28 February 2011

Mengapa RTM Menayangkan Filem The Hard Corps?


Pada 19 Februari lalu, pukul 11 malam, TV2 di bawah Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan sebuah filem berjudul The Hard Corps (klik sini).

Apakah masalah dengan filem ini? Ia menggambarkan orang Islam sebagai teroris. Dan Zionis/Baratsebagai 'mangsa' yang perlu dikasihani dan diselamatkan (sini).

Filem kelas B tahun 2006 tersebut memang mengenengahkan plot yang memualkan. Malah demi menjadikan propaganda melagakan krisis mazhab Hollywood ini berjaya, adegan 'teroris' Muslim tersebut ditampilkan dengan poster Imam Khomeini di belakang sebagai latar.


* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.

11 comments:

ringkas said...

sebagai rujukan tambahan

http://www.youtube.com/watch?v=t5VHJOWKH7I&feature=related

sila lihat minit ke 1:58

Bungakopi said...

filem2 yg kata muslim pengganas ni dah bersepah kat tv sjak zman dulu lg, xkan baru perasan kot

Annabilah said...

sedari revolusi Islam Iran lagi propaganda menjatuhkan kredibiliti Iran/ulama2 mereka....
Imam Khomeini pernah 'tampil'dalam filem hits Back to the future 2 di sini:

http://backtothefuture.wikia.com/wiki/Hot_Satan_Special

dan sedutan video di sini:
http://www.youtube.com/watch?v=j2geqIYvs5k

Muntazhar said...

apa nak heran....
1malaysia & 1zionis kan saling memahami & 'berkerjasama'...

Adilla Harun said...

Ah! ha! ha! kalau dah sememangnya kaki propa tu, begitulah. Kita kena berhati-hati dengan penyakit ini. Silap haribulan, boleh berjangkit. Penyakit dari Barat ni berdesup virusnya.

Saya ada tertengok cerita tu - separuh jalan. Ingatkan saja cerita ala-ala mafia kulit hitam vs polis@bodyguard gitu. Layan aje. Tengok action diorang. Tak tahu pulak siap letak gambar Imam untuk propa!

Murtadza Mokhtar said...

Bungakopi, bukan baru prasan. Dah lama prasan. Kalau nak faham sesuatu posting kenalah tengok konteksnya.

Tuan rumah mempersoal 'motif' penayangan filem ni. Diwaktu umat Islam timur tengah dan dunia sedang bergelojak menolak peimimpin zalim & zionis, tup-tup RTM tayang filem ni...

Ada faham?

camarputih said...

salam..

bukan setakat filem, siri drama di tv pun memang banyak memaparkan islam = terrorist.. kalau tengok NCIS or NCIS LA, selalu sangat watak terrorist tu orang islam.. malangnya, tiada siapa yang membantah/bersuara untuk menapis drama-drama ini.. takut agaknya dikatakan racist or extremist.. :(

Annabilah said...

propaganda barat menjatuhkan revolusi Islam..

MBP 2587 said...

Bungakopi said...
filem2 yg kata muslim pengganas ni dah bersepah kat tv sjak zman dulu lg, xkan baru perasan kot


Nsb Dr. FT post hal ni, initiatif in creating awareness among sesiapa yang tidak tahu akan hal ini termasuk sy :)

Noor Hady said...

my opinion la..RTM ni sbnrnya xd niat atau xtau pon isu2 yg cmni..RTM sndiri x peka ngan isu2 umat islam.sbb org2 dlm RTM ni mmg sume lembab dan sembab..dia kuar cite tu pon bkn sbb nk brkrjasama zionis ke ap ker..tpi sbb diorng ni sedikit bingai..bkn tau nk wt research atau mngmbil serius dlm hal2 cmni..mklumlah cmne ketua cmtu jugak la pkerjanya..

behlul said...

assalamualaikum..

Filem bukan cerita sebenar.. jadi
dokrin dah bermula..