15 February 2011

Menjangkit Ke Bahrain

Saya pernah ke Manama, Bahrain dalam tahun 2002. Manama memang indah, saya hanya sempat berkitar di bandar selama dua hari. Saya mengesani ramai pekerja atau buruh berbangsa India. Seorang dua rakyat Bahrain nampaknya tidak cukup mesra untuk saya kesani detak nubari mereka. Mereka lebih suka menjauhi orang asing. Atau mereka menyangka saya adalah seorang Filipino.

Kelmarin, Bahrain ingin ikut bangkit seperti rakyat Tunisia dan Mesir. Saya mendoakan kejayaan mereka kerana Raja Hamad bin Isa Al Khalifa ini adalah seorang lagi hamba Amerika Syarikat yang totok. Bahrain sangat strategik untuk Amerika kerana ia menempatkan pangkalan tentera laut Amerika (U.S. Navy's Fifth Fleet). Minggu lalu dalam usaha mengekang kebangkitan rakyat, Raja Bahrain dilaporkan memberi setiap keluarga di negara tersebut $2500.

Akan tetapi tuan-tuan, bukan semua manusia memilih mengembungkan poket buat sementara berbanding kemerdekaan menggunakan akal sihat buat selamanya. Manusia menjadi terhormat kerana diizin memilih kebenaran.

Semoga gerakan kebangkitan rakyat akan terus memarak di Timur Tengah, kerana sesungguhnya seperti yang ditulis oleh ROBERT H. REID, Associated Press (klik sini), Revolusi Iran menempatkan rakyat Iran 32 tahun lebih awal dari jiran-jiran bangsa Arabnya. Dan tuan-tuan, Revolusi Islam tersebut tidak dicetuskan oleh Wael Ghonim seorang eksekutif Google, ia dicetuskan oleh ulama. Dan meminjam kata-kata H Reid, 'no such technological wonders were available' ketika itu.



* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.

28 comments:

kuncisudu said...

semoga kebangkitan ini memberi perubahan baik kepada Islam. kita tidak mahu yang zalim di gulingkan dan diganti dengan yang zalim juga.

teringat pelajaran sejarah tingkatan 4 - angin kencang dari luar.

Muzzulman said...

Tapi aku ada satu pandangan mengenai apa yang berlaku di Timur Tengah ni. Apa jua bentuk demonstrasi jika tidak hendak pun dipanggil revolusi aku rasa Amerika a.k.a. Dajjal ada memainkan peranannya.

Aku tidak hairan jika Mubarak stepdown kerana ini semua memang Amerika rancang untuk menggantikan orang yang lebih keras lagi terhadap rakyat Mesir. Walhasilnya keadaan rakyat Mesir adalah keluar mulut harimau masuk mulut buaya.

Lihat sahaja siapa yang menghisytiharkan Mubarak stepdown ialah Omar Suleiman anak didik CIA yang terkenal dengan brutalitynya.

Kenapa ini berlaku? Aku rasa Amerika sedang dalam rangka step-by-step setelah beberapa step-by-step yang terdahulu untuk mencari pasal dengan Iran.

Jadi... Amerika terlebih dahulu akan memastikan setiap negara di Timur Tengah adalah benar-benar pro kepada Amerika dan dalam masa yang sama rakyat akan menyukai pemimpin tersebut dan setiap keputusan yang bakal diambil oleh pemimpin yang baru itu nanti akan mendapat sokongan kebanyakan rakyat negara tersebut.

Jauh dalam hati aku berdetik apa yang sedang berlaku ini akan menular ke banyak negara-negara di Timur Tengah. Dan saat yang paling-paling dan sangat-sangat mendebarkan nanti sekiranya hal yang sama akan berlaku di Turki.

Ini kerana hadith Nabi ada menyebut "apabila jatuhnya Konstantaniyah (Constantinople) maka keluarlah Dajjal dan kemudian Nabi bersabda lagi apabila jatuhnya Konstantaniyah maka berdirilah "sa'ah" (istilah lain bagi Kiamat). Apabila tiba waktu ini nanti keadaan seluruh dunia akan serentak huru-hara kerana tangan Dajjal ini macam sotong octopus malah lebih dahsyat lagi sebab octopus lapan tangan jer.... (ok bab serata dunia tu cerita lain.. cerita kemudian kat tempat lain)

