22 February 2011

Siapa Boleh Bunuh Muammar Gaddafi: Tanya Qaradhawi

Klik di sini. Semua dalam kalangan kita tahu betapa sewelnya pemimpin Libya ini.

Akan tetapi kenapa sekarang baru dikeluarkan 'fatwa' seperti ini?

Mungkin Sheikh Yusuf Qaradhawi 'berbulu' mendengar komen Gaddafi di tv nasional Libya (sambil berpayung) yang berbunyi: "Aku mahu menunjukkan yang aku masih di Tripoli dan bukannya di Venezuela. Jangan percaya saluran tv asing kepunyaan anjing-anjing itu. Aku mahu mengatakan sesuatu kepada muda-mudi di Dataran Hijau (di Tripoli) dan berjaga malam bersama mereka, tetapi nampaknya hari sudah hujan. Syukur Alhamdulillah ia adalah hujan rahmat."

Gaddafi menanti masa untuk dijatuhkan dan kita percaya dia akan berkongsi nasib melarat seperti Ben Ali dan Hosni Mubarak. Tetapi mungkinkah pemerintah Arab Saudi yang merupakan 'Khadam Dua Tanah Suci' akan terus melindungi penjenayah seperti si gila ini?


Kenal siapa wanita di atas? Houda Ezra Nonoo.

Dia ini adalah duta Bahrain ke Amerika Syarikat. Nonoo adalah seorang Yahudi (lihat Jerusalem Post sini). Sejak bila pula Bahrain ada Yahudi dan berapakah jumlah Yahudi di Bahrain (baca di situ). Nampaknya si wahabi Bahrain, Raja Hamad Khalifa sangat mempercayai Nonoo. Kalau Nonoo kata bunuh maka bunuhlah sang raja.



* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.

8 comments:

Hamba Ilahi said...

er, ini kira fatwa jugak?

letak link blog anda di sini


tutorial hebat: tips blogger terhebat yang saya tak pernah dengar mana-mana otai sebut setakat ini

Skyliya said...

Semoga umat Islam berjaya dalam memperjuangkan hak mereka..

Fikirlah said...

bukan fatwa, tapi 'fatwa'.

aku dr amin said...

gila betul muhammar gadaffi ni. patut sungguh fatwa dikeluarkan untuk membunuhnya. bayangkan dia mampu menghujankan peluru membunuh rakyat dinegaranya sendiri.

Adilla Harun said...

Dasar mereka yang gila dan mabuk kuasa sahaja yang sanggup mengorbankan orangramai demi cecita sendiri. Sungguh mementingkan diri sendiri.

Jika boleh dibedah kepala mereka, ingin saya saksikan betapa berkaratnya mahupun berulatkah otak mereka.

Manusia ini tidak boleh diberi kuasa memimpin terlalu lama. Seronok dan empuk dengan kekuasaan - yang sihat jadi sakit (otak mereka). Dari baik jadi kejam. Dari sopan jadi biadap. Dari lembut jadi ganas. Musuh agama dijadikan rakan sekongkol.

Rasulullah dah pernah pesan 'cinta dunia' adalah penyakit yang merosakkan umat. Pemimpin yang sanggup bunuh rakyat ni dah terkena virus tulah. Dah tak dapat nak diselamatkan lagi.

Semoga Allah dan para malaikatnya menolong saudara-saudara seIslam kita berdepan musuh-musuh Islam ini. La haula wala quwwatailla billa hila'liyyul azim...

Adilla Harun said...

Baru lepas nonton berita tengahari. Kah!3X. Lawak besar tengahari buta si Gaddafi ni. Katanya dia akan syahid kiranya mati mempertahankan kedudukannya dari anasir pemberontak.

Dasar 'senget' pemikirannya lalu begitulah perbuatannya. Memang kita tidak dapat menelah tenang kiranya bagaimana kematian dia. Apa yang kita dapat fikir sekarang tentang kekejaman dia yang sedang berlangsung. Saya tertanya 'layakkah' beliau untuk perkataan semulia itu??

RayyanZilfi said...

Dlm keseriusan aku membaca tentang MG mutakhir ini, nak jugak aku call dia dan tanya soalan directly, dgn nada yg amat serius, nak je aku tanya pd MG "Hoi di sana!Di sini nak beli Libya dgn disana-disana skali, berapa di sana nak jual!!), tentu dia jawab..."Pegi da...!"

Syarikat Ulul Asyraf said...

"Power tends to corrupt, and absolute power corrupts absolutely. Great men are almost always bad men."

-John Emerich Edward Dalberg Acton-
::Mutiara Kata::