28 February 2011

Dunia Terus Berubah

Oman: Tunjuk perasaan besar di Oman, masa untuk Sultan Qaboos?


Libya: Laporan al Jazeera - "Penjara ini adalah sebuah bilik kecil tanpa jendela. Melalui pengamatan, seorang tahanan pernah tinggal di sini sebelumnya." Adakah ia penjara tempat Imam Musa Sadr ditahan?

Turki: Pemergian Dr Najmuddin Erbakan (29 Oktober 1926 – 27 Februari 2011): bekas Perdana Menteri, pemimpin gerakan Islam Turki dan mentor kepada Recep Tayyip Erdogan. Semasa menjawat posisi Perdana Menteri, polisi luar beliau adalah meningkatkan hubungan sesama dunia Islam dan menentang kekejaman Zionisme. Kedua-dua tunjang polisi tersebut merupakan sesuatu yang disifatkan bertentangan dengan rukun sekularisme negara moden Turki.

“Saya sebenarnya lebih bersemangat terutama dituduh menghabiskan duit kerajaan selepas pergi ke Riyadh, Arab Saudi untuk menyampaikan ucaptama di sana baru-baru ini." - Datin Seri Rosmah Mansor di Kerdau hujung minggu lalu.


* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.

5 comments:

wadi said...

pelik dan ajaib ..manusia sering bertelagah utk kuasa memerintah ..peradaban dan ketamadunan yg ditujah meminggirkan akal dan budi pekerti sebahagian besar umat Islam ..persoalannya kenapa jarang dilihat pemimpin Islam bangkit menyuarakan perlunya adab sopan dikekalkan dalam ruang kehidupan tanpa mengira sempadan pemerintahan. Kemajuan dunia makin berkembang , Islam terus ditelanjangkan ..Apakah Ilmuan Islam tak berani tampil kedepan memimpin dan memberikan teladan serta melaungkan pandangan ?

Islam Muhammadi said...

Salam.

Tujuan-tujuan mulia revolusi ialah menegakkan kebenaran dan meruntuhkan kebatilan.

Setiap orang bertanggungjawab atas setiap perbuatan buruk yang dilakukan dan perbuatan baik atau wajib yang ditinggalkan di tengah masyarakat.

Tidak boleh diam jika suatu perbuatan wajib ditinggalkan dan perbuatan haram dikerjakan. Semua lapisan masyarakat harus berusaha mengamalkan yang wajib dan mencegah yang haram. Inilah tanggungjawab amar makruf dan nahi munkar.

Islam Muhammadi said...

Salam.

Amar makruf dan nahi munkar termasuk kewajiban yang paling penting dan mulia. Jika masyarakat meninggalkan amar makruf dan nahi munkar maka akan hilang keberkahan hidup dan doa-doa tidak dikabulkan.

Islam Muhammadi said...

Salam.

Kebangkitan Imam Husein a.s merupakan tolok ukur yang jelas bagi revolusi kemerdekaan di sepanjang sejarah. Kesyahidannya adalah lambang yang hidup bagi pejuang di jalan Allah SWT dalam rangka menunaikan kewajiban Islam yang paling agung, iaitu menganjurkan kebajikan dan mencegah kemungkaran.

Pintu-pintu universiti Al-Husainiyah terbuka lebar setiap saat. Masuklah melaluinya dengan penuh selamat.

Seorang sastrawan pernah menyatakan:

Seakan-akan bagiku setiap tempat adalah Karbala
Dan setiap masa bagiku adalah hari Asyura

Adilla Harun said...

Benar! dunia terus berubah. Menjadi semakin tua dan tua. Bencana alam sini sana. Bencana manusia lainlah pula. Manusia dan alam. Kedua-dua menuju pada pemilik mutlak empunya segala kuasa!.