09 February 2011

Kalau Saya di Mesir Apa Yang Akan Saya Lakukan Sekarang?




Rasa-rasanya saya tidak akan pulang ke Malaysia. Naluri pengarang akan membuatkan saya menetap di sana. Tambah-tambah pula mengaji agama. Bukankah belajar agama sumber keberanian? Bukankah belajar agama itu sendiri satu sifat revolusioner? Wah berapa kali satu kebangkitan popular rakyat berlaku dalam sejarah dunia? Kalau ia sebuah revolusi yang berjaya saya akan mengatakan: saya ada di sana ketika itu.

Perlukah saya ketakutan? Mungkin juga. Kerana saya orang luar. Tapi rasa-rasanya kalau orang tahu saya orang Melayu mereka tidak akan apa-apakan. Bukankah orang Melayu terkenal dengan kebaikan. Kena titik banyak kali pun orang Melayu tak berkutik.

Tapi kalau melihat dari foto-foto di atas, yang berkampung di Medan Tahrir itu orang baik-baik belaka. Makan minum kongsi bersama walau apa pun agama. Solat pun bersama. Tentu saya dapat kawan baharu. Sambil-sambil menunggu masa untuk protes lagi saya akan tulis puisi. Dan paling penting saya mencipta sejarah bersama-sama rakyat Mesir, bergotong royong mahu menjatuhkan kerajaan yang zalim.

Itu kalau saya ada di sanalah. Tetapi, pelajar Malaysia yang berpusu-pusu pulang tentu tidak sependapat dengan saya. Cara untuk demonized Faisal Tehrani tak susah mana, standard satu dunia, katakan sahaja: 'Argh dia Syiah, memang suka cari masalah.'



* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.

35 comments:

Eddie Vedder said...

saya mahu ke sana dr.

sulalongkong said...

Alhamdulillah orang Mesir org sunni.

Kalau tak habis berlagak FT ni.

~ azWa ~ said...

sinis...tapi ada benarnya...
saya sokong.

CNEN AFI (dream chaser) said...

adakah ini dikira jihad?

pembaca buku said...

Kalau saya pun, saya tidak akan pulang. Saya akan tunggu dan lihat apa kesudahan 'revolusi' itu. Ia suatu sejarah yang amat patut disaksikan.

Alahai Faisal, faham ke mereka tentang Islam praktis, Islam revolusioner, Islam aktual? Hal-hal yang melibatkan sanggahan terhadap kezaliman dan kekejaman, tahukah mereka untuk 'melawan'nya secara praktikal?

Entahkan apa yang disebut sebagai amar makruf nahi mungkar pun tidak mereka kuasai konsep dan falsafahnya, apatah lagi untuk mempraktikkannya secara aktual.

Letih saja kita bercakap, potensi dalam diri mereka entah terbangun entah tidak. Tahu mereka hanya untuk melabel dan mengklasifikasi kita sebagai deviants sahaja. Sadis!

aryna said...

kalau sy lelaki,, saya memilih utk tinggal di sana ..melihat dengan mata sendiri perihal hangat yg diperkatakan dunia adalah sesuatu yg mengujakan, dan memberi makna yg tak ternilai harganya...ajal maut di tangan Tuhan..

aryna said...

kalau saya lelaki, saya akan memilih utk tinggal di sana.. melihat dgn mata sendiri perihal yg hangat diperkatakan dunia merupakan sesuatu yg mengujakan dan memberi pengalaman yg tak terhitung nilainya...

aiman rashidd said...

semoga mereka dalam keadaan yang baik secepat mungkin :)

Nik Nor Nabillah Anis said...

Sesungguhnya berada di negara orang itu indah dan ia adalah benar sekiranya mencari ilmu biarlah sehingga merantau ke negeri orang, tetapi tidak perlu sampai sudah lupa kepada negara sendiri..perlu bersyukur untuk mempunyai negara sendiri biarpun ajaran agama boleh dituntut di mana-mana sahaja...ya, Mesir dianggap bahaya sekarang, tetapi kalo nak pergi..pergi saje..but dont forget that you are not from there and acting like you want to be there and never going back as if you are also one of the ppl that is easy to be influenced...

salam.

Kazen said...

betul saudara...lain org lain tindakannya

yatthienuer said...

dan bilamana jiwanya kecut menghadapi revolusi
bagaimana mau memperjuang ilmu yang sedang dipelajari ya?


ini singgah ke minda bila mrk menangis dan merayu mengatakan makanan pun susah nak dapat, nak balik nak balik...owhhh...

PnConfused said...

lain org lain caranya... :)

wadi said...