Ketika Timur Tengah terutama negara-negara yang akibat dari perubahan sejarah menjadikan mereka bertutur dan berkebangsaan Arab itu tadi yang ketika itu berada di bawah genggaman Dajjal a.k.a Amerika maka sebagaimana yang pernah aku sebut bahawa Arab-Arab ini akan berpaling dan ketika itulah Allah akan gantikan mereka dengan satu bangsa sebagaimana telah ingatkan oleh Allah

"....... dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan berperangai seperti kamu (QS. 47:38)" (dalam Hadis ada menyebut Nabi tidak menjawab soalan orang-orang yang bertanya siapakah dia kaum yang akan menggantikan mereka tersebut melainkan setelah ditanya tiga kali dan Nabi menepuk bahu Salman al-Farisi sambil berkata "bangsa ini - sekiranya iman itu ada di suraiya (matahari/bintang) maka bangsa ini akan mencapainya.

Jadi.. apa yang sedang dan akan berlaku di Timur Tengan adalah suatu yang sangat-sangat menggerunkan nun jauh di hadapan sana... Tapi jangan bimbang, tentera-tentera Isa juga sedang bersedia dan akan mengambil keputusan yang mengejutkan Amerika sendiri. Kerana tentera-tentera Isa yang selama ini mempunyai hubungan dengan Amerika akan mencari kawan baru iaitu musuh ketat Amerika. Makan terjadilah nanti peristiwa gabungan tentera al-Mahdi dengan tentera Isa menewaskan Dajjal!!!

bujang sudin said...

bukan setakat ke bahrain. ke iran yg saudara bangga banggakan tu pun hai ada yg nak buat mass protest?
eh kalau republik islam iran dah cukup kuat dan perintah dengan adil, takkan begitu ramai sekali yg tak puas hati?
irony sungguh

Dr Faisal Tehrani said...

bujang
demonstran di iran yang dipuji mak cik Clinton itu kah?
Owh mereka memang wujud di sana sejak zaman berzaman, ada yang beberapa kerat terbuang di Malaysia. Mereka lah yang menganjurkan konsert oleh penghina al Quran Mohsen Namjoo itu. Jadi saudara sebelah kan mana? Sebelah orang yang mendokong Islam atau yang mencerca Islam?

sarra mz said...

setuju dengan Dr.

(kononnya)yang mengina ketuanan melayu ni
ditentang habisan habisan
yang menghina islam
dialu alukan pula

komen makcik di berita tengahari tadi???

biasa laaa
bila tak nak tunduk dengan kehendak mereka
macam macam di katanya

:)

bujang sudin said...

bukan apa saudara tehrani, sy nak tambah lagi satu point yg sangat irony. kerajaan iran mengatakan sokongan kepada protestor kat cairo, tp dlm masa yg sama, protestor kat tehran ditembak dengan tear gas. eh kat tahrir sokong, kat tehran tak boleh plak?

sy bukan nak sokong protestor kat iran tu, tapi sy nak cakap kenapa ramai sangat rakyat yg nak lawan pemerintahan kat iran? nampak sangat pemerintahan yg konon2nya 'terbaik' tu tak berjaya nak buat RAKYAT setuju dan bawa benda ni ke jalanan. ini tandanya perjuangan rakyat, bukan perjuangan sentimen islam atau campurtangan luar. salah satu sepanduk mengatakan: no to dictatorship!

sy pernah ke iran sekali. dlm 5 org yg sy jumpa mesti ada benda nak kutuk dan cebik pasal ahmadinejad. mintak maaf cakap la, agak memalukan untuk pemimpin kerajaan yg membawa nama islam

bakaq a.k.a. ~penarik beca said...

Pesantren YAPI Diserang Massa Tak Dikenal, 6 Orang Terluka

Kalau ada facebook, baca sini.

kuncisudu said...

bujang dan drft,

protester ada di mana2. kita yang mesti menilai samada mereka (protester or protested) genuine utk Islam atau tidak.

di kelantan yang baik itu pun ada yang tak puas hati, di iran yang baik itu pun ada yang tak puas hati.

mazahaidar said...

http://www.youtube.com/watch?v=XnWsFlFMzf0 dr FT cuba tgk video ni..

mazahaidar said...

http://www.youtube.com/watch?v=XnWsFlFMzf0 Salam.. Cube dr FT tgk video ni..:)

SpaWnY said...

salam Dr.FT.. :)
sy nak tumpang mencelah jer ni.. hehe..
kalau di Malaysiaku yang tercinta ini ada bermacam-macam lagak perangai orang Melayu, apatah lagi lagak perangai rakyat di negara lain.. budaya, sosial, pemikiran, gaya hidup sama sekali berbeza..
come on, why are you being so uncreative??..

