23 February 2011

Saya Terpaksa Mengaku, Rakyat Iran Pula Bangkit

14 Februari lalu, media Barat melaporkan rakyat Iran turut bangkit untuk menentang 'regim' Republik Islam Iran. Al-Jazeera turut melaporkan antara lain 20 ribu penunjuk perasaan membanjiri jalan-jalan raya di Tehran.

Bagi menjawab laporan media Barat tersebut, dan kegirangan mak cik Clinton bahawa 'revolusi Mesir sudah merebak ke Iran', 20 juta rakyat Iran muncul di jalan-jalan raya seluruh kota di Iran (bukan Tehran sahaja) untuk membantah tindakan khianat segelintir sekularis dan penghasut di Iran yang mahu menjual agama dan negara kepada Amerika Syarikat.
































Tunjuk perasaan dan kebangkitan tersebut adalah pada 18 Februari lepas. Memang tiada media sudi melaporkan.

Kononnya demonstran di atas telah diupah untuk turun ke jalan raya.

Agak-agaknya seorang dapat berapa toman?


* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.

13 comments:

matamata said...

Hebat rakyat Iran pertahankan kedaulatan dan maruah mereka dari di robek2 oleh yahudi dan sekular!!

behlul said...

assalamualaikum..

seharusnya dunia perlu melihat
contoh yang telah dibuat oleh iran..
negara pertama yang mengistiharkan
negra mereka sebagai Republik Islam
Iran.. dan negara pertama yang
meghapuskan sister beraja iran yang
berusia lebih 2500 tahun..

dan untuk apa rakyatnya nak
memberontak sedangkan mereka tidak
ditindas oleh pemerintah.. bagi
mereka yang belum melihat iran..
terutama qum.. pusat ilmu, mungkin
itulah jawapan bagi mereka yang merasakan bahawa kerajaan iran
perlu ditumbangkan adalah sebuah
pendapat yang bodoh dan tidak
masuk akal..

apalagi yang rakyat mahukan dari
pemerintah selain keadilan dan
keluar dari kezaliman.. apakah mahu kembali ke zaman penindasan..

sabda rasulullah 'barangsiapa yang diserahkan kepadanya kepimpinan
kaum muslimin lalu dia berkhianat, maka dia di dalam apai neraka'

saya terpaksa mengaku.. rakyat iran memang bangkit, dan akan terus bangkit selagi kezaliman itu terus bermaharajalela.. inilah
keindahan dibawah pemimpin yang
brjiwa islam.. yang musuhnya nyatanya adalah amerika dan zionis.. salawat

Hang Nadim said...

Kalau menyokong dikatakan datang dari hati..bukan paksaan, dengan rela hati.. tapi kalau menentang,bukan main lagi dikata..dapat upah lah, dapat toman lah..

Muzzulman said...

Baca tajuk ... suspen!!
Bacan content... lega!!
Hehehe...

Muntazhar said...

ha ha ha ha ....!

zionis & barua-barua zionis tersungkur satu demi satu...!

jatuhkan iran? ha ha ha ha ....!

pastinya zionis & barua-barua zionis sedang kecut 'teloq'....!

ha ha ha ha ....!

duta delster said...

inilah yg saya tunggu2...saya ada juga berjumpa dgn iranian yg tingal di malaysia tetapi belum berkesempatan menanyakan hal ini. saya sering juga baca blog politik spt tukartiub yg menyamakan iran dgn negara2 lain spt bahrain dan yaman...serta libya... saya tahu hisham pernah mengakui bhw beliau menganut fahaman ali shariati... barangkali sosialisnya sukar dibendung2 lagi ... semua dilihat dari kacamata sosialisnya ...

ali said...

Peringkat awalnya zionis ingin menjatuhkan Hizbollah di Lebanon...tetapi sekutu mereka pulak yang tumbang...di Tunisia...di Mesir...selepas tu mereka cuba pulak di Iran tetapi yang mulai jatuh di Bahrain....
Mereka tidak akan dapat memadamkan cahaya Allah!!!

AlMulk said...

Bismilla Hirrahman nirrahim

Mula saya melihat gambar kebangkitan rakyat Iran yang digembar-gembur sebagai kesinambungan dari pada revolusi Mesir....saya tersenyum sendiri.Lepas tu saya x pernah ambil tahu langsung. Oh rupanya bergitu....x peliklah golongan yang ada kepentingan nafsu selalunya akan lari dari kebenaran, seperti larinya sebahagian manusia dari medan perang Uhud kerana tertipu dengan tipudaya syaitan...Pun bergitu ada teori yang lagi dahsyat..apa yang berlaku sekarang adalah perancangan Iran dan Israel untuk menguasai negara2 Arab. Ia macam sama dengan satu cerita yang mengatakan Rasulullah s.a.w mengahwini 2 puterinya kepada Syaidina Uthman.Samalah juga sepertimana Gaddafi membuat ikrar bahawa dia akan mempertahankan pemerintahannya sehinga Mati Syahid. Inilah ungkapan dan cerita palsu sepanjang sejarah manusia yang bertujuan untuk memperlihatkan kebatilan itu satu kebenaran, dan kebenaran itu satu kebatilan. Sayangnya manusia selalunya x dapat mengambil iktibar dari 'ayat-ayat' Allah s.w.t , bila kita memijak duri kaki kita terasa sakit, tetapi tidak bila kita memijak rumput. Siang dan Malam itu silih berganti.

Zuljanah said...

Kan dah kata dah...Mass protest di Iran tempoh hari sah anti- demokrasi.

:) Biasalah Puak2 pro US ni bila dah kalah, mulalah buat dakwaan tak berasas, kononnya telah berlaku penipuan dalam piliharaya yg lalulah dan kononnya kini majority rakyat yg ditindas mula bangkit menentang kerajaan pimpinan Ahmadinejad lah.

Memang tak tahu malu betul hehehe.

lalok said...

sebagai tanda hati membantah sebarang kezaliman..kita fokuskan kepada usaha2 ilmiah memberi kesedaran ttg islam..

apa itu islam..
islam adalah kaedah mengoptimumkan potensi manusia tanpa mewujudkan permasalahan hasil dari manusia yg telah optimum..sekadar islam atau mengkudakan islam atau perlukan islam..

burhan al-hilmi said...

kagum dengan semangat rakyat iran..
tak mudah tunduk tekanan luar..

Siberkop said...

Yang saya tak faham, kenapa media-media di negara kita susah nak keluarkan berita yg benar? Wartawan2 jgnlah malas, buatlah siasatan sikit, ni semua nak cedok dari Bernama, AP, Reuters, AlJazeera. Nasib baik ada blog2 ni, yang keluarkan berita2 yang menarik utk pembaca baca dan analisis.

Teruskan DR!

Adilla Harun said...

Musuh-musuh Islam tu merancang. Hajat mereka memang nak runtuhkan Iran. Mereka lupa perancangan Allah Maha Hebat. Rakyat Iran cukup bijak dan bersemangat tinggi. Tidak mudah memperkotak-katikkan mereka.