03 February 2011

Khayalkan Ikhwanul Muslimin Berkuasa di Mesir!

Sebenarnya senario di atas memang menghampiri mustahil untuk berlaku. Pertama kerana Hosni Mubarak masih berdegil di tampuk kekuasaan meski hari demi hari ia makin rapuh. Kedua, kebangkitan rakyat hari ini di Mesir bukanlah milik Ikhwanul Muslimin kerana kelihatannya rakyat pelbagai lapisan dan ideologi bergotong royong menolak Mubarak. Ketiga, meskipun Ikhwanul Muslimin adalah organisasi yang paling tersusun sekali dan berupaya mengisi kekosongan sekiranya Mubarak dan regimnya jatuh, Amerika Syarikat dan Israel tentu sahaja tidak berdiam diri.

Mohamed Badie, pemimpin Ikhwanul Muslimin Mesir.

Namun begitu, buat seketika, marilah kita membayangkan Ikhwanul Muslimin buat pertama kali berkuasa di Mesir, apakah yang akan berlaku?

Pertamanya, Mesir tidak akan menurut gaya pemerintahan Republik Islam Iran. Muslim Sunni tidak mempunyai sistem kepimpinan wilayatul faqih yang akan membolehkan seorang pemimpin membuat keputusan politik yang teratur. Secara praktiknya, ketiadaan sistem politik Islam yang tulen akan meletakkan Mesir di jalan sukar.

Sistem mullahcracy juga akan menemui jalan rumit memandangkan ulama Mesir kelihatan tidak berupaya menangani pelbagai isu ummah. Lihat sahaja bagaimana mesranya hubungan Mesir dan Israel, para ulama di sana (meski al Azhar terletak di Kaherah) telah gagal mempengaruhi pentadbiran Mubarak secara efektif untuk menjauhi Zionis. Para ulama Mesir juga tampak kurang terlibat dengan politik semasa, satu-satunya ulama tersohor, Yusuf Qardawi, mendesak Hosni Mubarak meletakkan jawatan (klik sini) melakukannya dari jauh. Qardawi bersuara dari Qatar. Beliau juga dirujuk oleh Barat sebagai 'an extremely rich cleric and personal friend of the filthy rich Emir of Qatar.' Tidaklah menghairankan John Esposito, memanggil Qaradawi sebagai "reformist interpretation of Islam and its relationship to democracy, pluralism and human rights." (klik sini). Bukan itu sahaja, Qaradawi juga mesra dengan pemimpin umat Islam yang mempunyai hubungan akrab dengan Israel, (klik sini, Qaradawi intim dengan Raja Abdullah, Jordan).

Lantaran itu suara Qaradawi (selaku ikon ulama Mesir) serasa kurang relevan, malah dilihat tidak mengancam Barat, mahupun Israel.

Tambahan, kebangkitan rakyat hari ini adalah milik 'semua'. Justeru, kita akan melihat sebuah Mesir yang lebih rencam di mana variasi jalur politik bersatu mentadbir Mesir. Gambaran yang paling hampir ialah Mesir akan menjadi sebuah lagi Turki ala Erdogan. Ikhwanul Muslimin akan mengalami perubahan yang lebih luwes sehingga memungkinkan ia menjadi sebuah gerakan sekular hibrid.

Tentu, sebuah Mesir ala Turki Erdogan pun sudah cukup untuk membingungkan Israel. Tambah-tambah jika Mesir menjalinkan hubungan hangat dengan Syria dan Republik Islam Iran. Sekiranya Tunisia selaku jiran Mesir turut diraih elok oleh Rachid Ganouchi dari Pertubuhan an Nahdah yang juga telah berikrar untuk menurut model Turki Erdogan maka Barat akan menghadapi masalah untuk menghujahkan gaya kepimpinan Ikhwanul Muslimin sebagai sebuah gaya fundamentalisme Islam yang ekstrim. Mesir ala Turki akan berusaha mengimbangi Islam dan sekularisme dalam keadaan yang sangat genting, serta perlu berdepan dengan pelbagai dugaan baharu.

Bayangan kedua; adalah sangat naif membayangkan Israel akan membiarkan sebuah Mesir yang bebas dan kuat sebagai jiran. Republik Islam Iran sendiri sehingga hari ini masih digugat musuh selain pernah digempur Iraq (era Saddam Hussein menunjukkan Iraq didanai Barat untuk memerangi Iran).

