
Mesyuarat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) pada hari ini (8 Februari 2011) telah memutuskan bahawa ia akan meneliti isu Syiah di negara ini. Ini adalah berikutan aduan yang telah dikemukakan kepada Suruhanjaya mengenai ketidakpuasan cara pihak berkuasa menangani isu Syiah di Malaysia.
Untuk tujuan tersebut, SUHAKAM akan diwakili oleh Prof. Datuk Dr Mahmood Zuhdi Haji Abdul Majid sebagai Pesuruhjaya yang bertanggungjawab dalam mengendalikan isu ini. SUHAKAM akan mengambil beberapa tindakan yang melibatkan semua pihak yang berkenaan seperti agensi Kerajaan, badan agama, kedutaan dan sebagainya.
SUHAKAM juga akan mengadakan satu Perbincangan Meja Bulat bersama semua pihak yang terbabit dengan matlamat untuk mencari satu jalan penyelesaian yang baik untuk semua pihak. Oleh itu, SUHAKAM berharap akan mendapat kerjasama daripada semua pihak yang berkenaan.
PROF DATUK DR MAHMOOD ZUHDI HAJI ABDUL MAJID
Pesuruhjaya
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
8 Februari 2011
Untuk tujuan tersebut, SUHAKAM akan diwakili oleh Prof. Datuk Dr Mahmood Zuhdi Haji Abdul Majid sebagai Pesuruhjaya yang bertanggungjawab dalam mengendalikan isu ini. SUHAKAM akan mengambil beberapa tindakan yang melibatkan semua pihak yang berkenaan seperti agensi Kerajaan, badan agama, kedutaan dan sebagainya.
SUHAKAM juga akan mengadakan satu Perbincangan Meja Bulat bersama semua pihak yang terbabit dengan matlamat untuk mencari satu jalan penyelesaian yang baik untuk semua pihak. Oleh itu, SUHAKAM berharap akan mendapat kerjasama daripada semua pihak yang berkenaan.
PROF DATUK DR MAHMOOD ZUHDI HAJI ABDUL MAJID
Pesuruhjaya
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
8 Februari 2011
* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak



17 comments:
Ini perkembangan yang sihat dan memberangsangkan. Asalkan jangan ada pihak yang bermain silap mata dengan SUHAKAM, sudahlah. Untuk pihak sedemikian, berhentilah membuat kerja yang merencatkan aliran ke arah positivisme itu.
isu syiah perlu ditangani dengan bijak kata Prof. Dato Dr Mahmood Zuhdi dalam Majalah i.
Setuju!Semoga nasib mereka yg tertindas dibela..Amin.
assalamualaikum, drFT, serasanya SUHAKAM pun perlu mengambil tahu hal pekerja-pekerja ISLAm yang seringkali juga didiskriminasi oleh majikan ISLAM itu sendiri,... Tidak boleh berjanggut panjang, tidak boleh berkopiah, disuruh sengaja-sengaja mengendalikan arak, mesyuarat 3 ,4 jam hingga melangkau waktu solat.. PELIK sungguh, dalam negara yang tercanang intergrasi pengamal ISLAm pun didiskriminasi SAUDARA ISLAMnya sendiri, .... Apa pendapat drFT?
Prof. Muhd Zuhdi ni pun anti syiah gak...tak tahulah kalau sekarang dah berubah angin..
Dr Mahmud Zuhdi ni seorang yg sentiasa menyebelahi kerajaan&sukar dipercayaai ketelusannya...Moga2 ada perkembangan yg baik dlm pertemuan ini nanti.
Salam.
Syi'ah mempunyai sumber-sumber rujukan tersendiri, dan semuanya diriwayatkan dari Ahlul Bait dan dari Rasulullah saw, yang kadang-kadangnya berbeza dalam penafsiran dan penetapan hukum-hukumnya.
Bersediakah kaum Muslimin meruntuhkan kefanatikan mazhab dan taklid buta dalam beragama untuk melihat perpaduan umat, kedua kelompok Ahlul Sunnah dan Syiah dapat mengenal dan memahami kedua mazhab dalam menegakkan kebenaran.
Salam.
keluar topik sedikit,
cuma nk bertanya dari Dr sendiri, pendapat ttg artikel ini:
("Teheran" adalah satu-satunya ibukota di dunia di mana masjid untuk kaum Sunni tidak ada.)
-sumber: http://www.eramuslim.com/berita/dunia/aparat-iran-segel-tempat-ibadah-kaum-sunni-di-teheran-dan-menahan-imam.htm
*mungkin Dr. ada penjelasan tersendiri. Terima kasih. Semoga sama-sama kita hidup dan mati dalam Rahmat-NYA. :)
Salam.
sy kenal pendirian mud ni... kalau boleh sbl lantik kenal pasti pendirian yg nk dilantik... kalau tidak akan berlaku conflict of interest... dari aspek idelogi... lainlah kalau kita tak tahu lalu terlantik... nampak macam buat2 tak tahu
Salamunalaikum. Kalau orang Islam hendak membuktikan kebenaran Isalam kepada orang-orang Kristian, kita akan buktikan kebenaran itu dalam Kitab Injil. Syiah akan membuktikan hujah-hujahnya dalam berbagai-bagai kitab Ahli Sunnah Wal Jamaah yang tersohor. Salawat
xx
al Fakir himidi
Saya bukan juru cakap kerajaan Iran, jadi saya tidak tahu kenapa di Tehran tiada masjid sunni.
Akan tetapi di bahagian2 lain Iran memang ada banyak masjid sunni, malah kerajaan beri wang untuk dirikan masjid:
http://tehranifaisal.blogspot.com/2010/06/masjid-sunni-di-republik-islam-iran.html
Ada kawan saya orang Sikh bertanya, mengapa tiada gurdwara di Tehran? Saya jawab kepadanya, 'Untuk apa ada gurdwara (kuil sikh) di Tehran kalau tiada pengamal agama itu di sana?'
Wassalam.
salam...
boleh ke? boleh, tapi jgn terlalu berharap... statement pihak2 berkuasa nampak semacam je... mcm tak mau terima syiah... tapi rasuah dia org terima? ahaks...
http://www.abna.ir/data.asp?lang=12&Id=213909
http://www.abna.ir/data.asp?lang=12&Id=213909
sila semak adakah maklumat ini benar?
dalam ilmu logik, manusia berfikir hanya kepada 2 hal
1. apa itu?
2. mengapa begitu?
untuk mendapat jawapan, mau tidak mau kena belajar dan berfikir..so..kesimpulannya..jangan hanya dengar cerita orang
Post a Comment