24 March 2011

Adakah Kelibat Penunjuk Perasaan Bahrain Ini Seperti Teroris?

Malam tadi penunjuk perasaan di Sitrah, Bahrain keluar ke jalan raya untuk mengenang terkorbannya seorang penunjuk perasaan bernama Issa Abdali Rabih. Tengok wajah dan kelibat mereka elok-elok. Saya berpandangan pemimpin negara kita melakukan kesilapan apabila mengatakan penunjuk perasaan ini adalah pengganas ketika bertemu dengan utusan khas kerajaan Saudi, Putera Bandar Sultan Abdulaziz Al-Saud, kata PM: "Kami menyokong penuh semua keputusan yang diambil oleh GCC yang bertujuan menjaga kestabilan dan keselamatan di rantau itu bagi memastikan keamanan dan keharmonian rakyat mereka. Malaysia mengutuk sebarang kumpulan berkaitan pengganas yang merosakkan kestabilan dan keselamatan negara."

























Tidaklah menuduh tetapi kenyataan PM tersebut dibuat setelah PetroSaudi menyalurkan keuntungan tunai tambahan sebanyak US$8.15 juta kepada 1Malaysia Develoment Berhad (1MDB). Kasihanilah orang yang tertindas, tidak kira kita berbeza mazhab atau agama sekalipun. Inilah washatiyyah yang sebenar-benar.

Datuk Seri yang budiman, isu ini lebih besar dari kebangkitan rakyat atau mazhab. Bahrain is one of the few Arab nations that gives entry to Israeli citizens. Pada tahun 2008, rajanya telah mempelawa yahudi 'pulang' ke Bahrain. Seorang aktivis yahudi, Natan Aloof, memberi respon atas pelawaan itu: "This king loves Jews; therefore, he asked the Jews living in Bahrain to request Jews living in Israel to return. There are two reasons for it, one is lip service or to emphasize his love to the Jews there," Lihat: http://www.israelnationalnews.com/News/News.aspx/127201. Houda Ezra Nonoo duta Bahrain ke Washington D.C juga adalah seorang Yahudi.

Saya berpendapat pandangan pemimpin Turki, Erdogan, lebih matang dan berkecuali. "Our stance is clear. We do not support oil wells; we support people, we support nations, we support democracy, we support peace, we support brotherhood. We scream out loud that a brother should not kill his brother."

Berhati-hatilah melangkah meletakkan Malaysia di peta dunia.

14 comments:

nur zahra mustafa said...

Bukankah sudah diketahui: Pemimpin kita ini hanyalah patung wayang kulit yang dimainkan oleh dalang pada kelir...tak ada pendirian!

TeratoMan said...

Kalaulah mereka teroris pun, mereka adalah teroris yg paling cun! (Merujuk gambar pertama)Tetapi jelas nyata mereka bukan.

Sememangnya bersangka buruk sesama saudara seIslam sekarang ini sudah semakin menakutkan.

Zuljanah said...

Mungkin betul kata orang.

Di akhir zaman ni memamg payah untuk membezakan antara yg baik dan yg jahat.

Mungkin yg pegang senjata dan bunuh orang tu hati dia baik...., dan yang pegang lilin tu walaupun kanak2 berhati jahat.
Lebih-lebih lagi kalau syiah, confirm lebih jahat daripada zionis. Halal darah mereka !

RayyanZilfi said...

nur zahra,
siapa 'tuk dalang' dan siapa 'patung wayang kulit',...yg kerjanya mengikut shj, ke timur utara ke mana jua.. rasanya 1Malaysia dh tau kan!.

Adilla Harun said...

Rentan sudahkah pemikiran manusia kini? Malang sungguh! Kenyataan sedemikian berdasarkan? Terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata?

ZahraHussainy said...

Kalau masih terus menganggap bahawa revolusi bahrain adalah kebangkitan mazhab, maka teruskanlah anggapapan itu..

Apa terjadi hasilnya ialah menampakkan satu planet ini hanya terpecah kepada 2 pihak.. Syiah VS SEKUTU IBLIS..

Yang berbangga dengan Qardawi pun rasanya dah malu dgn apa yang telah dia katakan.. Apa yang nak dibangga lagi? Israel rampas Palestin, suaranya sekadar di meja2 rundingan dan selepas itu NOTHING..!! Di Bahrain, cepat saja nak dibunuh.. Siap support tentera lagi wahabi laknat nih.. Tinggallah Iran..

Jadi, wahabi ni taklah bodoh, yang bodohnya adalah pengikut wahabi.. BODOH MAHA BESAR !!

xara said...

tuan, membakar lilin untuk berkabung itu menyerupai perbuatan orang bukan islam, ianya perbuatan yang sesat. Maka yang diperangi itu adalah daripada golongan yang sesat. Tidak salah untuk kita memerangi dan menumpahkan darah mereka.

ya, nanti akan ada yang bercakap begitu :)

Annabilah said...

Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) tells Bahrain to listen to its people:

"....The group warned that turning the political unrest into sectarian issues "would ignite strife, threaten national unity, and provide a pretext for foreign interventions."

http://www.almasryalyoum.com/en/node/371323

agak bercanggah dgn salah seorang 'ahli' (atau bekas) Ikhwanul Muslimin....hmmmm~

fakhrul said...

aduh malunya

Tukang Kayu said...

:Salam:

Nabi pernah berkata jangan bunuh kanak-kanak, wanita dan orang tua semasa berperang. Itu semasa berperang, apatah lagi di luar waktu peperangan.

Bagi yang menyokong pembunuhan tentera terhadap orang Islam di Bahrain, bukalah mata dan minda anda.

Islam Muhammadi said...

Salam.

Perhatikanlah dan ingat dengan bersungguh-sungguh apa yang terkandung dalam kitab kehidupan dan hikmah, akan perentah-perentah Allah SWT yang terkandung didalamnya:

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. “[5:51]

“Maka kamu akan melihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya (orang-orang munafik) bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Nasrani), seraya berkata: "Kami takut akan mendapat bencana". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya), atau sesuatu keputusan dari sisi-Nya. Maka karena itu, mereka menjadi menyesal terhadap apa yang mereka rahasiakan dalam diri mereka.” [5:52]

“Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa. “[2:177]

hiri said...

786/121.

Aku adalah umpama lilin, membakar diri sendiri untuk menerangi orang lain.

Ain said...

itulah dia. Bila dunia dah menguasai diri..

hellmy said...

"Ia (iblis) berkata "Tuhanku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat,aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi,dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.kecuali hamba-hamba Mu yang terpilih di antara mereka" (surah Al-Hijr 15:39-40)