02 February 2011

Suzanne Mubarak, Tersungkur Seorang Mama

Keluarga bahagia Mubarak, ke manakah hala tuju mereka if tomorrow never comes?

Tahukah anda isteri Presiden Hosni Mubarak yang sedang berada di ambang kejatuhan bernama Suzanne Mubarak. Beliau digelar "Mama Suzanne" kerana sikap beliau yang ramah tamah dan mesra rakyat. Mama Suzanne juga akrab dengan Datin Seri Rosmah Mansor, klik sini. Ketika berada di Syarm El-Sheikh pada 15/07/2009 sempena NAM 1st Ladies Summit yang bersempena Persidangan Ketua-ketua Negara dan Kerajaan Negara-negara berkecuali (NAM), Datin Seri Rosmah memberitahu dalam satu ucapan: 'I believe as the First Lady of our respective countries, we are uniquely position to play a positive role for the benefit of our country. Elenor Roosevelt once said, "That the First Lady is and always has been an unpaid public servant elected by one person i.e. her husband". This is sadly true but while the First Lady is who she is because of her husband, the fact remain that she has to be an untiring servant of the nation. We can play a significant role in complementing the efforts of the government in areas that have impact on families, women and children, which are inherently the domain of women (klik sini dan sini).

Mama Suzanne atau Mama Mubarak adalah juara dalam memperjuangkan hak rakyat dan kanak-kanak. Beliau dikenali sebagai pejuang untuk membasmi buta huruf, penyokong dasar kesihatan untuk ibu dan kanak-kanak dan merupakan aktivis yang berusaha untuk mendapatkan hak pendidikan buat semua kanak-kanak di Mesir.

Mungkin, saudara fikir saya berbohong memandangkan Mama Suzanne, seperti Papa Mubarak sedang berada di ambang kejatuhan. Tetapi percayalah, buat sepicing percayalah! Kalau saudara boleh percaya beliau adalah pencinta rakyat satu masa dahulu mengapa pula tidak sekarang? Memang kita pun terlongo melihat kebangkitan rakyat di Mesir sehingga Suzanne terkontang-kanting. Israel pun tercengang, "We were caught by surprise," kata Yuval Steinitz Menteri Kewangan Zionis (klik sini). Jadi, regim yang kuat pun nampaknya boleh tersungkur. Regim yang didokong Amerika Syarikat dan Israel pun boleh terduduk.

Suzanne Mubarak, apakah nasib wanita pertama ini sesudah suaminya terjelepok?

Mama Suzanne atau Mama Mubarak dilahirkan di Menya, sebuah kota pedalaman di tebing sungai Nil. Beliau menuntut di St. Claire Heliopolis, Kaherah ketika sekolah menengah sebelum melanjutkan pengajian di American University in Cairo. Beliau memperolehi Bachelor dalam bidang Political Science dan sarjana dalam bidang Sociology of Education.

Suzanne sangat menyukai kanak-kanak dan komited dalam pelbagai program pra sekolah di Mesir.

Mama Suzanne juga dikenali sebagai pendiri Alam Simsim. Iaitu versi lain Sesame Street di Mesir. Menurut beliau projek Alam Simsim adalah sebuah projek untuk mencungkil bakat anak-anak di peringkat awal atau pra sekolah lagi. Betul, saya tak berbohong tentang hal ini juga...

Mama Suzanne juga aktif dalam Integrated Care Societies, sebuah organisasi yang ditubuhkan pada tahun 1977 yang bertujuan untuk membangunkan pendidikan dan sosial yang berpangkalan di Iskandariah. Selain itu Suzanne Mubarak juga adalah pengasas EBBY, atau Egyptian Chapter of International Board on Books for Young People (IBBY) sebuah agensi yang bertugas untuk menggalakkan minat membaca. Suzanne pernah mengatakan tujuan IBBY ditubuhkan adalah untuk --shaping a better tomorrow--" Betul, ini pun saya tidak berbohong juga. Fakta dan maklumat ini sudah pun memang diketahui umum.

Suzanne dan Carla Sarkozy, anggun menawan.

