16 February 2011

Pertemuan dengan Badan Hak Asasi Manusia

Jika penindasan terhadap masyarakat Syiah menjadi petanda, rekod hak asasi Malaysia dijangka bertambah merosot tahun ini. Laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, 13 Mei 2010, memperihalkan dalam satu laporan The UN General Assembly (SFC, 5/14/10, p.A2) pelbagai badan hak asasi manusia meletakkan 7 negara anggota Human Rights Council memiliki rekod hak asasi yang rendah. 7 negara tersebut ialah: Angola, Libya, Malaysia, Mauritania, Qatar, Thailand and Uganda (sini). Sejak kejadian 9 Muharram lalu media asing memberi perhatian kepada keadaan hak asasi minoriti Syiah di Malaysia (lihat sini dan sini). Phil Robertson, Timbalan Pengarah rantau Asia untuk Human Rights Watch mengatakan; "The Malaysian government is all talk and no action when it comes to human rights," (klik sini)

Sebagai seorang pengarang, saya meyakini tugas saya bukan sekadar menjadi pencerita. Tukang sampai cerita sudah ramai. Saya lebih cenderung menjadi pengarang yang menjadi pengimbang dan pembenih kebenaran dalam masyarakat. Cerita hanyalah kenderaan kepada mesej hak asasi. Oleh kerana itu undangan bertemu Massoud Shadjareh dari London, Pengerusi kepada Islamic Human Rights Commission (IHRC) adalah satu kerja yang harus saya isi meskipun di tengah-tengah sibuk mengejar tarikh akhir beberapa karangan.

Perbincangan kami menganjur tiga jam membincangkan pelbagai persoalan hak asasi di pelbagai negara. IHRC meminta saya berperanan lebih dalam mempromosi hak asasi kumpulan yang relevan menerusi karya-karya saya. Anjuran itu saya sambut dengan baik sekali. Malah saya memaklumkan kepada beliau yang saya ada menulis mengenai keadaan orang asli di Malaysia (klik sini) serta sedang menggarap sebuah novel tentang isu yang beliau bangkitkan, sebagai 'my most ambitious work to date'.

Saya dimaklumkan oleh Pengerusi IHRC tersebut bahawa badan-badan hak asasi manusia sedang memantau kes terhadap Syiah di negara ini. Penganiayaan terhadap minoriti Syiah tempatan telah turut mendapat perhatian aktivis hak asasi seperti Dr Chandra Muzaffar (klik sini) dan S.M Idris (Persatuan Pengguna Pulau Pinang/Citizens International: klik sini). Tindakan segelintir kuarters dalam pentadbiran kerajaan yang tidak memahami komitmen Perdana Menteri Malaysia untuk melaksanakan 1Malaysia juga meletakkan hubungan negara dengan Republik Islam Iran dalam keadaan kurang selesa, klik sini dan sini.

Esok, buat pertama kalinya perhatian badan hak asasi akan dihalakan kepada nasib minoriti mazhab. Antara kempen di peringkat antarabangsa yang jelas mengenai hal ini ialah seperti terlihat di laman Committee For Justice For Malay Shia yang berkempen bagi pihak minoriti tersebut, klik sini.

Malahan, yang lebih mengejutkan, penindasan pencabulan dan penganiayaan terhadap minoriti Syiah di negara ini adalah bertentangan dengan deklarasi OIC yang ditandatangani oleh Malaysia sendiri pada tahun 2007. Butiran tersebut terkandung pada halaman 91- 93: RESOLUTION NO. 28/34-POL ON STRENGTHENING THE ISLAMIC UNITY. Didokumentasikan di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu: file A/61/981 S/2007./656. Ini bermakna apa yang berlaku terhadap minoriti Syiah Malaysia adalah bertentangan dengan komitmen Malaysia di peringkat antarabangsa.



** Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.

14 comments:

duta delster said...

perlu difahami bhw pelanggaran hak2 asasi boleh saja berkontradiksi dgn pematuhan2 peraturan dan undang2... boleh saja penguatkuasaan undang2 dan peraturan bermakna pelanggaran hak asasi, boleh juga dikatakan pemberian hak kpd yg berhak (baca: hak asasi) hanya boleh berlaku dlm sesetengah suasana, dengan pembatalan peraturan atu pindaan kpd peraturan dan undang2 sedia ada...

mudah cakap, tarik balik fatwa pengharaman syiah.

mungkin penarikan balim akan menyebabkan fatwa tidak lagi autoritatif... saya rasa itu ok saja, fatwa haramnya rokok juga tidak pernah digazetkan... kata teman2 yg membuatnya juga merokok...hehhehe..hari2 saya lihat org melanggar fatwa ini... ada apa dengan fatwa? bayangkan sesaknya mahkamah syariah membicarakan org yg tidak menghormati fatwa haram merokok? saban saat ada jer kes baru.

