04 February 2011

Di Mana Presiden PAS?

Seruan perpaduan mazhab wajar dihalakan kepada pemimpin-pemimpin negara umat Islam. Malaysia sebagai contoh beroleh banyak keuntungan perdagangan daripada saudagar Syiah dari Republik Islam Iran dan Pakistan.

Umum mengetahui Presiden PAS, Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang adalah ahli Majma Taqrib Bainal Mazahib atau Majlis Antarabangsa Pendekatan Mazhab-Mazhab Islam. Sehingga hari ini, anehnya, masih belum ada sebarang kenyataan jelas dan konkrit daripada beliau tentang isu penindasan terhadap minoriti Syiah di Malaysia. Lantaran itu Ayatullah Muhammad Ali Tasykiri menghantar surat rasmi kepada beliau menyatakan supaya beliau melakukan sesuatu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Berikutan serbuan polis dan penguasa agama tempatan terhadap Hawzah Imam Ridha (a.s) di Sri Gombak pertengahan bulan lalu, Bahagian Forum Antarabangsa Pendekatan Mazhab-Mazhab Islam Ayatullah Muhammad Ali Tasykiri menyeru kerjasama tokoh agama negara ini untuk mencegah kemunculan Fitnah.

Laman web Taghribnews melaporkan, Ayatullah Tasykiri menyebut beberapa penghinaan terhadap Syiah dengan mengutus surat kepada beberapa pihak agama di Malaysia termasuk presiden Parti Islam Semalaysia (PAS), pemimpin Persatuan Ulama Malaysia dan lain-lain lagi. Dalam surat itu Ayatullah Tasykiri meminta mereka menghalang fatwa terhadap orang yang tidak bersalah dan menyatukan umat menghadapi musuh-musuh Islam.

"Apa yang terjadi di malam Asyura membuatkan kami terkejut dan tidak menduganya sama sekali" tulis Ayatullah Ali Tasykiri.

Jabatan Agama Islam Selagor (JAIS) dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan pada pertengahan bulan lalu telah menyerbu komuniti Syiah yang menghadiri majlis mengenang kesyahidan Imam Husain (a.s) di Sri Gombak, Selangor Darul Ehsan. Alasan serbuan itu adalah berdasarkan tuduhan palsu dan tidak ada kaitan sama sekali dengan Syiah Imamiyah seperti tuduhan menghalalkan darah Ahlusunnah.

"Hakikatnya, janganlah kita mengkafirkan, memfitnah dan melancarkan tuduhan-tuduhan palsu serta mencipta perpecahan di kalangan umat Islam semata-mata kerana wujudnya perbezaan Fiqh", tegas Ayatullah Tasykiri.

Sumber di sini dan baca juga di sini.


** Anda dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Maulana-maulana wahabi dipersilakan mengundi, boleh tekan punat banyak kali jika mahu.

14 comments:

sgray said...

cerita banyak pun tak guna bro..kan lebih baik kalau menghormati undang2 Negara masing2...yang tak boleh terima undang2 disini , pandai2 lah menyesuaikan diri itu saje yang moleknya.Every house has their own rules...itu pun didikan agama gak tu.wallahu wa'lam

School Of Tots said...

Apakah Mazhab Syiah ini disalah fahamkan (misunderstood)sehingga dianggap begitu bahaya?

Mohon petikan dari blog DFT:
Kata Ralph Emerson, 'Is it so bad, then to be understood? Pythagoras was misunderstood, and Socrates, and Jesus (nota saya: Rasulullah SAW), and Luther, and Copernicus, and Galileo, and Newton, and every pure and wise spirit that ever took flesh. To be great is to be misunderstood.'

Let's understand the misunderstood.

Dr Faisal Tehrani said...

sugarray
kenyataan saudara entah mengapa mengingatkan saya kepada Hosni Mubarak, pencacai Zionis.

Ain said...

Sungguh, mereka mengatakan Syiah menghalalkan darah Sunni tp mengapa mereka tak mahu berfikir langsung nasib umat Islam Syiah yg disembelih & dikafirkan..

mohd ihsam zainuddin said...

sgray
"Every house has their own rules" didikan agama ala wahabi....!!!!! yg mengajar jgn bermusuh dgn yahudi sebaliknya bermusuhlah dgn umat islam palestin!

Islam Muhammadi said...

Salam.

Fanatik dan taklid buta dalam beragama adalah juga hasil dari pandangan mengkultuskan para ulamak dan orang-orang besar terdahulu, yang boleh menuntun manusia untuk bertaklid kepada mereka secara mutlak dan bersandar kepada pemikiran-pemikirannya. Ketundukan seperti ini merupakan pendorong bagi manusia untuk menyimpang dari kebenaran.

Penghormatan kita kepada mereka tidak melarang kita untuk mendiskusikan dan mengkaji pemikiran-pemikiran mereka, supaya kita tidak termasuk ke dalam kelompok orang yang dikatakan oleh Allah SWT, “Dan mereka berkata, ‘Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.” ( al-Ahzab : 67 )

MananQayyim{dot}com said...

dari dulu saya tak berapa faham pasal syiah ni... apa yg saya tahu mereka bertentangan dengan prinsip Ahli Sunnah wa Jamaah...

Mohd Iswazi said...

Salam wa rahmah...

