24 March 2011

Alhamdulillah, Ikhwanul Muslimin Tampar Qaradhawi

Laman web rasmi Ikhwanul Muslimin, termasuk dalam bahasa Inggeris, klik sini, mengeluarkan satu kenyataan Dr. Salah Ali (salah seorang pemimpin Ikhwanul Muslimin) yang menyokong tuntutan rakyat Bahrain terhadap pemerintah di sana.

Bukan itu sahaja Ikhwanul Muslimin menyatakan isu mazhab akan membolehkan campur tangan kuasa asing di sesebuah negara Islam: "would ignite strife, threaten national unity, and provide a pretext for foreign interventions." (lihat sini). Minggu lalu Bahrain diceroboh oleh kuasa asing yang bertujuan untuk menghancurkan kebangkitan rakyat.

Tidak cukup dengan satu tamparan buat Qaradhawi, Ikhwanul Muslimin sebenarnya telah menolak 'kejumudan atas nama mazhab' awal-awal lagi. Hal ini sejajar dengan tindakan cabang Ikhwanul Muslimin di Bahrain. Ketuanya, Abdel Latif Mahmood, menyatakan perpaduan dan persamaan tindakan dengan masyarakat Syiah Bahrain dalam usaha menjatuhkan pemerintahan regim Khalifa (lihat sini). 10 Mac lalu sunni dan syiah Bahrain membentuk pakatan yang dinamakan National Unity Gathering iaitu sebelum masuknya tentera Saudi menceroboh Bahrain.

Selepas keganasan berlaku di Manama, khususnya di Bulatan Lu'lu, Qaradhawi telah mengeluarkan kenyataan seolah-olah beliau jahil apa yang berlaku: “There is no people’s revolution in Bahrain but a sectarian one. what is happening is not like what has happened in Egypt, Tunisia and Libya, but it is the empowerment of some factions via foreign forces on others; thereby it does not include the demands of all of the Bahraini people (sumber di sini). Qaradhawi juga (mungkin) memuaskan hati zionis dengan menganggap apa yang berlaku di Bahrain sebagai 'kemazhaban' atau satu kebangkitan mazhab. Beliau turut berpura-pura tidak tahu apa yang berlaku dengan menyatakan - “For this reason I did not address the Bahraini revolution, because I could not find myself free, and I don’t have the enough information on what is happening.” (lihat sini). Kenyataan Qaradhawi ini aneh kerana pembunuhan ke atas rakyat Bahrain berlaku terang-terangan.

Qaradhawi di usia mudanya pernah terlibat dengan Ikhwanul Muslimin, bagaimanapun di usia hujung 80an kenyataan-kenyataan beliau dilihat bercanggah dengan aspirasi Islam sebenar setelah menetap di Qatar dalam keadaan empuk. Beliau pernah menerima anugerah dan penghargaan dari kerajaan Saudi dan Malaysia. Hal tersebut (mungkin) menjelaskan mengapa beliau bersikap sedemikian. Selain itu, anak lelaki Qaradhawi, Abdurrahman Yusuf al-Qaradawi, seorang penyair terkenal adalah seorang syiah (sini).

28 comments:

Muntazhar said...

jgn sekadar tampar... baling dgn terompah jamban sekali....

nur zahra mustafa said...

Qardhawi itu: Nabi SAW bersabda, "Hati anak Adam berada di antara dua jari Yang Maha Penyayang. Dia balikkan ke arah mana yang Dia kehendaki."

mohd ihsam zainuddin said...

jenis ulamak makan rasuah jugak si yusuf qardhawi ni !

Hamba Ilahi said...

wakil Ikhwan bukan saja tidak menampar, tidak juga melemparkan kata-kata kesat seperti memiliki hati yang penuh kesumat dan keji, bahkan langsung tidak menyebut nama Dr Qardhawi atau membayangkan tentang beliau..

Dr Faisal Tehrani (tanpa sengaja nama tuan terberada di bawah daripada nama Dr Qardhawi), kenapa sesetengah orang suka menambah-nambah dalam bercerita?

adakah agar ceritanya laris?

atau supaya timbul kebencian kepada pihak yang lain?

mutiara said...

harap dapat dijernihkan hubungan sesama muslim
berhati-hati bila berkata mengenai
ulama
semoga sunnah dan syiah dapat dijernihkan dengan hikmah
semoga apa jua yang diperjuangkan
umat muslim seluruhnya mendapat redha
darinya..Allah maha esa..
Al-fatihah

Mohamadazhan hjDesa said...

jangan bersangka buruk terhadap ulama, siapa kita nak pertiai para ulama. quran pun tak hafal,bahasa arab pun tergagap2...

firassinar said...