Suzanne Mubarak suka dihargai di khalayak ramai.

Selain aktif dalam pelbagai program kebajikan demi rakyat Mesir tercinta, Suzanne juga suka mendandan diri, suka dihargai, berfesyen sakan dan seperti wanita-wanita pertama yang lain (saya merujuk kepada Leila Trabelsi dari Tunisia okay!) dikhabarkan suka berbelanja atau istilah keramatnya - shopping!


Lihatlah hiasan di dada Suzanne, siapa dapat menandingi? (klik sini)

Kita berharap kawan-kawan Suzanne dalam kalangan wanita pertama tidak akan membiarkan beliau merana seorang. Telefonlah bertanya khabar dan berkongsi duka, itulah namanya sahabat sejati.

Itulah. Jasa Mama akan tercatat dalam buku teks sejarah serta dikenang oleh rakyat Mesir dan dunia Arab seluruhnya. Kita mengucapkan kepada Mama Suzanne; selamat berangkat, dan Mama; kami mengucapkan, selamat tahun arnab ya!


Regim pura-pura juga akan jatuh satu hari nanti.

* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.

14 comments:

umlöt said...

Salam Dr,
Where is the star rating thing at the end of your posts? I wanted to give 5 stars but couldn't, it'd be great if you can put them back, just saying.

putrifarish87 said...

Hai Mama Suzzane..... :p

Wan said...

"If tomorrow never comes"..hehe

sanahfotog.com said...

ya, kepada Mama Suzanne;
" selamat tahun arnab! "


juga, buat Dr.FT sekeluarga selamat tahun arnab =)

Norziati Mohd Rosman said...

Kebetulan yang tidak di sengajakan.

Manan Qayyim said...

Macam tak percaya saja cerita ni....

Islam Muhammadi said...

Salam.

Apakah titik tolak tunjang kebenaran Islam yang sebenar?

Ingatlah bahawa Allah SWT telah berfirman di dalam:

1. Surah al-Isra’ ayat 36;

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya! Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan dipertanggungjawabkan”

2. Surah Az-Zumar ayat 18;

“Berilah khabar gembira (syurga) kepada hamba-hamba-Ku yang mereka (bersikap) mendengar dengan teliti akan kata-kata (khabar) lalu mengikuti apa yang paling baik. Mereka itulah orang-orang yang menerima petunjuk Allah dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal”

3. Surah al-A’araf ayat 179;

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia. Mereka mempunyai Hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami, dan mereka mempunyai Mata tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat, dan mereka mempunyai Telinga tetapi tidak mempergunakannya untuk mendengar. Mereka (yang sedemikian sikapnya) bagaikan binatang ternakan, bahkan lebih sesat lagi darinya. Mereka itulah orang-orang yang lalai”

4. Surah al-Ankabut ayat 69;

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari kebenaran dan keredhaan) Kami, Kami pasti akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama orang-orang yang berbuat baik”

Dan sesungguhnya, agama ini amat dalam maka selamilah dengan kehati-hatian!

alfindani said...

Mendalam makna entry ni.. makan dalam :)

DEWAN MUSLIMAT PAS BUKIT KATIL said...

em...faham-faham ajalah ..entry ini..

ANJUNGSENA said...

Salam Dr...
Cerita Mama Suzanne macam pernah ku lihat dan dengar..tapi di mana ya..itulah setiap perbutan atau tindakan ada nilai...baik atau buruk sahaja kita yang tentukan

wardah munirah said...

"Kita berharap kawan-kawan Suzanne dalam kalangan wanita pertama tidak akan membiarkan beliau merana seorang. Telefonlah bertanya khabar dan berkongsi duka, itulah namanya sahabat sejati."

Bik Mama, bantulah Mama Suzanne :P

illah_alhanani said...

mcm RM je..Rosmah Mansor.. heheehe

hellmy said...

HAHAHAHAHA Wan...If Tomorrow Never Comes ahahahaha...makan dalam je big mama kalau dia baca ni ;-)

ardisia said...

teringat pula kuih koci Rosdah ke Rosjah ek...(ingat2 lupa)