14 February 2011

"Syiah Seekor" Ini Mesti Dihalang

* Berita Terkini, KUALA LUMPUR, 14 Feb – Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengesahkan bahawa konsert Mohsen Namjoo yang dijadualkan pada Jumaat ini, tidak dibenarkan kerana ia tidak bersesuaian dari segi agama, budaya dan kemasyarakatan pelbagai kaum di negara ini.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau berkata permohonan yang diterima daripada pihak penganjur pada Jumaat lepas, telah ditolak hari ini dalam mesyuarat Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (JK Puspal).

Penyanyi kelahiran Iran yang digelar “Bob Dylan” oleh New York Times satu ketika dulu itu juga mendapat banyak tentangan daripada rakyat Malaysia kerana dikatakan menghina Islam dalam lagu-lagunya. – Bernama, klik sini.

*************************

Selepas menyiarkan entri Kerajaan Wajib Halang Mohsen Namjoo (klik sini), saya berusaha untuk membawa isu ini ke tengah. Penarik Beca menyambutnya dengan entri Janji Melayu Hina Islam Tak Pa (klik sini). Dan "guru tidak rasmi" saya saudara Ahmad Lutfi Othman segera membawa isu tersebut di dada Harakah Daily edisi Inggeris dengan posting ini, (baca di sini).

Bantahan saya juga mendapat liputan akbar di Indonesia (baca di bawah ini). Akhirnya semalam barulah Utusan Malaysia membuat heboh. Tidak mengapalah, masih belum terlambat, masih ada beberapa hari untuk menegah penyanyi ini menjejakkan kaki di bumi Malaysia. Pun saya berterima kasih dengan Ahli Parlimen Bebas YB Zulkifli Noordin. Saya mengharapkan Ahli Parlimen PAS yang melakukan yang seumpamanya kerana PAS adalah Parti Islam Semalaysia, tetapi tak mengapalah, kita berbahagi kerja namanya. Ini bukan hal kepartian. Ini hal mempertahankan maruah agama. Saya ingin berpesan, kita bukan sahaja perlu menghalang Syiah tak guna penghina Islam seperti Namjoo ini, kita juga perlu menghalang Sunni atau Wahabi tak guna jika mereka menghina Islam. Syiah yang bertahlil untuk Saidina Husin janganlah diserbu, Syiah murtad seperti Namjoo ini eloklah diajar.


REPUBLIKA.CO.ID

Penghina Al Quran Gelar Konser di Kuala Lumpur

Mohsen Namjoo, penyanyi kontroversial asal Iran, menggelar konser di Kuala Lumpur. Feisal Tehrani, budayawan asal Malaysia, menyatakan bahwa konser penyanyi harus digagalkan. Menurut rencana, Namjoo akan tampil di Kuala Lumpur pada tanggal 18 Februari 2011 di KLCC Convention Centre.

Namjoo adalah penyanyi yang menghina Al-Quran dalam lagu-lagunya. Pemerintah Iran juga menjatuhkan hukuman padanya, bahkan penyanyi ini menjadi buruan negara ini. Pengadilan Iran menjatuhkan hukuman penjara lima tahun atas penyanyi ini.

Sebelumnya, Namjoo menyatakan minta maaf atas tidakannya. Akan tetapi penyanyi kontroversial itu kemudian mencabut penyataan maafnya dan mengulangi kembali tindakannya ini. Selain itu, Namjo juga mendendangkan lagu-lagu cabul, erotik, dan tidak sopan.

Feisal Tehrani kepada wartawan IRIB mengatakan, "Sangat disesalkan, tidak ada media-media lokal yang menentang konser penyanyi Iran yang terang-terangan menghina Al-Quran dan mendendangkan lagu tak sopan. Media-media Malaysia sudah seharusnya sensitif atas kasus ini."

Sumber di sini.

KUALA LUMPUR 13 Feb. - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin hari ini membuat laporan polis bagi meminta siasatan dilakukan terhadap pengeluaran permit konsert seorang penyanyi kontroversi dari Iran di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, Jumaat ini.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pukul 5 petang ini.

