


Namanya 'Aklas Miah'. Saya difahamkan beliau seorang sunni (mazhabnya tidak penting sebenarnya akan tetapi oleh kerana ada dakwaan apa yang berlaku di Bahrain adalah sesuatu yang kemazhaban maka saya nyatakan juga di sini dengan rasa berat). Berasal dari Sylhet Gulap Gong, Bangladesh. Beliau tiba di Bahrain untuk bekerja sejak 31 tahun lalu. Usianya 50 tahun. Punya tiga orang anak perempuan. Yang paling tua berusia 14 tahun. Yang bongsu berusia 4 tahun.
'Aklas Miah' ikut sama menyatakan perasaannya pada 14 Mac lalu. Menurut beliau, hak manusia harus dibela dan ikut sama diperjuangkan.
Dan pada 14 Mac itu juga, beliau rebah tidak jauh dari Ahmed al-Farhan setelah diserang hendap penembak tepat. Beliau tidak sempat dibawa ke hospital di Sitrah kerana pasukan perubatan Bahrain dihalang dari mendekati dan mengambil mereka yang cedera.
'Aklas Miah' ikut sama menyatakan perasaannya pada 14 Mac lalu. Menurut beliau, hak manusia harus dibela dan ikut sama diperjuangkan.
Dan pada 14 Mac itu juga, beliau rebah tidak jauh dari Ahmed al-Farhan setelah diserang hendap penembak tepat. Beliau tidak sempat dibawa ke hospital di Sitrah kerana pasukan perubatan Bahrain dihalang dari mendekati dan mengambil mereka yang cedera.



14 comments:
Salam Dr,
Ngeri tengok gambar ni..
Salawat !
EMC
Wahai orang Islam! Adakah kamu masih buta?
bila nyawa sesama muslim dihalalkan
apa lagi yang tinggal mungkinkah ini
message yang cuba disampaikan oleh
filem 2012..muslim diperangi secara
terang terangan termasuk dari orang
muslim sendiri..kiamat 2012 munkinkah
message perang keatas muslim sebenarnya...
bila nyawa sesama muslim dihalalkan
apa lagi yang tinggal mungkinkah ini
message yang cuba disampaikan oleh
filem 2012..muslim diperangi secara
terang terangan termasuk dari orang
muslim sendiri..kiamat 2012 munkinkah
message perang keatas muslim sebenarnya...
~ Ya Allah...~
assalamualaikum,
sedih bile org membuat tanggapan bahawe bile mangse nye sunni, maka pembunuhannye pasti syiah...
lebih2 lagi bile ayat sebegini dikeluarkan oleh org yg dipandang masyarakat sbagai tokoh yg berilmu.
adakah org2 sebegini menghrapkan pepecahan atau mereka berlaku zalim kerena membenci syiah, itu hanya mereka saja dapat menjawab nye.
Allahuakbar..betapa "beruntungnya" kita hidup di Malaysia. Tiada perpecahan, dan rusuhan melampau. Meskipun komposisi Muslim hanya sekitar 60%, namun kita Muslim di sini hidup tanpa perbalahan dengan agamis lain, mahupun sekte dalam kalangan kita.
Adakah ini (rusuhan Bahrain,Oman)kesudahan bagi semua negara yang menghalalkan lebih dari satu mazhab?
Dengan itu; saya terfikir, adakah tindakan menghalang perkembangan mazhab lain di negara kita benar-benar suatu kesalahan?
Sekadar meminta pendapat..
Ibnu Yunus,
Sdr menulis macam jahil isi ayat al-Quran dan hadis. Macam tak faham sejarah mazhab dan kedudukan Bahrain.
Encik Ibnu Yunus,
You still cannot read between the line right ! Awak baru keluar dari mana ?
Ini bukan pasal perbezaan mazhab. Ini sesungguhnya alasan semata mata untuk Raja Bharain, Arab Saudi, USA, Israel untuk membantai orang-orang Islam.
Faham ?!
Bila membaca berita hari ini sila buka minda anda seluas-luasnya.
Ibnu Yusuf,
Kamu ini sungguh 'meletihkan' ..... sbb kena turun ke basement untuk melayan kamu.
ibnu yunus sungguh kasihan..
yer mnghalang prkembangan mazhab dlm satu negara adlah satu KESALAHAN..kenapa anda tidak boleh berfikir tentang kedudukan saudara kita di Bahrain..??
bagi sy, ini adalah peristiwa/isu pembantaian umat Islam yg nyata, bukan pasal mazhab atau apa2.
Kita akan hidup aman sampai dunia di dah takda. Takde perang, takde angkat senjata, takde kebangkitan, takde revolusi, takde tertindas, takde penindas, takde isa, dan takde mahdi.
la shia la sunni. Tegakkanlah 'Justice' dan berikanlah hak-hak mereka.No one above this 'Universal Law'
Post a Comment