Alhamdulillah, Ikhwan telah menunjuk cara bersaudara sesama muslim.Tapi ingat ye! harap2 semua perasan disisi kita pula ada ulama su..bisu gaknye.Mungkin berpegang teguh dengan sebuah hadis "diam lebih baik dari berkata-kata".Namun dalam diam mereka inginkan berbicara dengan bukan berkata-kata kerajaan perpaduan dengan di sulam bicara demokrasi,demokerasi and then demo kasi,sayup-sayup juga aku mendengar bunyi sebegini.. KERA JAANG BERBAJU WANG!DEMO KASI!.

Maaf kata terkasar bahasa,dalam massa di hari ini tekun memfokuskan isu antarabangsa yang mampu merubah lanskap politik dunia di hari ini namun tidak pula pada ulama2 semalaysia yang asyik masyuk dengan pilihanraya yang tak kesudahan.
Walaupun sudah terbukti Islam tidak tertegak dengan pilihanhanturaya tapi insyallah di atas jalan raya.(tetiba gegendangku terdengar orang itu berkata tiada lagi saman ekor jika esok kami dapat memerintah, aduhai! apa mau crita tikam nombor ekor sudah ada).

AlMulk said...

Bismilla Hirrahman Nirrahim

an-Nisa`: 93
“Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah jahannam, ia KEKAL di dalamnya, dan Allah murka kepadanya, mengutuknya, serta menyediakan azab yang besar baginya.”

[7:179-186]
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.Dan di antara orang-orang yang Kami ciptakan itu, ada satu umat yang memberi petunjuk dengan kebenaran, dan dengannya mereka menjalankan keadilan.Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya.Dan Aku memberi tempoh kepada mereka; sesungguhnya rancangan balasanKu amatlah teguh.Patutkah mereka (ingkar dan) tidak mahu memikirkan (dengan fikiran yang siuman bahawa) sahabat mereka (Muhammad) tidak sekali-kali mengidap penyakit gila (sebagaimana yang mereka tuduh itu), bahkan ia hanyalah seorang (Pesuruh Allah) yang memberi amaran yang jelas. Patutkah mereka (membutakan mata) tidak mahu memperhatikan alam langit dan bumi dan segala yang diciptakan oleh Allah, dan (memikirkan) bahawa harus telah dekat ajal kebinasaan mereka? Maka kepada perkataan yang mana lagi sesudah (datangnya Kalamullah Al-Quran) itu mereka mahu beriman? Sesiapa yang disesatkan oleh Allah (kerana keingkarannya), maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat memberi petunjuk kepadanya; dan Allah membiarkan mereka meraba-raba (dengan bingung) dalam kesesatan mereka.

http://www.shia-explained.com/my/archives/998

nama aku din said...

ek-ele...engkau tu dok kutuk Qardhawi pasal dia anti syiah, bayangkan kalu syiah merintah Bahrain..... tuduh org tu makan rasuah konon. Iran pengekspot dadah tu ko tak nampak ker?? Iran tu patut baling dgn selipar jamban...

Islam Muhammadi said...

Salam.

Jadilah diri kita pencari kebenaran dan petunjuk. Pastikan diri kita sentiasa condong bersama kebenaran dan petunjuk itu berada.

Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu Al Kitab (Al Qur'an) untuk manusia dengan membawa kebenaran; siapa yang mendapat petunjuk maka (petunjuk itu) untuk dirinya sendiri, dan siapa yang sesat maka sesungguhnya dia semata-mata sesat buat (kerugian) dirinya sendiri, dan kamu sekali-kali bukanlah orang yang bertanggung jawab terhadap mereka.” [39:41]

.::: mr IQ :::. said...

wo.. sedapnye mengata kat ulamak..
takpe lah, mungkin anda (ihsan) seorang lebih bijak...

mohd said...

1) akhirnya masyarakat tahu siapa sebenar Yusuf Qaradhawi yg diagung2kan oleh si Anuar Ibrahim...
2) tak heran lah dgn apa yg berlaku pada Anuar skrg.... Video panas...
3) manusia blh berubah krn pangkat, glamor, harta, pengaruh & pengikut...

Islam Muhammadi said...

Salam.

Imam Ali as berkata, “Berpikir mendatangkan hikmah.”

Salah satu sifat orang berakal adalah tidak memulai suatu perbuatan kecuali setelah memikirkannya, supaya perbuatannya itu mendatangkan hasil yang positif.

Sebaliknya, salah satu sifat orang bodoh adalah memulai suatu perbuatan tanpa berpikir terlebih dahulu, atau hanya berfikir sepintas lalu, sehingga kerananya hasil perbuatannya menjadi negatif.

Dr Faisal Tehrani said...