Undertaker said...

DR Ramai orang islam faham siapa itu Muawiyah,peritiwa karbala dan banyak lagi tapi yang masih keliru ialah siap kah puak"SUFIANIS" yang akan muncul akhir zaman ni ada yang kata dia bersekutu dengan Zionist,ada yang kata Puak ni orang islam pejuang Islam juga.Boleh tak Dr terang kan siapa dan dari mana asal uslnya puak SUFIANIS ini dan apoa yang bakal belaku mengikut kajian Dr

Muntazhar said...

Bujang...

Kalau nak tengok yg ironi, tak perlu jauh. Kat 1Malaysia ni pun melambak....

Kat Amman Jordan, terima.. ironinya, kat 1Malaysia pun kena serang...

Jumpa Diplomat, terima.. ironinya, kat Gombak kena serang...

1Malaysia, 1Ummah... Hmmm... 1Ummah? Ummah yg mcm mana?

Berattttttttttt............

Adilla Harun said...

Membaca komen Muzzulman, nyata ada benar dan kemungkinannya. Rasanya Amerika ni memang nak menjaga kepentingan Israel sesangat. Jika difikirkan kenapa masalah negara Islam, mereka pula yang sibuk nak campurtangan. Mengacukan pengganti yang boleh memelihara kepentingan mereka. Sanggup mengorbankan apa sahaja dan sesiapa sahaja.

Hanya Allah yang mampu menghalang musuh Islam ini. Umat Islam hanya boleh berusaha.

Zuljanah said...

Salam, :)

Mass protest yang kat Iran itu sah group yg mengada-ada, pro USA dan anti-democracy. Dah kalah dalam pilihanraya 2009 dulu 1:2 pada Presiden Ahmadinejad, sepatutnya redhalah dengan kehendak majoriti rakyat Iran. Sebaliknya mereka membuat kerosakan dan menggugat keamanan negara. Tak boleh terima kekalahan. Memang anti-demokrasi betul !

sulalongkong said...

Berbahagialah, Bahrain ramai populasi syiah!

Dr Faisal Tehrani said...

bujang
apa nak heran dengan orang yang tak mau Islam di Iran? Di sini pun berlambak. Islam pun kena hina hari2. Ketika Nabi Muhammad sedang berkhutbah Jumaat pun sahabat Nabi boleh lari meninggalkan baginda dan yang masih ada hanyalah 12 orang, maka turunlah ayat Quran menegur kelakuan sahabat2 tersebut.
Jadi tidaklah menghairankan ada orang nak tolak Islam dan marahkan Islam. Mengaitkan Islam dengan dictatorship. Bukan susah nak tahu sempadannya, cuma saudara di sisi mana?

mohd ihsam zainuddin said...

mungkin saudara bujang ni berfahaman islam-amerika atau pun paling tepat sosialis..! Revolusi kebanyakan yg berlaku disbbkan pemimpin yg zalim serta mengumpul harta utk kepentingan kroni masing2. kalau di iran pemimpin yg jenis mana yg saudara nak gulingkan? pemimpin yg hidup zuhud mcm nik aziz.. bersepah kat iran tu... saya rasa kereta saudara pun lebih mahal dari kereta peribadi tuan presiden iran! demontrasi di iran dibenarkan kerana mereka memang mengamalkan keadilan dlm islam...!sesiapa sahaja boleh berdemontrasi di iran asalkan tidak melanggar batas agama.. tak puas hati mcm mana kalau pemimpinnya hidup zuhud... hanya org yg gila sahaja berdemontrasi krn pemimpinnya hidup zuhud!!!! kebanyakan yg ditangkap adalah tali barut amerika-yahudi yg diseludup masuk ke iran melalui fahaman wahabi.. tidak ada yg peliknya kerana di zaman nabi pun ramai munafik semasa nabi muhammad s.a.w memerintah madinah.. munafik2 ini ramai yg tak puas hati dgn nabi... selepas wafat nabi pun ramai yg tak puas hati bila omar tiba2 mengistiharkan abu bakar sebagai khalifah! begitu juga ramai yg tak puas hati sifat kronisme khalifah osman dlm mengagih agihkan jawatan dlm kerajaan di kalangan saudara maranya...! iran tidak sama dgn dunia sunni! dunia sunni sentiasa bercelaru dan tidak ada sistem yg mampu mempertahankannya.. berlainan dgn syiah imamah iran yg dipelihara oleh sistem "wilayatul faqih".saudara bujang kena mendalami sistem ini baru dapat jawapan bagaimana iran berjaya dlm revolusinya menjatuhkan syah iran laknatullah itu..!

abu mohsein said...