Salam,

saya pernah ke sana, on transit, mesir memang cantik..saya juga setuju kalau ada students yang stayed on untuk sama2 berjihad dan melihat perkembangan revolusi.
tapi saya pun heran juga dulu masa mesir menutup jalan bantuan darat ke gaza dan membina kubu spy org palestin tidak mendapat sebarang bantuan..kenapa org mesir tidak bangkit dgn revolusi mereka?
semoga mereka berjaya mendapatkan pemerintahan islam yang adil..

Ahmad Zahiruddin bin Mohd Zabidi said...

Sedikit perkongsian:

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/IngintahusiapatanggungkospenuntutpulangkeMesir/Article

khalis_damia said...

baru saya faham knapa sahabat saya memilih utk tinggal walaupun dia diberi peluang utk pulang. terima kasih dr.

kurt cobain said...

pelajar2 kita tak berapa berani... ramai yg 'anak mak'... yg ni ker yg nk diharapkan memimpin malaysia? sudahnya kita bakal dapat tekong tahlil dan pembaca doa majlis pelancaran...itu saja kelasnya

KYS said...

Salam Dr,

Saya pun ingin ke sana. Kalau boleh bawa anak sekali. Atas katil mati, di medan perang pun mati. Lebih baik mati di jalan fisabilillah. Orang yang terpilih je dapat mati syahid !

Anjungsena said...

Salam Dr..
Saya sangat terkesan dengan kata-kata pelajar malaysia yang tak balik walaupun dalam keadaan demikian." Kami datang menuntut ilmu dari guru kami waktu senang, apabila susah tak kan kami nak tinggalkan guru kami" lebih kurang begitulah ayatnya...rasanya saya akan jadi seperti mereka jika berada di sana. tentang fahaman yang dikatakan...hanya Allah yang tahu..

panji alam said...

saya setuju sgt dgn pendapat dr..pada pandangan saya pula,pelajar perubatan jg harus menyumbang tenaga sbg SUKARELAWAN membantu klinik2 yg diwujudkan di medan revolusi..jika mereka nak ambil sikap berkecuali sekalipun,terserahlah..cuma inilah masanya utk berbakti kpd agama dan masyarakat..doktor yg pentingkan diri sendiri tidak akan mendapat tempat dlm masyarakat..praktislah sekarang dan jadi doktor tanpa sempadan..harumkan nama Malaysia di mata dunia!

..panji alam..

Fikirlah said...

revolusi takkan terjadi jika kurang 20% populasi orang tidak mahu menyertai rusuhan dengan alasan kami ada cara sendiri. Cara kami duduk diam2 di rumah dan berdoa sahaja. Sedangkan lagi 20%, atau mungkin kurang sanggup bergadai nyawa untuk merusuh. Exception pada orang2 tua tak mampu bergerak, ibu2 baru bersalin, atau sakit kronik.

Revolusi kerana Islam, mahukan satu negara Islam yang syumul, bukan main cedok sana sini. Perjuangan demi Islam.

"Dan orang-orang yang berjihad dijalan Kami, sungguh Kami benar-benar akan menunjukkan mereka pada jalan jalan Kami."
(QS Al-Ankabut 69)

"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu dijalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. "
(QS At-Taubah:41)

airaniez wirdani said...

Pendapat yang tak bernas dan tak dapat dipertikaikan oleh orang yang dangkal akalnya..^_^

ida_zy said...

salam dr

setiap rakyat malaysia yang pulang itu pasti ada alasan tersendiri
wallahua'lam siapalah kita nak menduga hati orang atau mengukur keberanian seseorang

namun saya kagum dengan rakyat Malaysia yang memilih untuk tidak pulang, sewajarnya media memberi liputan kepada mereka sebagai inspirasi

tetapi kalau saya sendiri mengalaminya, saya sendiri tidak tahu saya akan pulang atau tidak, moga Allah beri kekuatan dan perpaduan kepada seluruh umat Islam, ameen

AlMulk said...

Kerana aku lelaki, aku akan bertanya pada IBU atau Isteri, IBU dan Isteri. Minta pandangan dan restu.Dimanapun aku, watan ku adalah hidup dalam Islam. Dalam linkungan upayaku, menentang kezaliman adalah segala JIHAD walau usahanya nanti sekecil niat. Lari darinya adalah menghalang rahmat mengundang laknat.Seandainya jasadku diMesir
maka jasad dan hatiku, segalanya JIHAD ku disitu, seandainya jasad ku dimana-mana maka kerterbatasan itu bukanlah penghalang Aku..menentang kezaliman Firaun, Kezaliman Yazid, Kezaliman Hosni, kezaliman pengikut-pengikut Dajjal dan IBLIS Laknatullah.

putrifarish87 said...

patutlah saudara saya tidak memilih untuk pulang Malaysia

Ain said...