Mr IQ

Ulama seperti ini wajib dikata-kata. Mungkin saudara perku mengkaji semula terminologi ilmu itu apa.

mohamad azhan, yang membunuh Saidina Husin cucu nabi saudara tahu siapa orangnya? Dia menghafal al-Quran. Begitu juga yang membunuh Saidina Ali. Mahir bahasa arab dan menjadi hafiz bukan ukuran kebenaran.

hiri said...

786/121.

Kita semua kena berhati-hati kerana iblis pun hafiz quran, serigala berbulu biri-biri, sipencuri berbaju sufi.

Tukang Kayu said...

mr IQ menulis:

wo.. sedapnye mengata kat ulamak..
takpe lah, mungkin anda (ihsan) seorang lebih bijak...

Pertama sekali, saya berharap mr IQ memanfaatkan huruf "IQ" itu.

Kebijaksanaan seseorang diukur berdasarkan bagaimana dia memanfaatkan akalnya untuk membedakan mana yang hak dan batil. Bukan mengukur kenyataan seseorang hanya kerna dia seorang ilmuan tinggi, fasih bahasa arab dan sebagainya.

Ingat, ulama sering diibaratkan pewaris nabi. Maka, apabila dikatakan seorang pewaris nabi, hendaklah segala akhlak dan kenyataan berdasarkan akhlak nabi. Nabi tidak membezakan sesuatu puak, tapi jika ulama membezakan mengikut puak, apa pantas masih diukur sebagai pewaris nabi?

Bagi kes Qardawi, saya kira, cukuplah kita hanya mengkritik pendapatnya dan bukan kepada susuknya. Asif.

Ain said...

Syukur Ikhwanul Muslimin bertindak tegas dlm hal ini. Saya sangat menghormati pengasasnya, as-syahid Imam Hassan Al-Banna. Adalah menyedihkan sekiranya generasi terkemudian Ikwanul Muslimin mencemarkan nama baik gerakan yg dibina atas asas persaudaraan ini dengan kenyataan-kenyataan berbaur kemazhaban..

Sekak Hassan said...

Qaradhawi tu tak silap salah seorang mentor Ikhwanul Muslimin kan? tapi itu tak menghalang IM drpd mengeluarkan kenyataan yg bercanggah dengan mentornya.. pengajaran buat PAS, jangan la taksub sangat dengan TG Nik Aziz...

hellmy said...

Nik Aziz tu wahabi nyanyuk he he

Analisis said...

Sama-samalah kita beringat supaya jangan mengeksploitasi imej 'ulama' untuk kepentingan diri. Janganlah menjual Islam untuk keuntungan dunia yang sedikit.

aat @ paat said...

mohd, tiada kaitannya yusuf qardhawi dgn anwar ibrahim.. mereka masih org yg tggi ilmunya & wajar kita hormati atas amal & perjuangan mereka thadap Islam..

namun sy sgt kagum dgn ikhwanul muslimin dr dlu hingga skrg, mereka mmpu bsuara bdasarkan rasional pmikiran tanpa mengira perbedaan mazhab. mereka melambangkn suara majoriti sunni..

.::: mr IQ :::. said...

"wakil Ikhwan bukan saja tidak menampar, tidak juga melemparkan kata-kata kesat seperti memiliki hati yang penuh kesumat dan keji, bahkan langsung tidak menyebut nama Dr Qardhawi atau membayangkan tentang beliau..

Dr Faisal Tehrani (tanpa sengaja nama tuan terberada di bawah daripada nama Dr Qardhawi), kenapa sesetengah orang suka menambah-nambah dalam bercerita?

adakah agar ceritanya laris?

atau supaya timbul kebencian kepada pihak yang lain?"

Saya setuju dgn komen Hamba Ilahi.
Saya tidak faham sebenarnya apa yg cuba dibentangkan disini, ia bukan satu post pasal perpaduan, tapi adalah post berbentuk kebencian. Lihat sajalah pada pengkomen kat sini, mula kutuk mengutuk fitnah menfitnah ulama.

Anda tidak sempurna, penulisan anda pun bisa tersasar dari jalan hikmah. Ulamak juga manusia, bisa saja dia tersilap (mungkin) juga.

(Atau mungkin berita itu yang tersilap. Ah, mungkin juga berita itu adalah agenda memburukkan ulamak ataupun ikhwan? Mungkin juga agenda perpecahan, sape tahu)

kepada Tukang Kayu
saya tidak maksudkan IQ itu sebagai 'IQ' yg saudara maksudkan. Itu hanya nama pena, dan bukan menunjukkan saya pandai...
(maafkan saya sebab saya kurang ilmu, mohon tunjuk ajar)

sinach zawawi said...

org bahrain demo untk keamanan tanpa fikir mazhab tp ade antara kita di sini xhenti2 mengambil peluang utk memburukkn mazhab tertentu. n call themselves pejuang kesatuan ummah. hak tuih!

takde tampar sesapa laaa..read between the lines. or u just want to create more gaps btwn sunni n syiah ere.pls stop.

my doa to Bahrain.

