
Tokoh Ikhwanul Muslimin, Dr. Kamal Helbawy mengunjungipemimpin umat Islam Syiah, Ayatullah al Uzma Imam Ali Khamenei awal minggu ini.
Sempena International Conference on Islamic Unity kali ke 24 (Muktamar Ad Dauli Lil Wehdatil Islamiyyah ke 24) di Tehran baru-baru ini, tokoh Ikhwanul Muslimin telah turut diundang. Tahun lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang diundang ke Tehran. Adalah dilaporkan beliau berucap di Tehran dengan kertas kerja bertajuk Natijah yang Positif bagi Kepelbagaian Mazhab.
PAS amat berbangga pemimpin mereka diraikan di Republik Islam Iran sebagai tokoh. Lihat sini dan sini. Ketika kunjungan ke Tehran pada tahun 2010 itu PAS telah memulakan satu inisiatif untuk menjalinkan kerjasama dengan Parti Motalefeh dan bertemu dengan Timbalan Presiden parti tersebut iaitu Saedi Amani. Parti Motalefeh mempunyai 90 kerusi di Majelis (parlimen) Iran. Harakah melaporkan pertemuan tersebut dengan tajuk berita 'PAS Jalin Persefahaman Dengan Parti Ahmadinejad' pada 19-21 Mac 2010.
Pendirian PAS tahun lalu mengenai perpaduan ummah dan soal mazhab selaras dengan fatwa Sheikh Mahmood Shaltoot (al-Azhar) pada 6 Julai 1959 yang disiarkan dalam akhbar al-Sha'ab (Mesir) isu 7 Julai 1959 dan akhbar al-Kifah (Lubnan) isu 8 Julai 1959 iaitu Syiah Ja'fariah, atau mazhab "al-Shia al- Imamiyyah al-Ithna Ashariyyah" adalah sebuah mazhab dan boleh diamalkan oleh umat Islam.
Akan tetapi tahun ini, lain agaknya. Adalah menghairankan apabila umat Islam Syiah di Malaysia dibantai cukup-cukup oleh pihak berkuasa agama, Tuan Guru tidak kelihatan di mana-mana mempertahankan 'nasib' masyarakat Syiah tempatan (lihat sini). Bukan itu sahaja pihak berkuasa agama yang menfitnah umat Islam Syiah adalah sebuah agensi yang terletak di bawah pentadbiran salah seorang tokoh PAS dalam kerajaan Pakatan Rakyat. Beliau pun tidak berkutik. Tidak cukup itu, salah seorang Ahli Yang Berhormat PAS yang pernah mengunjungi Hauzah ar Ridha a.s turut mendiamkan diri.
Bagaimana PAS menilai diri sebagai Parti Islam ketika isu sebegini penting lagi genting iaitu perpaduan ummah dipermainkan akan tetapi PAS tidak bersuara?
Mungkin inilah puncanya Presiden PAS Haji Abdul Hadi Awang tidak hadir di International Conference on Islamic Unity kali ke 24 bersama-sama Ikhwanul Muslimin. Awal minggu ini satu pertemuan antara ramai ulama Sunni dari pelbagai negara berlangsung dengan Ayatullah Ali Khamenei.


Nampaknya dalam pertemuan itu wajah yang 'Melayu' hanyalah Ketua PB NU dari Indonesia, Prof. DR. Said Agil Siradj dan Ustaz Ghani Shamsuddin dari Malaysia. Ustaz asal Melaka tersebut bagaimanapun mewakili Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia atau SHURA (lihat sini). Meskipun beliau adalah AJK PAS Pusat, Ketua Lajnah IT dan Setiausaha Majlis Syura Ulama’ tetapi kehadiran beliau adalah atas gerak kerja SHURA. Selain itu kelihatan Mufti Besar Oman, Allamah Syeikh Ahmad al-Khaili, mantan Menteri Kebudayaan Jordan, Munir Shafiq, wakil Parti Islam Tajikistan, Mahyuddin Kabiri, Penasihat Menteri Wakaf Syria, Nabil Sulaiman, Ketua Parlimen Sudan, Abdurrahim Omar, Ketua Ulama Muslim Lebanon, Syeikh Ahmad al-Zain, seorang ulama terkemuka Sunni Iraq, Syeikh Khaled Mulla, Mufti Besar Bosnia, Syeikh Mustafa Serich, dan Ketua Gerakan al-Tauhid Lebanon, Syeikh Bilal Saeed Syaban.