Saya terfikir juga benda sama. Kesian saudara kita di sana. Bila mereka susah, kita lari. Bila mereka senang, barulah kita nak berdamping. Kita cuma fikir kepentingan diri. Kasihan mereka..

Siti Aishah Hanin said...

penyakit Wahn dah jadi wabak.xkira la budak agama ke tak.ingat kat mesir ada budak pengajian islam je ke.medic sekarang lagi ramai,dan diorang ni la yang menggelabah biawak nak balik sangat.sanggup kandas kat airport seminggu tunggu flight,sudahnye melalak telefon tv9.cucu PA sultan konon.bebudak ni la yang buat orang msia sume skali menggelabah suruh bebudak balik.padahal kat mesir xde apa bahaya pun.kecoh la tu tak dapat keluar lepak malam2 macam selalu.

geram betulla dengan bebudak kaya ni.kenapa la dari awal diorang tak gi ngaji england?

aduh mintak maaf la.saye dah geram lama ni....

Fikirlah said...

macam biase la bai, duit jadi tuhan.

adi_fimiyun said...

Setuju FT.

Fatema said...

setuju sangat2!!!
Org Islam byk penakut skrg..
Mgkin terlalu byk tgk cite2 hantu kat tv and cinema...

mecca_lover92 said...

semangatnya smua!.....adakah kalian berani utk bersama berdemontrasi kpd kerajaan atas barang naik ke?ekonomi merudum ke?menegur pemimpin ke?... x pernahkan?...klu negera sendiri takut bersuara...hakikatnya korang sama je...

Suke Ati Aku Le said...

yatthienuer: alo kak, anak awak kocik2 lagi, ce anak awak yang duk belaja sane, entah2 awak yang kecoh melalak2 kat berita mintak kerajaan suh bwak balik pree..

Suke Ati Aku Le said...

hek eleh, mamat dalam nih pandai cakap je, kalau saya ada kat sana saya tak balik konon..cakap boleylah yop..akupun ley cakap pum pam kasi orang bimbang...kasi ko duk sana tengok, tah2, ko orang petama cabut..kecoh siut...

Siti Aishah Hanin said...

sebenarnye sane ok la.banduan terlepas?nak takut apa kalau berjuta rakyat bangun jaga negara bersama2 polis dan tentera.rakyat msia memang xleh lawan la org mesir pnye solidariti.ekonomi jatuh biasa la.bukannye sampai kene sekat cam Gaza.org Gaza yang kene sekat pun xde mati kebulur lah.

Malaysian dah kena racun ngan media,same macam manusia seluruh dunia.memang tu la yang diorang nak.takut2kan foreigner spaya sume cabut lari,biar mesir jatuh dan senang org ketiga nak baham.skali ngan student2 kat mesir pun kene racun ngan media.kalau keluar snirik tengok ngan mata kepala,mesti pelik ngape la bebudak ni nak balik....kalau bahaye sangat,xkan la boleh ade ramai nak tinggal sane....

U dah nak bukak 19 feb ni.org msia sibuk nak import pensyarah datang cni plak.tolong la jgn mintak yang bukan2.duit tu kerajaan upah Alam Flora pergi cuci kesan banjir kat johor lagi berbaloi!

Nurul Farahain said...

Salam...btul..sy stuju dgn apa yg saudara katakan.Sy,sbgai plajar di sana sndiri bgitu berkobar-kobar sbnarnya ingin turut sma mnyertai mreka.Melihat kjatuhan pmimpin yg zalim hnya dlm masa bberapa hari wlaupun mmgang tampuk kpimpinan slma brpuluh thun lmanaya.Rasa diri bgitu bruntung krana mlihat prkara ini di dpan mata.Namun,,kpulngan pljar malaysia bknlah hnya krana kami takut atau tdak brani brhadapan dgn situasi trsebut,,,ttapi,tidak sanggup sbnarnya untuk trus mnerus mmbiarkn air mata suci ibu dan ayh yg trus mnerus mngalir kbimbangan slgi tidak mlihat anak2 trcinta di dpn mata.Ibu mna yg tidak bimbang jika saban hri media trus mmaparkan brita yg mndebarkn."Mesir bermandi darah,Mesir trus mmbrontak dan sbgainya.Kami juga bknnya akn trus brada di Malaysia dan kpulangan kami kmbali ke sana nnti adalah utk bangkit brsama-sma mreka,,mlihat kmbali sinaran agama islam agr trus brchaya di bumi ALLAH ini..ALLAHUAKBAR!!!

putaralam said...

kalo kt Malaysia sdiri x pernah demo,inikn pula mesir