Menurut Zulkifli, beliau hairan bagaimana Mohsen Namjoo yang didakwa menghina kesucian agama Islam dan memperlekehkan al- Quran dalam lagunya di Iran, dibenarkan mengadakan konsert di negara ini.

Katanya, malah penyanyi yang difahamkan beragama Islam itu juga telah diperintahkan Mahkamah Iran agar dipenjarakan lima tahun bermula 9 Jun 2009.

Tambahnya, namun hukuman demikian tidak terlaksana kerana Mohsen melarikan diri dan menetap Eropah.

"Saya hairan mengapa ada pihak di sini beri permit untuk menganjurkan konsert penyanyi itu di KLCC ketika sambutan Maulidur Rasul sedang diraikan.

"Saya mendapat panggilan orang ramai berhubung penganjuran itu dan setelah menyiasat mendapati ada kebenaran.

"Pada saya tindakan membenarkan pertunjukan itu jelas satu penghinaan kepada sambutan Maulidur Rasul," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan itu di sini hari ini.

Mingguan Malaysia menerusi ruangan Siti Jarum hari ini turut mempertikaikan kemunculan Mohsen di negara ini, kerana lagu-lagu penyanyi yang menjadi kebanggaan Barat itu penuh dengan elemen cabul, seks, mengejek Islam dan mempermain-mainkan al-Quran

Dalam laman web rasmi penyanyi yang digelar Bob Dylan Iran itu turut menghebahkan tentang konsert Namjoo in A Minor Live in Malaysia.

Tambah Zulkifli, sehingga kini beliau tidak mengetahui penganjur konsert terbabit.

"Oleh itu, saya meminta pihak polis melakukan siasatan. Mungkin jika tiada sebarang tindakan dalam masa 48 jam selepas laporan polis ini dibuat, kita akan lakukan sesuatu termasuklah bantahan terhadap konsert itu," katanya.

Sementara itu, Zulkifli berkata, beliau turut menghantar nota bantahan kepada Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Hal Ehwal Islam) untuk tindakan lanjut.

Sumber di sini.

Siapa Mohsen Namjoo?

SitiJarum


PADA 18 Februari ini penyanyi Iran Mohsen Namjoo akan mengadakan konsert di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Kerajaan masih ada lima hari lagi untuk menunjukkan ketegasan dan kewarasan menghalang penyanyi biadap ini daripada membuat persembahan.

Kalau tidak ada tindakan tegas iaitu menarik permit konsert ini, nampaknya Malaysia sudah mencapai taraf “dunia” dalam kelompok negara yang mengizinkan penyanyi yang mempermain-mainkan al Quran ini mengadakan konsertnya. Negara-negara bukan Islam dan sekular mengalu-alukan kehadiran Mohsen Namjoo.

Lagu-lagu penyanyi yang menjadi kebanggaan Barat ini penuh dengan elemen cabul, seks, mengejek Islam dan mempermain-mainkan al Quran. Kerajaan Iran pernah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepada penyanyi biadap ini kerana menghina Islam dan al Quran.

Bagaimanapun dibebaskan selepas dia meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi lagi perangai buruk itu. Bagaimanapun dalam konsertnya di Berlin selepas itu, dia mengulangi kecenderungan mengejek Islam dan melontarkan kata-kata kasar, biadap dan seks. Barat menerima ini sebagai tamadun baru yang wajar dipertahankan.

Kenapa kita mengundang dia? Ah, itu bukan soalannya. Sebaliknya soalan yang baik adalah kenapa kita yakni Kementerian Dalam Negeri membenarkannya? Siti fikir bahagian yang bertanggungjawab atas kemasukan artis luar patut mengenali siapa Mohsen Namjoo.

