
Muammar Gaddafi adalah penjenayah perang. Tidak syak lagi. Demi mengekalkan kekuasaan, si sewel ini telah sanggup membunuh rakyatnya sendiri dengan cara mengebom mereka.





Dalam pada itu, Libya mempunyai kepentingan sendiri buat seluruh dunia Islam khusus Timur Tengah. Jika Gaddafi disingkirkan dalam revolusi berdarah ini maka ada kemungkinan Imam Musa Sadr, ulama Syiah yang sangat berpengaruh akan menjelma kembali dari ghaibnya. Jika itu berlaku, politik Timur Tengah akan mengalami tsunami skala besar. Ini kerana Imam Musa Sadr bukan sahaja dihormati dalam kalangan penganut Syiah tetapi juga oleh umat Islam bermazhab ahlus sunnah wal jamaah.

Pada 25 Ogos 1978, Imam Musa Sadr bersama dua orang lain iaitu, Syeikh Muhammad Yaaqub dan Abbas Badruddin, tiba di Libya. Mereka dijadualkan berdialog dengan Gaddafi pada 29 atau 30 Ogos. Akan tetapi sejak itu sehingga kini Imam Musa Sadr ghaib tanpa jejak. Libya mendakwa Gaddafi tidak jadi bertemu dengan Imam Musa Sadr, akan tetapi hakikatnya Imam Musa Sadr telah diculik dan ditahan di Libya.
Kedudukan Imam Musa Sadr sebagai ulama adalah sangat besar, dan ada laporan mengatakan beliau masih hidup dan dipindahkan ke suatu tempat rahsia dalam keadaan kekecohan di Libya sekarang ini.





Dalam pada itu, Libya mempunyai kepentingan sendiri buat seluruh dunia Islam khusus Timur Tengah. Jika Gaddafi disingkirkan dalam revolusi berdarah ini maka ada kemungkinan Imam Musa Sadr, ulama Syiah yang sangat berpengaruh akan menjelma kembali dari ghaibnya. Jika itu berlaku, politik Timur Tengah akan mengalami tsunami skala besar. Ini kerana Imam Musa Sadr bukan sahaja dihormati dalam kalangan penganut Syiah tetapi juga oleh umat Islam bermazhab ahlus sunnah wal jamaah.

Pada 25 Ogos 1978, Imam Musa Sadr bersama dua orang lain iaitu, Syeikh Muhammad Yaaqub dan Abbas Badruddin, tiba di Libya. Mereka dijadualkan berdialog dengan Gaddafi pada 29 atau 30 Ogos. Akan tetapi sejak itu sehingga kini Imam Musa Sadr ghaib tanpa jejak. Libya mendakwa Gaddafi tidak jadi bertemu dengan Imam Musa Sadr, akan tetapi hakikatnya Imam Musa Sadr telah diculik dan ditahan di Libya.Kedudukan Imam Musa Sadr sebagai ulama adalah sangat besar, dan ada laporan mengatakan beliau masih hidup dan dipindahkan ke suatu tempat rahsia dalam keadaan kekecohan di Libya sekarang ini.
* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.



6 comments:
"Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka, tetapi Allah menyempurnakan cahaya-Nya..."(QS. Ash-Shaff: 8)
..Salavat..
Saya teringat filem 'Lion of the Desert' lakonan Anthony Quinn. Teruja semangat saya ketika menontonnya.
Rupa-rupanya filem itu "funded by the Muammar Gadaffi's government". Hmm...
moga-moga imam-imam akan keluar.
Sesedap rasa mengebom orang!. Eloknya kena 'batang hidung' dia sendiri. Dia ni masih bernyawa sebab Allah nak beri pengajaran pada umat Islam lainnya yang insan macam ni pun Allah masih beri peluang hidup kat dunia ni.
Saya percaya jika Allah nak dia lenyap dari muka bumi ini, sekelip mata saja. Tapi semuanya dalam ilmu Allah. Umat Islam sabar sahajalah dan berdoa untuk kesejahteraan saudara muslim kita di sana dan supaya kebenaran tertegak dan kebatilan dihapuskan.
assalamualaikum..
dari amirulmukmin ali bin abi talib..
'hati-hati jangan sampai kamu mencintai musuh-musuh allah atau
kamu curahkan kasih sayangmu kepada
selain para kekasih allah, kerana
barangsiapa yang mencintai sebilangan
kaum maka dia pasti dibangkitkan
dan dikumpulkan bersama mereka'
Dulu Amerika Syarikat sedap sedap bom Gaddafi sampai mak mertua dia dgn anak angkat dia pon mati... Crita laa
Post a Comment