Ramai yang tak mahu kembali kepada ajaran al Quran. Di sana kan terdapat surah khas untuk orang-orang Munafiq. Celaan terhadap orang yang berpura-pura, berkacamata Islam tetapi engkar.

Soal bangun menentang sesebuat pemerintahan bukanlah luarbiasa. Anak sendiri pun boleh menentang emak bapak; adik beradik pun boleh berkelahi sehingga ke mati, ini kan pula dalam sesebuah negara.

Iran bukan negara sempurna, Malaysia lagilah kureng sempurnanya, Kelantan dan Penang serta Selangor lagilah tak sempurna. Bandingkanlah di zaman pemerintahan Rasulullah, berapa ramai yang engkar kepada Rasul, ketika perang Uhud tu....berapa ramai yang lari dari perang...itu di kalangan sahabat tu....ternyata Rasul lantikan Allah pun manusia tinggalkan...Apa lagi orang macam kita dan macam orang Iran yang cintakan dedah, dadah, kelab malam, pelacuran, perjudian, bersenggama dengan sesiapa yang mereka suka....

Benarlah....orang-orang Iran yang datang ke sini tu....cuma eskapisma semata. Mereka banyak menumpahkan maruah Ahl Bait dan kesucian ajaran mereka. Mereka lebih barat dari barat, mereka lebih dedah dari pendedahan di Malaysia dan majoritinya begitu tapi kalau jumpa yang baik dan pengikut setia ahl bait..Masya Allah...bagaimanalah pula...sifat dan kelakuan Imam-imam mereka....

Bagi yang bujang tu kena cepat kahwin sebab boleh rasai dan hayati isteri juga akan demonstrasi heheheheh ada ketikanya....apakah begitu ye bujang....

Hukum mudah....tengoklah sapa yang menentang siapa dan atas alasan apa penentangan tu.....heheheh....tak kan itu pun nak kena ceritakan juga...

Di Malaysia pun begitu kan....Hal Mesir kita buat demonstrasi....Hal Anwar buat demonstrasi....Hal penghinaan kepada saudara se agama mazhab Syiah...semua diam...hehehhehehh ulamak dalam Pas heheheh memang tak pas lah...ulamak dalam UMNO 2x5 jugak.....Dewan Ulamak Pas....mmmm memang tak boleh harap....Jika pembangkang (Pakatan Rakyat) memerintah lagilah....menggila...Syiah dan pencinta Ahl Bait akan menjadi lebih terpinggir dan akan dilangsaikan dari peta agaknya....

Maklumlah pemikiran Salafiyyah, Kaum Muda dan Wahabi masih berenang-renang dengan selesa dalam PAS.

Tak hairanlah jika Allah tidak memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat. Agama lain dan budaya lain diperjuangkan,,,sedangkan kawan seagama berlainan mazhab menjadi pecacai dalam pemikiran mereka dan seperti musuh yang nyata.

ibnuyassir said...

Ar Rayah World News

Kebangkitan

Mesir, Lokasi Awal Salahuddin Al Ayubi Membebaskan Palestin

Mungkinkah Mesir Pembentukan Pertama, Kekhalifahan Kedua

Seruan Khilafah Untuk Kaum Muslimin Mesir

Ketakutan Amerika akan kebangkitan Khilafah

http://ibnuyassir.blogspot.com/

Selasa said...

Tuesday, February 15, 2011
Anti-Iranian incitement coming from american government
Now that it has been shown beyond doubt that the american government was
behind Mubarak's removal in Egypt they are trying to repeat what they
did in Iran in 2009. Only this time they are doing it more openly.
Recently clinton started a twitter feed which has been posting messages
inciting Iranians to acts of violence which will destabilize Iran and
make things worse and paving the way for conflict, be it with america,
israel, or a civil war. The link is below
http://twitter.com/USAdarFarsi
Do not fall for the lies of clinton. Notice also who is being followed
on that twitter account, the very people clinton and the american
government are menacing.
Speaking of clinton she is appointing marc grossman to replace dick
holbrooke as envoy to Afghanistan and Pakistan. Whether he will
continue dick's policies is uncertain, but this comes at a time when the
american government is working openly to destabilize Iran, which has
been keeping things in Afghanistan and Pakistan stable.
Speaking of inciters an individual who uses the alias shah mahi has been
sending out invitations and messages for people to act out against Iran
via facebook. This individual was at Prince Ali-Reza's Boston memorial
and had spread slander about me via Prince Ali-Reza's facebook page.
Here is that person's link
http://www.facebook.com/people/Shah-Mahi/100000670192927
Right now I am securing info with select people because of individual.
I should not have to repeat that if things escelate in Iran, as well as
Jordan, Morocco, Bahrain, things will get worse fast.
Peter Khan Zendran
posted by Peter Khan Zendran at 11:21 AM 0 comments links to this post

behlul said...