Seperti biasa tentu ada pihak yang mempertahankan kehadiran penyanyi ini. Salah satu alasannya Mohsen Namjoo seorang yang kreatif mengadunkan muzik dan bijak menghasilkan lirik. Itu adalah dari sudut pandangan Barat yang sekular untuk mewajarkan segala kebiadapan kepada Islam.

Orang yang macam Siti yang menentang konsert ini tentu dianggap kolot dan tidak faham seni. Biarlah apa pun anggapan mereka. Tak perlulah Siti menjadi orang yang kononnya berfikiran terbuka sedangkan Siti tahu yang kita nak buka itu adalah makhluk perosak.

Mungkin ada yang mempertikaikan Siti, kenapa Siti tak menentang penyanyi Barat yang rosak akhlak membuat konsert di negara ini. Hujah Siti senang saja, penyanyi-penyanyi itu kita sudah tahu dia rosak dan menjadi perosak. Tapi penyanyi Iran ini membawa label Islam kononnya pembangun ummah. Bagaimanapun di sebalik label Islam itu dia menyelitkan ejekan kepada Islam.

Barat menganggap Mohsen Namjoo hebat kerana melanggar dan menembusi lingkaran tabu dalam masyarakat Iran. Sebenarnya bukan tabu di Iran tapi melanggar tata susila yang berkaitan dengan Islam.

Sekali lagi Kementerian Dalam Negeri masih mempunyai masa lima hari untuk membuat keputusan. Kerajaan tidak akan rugi apa-apa kalau membatalkan konsert ini. Begitu juga tidak akan untung apa-apa kalau membenarkannya. Yang untung adalah mereka yang membawa anasir pembudayaan untuk meruntuhkan tunggak bangsa dan agama di negara ini. Buatlah keputusan yang bijak ketika sampan dan pendayung di tangan kita. Sekali lagi, kita bukan kolot kerana kita tahu apa yang kita buat. Mesti tunjuk yang kita kenal siapa dia.

Sumber di sini


* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.

13 comments:

mohd ihsam zainuddin said...

semoga pemimpin pas dan umno bersatu dlm hal ini! desak kerajaan supaya membatalkan konsert si "syiah seekor" ni... ini bukan hal politik tetapi hal agama islam sendiri! jangan buat2 tak nampak jer... yg patut diharamkan tak diharamkan!! yg betul2 sesat tak diiktiraf sesat! jangan asyik mencari isu politik sahaja...

Adilla Harun said...

Memang patut menjadi buruan. Beliau ibarat seekor singa liar yang begitu berani dan lancang terhada Islam. Nanti membahayakan Islam dan penganutnya, andaikata berjaya mempengaruhi atas kerapuhan yang ada pada 'kita'.

Saya mengalu-alukan pihak berwajib yang sedang memburunya (khasnya dari Iran) ke Malaysia (jika dia benar hadir di sini) dan menangkap 'Singa Buruan' ini dan masukkan ke dalam sangkar yang sepatutnya. Hukum sewajarnya! Kita tidak mahu menyambut Maulidurrasul dengan membawa sesuatu yang membuat Rasulullah murka. Takut beliau tidak mengaku kita umatnya. Mana kita dengan syafaat beliau???

duta delster said...

secara peribadi, saya tidak berapa gemar dgn kaedah zul noordin dlm banyak isu sbl ini... sy sendiri pernah lihat secara live pendekatan beliau, namun dlm hal ini(membuat laporan polis utk menghalang kemasukan penyanyi jahat) saya sokong seratus peratus... yg peliknya kenapa orang yg memanggil penyanyi itu dtg tak semak dahulu rekod penyanyi yg nk dipanggil atau mrk dah tahu dan sengaja panggil>>>
"bahkan kebenaran itu telah datang kepada mereka tetapi kenyataannya mereka tidak menyukainya" (al mukminun:70).

atau ada sesuatu di sebalik semua ini yg kita tak tahu???? ada cubaan merosakkan imej yg telah rosak pihak tertentu? atau satu sub plot kpd plot2 sebuah cereka yg dikantoikan?

hegira1428 said...