Oleh kerana itu, usaha akhbar Israel The Jerusalem Post, membesarkan berita mengenai Ikhwanul Muslimin menguasai Mesir adalah satu bentuk kempen menakut-nakutkan bahawa konon kuasa Islam jika dibenarkan bertapak di Mesir akan menjejaskan kestabilan rantau Timur Tengah. Dalam laporan berjudul Muslim Brotherhood: ‘Prepare Egyptians for war with Israel' oleh YAAKOV LAPPI, beliau menyatakan seorang juru cakap Ikhwanul Muslimin, Muhammad Ghannem, memberitahu agensi berita Iran berbahasa Arab, Al-Alam bahawa kononnya jika Ikhwanul Muslimin berkuasa mereka akan menutup laluan Suez serta merta, memotong bekalan gas dari Mesir ke Israel, dan menyediakan rakyat Mesir untuk berperang dengan Israel (sumber klik sini)

Bayangan ketiga, Mesir di bawah Ikhwanul Muslimin akan menjadi satu lagi kekuatan dan bantuan buat Palestina selepas Hezbollah dan Iran. Israel tentu tidak akan membiarkan Palestin beroleh dinamo bertenaga seumpama itu. Ia adalah bayangan dan khayalan ngeri buat Tel Aviv maka kita tidak dapat menolak kemungkinan Israel akan memaksa Amerika Syarikat menekan 'Mesir baharu'.

Adalah terlalu awal (atau hanya mimpi) untuk membayangkan Ikhwanul Muslimin memegang tampuk kuasa di Mesir. Kita mengharapkan bayangan di atas menjadi nyata kerana kita benar-benar ingin melihat bagaimana rupanya gaya kepimpinan Islam Ikhwanul Muslimin mengurus sebuah negara.

Maka jika ia benar-benar menjadi kenyataan; bukan sahaja Amerika Syarikat dan Zionis akan menangis tidak berlagu, kita juga akan melihat negara umat Islam yang berlindung di bawah ketiak Amerika Syarikat bersatu menekan gerakan Islam dengan lebih hebat lagi. Jika Ikhwanul Muslimin berkuasa di Mesir, ia akan menjadi satu episod sejarah yang paling menarik setelah Revolusi Islam Iran tahun 1979. Kemungkinan sebuah perang saudara (ala-ala Iran-Iraq) akan meletus di Timur Tengah dengan peranan wahabi Arab Saudi sebagai hamba Amerika Syarikat.

Tapi itu pun, 'jika' ia berlaku. Sehingga hari ini, kelihatannya khayalan tersebut masih kabur berliku.

* Ini hanya khayalan peribadi.


* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.

11 comments:

Farid Albariti said...

saya ada pandangan saya yang tertentu berkaitan dengan hal ini..

Tapi saya yakin, sekiranya kita optimis kepada pembelaan dan penyatuan Islam, kita akan mendapat solusi yang berkesan dan terbaik, hanya Dia yang mampu menyatukan dan memimpin hati-hati kita..

Ayuh, doakan kebangkitan dalam kesatuan Islam..

XIX Dragunov said...

khayalan penulis selalu memberi manfaat, biarpun khayalan peribadi

pembaca buku said...

Membaca ini, teringat kisah "Hari-hari dalam Hidupku" oleh Zainab al-Ghazali al-Jubaili, yang begitu trajik dan sadis.

Bagaimana agaknya jika Zainab ini masih hidup; apakah yang mungkin diperkatakannya tentang perkembangan ini?

Umar Sadiq said...

..Marhaban, Ya Bani Israel..

Marhaban! Marhaban!!
Marhaban Ya Bani Israel..!
Selamat datang wahai anak-anak Israel, yang mahu beriman kepada Allah, dan kepada Muhammad Rasulullah! (shollAllah)

Yahudi akan hilang, yang tinggal hanyalah Israel, Israel sejati, yang muslim.

Israel yang beriman kepada Allah,dan kepada Ahmad Rasulullah..(shollAllah)

Hiduplah bangsa Israel Muslim, di bawah naungan dan kerajaan Allah!

Dengan aman dan sejahtera, berpandukan al-furqan kitab Allah!

Inilah satu bangsa, yang mulia dan ternama, ialah bangsa Israel Muslim,yang diberikan hidayah Allah!

THE PUREHADHARIST said...

Salam FT,

Seringkali apabila kita mengatakan ta'lim dan tarbiyah itu penting, mujtahid itu wajib ada, penerimaan rakyat untuk sebuah negara Islam itu juga penting seperti yg berlaku di Iran,maka mereka yg menamakan diri mereka Gerakan Islam memandang remeh malah menuduh kita sebagai anti-hudud atau anti negara Islam.