Adilla Harun said...

Syabas dan tahniah atas usaha Dr.! Mudah-mudahan datang manfaatnya dan berhasil. Memang tidak ramai yang sanggup memperuntukan masa untuk sesuatu yang 'minoriti' seiring dengan semua yang 'majoriti' dan 'priority'.

Malaysia dalam pemantauan di arena antarabangsa berkaitan persoalan hak asasi manusia. Syabas pada pucuk pemimpin dan kepimpinan!

Siti Aishah Hanin said...

oh,berapa juta hak umat Islam yang mahu hidup bebas maksiat,dicabul oleh media2.

berapa juta hak umat islam yang mahukan mu'amalah bebas riba',dicabul oleh sistem ekonomi.

berapa juta hak umat islam mahu mendengar debat terbuka tentang syiah-sunni,masih tidak tertunai.

banyak isu umat yang tidak terbela,Dr. Faisal. sila buktikan kebenaran Syiah terlebih dahulu sebelum anda membuang masa bersimpati kepada mereka.

behlul said...

assalamualaikum..

em.. tapikan.. orang kita terkadang
dia plak terlebih pandai..
hak asasi untuk yang mahu terima..
yang tak mahu banyak sangat bagi alasan

rihal said...

Quote"berapa juta hak umat islam mahu mendengar debat terbuka tentang syiah-sunni,masih tidak tertunai."

" banyak isu umat yang tidak terbela,Dr. Faisal. sila buktikan kebenaran Syiah terlebih dahulu sebelum anda membuang masa bersimpati kepada mereka."

Pn Siti ...mungkin saya silap tapi kalaulah usaha2 Dr mengetengahkan isu syiah dalam blog inipun dianggap membuang masa ......Apatah mungkin akan wujudnya debat terbuka syiah -sunni?
Yang saya maklum di pelbagai tempat terutamanya di mesjid-mesjid , syiah ditohmah,dimomok momokan ,dihina dgn sebegitu lantang tanpa ada sebarang sekatan......oleh mereka2 yang kononnya 'arif'tentang kesesatan syiah.

dan syiah tidak terbela di luar sana kerana tidak ada otoriti untuk bercakap ditempat2 sedemikian kerana ekslusif utk mazhab tertentu shj.

jadi apakah "simpati"nya Dr yg sebegitu kecil dinisbahkan dgn propaganda syiah di luar sana pun dipandang serong......dicemburui ....dan disirnakan langsung.?

sedih sekali betapa ramai di kalangan kita ini yang extreme dalam menilai sesuatu.....

tetapi yang pasti KEBENARAN tetap unggul dan KEBATILAN pasti lenyap jua, walau sehebat mana pergolakan yang berlaku

hiri said...

untuk siti aishah hanim, salamun alaikum. Andainya kita sakit jiwa kita kena cari doktor pakar jiwa, kalau sakit kanser kenalah cari doktor pakar kanser. Kalau nak mengetahui benar-benar Syiah kenalah tanyakan terus kepada ulamak-ulamak Syiah. Kalau kita dengar dari orang-orang yang tidak alim dengan Syiah maka matlamatnya tidak akan tercapai. Salawat.

lalok said...

ada org tak berminat nak suarakan hak asasi sendiri..mungkin beranggapan itu bukan satu rukun tuntutan..amal makruf nahi mungkar juga satu tuntutan..islam itu agama praktikal..bukannya membaca buku..bersembang2..semua pakat2 tau..lepas tu..hang balik rumah hang..aku balik rumah aku..mesti ada satu plan pembangunan..mesti ada plan kemajuan..perlu tau mana musuh..yg mana kawan.. yg ni mesti clear..islam itu adalah perpaduan..musuh islam adalah iblis..iblis bencikan perpaduan..kalau kita bencikan perpaduan..kan kita tu iblis dari kalangan manusia..selagi islam itu agama pameran..agama aquarium..selagi itulah kita tidak praktikal..