Ini SYIAH SETAN.....

mohd said...

1) bukan saja syiah sekor ni patut dihalang, tapi dulu "adam lambert" si gay pun beraksi di Bukit jalil... terlonjak & terkinja2 org2 melayu yg mengaku islam.. lelaki & ppuan..
2) apa boleh buat, mcm ni la ulamak dlm BN & menteri2 nya, selagi Rais Yatim dgn wif nya yg lebihkurang FLOM je...susah lah Msia nak berubah... Nik Ajis pulak dah tercalar dgn Ketua Pmbangkang, isu pluralisme etc...
3) nak harap sapa utk tegakkan islam di bumi msia tcinta?Dr maza dulu mcm ok, tpi akhir2 ini kata2nya dlm FB seolah2 mengapi2kan kpd pkara yg tidak baik... mcm betol je tuduhan wahabi pd dia tu wapun dia nafikan...
4) ulamak BN & PAS pulak tak boleh tgk org lain cerdik sikit... dituduhnya FT syiah ...
5) tiada sapa yg boleh diharap lagi... sedih memikirkan Msia apa akan jadik?...

ahsfantasy24 said...

Astaghfirullah..
suke sgt buat sampah..


Terbaru:
Pengalaman saya hampir lemas di perkampungan Orang Asli
Kalau Kamu Bercinta, Harap Kamu Jadi Macam Dia!
Kalau Dia Asyik Ulang kesalahan Sama, Kamu Geram Tak?

wardah munirah said...

Assalamualaikum, Dr.

Terima kasih kerana menyebarkan fahaman songsang Namjoo ini. Tanpa sebaran di laman ini, saya tidak mengetahui agenda yang cuba dibawa oleh 'buruan Iran' itu. Seni mempunyai kesan yang besar dalam mempengaruhi minda dan emosi khalayak. Maka, memanglah sangat wajar usaha Dr dan individu yang berusaha menghalang kemasukan Namjoo ke Malaysia. Terima kasih atas usaha kalian dan semoga lebih banyak lagi usaha merosakkan minda Melayu Islam melalui pelbagai sebaran antaranya seperti kehadiran Namjoo ini dapat disekat.

Terima kasih.

NASSURY IBRAHIM said...

Penganjur mesti ada agenda hitam yang lebih berbahaya daripada si setan penyanyi itu. Sokong siasat penganjur dan kerajaan 1 Malaysia mesti bertindak tegas. Jangan sampai (kerana konsert itu) kerajaan 1 Malaysia dituduh anti Islam.

Management Consultant said...

"1Malaysia, 1Ummah"; sebagai tema SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432 HIJRAH PADA 12 RABIULAWAL 1432H BERSAMAAN 15 FEBRUARI 2011, jangan dicemari oleh konsert yang menghina Al Quran

Adilla Harun said...

Pagi ini membaca suratkhabar Utusan Melayu dengan tajuk besar di mukasurat hadapan mengatakan konsert si penghina Islam ini batal. Namun masuk ke mukasurat 3 dan perenggan dua akhirnya agak mengelirukan.

Dikatakan jurucakap penganjur yang enggan dikenali ketika menghubungi Utusan Malaysia dan dikatakan konsert itu akan diteruskan Jumaat ini di sebuah lokasi yang dirahsiakan di ibu negara!

Alamak! saya yang tak faham atau saya rasa ada yang terselindung atau berselindung. Saya bukanlah ekstremis tapi masih mampu menilai. Jika dah tak ada permit kenapa nak buat rahsia-rahsia. Betulkah cara begitu. Atau memang ada anasir dan agenda busuk yang terhijab!

Obat said...