Kira-kira Ustaz Ghani lebih ke hadapan berbanding Presiden PAS bila berdiri sebaris dengan Presiden Ahmadinejad. Rugi juga tak ke Tehran tahun ini. Mungkin Tuan Guru Haji Abdul Hadi sibukkan hal Kerdau dan Merlimau.
Susah juga kalau Ustaz Hadi hadir, kerana perlu menjawab dengan Ayatullah Ali Tashkiri. Ini kerana kita difahamkan oleh laman web Taghribnews, Ayatullah Tasykiri ada mengutus surat kepada beberapa pihak agama di Malaysia termasuk presiden Parti Islam Semalaysia (PAS), meminta mereka menghalang fatwa terhadap orang yang tidak bersalah dan menyatukan umat menghadapi musuh-musuh Islam (lihat sini).
Mungkin PAS tidak lagi berminat dengan perpaduan ummah dan soal mazhab. Saya cuma kata 'mungkin'. Maklumlah, kita difahamkan masyarakat Syiah di Malaysia ciput sahaja, minoriti kata orang-orang politik; dan tiada pengaruh serta kekuatan ekonomi. Sebagai parti Islam, PAS tidak akan hanya 'habis' menjawab dengan ahli, tetapi juga perlu menjawab dengan Nabi dan Tuhan kelak. Itu 'retorik' Tuan Guru zaman berzaman. Ketika itu, di akhirat kelak, kita rasa tentu pimpinan (terkecuali Ustaz Ghani gamaknya) akan ditanyakan tentang apa ertinya PAS for All.
PAS amat berbangga pemimpin mereka diraikan di Republik Islam Iran sebagai tokoh. Lihat sini dan sini. Ketika kunjungan ke Tehran pada tahun 2010 itu PAS telah memulakan satu inisiatif untuk menjalinkan kerjasama dengan Parti Motalefeh dan bertemu dengan Timbalan Presiden parti tersebut iaitu Saedi Amani. Parti Motalefeh mempunyai 90 kerusi di Majelis (parlimen) Iran. Harakah melaporkan pertemuan tersebut dengan tajuk berita 'PAS Jalin Persefahaman Dengan Parti Ahmadinejad' pada 19-21 Mac 2010.Pendirian PAS tahun lalu mengenai perpaduan ummah dan soal mazhab selaras dengan fatwa Sheikh Mahmood Shaltoot (al-Azhar) pada 6 Julai 1959 yang disiarkan dalam akhbar al-Sha'ab (Mesir) isu 7 Julai 1959 dan akhbar al-Kifah (Lubnan) isu 8 Julai 1959 iaitu Syiah Ja'fariah, atau mazhab "al-Shia al- Imamiyyah al-Ithna Ashariyyah" adalah sebuah mazhab dan boleh diamalkan oleh umat Islam.
Akan tetapi tahun ini, lain agaknya. Adalah menghairankan apabila umat Islam Syiah di Malaysia dibantai cukup-cukup oleh pihak berkuasa agama, Tuan Guru tidak kelihatan di mana-mana mempertahankan 'nasib' masyarakat Syiah tempatan (lihat sini). Bukan itu sahaja pihak berkuasa agama yang menfitnah umat Islam Syiah adalah sebuah agensi yang terletak di bawah pentadbiran salah seorang tokoh PAS dalam kerajaan Pakatan Rakyat. Beliau pun tidak berkutik. Tidak cukup itu, salah seorang Ahli Yang Berhormat PAS yang pernah mengunjungi Hauzah ar Ridha a.s turut mendiamkan diri.Bagaimana PAS menilai diri sebagai Parti Islam ketika isu sebegini penting lagi genting iaitu perpaduan ummah dipermainkan akan tetapi PAS tidak bersuara?
