27 February 2011

Hassan Mushaima Tiba di Bahrain!


















Siapakah Hasan Mushaima? Beliau adalah pemimpin pembangkang Bahrain yang sangat terkenal. Beliau mengasaskan parti al Wefaq (parti pembangkang Syiah) akan tetapi kemudiannya menjadi setiausaha agung kepada sebuah pakatan pembangkang yang lebih besar Gerakan Haq (yang merupakan pakatan parti pembangkang termasuk milik masyarakat Sunni).

Kebangkitan rakyat Bahrain dapat dinilai dari lima gelombang. Iaitu pada tahun 1994, 1995, 1996, 2007 dan terkini 2011. Mushaima pernah dipenjarakan pada tahun 1994 dua kali, pada tahun 1995 (Mac- September), pada 1996 sehingga 2001. Pada tahun 2009 beliau dipenjarakan lagi selama tiga bulan.

Pada tahun lalu beliau tidak dibenarkan pulang ke Bahrain setelah melawat Britain. Raja Khalifa sangat gerun dengan pengaruh Mushaima dan minggu lalu dalam usaha beliau untuk pulang, pasportnya sempat dirampas di Lubnan (ketika transit di Beirut) atas permintaan kerajaan Bahrain.

Malam kelmarin Mushaima tiba di Manama, Bahrain. Dan harapan untuk satu pemerintahan baharu terus berkembang di negara kecil Teluk tersebut.



* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.

2 comments:

Islam Muhammadi said...

Salam.

Apa yang dimiliki Allah pasti akan tumbuh dan berkembang, “Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang kafir tidak menyukai (At-Taubah:32)

nash azuan said...

saudara,sy mohon mengambil gambar2 ini ya.....