assalamualaikum,,

apa sahaja kebaikan yang hendak
dibuat pasti ada kebatilan yang akan
menghalang, tambahan lagi mereka yang
berlumb tentang kebatilan sentiasa
punya idea dan jalan untuk tidak
dinampakkan oleh orang seperti kita
yang hanya faham baca suratkhabar
tanpa menilai baik atau buruk..

dalam mutiara kata oleh imam ali
'manusia menjadi musuh apa yang
ia tidak ketahui'.. dan benar
kita menjadi masyarakat yang tembak
tapi tak mahu menganlpasti apakah bidikan kita itu adalah kebenaran
atau menjadi pesuruh kepada mereka
yang mahu memperbodohkan kita..

saudara bujang.. di mana-mana
sahaja keadilan belum tertegak..
imam mahdi datang memperbetulkan
semuanya.. apakah saudara tak baca
hadis rasul atau firman allah?
jangan jadi alat penyampai kepada
zionis.. itu yang ada sekarang
dalam agenda mereka untuk bangsa
melayu yang terkenal dengan
hasad dengki dan iri hati.. hati-
hatilah dengan apa yang saudara
dengar.. takut nanti tersalah
pijak pula..

na's said...

smoga islam kembali tertegak di muka bumi....

AlMulk said...

http://english.farsnews.com/

Ain said...

Kalau ada yang protes kat Iran pun, aku tak caya mereka tu benar-benar cintakan Iran. Aku tak faham, apa yang kurang atau buruknya Ahmadinejad. Nak kata dia ekploitasi duit rakyat untuk diri sendiri, aku tak nampak pun mana kaya nya. Satu-satunya kereta buruk yang dia ada tu pun dia lelong untuk bantu rakyat sendiri.

Ain said...

That's why I salute Iran.

alyred said...

Salam.. saya rasa yang tunjuk perasaan di Iran tu, bukannya pro Amerika, walaupun Mak Cik Clinton puji. Mak Cik Clinton memang keje dia camtu.

Buktinya, antara yang menganjurkannya bekas Perdana Menteri ke-4 Republik Islam Iran lepas Revolusi Ayatullah Khomeni, namanya Mir-Hossein Mousavi, dan antara yang tertangkap baru-baru ni Faezeh Rafsanjani, anak bekas presiden, Akbar Hashemi Rafsanjani. Sila rujuk pautan ni http://english.aljazeera.net/news/middleeast/2011/02/2011220125132363934.html dan http://english.aljazeera.net/news/middleeast/2011/02/201122053957526278.html .

Saya rasa tak patut kalau mereka dikatakan pro Amerika. Sama pulak macam Mubarak cakap revoulusi belia Mesir ada ajenda luar, untuk memburukkan imej penunjuk perasaan. Mungkin ada sesuatu yang tak kena.

Bagi saya, sepatutnya Ayatullah Khomeni`e biarkannya je mereka tunjuk perasaan. Orang akan dapat lihat mana yang benar dan mana yang salah. Kalau main-main tuduh je... pastu larang tunjuk perasaan... pastu tangkap... pastu pukul mungkin.. apa bezanya Republik Islam dengan Republik Firaun. Republik Islam patutnya tunjukkan contoh yang baik.

sekadar pandangan.

Dr Faisal Tehrani said...

alyred,
Saudara nampaknya benar2 tidak faham politik Iran. Robet Fisk yang mengarang buku seribu lebih halaman tentang international relations di negara arab pun tidak pernah faham tentang Iran.
Faezah Rafsanjani bukan dilihat ramai sebagai ejen U.S, ia malah ejen British dan Kanada. Perniagaannya di luar Iran begitu sulit sejak Ahmadinejad naik.
Saya ulangi, yang menunjuk perasaan di Iran itu adalah puak2 Mohsen Namjoo (yang dilarang datang ke Malaysia) dan MKO (kominis teroris), jika ada yang seronokkan mereka maka tidak ada bezanya mereka yang seronok itu dengan mak cik Clinton yang seronok.