Mungkin inilah puncanya Presiden PAS Haji Abdul Hadi Awang tidak hadir di International Conference on Islamic Unity kali ke 24 bersama-sama Ikhwanul Muslimin. Awal minggu ini satu pertemuan antara ramai ulama Sunni dari pelbagai negara berlangsung dengan Ayatullah Ali Khamenei.


Nampaknya dalam pertemuan itu wajah yang 'Melayu' hanyalah Ketua PB NU dari Indonesia, Prof. DR. Said Agil Siradj dan Ustaz Ghani Shamsuddin dari Malaysia. Ustaz asal Melaka tersebut bagaimanapun mewakili Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia atau SHURA (lihat sini). Meskipun beliau adalah AJK PAS Pusat, Ketua Lajnah IT dan Setiausaha Majlis Syura Ulama’ tetapi kehadiran beliau adalah atas gerak kerja SHURA. Selain itu kelihatan Mufti Besar Oman, Allamah Syeikh Ahmad al-Khaili, mantan Menteri Kebudayaan Jordan, Munir Shafiq, wakil Parti Islam Tajikistan, Mahyuddin Kabiri, Penasihat Menteri Wakaf Syria, Nabil Sulaiman, Ketua Parlimen Sudan, Abdurrahim Omar, Ketua Ulama Muslim Lebanon, Syeikh Ahmad al-Zain, seorang ulama terkemuka Sunni Iraq, Syeikh Khaled Mulla, Mufti Besar Bosnia, Syeikh Mustafa Serich, dan Ketua Gerakan al-Tauhid Lebanon, Syeikh Bilal Saeed Syaban. Kira-kira Ustaz Ghani lebih ke hadapan berbanding Presiden PAS bila berdiri sebaris dengan Presiden Ahmadinejad. Rugi juga tak ke Tehran tahun ini. Mungkin Tuan Guru Haji Abdul Hadi sibukkan hal Kerdau dan Merlimau.
Susah juga kalau Ustaz Hadi hadir, kerana perlu menjawab dengan Ayatullah Ali Tashkiri. Ini kerana kita difahamkan oleh laman web Taghribnews, Ayatullah Tasykiri ada mengutus surat kepada beberapa pihak agama di Malaysia termasuk presiden Parti Islam Semalaysia (PAS), meminta mereka menghalang fatwa terhadap orang yang tidak bersalah dan menyatukan umat menghadapi musuh-musuh Islam (lihat sini).
Mungkin PAS tidak lagi berminat dengan perpaduan ummah dan soal mazhab. Saya cuma kata 'mungkin'. Maklumlah, kita difahamkan masyarakat Syiah di Malaysia ciput sahaja, minoriti kata orang-orang politik; dan tiada pengaruh serta kekuatan ekonomi. Sebagai parti Islam, PAS tidak akan hanya 'habis' menjawab dengan ahli, tetapi juga perlu menjawab dengan Nabi dan Tuhan kelak. Itu 'retorik' Tuan Guru zaman berzaman. Ketika itu, di akhirat kelak, kita rasa tentu pimpinan (terkecuali Ustaz Ghani gamaknya) akan ditanyakan tentang apa ertinya PAS for All.* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.



36 comments:
Kan saya dah kata, saya memang konfius dengan pendirian pas dalam banyak perkara....
x paham lagi ke bro, KUASA....sebab KUASA, semua jadi GILA...peluang nak dapat KUASA, so meraka diam pasal pluralisme, syiah, interlok dan macam2 lagi....matalamat hanya untuyk menjatuhkan BN/UMNO, tiada yang lain...
sudah gaharu cendana pula, dah tau nak tanya lagi?
Ya, jawab jangan tak jawab!. Kalau boleh tulis dan 'memorize' baik-baik jawapan tu. Biar Allah mengadili.
Politik kerana agama ke? Agama kerana politik ke? Politik dulu agama kemudian ke? Agama dulu politik kemudian ke? Mana-manalah. Jawab tetap jawab. Sebab soalan memang dah sedia!.