Teringat program di UM, Ayatullah Ali Taskiri juga hadir...dapat le juga berpeluk dgn beliau...isk3x terharu nya...

sgray...

ana tak hairan dgn pendirian enta, mencontohi Sahabat Nabi saw yang menjadi panutan dan sandaran enta. Perhatikan betul2 hadith di bawah, betul tak ?

Dari Umar bin Khattab r.a, katanya:

"Manusia di zaman Rasul saw berhukum dengan dasar wahyu dan sekarang wahyu telah tidak turun lagi.

Sekarang kamu, KAMI hukum menurut apa yang nyata bagi KAMI tentang kerjamu.

Barangsiapa yang nyata bagi KAMI baik, KAMI amankan, dan KAMI benarkan.

KAMI tiada mengetahui sesuatu yang dirahsiakan; hanya Tuhan yang menghitung yang dirahsiakan itu.

Siapa yang nyata bagi KAMI jahat, tidak KAMI amankan dan tidak KAMI benarkan. Walaupun ia mengatakan bhw yang dirahsiakan hatinya baik."

(Sahih Bukhari, bab Kesaksian, Klang Book Centre, hadith 1229)

Samalah pemikiran sgray dgn FIGURA di atas.

Memandangkan Undang2 Negara kata tidak baik, hatta bercangah dgn landasan wahyu, mantiqi dan asasi...peduli hapa. Bedal saja mereka yang KAMI rasakan tidak baik, tidak KAMI aman dan tidak KAMI benarkan.

AlexiaAqram said...

dr,

saya cuma nak bertanya satu soalan yang bermain dalam fikiran saya.

pengikut sunnah wal jamaah secara kebiasaannya mendoakan keempat-empat khalifah rasyidin iaitu abu bakar, umar, usman dan affan.

yang penting, pengikut sunnah wal jamaah di malaysia secara lazimnya mengkagumi saidina ali dan mendoa-kannya.

namun, adakah pengikut syiah jafari secara kebiasaannya akan mendoakan khalifah abu bakar, umar dan usman?

jika ada, alhamdulillah. jika tidak, saya rasa sampai bila2 pun islam akan berpecah.

wassalam.

behlul said...

assalamualaikum..

alexiaArqam..

kata 4 khalifah..
abu bakar, umar, uthman bin affan..
bukan ali no 4.. saja nak faham, takut saya yang silap kut..

Islam Muhammadi said...

Salam.

Catatan kolumnis Dr Angin Budiman - melayang jauh (Harakah bil 1611, 4-6 Feb 2011, N28).

Enggan menyerah kalah, akhirnya Sayidina Hussein Ali Abi Talib dan rakan-rakannya yang berjumlah kira-kira 30 orang berhadapan dengan tentera Yazid yang berjumlah 4,000 orang. Bagai ombak laut yang ganas. Menghembas ke pantai sekuat-kuatnya tanpa henti. Jasad Sayidina Hussein terjatuh daripada kuda tunggangannya. Terluka dan dikeroyok bagai mangsa kepada sekumpulan serigala yang lapar. .....

Di istana kota Damsyik, Yazid menangis ketika menyaksikan penggalan kepala Sayidina Hussein dan rakan-rakannya seraya ia berkata, “Sesungguhnya aku sudah puas dengan ketaatan kalian tanpa membunuh Hussein. Terkutuklah cucu Sumayyah. Demi Allah, sekiranya aku yang berhadapan dengannya, nescaya aku akan mengampuninya.” Namun mengikut Ibnu Kathir bahawa Yazid tidak pernah menghukum atau mengambil sebarang tindakan terhadap Ibnu Ziyad yang telah membunuh cucu kesayangan Nabi Muhammad s.a.w.

Yudi Helfi said...

@MananQayyim
"apa yg saya tahu mereka (Syi'ah) bertentangan dengan prinsip Ahli Sunnah wa Jamaah"

sama pula,

"apa yg saya tahu mereka (Ahlus Sunnah) bertentangan dengan prinsip Syi'ah"

@AlexiaAqram

Apa yang sekarang disebut sebagai Khalifah Rasyidah itu barulah ada di zaman Umar bin Abdul Aziz. Kerana melihat perpecahan dimana Banu Umayyah sejak Muawwiyah, Yazid, Marwan, Abdul Malik, Walid, dan Sulaiman tidak mengiktiraf Ali sebagai Khalifah. Umar kemudian membuat satu keputusan bahwa 4 khalifah pertama diktiraf sebagai Khalifah Rasyidah.

Sekiranya Abu Bakr, Umar, Utsman dan Ali hidup semula sekarang ini, mereka mungkin terkejut kerana mereka dipanggil sebagai Khalifah Rasyidah :)

Mohd Zubir Amry said...

Ya Allah,kau ampunkan dosaku dan saudaraku.
'ISLAM' means peace acquired by submitting your will to Almighty God. 'MUSLIM' is a person who submits his will to Almighty God.
Muhammad S.A.W is Allah messenger's.

So simple huh :)

http://wakeup-muslim.com

Adilla Harun said...

Saya melihat mungkinkah Dato' Seri Haji Abdul Haji 'terperangkap' dari memberi kenyataan terhadap isu itu. Maklumlah duduk di dalam satu jemaah yang berkolaberasi dengan yang bukan satu keimanan dengannya. Payah bukan?

PAS jika benar berjuang untuk menegakkan Islam, tidak perlu kepada yang lain. Cukuplah Allah sebagai sahabat mereka. Saya pernah terbaca dan benar katanya. Yidak silap berbunyi begini "If God (Allah) is your friend, then who is your enemy..."