Dr Faisal Tehrani said...

lalok,
agama aquarium - i like that.
Wassalam

Muntazhar said...

SITI AISHAH HANIN :

"sila buktikan kebenaran Syiah terlebih dahulu sebelum anda membuang masa bersimpati kepada mereka."

ishk... ni sorang lagi contoh "1UMMAH - 1 MALAYSIA". buktikan pegangan anda dahulu sebelum mempertikaikan hak orang lain....

apa laa...
KALAU NAK BERCINTA, CARILAH PERSAMAAN..
KALAU NAK BERCERAI, CARILAH PERBEZAAN..

kalau tak paham jugak, doa banyak2 moga hidayah masuk...

Allahuma Solli 'Aala Muhammad Wa 'Aali Muhammad

Siti Aishah Hanin said...

mana pulak datang 1Malaysia-1Ummah ni. Ni la dia perangai pencacai politik sampai semua benda nak diselit benda poitik.

Qulil Haq walau Kaana Murran.Memang kebatilan akan lenyap dan kebenaran akan muncul,tapi bukan muncul dengan bukan sekadar mengarut kat dalam blog je.Kalau yakin dengan kebenaran bangkitlah buat penjelasan.Kalau dulu Astora Jabat boleh gentleman berdebat terbuka dengan Dr. MAZA,apatah pulak Dr. Faisal yang bijak bistari dan berprofil tinggi....

tak perlu Dr. Faisal bangun berdebat, mungkin Rihal @ Muntazar dah cukup ntuk bagi penjelasan agaknya? :)

Islam Muhammadi said...

Salam.

"Salam Sempena minggu perpaduan."

Hujatulslam haji Mohd Kamil Zuhairi : "kita tidak membawa bendara perang dan kita sesekali tidak akan mengibar bendara putih kpd Zionist Amerika dan kuncu2nya, tetapi kita membawa bendera PERPADUAN".

Islam Muhammadi said...

Salam.

Sesungguhnya umat yang maju adalah umat yang mengambil pelajaran dari sejarah, dan menghadirkan pengalaman-pengalaman sejarah di hadapannya, setelah sebelumnya menyedari hukum-hukum sejarah yang akan menuntun umat menuju peradaban. Disamping juga mengetahui sebab-sebab kehancuran dan kemunduran umat-umat terdahulu.

Kehidupan berdiri di atas satu hakikat, yaitu pertarungan yang terus-menerus di antara yang hak dan yang batil. Seluruh peristiwa yang terjadi di dalam sejarah manusia tidak keluar dari konteks pertarungan ini. Dengan hati nurani kita dapat menyelami sejarah dan menjadikannya hidup serta berinteraksi dengan kehidupan kita sekarang.

Untuk mengkaji ini mahu tidak mahu kita harus mengesampingkan berbagai emosi dan kecenderungan peribadi, dan mendasarkan diri kepada kaedah-kaedah al-Quran. Sehingga kita mampu melakukan analisa yang objektif, dan mampu melihat berbagai peristiwa bukan hanya sebatas permukaannya saja melainkan ke dasarnya.

Firman Allah SWT di dalam al-Quran, “Dan apakah mereka tidak mangadakan perjalanan di muka bumi dan memperhatikan bagaimana akibat (yang diderita) oleh orang-orang yang sebelum mereka? Orang-orang itu adalah lebih kuat dari mereka (sendiri) dan telah mengolah bumi (tanah) serta memakmurkannya lebih banyak dari apa yang telah mereka makmurkan. Dan telah datang kepada mereka rasul-rasul mereka dengan membawa bukti yang nyata. Maka Allah sekali-kali tidak berlaku zalim kepada mereka, akan tetapi merekalah yang berlaku zalim kepada diri sendiri.” ( ar-Rum: 9 )

Sebaliknya, umat yang beku tidak mampu memahami sejarah beserta hukum-hukum dan pengalamannya. Oleh kerana itu, mereka kehilangan kemampuan penglihatan yang menjadikan mereka mampu menguasai peristiwa-peristiwa sekarang dan berjalan menyongsong masa depan.

Ain said...

" malaysia is all talk and no action"

#Nah kau, tak pedas sindirannya tu..

Ain said...

Janagn cakap tak serupa bikin la. haiyo..