Bahkan lalang yang ditiup angin pun menjawab. Memang itu resmi aku!. Mana angin yang bertiup kuat ke situ aku meliuk dan melintuk.
bkn PAS yg kita prsoalkan..melainkan jika PAS mntadbir malaysia barula mereka brtngungjawab..mngkin atas kecuaian tok guru hadi..maklumlah mereka2 ni pon tidak maksum..wallahualam..
Salamun'alaikum Dr,
Bolehkah dijelaskan "...akan ditanyakan tentang apa ertinya PAS for All."
Salawat!
Politik malaysia dulu masih boleh diselamatkan. Sekarang nampaknya masing-masing berebut kuasa dan bukannya menegakkan haq.
Apa yang di lihat PAS dibawah PRESIDEN HJ HADI lebih impikan kerajaan perpaduan daripada perpaduan ummah. Tapi la kan rasanya kalau Ustaz Ghani jadi presiden PAS sama ke atau idak dgn HJ HADI???
PAS ni dulu ok.. Skrg ni dah makin mengarut mcm yat kata KUASA.. Adakah munasabah nak memerintah negeri Kedah diambilnya Muawiyah Bin Abu Suffian sbg contoh kepimpinan.. Sakit pala aku pikir..
Masalah utama mereka sekarang bukanlah mengagungkan agama (tak kira la mazhab apa pun).. Tapi memPASkan agama.. Jalan yang mereka pilih sekarang kearah menghancurkan masa depan mrk sendiri...
akhir zaman...
umat sendiri tolak agama.
saya yakin dengan pemerintahan PAS. ya, memang utk menjatuhkan UMNO sbb UMNO berjuang utk apa? melayu?
sedangkan kita semua sepatutnya berjuang utk Islam. buat masa sekarang, saya tak lihat parti lain yang berusaha ke arah Islam selain PAS.
salam
sy bukan ahli dalam hal ni, "mungkin" kepada sesiapa yang tidak terlibat dalam hal ini secara arif dan langsung seeloknya berdiam saja daripada terus menuduh bukan2. Elakkan fitnah terhadap golongan agama. Usah tuding jari sana sini semata2 nak mempertahankan pendirian masing2. tak kenal maka tak cinta :)
siapa kata Allah x tanya?
"Dan jika Kami perlihatkan kepadamu sebahagian yang Kami ancamkan kepada mereka atau Kami wafatkan kamu kerana sesungguhnya tugasmu hanya menyampaikan saja, sedang Kami-lah yang menghisab amalan mereka"
ar-ra'd ;40
La nih kita patut bleh beza...siapa yg bawa politik syaitan dan politik Islam...kwang3x
786/121 Salamunalaikum.
Bila didalam kubur yang ditanya bukanlah dari parti mana yang kita ikuti samada PAS atau UMNO tetapi salah satu yang ditanyakan adalah... Siapa IMAM kamu?.
Salawat.
Mudah untuk buat persepsi, persepsi pula disokong oleh yamh tidak mengetahui dan terutamanya yang x menyukainya. Seeloknya tuan tanah ni bertanya sendiri pasal apa kemudian baru sebarkan sebab musababnya nanti tak pasal2 membawa berita fasik. Yang di tohmahpun adalah orang yang berilmu ni, bukan kai raba atau kai rasuah..harap2 berhati2 jgn hanya ada gelaran 'Dr' dan pandai berkarya boleh nak membuat persepsi liar..apa sumbangan tuan tanah ni kepada rakyat kebanyakan?....stakat student tu saya pun pengajar jugak..ilmu sembahyang lagi!
mungkin PAS sibuk dengan SUNNAH MUAWIYYAH mereka........
camni rupanya cara 'Dr' berfikir...
apa akan jadi seandainya tuan guru haji abdul hadi membela kaum minoriti syiah di Malaysia ini secara terbuka? saya pasti pihak disebelah sana akan menangguk di air jernih dengan mengatakan TGHH menyokong syiah dan sebagainya..
dan kita sedia maklum syiah difatwakan sesat di malaysia..kemudian itulah surat khabar itu dan ini mengaitkn PAS dgn syiah..mati kutulah PAS nk menjawab selepas itu, terpaksa berperang pula dengan majlis fatwa dan sebagainya..ahli2 PAS pun berantakan kerana berdebat dalam hal ini..matilah semua perjuangan PAS selama lebih 50 thn untuk menyuburkan Islam di negara ini hanya dengan satu isu yg seolah2 sengaja dicipta..
atau...
