mengambil kesempatan dari krisis dunia arab dengan mewar2kan isu:
1. revolusi syiah (bahrain) = iran dalang
2. bermain isu sunni VS syiah
2 elemen ni sudah boleh 'merasionalkan' dunia Islam utk menentang Iran. Nampaknya, US mmg betul2 memperalat 'puppet2' mereka di klgn dunia pemerintah negara2 Islam/dunia arab.
assalamualaikum..
wadi : antara malaysia dan bahrain sebenarnya hampir sama.. cuma mereka lebih berani memperjuangkan hak mereka yang ditindas oleh pemerintah dan kita tidak diceritakan dengan kebenaran yang berlaku di sana.. lihatlah apa yang terjadi pada mereka yang cuma meminta hak mereka dikembalikan.. saudara kena ingat pemerintah beraja di bahrain cuma berusia 200 tahun.. kesetian bagaimana yang saudara maksudkan?
Post a Comment