Ia dirakam di Dataran Tahrir, Kaherah tika puncaknya 'revolusi Mesir'. Petikan video ini memaparkan 'seorang penunggang kuda' pada minit ke 0:05. ‘Penunggang kuda’ tersebut menuju ke jihat langit lalu ghaib. Ada yang mengatakan ia adalah malaikat Jibrail yang berkuda. Ada yang mengatakan ia adalah Imam Mahdi dan kudanya. Ada yang tidak percaya apa-apa. Ada pula yang mengatakan ia satu efek buatan. Seorang teman saya mengatakan mustahil ia adalah Imam Mahdi, kerana jika ia Imam Mahdi, baginda sepatutnya muncul di Bahrain. Saya tidak bersetuju dengannya, mengapa pula Imam Mahdi tidak boleh menjelma di tengah hiruk pikuk penganut ahlus sunnah wal jamaah yang tekad menjatuhkan pemerintah zalim dan korup seperti Mubarak. Bukankah Imam Mahdi wataknya penuh keadilan? Dan seperti nendanya, ia membawa keadilan untuk semua.
Saudara, saudara percaya yang mana?
Saudara, saudara percaya yang mana?



15 comments:
Imam Mahdi as zuhur beliau memimpin untuk menegakkan keadilan...tapi apakah peranan imej penunggang kuda itu menjadi pemimpin menegakkan keadilan di Mesir?
Subhanallah. Saya tidak boleh berfikir. Saya teringat membaca tentera berkuda putih yang muncul tiba-tiba lalu menyerang tentera penceroboh di Afghanistan dulu...
Saya hanya akan percaya apabila dia membuat pengakuan itu sendiri di mekah. Selagi tiada sekujur tubuh melakukan yg sedemikian sebagaimana yg diriwayatkan Rasullullah, saya tak akan percaya. Namun, memang tidak boleh disangkal, masa kedatangannya semakin hampir. Berdebar pula rasa..
Saya hanya percaya pada Allah . Kebaikan dan pertolongan hanya dari Allah .
Tak kira lah apa 'dia', yg baik hanya dari Allah . Imam Mahadi adalah imam ke 12 Mazahab Syiah.
adakah Imam Maahdi seorang yg ghaib? x dpt kaitkan itu dgn pimpinan yg dijanjikan.
Jika ia pun ia malaikat Jibrail pasti ianya atas kehendak Allah, tiada mustahil. Jika ia pun ia Imam Mahdi@Al-Mahdi, apakah beliau hanya membuat tinjauan?
Melihat kepada visual sebegitu di zaman sebegini (teknologi superb) kurang memberi saya keyakinan atas dakwaan sebegitu. Entahlah! Mungkin itu cuma saya.
Malaikat dan Al-Mahdi yang mulia tidak akan terakam oleh manusia akan kehadiran mereka. Kehadiran mereka pasti hanya dapat disedari dan dirasai oleh mereka yang 'in the scene'. Selebihnya hanya akan mendengar. Mendengar atas impak yang telah pun berlalu. Tiada rakaman. Mata dan telinga adalah pancaindera. Kamera dan lai-lain equipment hanya tools ciptaan manusia.
Bengkokan cahaya tu.. perasan tidak, "kuda hijau" tu bergerak seiring dengan gerakan kamera?
Biasan api di sebelah kiri atas terbias ke kamera (terbalikkan "kuda hijau" tu, sama dengan api).
Saya percaya yg Imam Mahdi sudah hampir saat kemunculannya.
Tapi yg imej dalam video itu, saya tak pasti apakah sebenarnya. Itu tidak menjadi masalah!
Ia hanya reflection
http://www.youtube.com/watch?v=KN4xB8KPDwg&feature=related
Salam Dr. FT,
Sekadar berkongsi, saya tidak percaya Ia adalah Imam Mahdi kerana dari pengamatan 2D (mata dan hati) saya, ternampak seolah-olah imej hijau itu berada dihadapan kamera dan bukannya berada dikelompok penunjuk perasaan itu.
Mungkin ianya sekadar "impose image"
(*___*)
Abgbent
Mungkin ilusi optik.
Cuba rujuk link yang saya berikan ini:
http://www.youtube.com/watch?v=KN4xB8KPDwg&feature=related ..
Jangan mudah membuat spekulasi, biarpun saya sendiri yakin Imam Mahdi akan muncul dalam genrasi ini tetapi ingat dalam masa terdekat ini pasti kita terdedah dengan fitnah dajjal.
786/121.
Kalau hijab telah dibuka oleh Allah s.w.t. Akan dapat dilihat oleh sesiapa yang dikehendakinya.
Salawat.
Allah s.w.t tidak berpuasa, tidak pergi haji dan lain2 lagi tetapi Allah s.w.t berselawat.
InsyaAlalh, Imam Mahdi pasti akan datang menyelamatkan ummah.
Salam,
Bergetar perasaan saya sewaktu membaca tajuk entri ini. Saya dan rakan sepejabat baru semalam (29 Mac 2011) membincangkan tentang apa yang terjadi di tanah arab dgn kaitan kemunculan imam Mahdi.
Perbincangan kami berakhir apabila rakan tersebut mengajak saya membaca tafsir dan mendengar bacaan surah Intifar berulang kali.
Memang menyentuh perasaan..
Saya rasa, gambar roh penunggang kuda itu bergerak seiring dgn beberapa bintik cahaya puteh berbentuk bulat. Memungkinkan ini hanya biasan cahaya drpd tempat video dirakamkan.
Post a Comment