Hj Hadi tu memang syiah kot..sebab dia mengamalkan TAQIYAH..(^_^)
tahniah! tuan hadir sebagai pemantap perjuangan.. cek kelemahan dan bg tahu. bagus.
tapi, tuan kena jelaskan kpd yg lain bagaimana persepsi tuan secara keseluruhan berkenaan semua pendirian PAS berdasarkan prinsip2 dan aulawiyat dlm perjuangan PAS mengikut WAQI' di m'sia.
tuan adalah pemikir yg kami nanti2kan dlm perjuangan ini. sayangnya.. kemana wawasan penyatuan ummah jika TIADA saranan. Yg ada cuma cambahan dan kronologi kes dan persoalan yg mengelirukan.
mohon cdgn dan penjelasan. maka disitu peranan tuan yg sebenar. tak kira syiah atau sunni semuanya wajib memperjuangkan Islam.
moga dgn cara dan kebolehan tuan ini dpt membangkitkan khilafah yg sudah lama runtuh ditelan fitnah dan prasangka ummah yg membuah kedangkalan akal dlm bertindak..
tercambah dgn pena, terjemah dgn jiwa..terlaksana hanya kerna Dia.
assallamualaikumwarohmatullahiwabarokatuh...keahlian saya terbatas / keanjalan minda memaut segalanya , Allah maha suci dan maha mengetahui , dasar Islam mesti dirincikan demi kemaslahatan ummah ,keterangkuman pas menujah arus kekuasaan meminggirkan ikatan persaudaraan dan persahabatan . kekeliruan awam dijadikan kajian , amat menyedihkan kejiranan.
assallamualaikum warohmatullohiwabarokatuh...keanjalan minda intelektual kepemimpinan pas dinilai dengan keterangkuman tujahan mengelirukan ummah , meminggirkan persaudaraan dan persahabatan , kemelut awam dibuat kajian tujahan ..Ya Allah yang maha suci dan maha mengetahui setiap perlakuan .tunjukilah jalan , damaikan kalbu yang serakah jejak kekuasaan yang terus meminggirkan peradaban dan kemuliaan Islam.
PAS sekarang sedang terkagum dalam manhaj "DINUL PAKATAN".
PAS hanyalah sebuah parti politik yg mahukan kemenangan sahaja... mungkin benar kata dr FT, puak syiah adalah kaum minoriti sahaja... Mana PAS nak pandang... Mereka lebih sayangkan kaum cina dan india agaknya
John:
"Yang di tohmahpun adalah orang yang berilmu ni, bukan kai raba atau kai rasuah..harap2 berhati2 jgn hanya ada gelaran 'Dr' dan pandai berkarya boleh nak membuat persepsi liar..apa sumbangan tuan tanah ni kepada rakyat kebanyakan?.."
Memang betul pun tidak ada suara dari PAS untuk memperjuangkan nasib golongan minoriti syiah yang tertindas di Malaysia ni..ADA SESIAPA YANG PERNAH MEMBACA DAN MENDENGARNYA?
Tohmah ke benda pulak? Kalau benda lain dia orang cukup sensitif..siap berdemo lagi...tapi bila tengok saudara Islam syiah ditindas...mereka tak nampak...(diperingkat global mereka kata taqrib baina mazahib (taqiyah kot) tapi di peringkat lokal mereka membisa seribu bahasa)....
Ni bukan fitnah...sesiapa pun (tak perlu ada 'DR' pun) nampak. Orang buta pun tahu...orang pekak pun tahu...orang OKU pun tahu.Tak perlu nak kaji-kaji...nak tanya-tanya...dah nampak terang.
Masih tak nampak ke?
Salam saudara FT.
Komen sy berkaitan entri ni..