Ibnu Mohamad said...

my opinion: Dr.Qardhawi bukan tidak menyokong kebangkitan rakyat utk menentang pmimipin zalim pastinya dia amat menyokong,lihat yg sblum2 ini tp beliau melihat kebangkitan di bahrain tidak sama. mungkin ulama' yg berfikiran hebat ini tidak ingin membuat keputusan yg terburu-buru (kita tau kan camne kritikalnya pemikiran beliau terhadap sesuatu isu), mgkin sbb (my opinion) takut ada yg menggunakan peluang 'musim kebangkitan' ini utk menaikkan kumpulan mereka atas nama "kebangkitan rakyat".
"Qaradawi said that he is not against Shiites, but he is against zealots, and against divisiveness and the empowering of one faction against another.

He also described the protests by the Shiites as not so ‘peaceful’. He said that “the Shiites attacked Sunnis, and took over their mosques, and used weapons just like the hooligans we saw in Yemen and Egypt.”

“For this reason I did not address the Bahraini revolution, because I could not find myself free, and I don’t have the enough information on what is happening.”
ana quote ayat yg lebih jelas menunjukkan pendirian IM yg dikatakn berbeza dr dr.Q.

"The Muslim Brotherhood in Egypt on Wednesday called on Bahraini authorities to listen to the demands of the people. It also criticized authorities for painting demands for political and constitutional reform as sectarian issues."

tp yg jelasnya,pndangan Dr.Q adalah peribdi beliau... dan rasa2nya kita xbleh utk menyalahkan mana2 pihak pun.. yg ana nmpak kedua2 pandangan ada pros & cons.
Apa2 pun,pndangan dr.Q haruslah diambil kira dan mgkin ni jgk strategi IM,sapa tau?? sbb pndngan dr.Q akan menyebabkan kita berhati2 dan pandangan IM dilihat lebih menyokong rakyat dan neutral utk tidak ada tuduhan liar utk IM yg jelas kedua2nya adalah baik utk umat.

dan IM ada menyediakan cadangan alternative utk isu ini iaitu "The Brotherhood also called on the authorities to “adopt the principle of dialogue to resolve problems in a context of Islamic brotherhood, national unity and kinsmanship." seolah IM mengambil berat akan kenyataan dr.Q Wallahua'lam.

Ibnu Mohamad said...

cukup geram terhadap individu2 yg cukup mudah menghina ulama'!! sape kita nak hina ulama'?? cuba tgk balik sumbangan2 ulama' terhadap Islam,terutamanya DR.Yusof Qaradhawi sendiri. mudah2 je kita nak ngata kat ulama'.. Klaw ada ulama' yg silap pun,bukan hak kita nak mengata lebih2.

Dr Faisal Tehrani said...

Ibnu Muhamad
1. Sedang melakukan bid'ah besar, memaksumkan manusia bernama Qaradhawi.
2. Sinach, doa untuk Bahrain tu bagaimana? Duta Bahrain yang yahudi di Washington tu pun doa untuk Bahrain juga. Tiada siapa memburukkan mazhab sunni. tugas saya stop creating false narratives about Shia. sunni syiah tak ada masalah. yang bermasalah ialah wahabi.

sinach zawawi said...

FT,
my doa to bahrain as a whole.be a country that meet barakah.which means against all those munafiq.same as i say my doa to malaysia.

i know u want to stop negative in syia. n i support it wholeheartedly.but what i see nowadays u create more negativity on sunni and certain people,believe it or not. i expect u can come out with balance article as u want to create a unite ummah, i assume.yes,some parties do stir lots of negative towards shia.but do u want to be like them?lets put something that can unite muslim despite their sect.

are u happy when people here tuduh sana sini?sana wahabi,sini rasuah.u make they comment like that. if u happy,i rest my case.

may Allah guide all of us.

sahabat said...

si Luncai terjun bersama labunya....
tenggelamlah luncai..... bersama Qardawinya....

ingatlah....

An-Nisaa [93] Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Neraka Jahannam, kekal (lama) dia di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.

jika pun tidak sengaja sekalipun mampukah kamu mendapatkan maaf dari mereka???

An-Nisaa [92] Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain, kecuali dengan tidak sengaja dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan tidak sengaja, maka (wajiblah dia membayar kaffarah) dengan memerdekakan seorang hamba yang beriman serta membayar “diat” (denda ganti nyawa) yang diserahkan kepada ahlinya (keluarga si mati), kecuali jika mereka sedekahkan (memaafkannya)…