Mohsen Namjoo, penyanyi kontroversial asal Iran, akhirnya gagal menggelar konser di Kuala Lumpur. Menurut rencana sebelumnya, Namjoo akan tampil di Kuala Lumpur pada tanggal 18 Februari 2011 di KLCC Convention Centre.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia Datuk Seri Dr Rais Yatim sebagaimana dilaporkan Kantor Berita Malaysia, Bernama, Selasa (14/2) menyatakan bahwa konser Mohsen Namjoo yang dijadwalkan akan berlangsung pada hari Jumaat ini, tidak dibenarkan karena konser itu dianggap tidak sesuai dengan ajaran agama, aspek budaya dan sosial multi-ras di negara ini.

Situs The Malaysian Inside melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, hari Selasa (14/2) meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan permit konser penyanyi Iran, Mohsen Namjoo. Menurutnya, konser Namjoo tidak sesuai dengan kebijakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bahwa lagu-lagu penyanyi Namjoo mempunyai unsur-unsur yang menghina al-Quran dan agama Islam.

"Dikhawatirkan jika diteruskan (konsert) itu boleh menimbulkan ketidakharmonisan masyarakat," kata Datuk Seri Jamil Khir Baharom kepada wartawan selepas menyambut kepulangan kumpulan terakhir pelajar Malaysia dari Jeddah, Arab Saudi di Bandara Internasional Kuala Lumpur (KLIA).

Jamil Khir mengatakan kebijakan Jakim itu diputuskan setelah adanya laporan polisi yang dibuat anggota Parlemen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin mengenai konser tersebut. Zulkifli dalam laporannya meminta pihak pemerintah menghentikan konser Namjoo di Malaysia. Dikatakannya, "Bagaimana penyanyi itu dibenarkan membuat persembahan di negara ini sedangkan beliau secara terbuka menghina Islam?!"

Menyusul gagalnya konser Namjoo, budayawan asal Malaysia, Dr Faisal Tehrani yang juga penerima sejumlah penghargaan sastra di tingkat internasional, mengucapkan terima kasih kepada pemerintah Malaysia karena bersikap bijak dan matang dalam mereaksi rencana konser penghina Al-Quran asal Iran. Dikatakannya pula, "Seni dan budaya yang suci adalah seni budaya yang tauhidik profetik, bukannya satanik lagi nihil."

Sebelumnya, Dr Faisal Tehrani kepada wartawan IRIB menyesalkan reaksi media-media lokal yang tidak mereaksi konser ilegal Namjoo di Malaysia. IRIB pada tanggal 7 Februari lalu, mengangkat isu konser Namjoo dengan judul berita, "Penghina Al-Quran Gelar Konser di Malaysia." Menurut Faisal Tehrani, pemberitaan IRIB itu memancing wartawan dan wakli rakyat di negara ini untuk segera menyikapi konser terlarang Namjoo di Malaysia.

Namjoo adalah penyanyi yang menghina Al-Quran dalam lagu-lagunya. Pemerintah Iran juga menjatuhkan hukuman padanya, bahkan penyanyi ini menjadi buronan negara ini. Pada tahun 2009, pengadilan Iran menjatuhkan hukuman penjara lima tahun atas penyanyi ini. Menurut informasi yang ada, Namjoo kini bersembunyi di Vienna, Austria. (IRIB/Bernama/The Malaysian Inside/ AR/SL)

khairizan said...

boleh bagi link atau apa2 sumber yang membuktikan lagu mohsen namjoo ni hina islam? jika dapat bg lirik saje pun ok la..janji ada bukti..

Dr Faisal Tehrani said...

Salam Khairizan:

1.
http://www.youtube.com/watch?v=oY2skd2d700&feature=related
2.
http://www.youtube.com/watch?v=VmVYvdjirYM
3.
http://www.wordpatch.com/2010/01/oy-mohsen-namjoo-feat.html
4.
http://lyrics.wikia.com/%D9%85%D8%AD%D8%B3%D9%86_%D9%86%D8%A7%D9%85%D8%AC%D9%88_%28Mohsen_Namjoo%29:Gladiators_%28Faghih_Khoshgele%29
5.
http://www.youtube.com/watch?v=DbeO9eFvu00