1. jangan suka buat persepsi dengan perkataan "mungkin" kerana ia boleh mempengaruhi pembaca. Saudara FT tulis, mungkin
TGHA tidak hadir International Conference on Islamic Unity kali ke 24 kerana tidak dilihat mempertahankan nasib mysrkt
syiah di Malaysia. Mengapa perlu membuat persespsi? Bukankah elok skiranya bertanya sndri kepada TGHA sbb2 tidak hadir
nya. Tentu ada sebab.
2. Saudara FT, untuk menyatukan ummah (mazhab sunni dan syiah) yang paling penting adalah hormat kepada mazhab masing2.
Maksud hormat disini, seharusnya pengikut Syiah tidak menyebarkan fahamanya ke negara2 sunni. Begitu juga dengan sunni,
tidak menyebarkan ajaran sunni ke negara Syiah. Jika berlaku begini, akan timbul kecelaruan dalam masyarakat. Saudara FT
jangan ingat masyarakat di Malaysia sume ada ilmu seperti saudara. Perlu difikirkan kesan-kesan jangka masa panjang.
Bukankan elok kalau mengembangkan Islam daripada mengembangkan ajaran mazhab kepada golongan yg sudah sedia Islam?
3. Tindakan pihak berkuasa agama terhadap golongan minoriti syiah mungkin melihatkan kesan jangka masa panjang ini.
Sejarah telah banyak membuktikan bagaimana Syiah mengkhianati Sunni. Ya, bukan semua pengikut Syiah itu buruk-buruk
belaka. Sy banyak mnyokong ikon2 Syiah seperti yg pling menonjol adalah Mahmoud Ahmadinejad yg lantang menentang kafir
laknatullah bukan sprti sglintir ulama'2 sunni yg mngaku kuat mmprjuangkn sunnah, ttpi trus tunduk & mngikut tlunjuk
yahudi laknatullah.
4. Sekiranya individu yg betol2 faham dan nk beramal dengan mazhab syiah (yg difatwakan boleh diamal) - tiada halangan
dari segi agama. Cuma perlu mengelak dari fitnah2 masyarakat. Jangan nk menegakkan mazhab kita smpi memandang rendah
mazhab lain. Ulamak2 mazhab dulu pn saling menghormati antara satu sama lain, inikan kita pengikutnya.
Sy harap saudara FT lebih terbuka dalam menilai isu ini dalam konteks masyarakat Malaysia. Bukannya dalam isu politik.
Terima kasih..
Salam.
PAS for All? ...kepentingan politik telah merubah segala-galanya.
Dan Imam Ja'afar as-Shadiq pernah menyatakan: "Aneh sekali manusia itu! Mereka mengaku lebih faham dan mengerti tentang al-Quran dan Sunnah Nabi dari kami para Ahlu Bait Nabi yang sehari-hari hidup bersamanya."
Rasanya tiada sesipa yang nak mempertikaikan Tuan Guru. Semua orang arif siapa dia. Namun rakyat dalam negara memerhati dan menilai.
Kalau sebuah parti politik yang mendasarkan agama sebagai platform, itu sudah kukuh pada saya. Namun macam mana pula dengan perjalanannya. Kenapa perlu terhoyong hayang atau ke depan ke belakang. Nampak macam 'mabuk' pula. Nanti dikatakan mabuk kuasa!.
Sebuah parti Islam patut berjuang mendasari perihal agama itu sendiri. Sekarang ini saya kasihan pada PAS kerana terlalu banyak yang boleh dipertikaikan. Isu syiah - diam, Interlok - diam dan Pluralisme juga dikatakan diam. Sampai masuk 'paper' pagi ni. Kena hentam dengan pihak lawan.
Semua orang dok kata PAS ni macam dah sibuk sangat nakkan kuasa. Ada orang kata politik tu kotor. Sebenarnya, pemikiran manusia yang mengotorkannya. Nabi juga berpolitik. Tok Guru pasti lagi arif.
Saya cuma berharap PAS tetap dengan matalamat asal mereka. Menang tu penting. Tapi jangan ketepikan isu-isu yang melibatkan martabat dan maruah Islam. Walau kecil, walau isu itu kelihatan 'mengkuman'. Kadangkala yang kecil itu memberi 'impak' yang besar.