Hari harii ini kita melihat contoh terbaik, dimana Mesir (yang majoriti penduduknya adalah muslim) dengan ikhwanul muslimin seperti PAS di Malaysia. Tapi sayang, muslimin belum siap untuk menerima Islam sehingga Ikhwanul muslimin pun tidak dapat memaksakan kehendaknya melawan arus politik yang ada dan membawa umat muslimin di Mesir ke arah Islam . . .inikan pula yg tidak se"kemas" Ikhwanul Muslimin, penentangan dr kawan politik sendiri dan rakyat belum faham dan bersedia utk memungkinkan ianya berlaku di Malysia juga...

Hizbullah yang cukup kuat utk menguasai Lebanon juga tidak menjadikan prioriti mendirikan negara Islam kerana apa? kerana faham bahawa menjaga negara dari zionisme lebih utama dan kalau dengan memaksakan sebuah "negara Islam" ke atas rakyat yg pelbagai agama dan mazhab, maka dukungan tidak akan diperolehi maka Lebanon jangankan nak jadi negara Islam, malah akan dapat ditakluk Israel...

islahmujahidin said...

Wahai Ummat Islam , jauhi perbuatan Mungkar yg mungkin menjauhkan pertolongan ALLAH kepada Ummat Islam ...

http://islahmujahidin.blogspot.com/2011/02/those-who-conquer-media-will-conquer.html

joecharlie said...

KRISIS MESIR : MISI SELAMATKAN PELAJAR OLEH UMNO !


macamni la bro. tak payah nak hipokrit.

pelajar malaysia di mesir ni kebanyakannya penyokong pas. disinilah pengkaderan pas bermula.

hari ini mesir bermasalah. jadi yang bertanggungjawap untuk selamatkan mereka adalah kerajaan umno.

artikel aku mudah. aku minta bloger-bloger tak payah malu dan segan untuk sebut dalam setiap artikel bahawa yang menyelamatkan tengkok dorang ni adalah umno. sebut je.

bukan angkuh. adakala kena tunjal jugak kepala melayu berotak sempit ni.

MISI SELAMATKAN TENGOK PENYOKONG PAS INI ADALAH IHSAN DARI KERAJAAN UMNO. KLIK SINI

Posted by GAP KEMBALI at 3:09 AM

School Of Tots said...

“Kita merancang dan Allah merancang, dan sebaik-baik perancangan ialah perancangan Allah s.w.t” maksud ayat 54 : surah ali-Imran.

Apa yang kita khayalkan mustahil, tidak mustahil bagi Allah. Virus muslim brotherhood akan menular. Apakah Mesir sebuah negara yg ada termaktub dalam Al Qur'an akan menjadi titik cetus penularan ini?

Game over Husni Mubarak !!

Ain said...

Cuma beharap Ikhwan tidak terpengaruh dengan tangan-tangan yg memecahbelahkan umat islam..

mohd ihsam zainuddin said...

apa yg disebut oleh dr ft melangkaui dari fahaman politik mahu pun fahaman gerakan islam di mana2 negara sekali pun.konsep wilayatul faqih memang tidak ada dlm dunia org2 sunni.contohnya negara sudan yg dahulunya diperintah oleh gerakan islam akhirnya tersungkur juga! akibatnya perang saudara berlaku sehingga hari ini.apa yg kita harapkan walaupun tidak banyak kesannya namun sekurang2nya mereka dapat mengikuti iran yg menentang israel secara terbuka! di situlah maruah umat islam mesir akan dipandang tinggi oleh negara2 islam yg lain..

kalau nak selamat kembalilah kpd kepimpinan wilayatul faqih.....

hellmy said...

Dr. Hj. FT,

Saya pun baru bercakap dengan nada yang lebih kurang sama dengan isi entri ini di 1 laman sosial. Kebykn orang terikut2 rentak CNN,BBC & AlJazeera yang menamakan revolusi ini sebagai tidak ada kena-mengena dengan 'Kebangkitan Islam' dan yg saya lihat para Muslimin & Muslimat di Malaysia juga ada yang terikut2 juga. 'Moderate Islam' katanya *lol

Ya benar, pada tahap ini, masih lagi nampak samar2, kabur akan halatuju Mesir. Mubarak sudah tentu berdegil untuk tidak melepaskan jawatan.

Apa yang penting, Israel kini sudah ketakutan! Khaybar Khaybar, Khaybar Ya Yahud. Jaisyu Muhammad soufa ya'ud!