Kalau PAS kisah pasal hal-hal itu, Allah pasti menolong mereka, kerana mereka berusaha menolong mempertahankan dan menegakkan agamaNya.
Itu pandangan saya sahaja.
Hezbullah pun parti politik.. Siap bersifat Islam global lagi.. atas nama Islam, semuanya dibela.. Barulah benar2 Islam.. Sebenar benar pemimpimpin..
Israel serang Lubnan, Hezbullah pertahankan.. Pertahankan siapa??? "Lubnan" tadak "mazhab" lain ka?? Agama lain pun ada kan..??
Pendapat aku Dr bukan nak menyebarkan "fahaman".. Tapi inilah Islam.. Take care satu sama lain..
jangan sampai politik merosakkan hubungan persaudaraan sesama kita=)
Islam for all^^
irsyad...
balik bilik, buka jendela minda luas sikit. baru cahaya boleh masuk...
fakta terlalu senang dimanipulasi, dimonopoli oleh sesuatu pihak. Tapi, ura-ura, "mungkin", "dengar kata", lebih neutral. can be true, or false. yang tentukan, aqal, dan hidayah dari Tuhan. Lupa pula nak mintak tunjuk jalan yang benar kat Tuhan sebab ingatkan dah confirm masuk syurga.
"jangan ingat masyarakat di Malaysia sume ada ilmu seperti saudara." Ayat ni sesuai utk Hasan Din dan sekutunya. dan jangan ingat masyarakat di Malaysia takde ilmu seperti anda.
Ingat, kalau nama je Tuan Guru janganlah cuba-cuba nak rendahkan. Nanti ada yang melenting tak pasal2 persoalkan apa sumbangan kita pada masyarakat.
"dari segi agama. Cuma perlu mengelak dari fitnah2 masyarakat. Jangan nk menegakkan mazhab kita smpi memandang rendah mazhab lain. Ulamak2 mazhab dulu pn saling menghormati antara satu sama lain, inikan kita pengikutnya"
Sesuai juga untuk orang2 yang disebut atas tadi. Yang kena bunuh, yang kena serang, dalam sejarah tu boleh kira hormat juga. Bijak "masyarakat".
1) teruskan menulis dr FT
2) pedulik apa dgn pndagn pmbaca2 blog ini (contoh irsyad)...
3) kami mahukan ilmu & maklumat...Dr FT berikan itu..
4) keputusan mbuat penilaian adalah kami sndiri dgn mgunakan akal yg diberikan...
5) menuntut ilmu itu wajib dan boleh dibuat secara formal @ tidak formal mlalui pelbagai cara & kaedah... bermula di dlm perut ibu hinggalah ke liang lahat..
6) Tak ade seorang pun boleh mpengaruhi kita, jika kita bijak menilai dgn sumber2 yg ada..
7) contohnya dulu sy puji NIK Aziz tapi skrg tidak lagi, hj HADI & PAS mmg sy tak bkenan cara mrk dr dulu lagi tambah2 lagi setelah sy bgaul dgn org2 PAS... PKR dari dulu lagi dah tau matlamat pjuangan mrk.. dgn maklumat tkini dr blog2 SRIKANDI7 dan kenalan mrk, btmbah yakin sy PKR ni mmg punca bmasalah besar... dulu sy agak minat cara DR MAZA & sy blajar memahami apa itu tuduhan wahabi pd dia, skrg dgn mbaca FB nya & mklumat2 lain, sy mula mbuat kptsn sndiri siapa DR MAZA...
8) dgn apa yg blaku skrg di Tunisia, mesir, Yaman, libya.. atau dulunya Shah Iran, Marcos filipina,.. dll pmimpin dunia...mana ada dlm sejarah pmimpin yg boleh dicontohi & diambil contoh yg sempurna & tak buat silap kecuali RASULLULLAH???
pas berasaskn faham haraki ciptaan al banna.namun tak ksluruhan krana ia bmula dgn tak haraki. Tunjang keaslian pjuangn pas adalah tarbiyah. Nmun sy tak pcya pas perkasa dlm hal trbyh mcm ikhwan muslimin krana pas trlhat lbih brorentasi politik plhn ry ala malaysia drpd sbuah harakah islamiyah ala im. Lalu amt wajar untk kita mpsoal kbenaran pjuangn dn intgriti pas. Mpsoal, bkn mlabel. Jd,amt pnting dsertakn pkataan MUNGKIN.
irshad:
"Maksud hormat disini, seharusnya pengikut Syiah tidak menyebarkan fahamanya ke negara2 sunni. Begitu juga dengan sunni."
Agama milik individu. Sesiapa boleh pilih agama yang disukainya. Malahan al-Quran pun sebut tidak ada paksaan dalam agama.
Sapa pulak bagi autoriti kat saudara Irshad dan sekutunya menyekat kebebasan yang Allah telah berikan pada manusia.
Kalau agama lain ada kat Malaysia dengan megahnya. Kenapa pulak saya mesti mengikut mazhab sunni? Apa hak saudara mencipta autoriti demikian?
Hormat hak manusia yang diberikan Allah. Hormat hak warganegara yang diberikan dalam perlembagaan.
Sikap saudara ni adalah fanatik dan cetek ilmu pengetahuan:
"Sejarah membuktikan syiah mengkhianati sunni?" Sunni yang mana? Sejarah zaman moden telah menjawabnya - bagaimana sunni Saddam Hussein terkhianat akibat daripada sikap zalimnya.
Sejarah telah membuktikan bagaimana sunni menzalimi syiah sejak dari zaman Muawiyah sampai Saddam Hussein. Tak baca ke apa berlaku pada setiap tahun pada musim asyura di Pakistan, Iraq, Iran - bagaimana sunni fanatik membunuh syiah. Dan di Malaysia bagaimana sunni fanatik macam saudara menangkap syiah dan memfitnah mereka sesuka hati!!!!
Inikah yang saudara kata 'hormat' pada fahaman masing-masing? Anda tidak perlu berselindung dengan kalimah 'hormat' tetapi dalam diri anda mempunyai nilai fanatik melampau yang tidak layak berada dalam jiwa umat Islam yang mengaku bersaudara!!!
kita akan terus berperang antara sunni dan syiah mcm koemn2 sblm ni. terus terusan melabel dan menuduh. dan ini kamu bercerita ttg kesatuan dlm ummah??? yg syiah duk balun sunni, dan sunni duk balun syiah. xyah la cakap pasal kesatuan jika setmind kita hanya nk tegakkan kita yg benar dan saling menyalahkan antara satu sama lain. usah dikorek sejarah yg menyakitkan. yg penting hari ni kita mula sejarah baru dgn tdak berterusan menyalahkan dan sebagainya.
mungkin kamu semua xmahu kesatuan sebenarnya.
terima kasih atas respon saudara2 atas komen saya..sy akui sy masih lagi cetek dalam ilmu, pengalaman dan sejarah. dan saya berusaha untuk membaikinya.
tapi sebagai orang muda, saya dapat melihat satu fenomena dlm masyarakat sekarang. Masih lagi tidak terbuka dalam penulisan.
Saya tegaskan disini, sy bukan fanatik sunni tetapi saya faham mengapa akidah ini sy pilih, mengapa mazhab syafie yg saya ikut. Dan sy tidak memusuhi Syiah! Sy tidak melabelkan mereka Sesat!
Klw saudara2 sekalian dpt menyelami ap yg cube sy smpikn melalui komen sy sebelum ni... Sy just nak umat Islam bersatu di bawah 1 Islam. Bukannya saling memusuhi, menyalahkan dan berperang sesama lain. Membangkitkan isu2 sensitif. Mencipta persepsi. Itu bkn nye ajaran Islam.
Sebab tu sy tekankan, perlunya hormat menghormati di antara satu sama lain.
Rasanya Harun taib dah jelaskan kenapa pas tak sertai perhimpunan tu..
erk...betul ke dlm perhimpunan sblm2 tu ada usul dikeluarkan oleh ulama syiah utk amik alih pemerintah mekah dr arab saudi??
Post a Comment