Bakal Terbit 4 Mac 2011 (klik sini untuk maklumat lanjut).
Syarifah segera menangkas, “Orang Jawa panggil dia Raden Paku, atau nama betulnya Muhammad Ainul Yakin. Sunan Giri bagi aku adalah Wali Songo yang terhebat. Sunan Giri terlibat dengan Islam siyasi, Islam tarbawi dan Islam tsaqafi. Pondok atau pesantren beliau Giri Kedaton sangat berpengaruh sehingga menjadi penasihat dan menteri pertahanan Kesultanan Demak. Hal ini tercatat dalam Babad Demak. Bukan itu sahaja Sunan Giri juga diterima sebagai mufti, untuk seluruh Tanah Jawa kala itu. Anak murid Sunan Giri berdakwah pula di Sulawesi Selatan, namanya Datuk Ribandang. Beliau dinamakan Sultan Abdul Fakih dan juga merupakan seorang seniman yang luar biasa. Bahkan ada permainan kanak-kanak seperti jelungan, jamuran, lir-ilir dan cublak suweng disebut sebagai hasil seni Sunan Giri yang diteruskan oleh beliau.”
“Kau ni macam ensiklopedialah!” Sofea kagum.
Seru katak kuang menguang kuang kuang meningkah bertingkah, berlapis tindan antara satu sama lain.
“Ada lagi Sofea, Sunan Gunung Jati. Dia ini wali Allah yang aneh, banyak sungguh kisah-kisah ajaib melingkungi beliau. Dalam bidang seni dan budaya Sunan Gunung Jati bukan sahaja berdakwah tetapi menjadi arkitek yang menggamamkan pengikut agama Hindu waktu itu dengan seni bina yang hebat-hebat. Paling unik sekali beliau juga membangunkan infrastruktur berupa jalan-jalan yang menghubungkan antara wilayah untuk memudahkan orang ramai. Hah mana hati orang tak tertawan dengan Islam.” Syarifah berbuih mulut menjelaskan.
Mereka menghampiri bangunan asrama perempuan.
“Sunan Kudus atau nama betulnya Jaffar Shadiq itu juga seorang pencipta senibina yang mempesonakan. Kaedah Sunan Kudus mendekati masyarakat setempat yang masih Hindu pada zamannya ialah dengan memanfaatkan lambang-lambang Hindu dan Buddha. Kita mesti ambil gambar dan imej masjid Kudus sebagai footage tambahan doku-drama kita. Kau kena lihat bentuk menara, gerbang dan pancuran juga tempat berwudhu yang melambangkan lapan jalan Buddha.”
“Hah?” Sofea beliakkan mata.
“Bukan pluralisme agama tapi kompromi budaya yang tidak bertentangan dengan Islam dilakukan oleh Sunan Kudus.” Sangkal Syarifah gesit.
“Aneh.” Sahut Sofea sepatah.
“Begini Sofea, pada satu masa Sunan Kudus ingin mengajar tafsir surah al-Baqarah, kau tahu apa yang dia buat? Dia sengaja memancing masyarakat untuk pergi ke masjid dengan menambatkan seekor sapi yang diberi nama Kebo Gumarang di halaman masjid. Orang-orang Hindu yang mengagungkan sapi atau lembu, pun singgah sekejap di luar masjid dan mendengar ceramah agama Sunan Kudus tentang surah Al Baqarah yang bererti sapi betina. Sunan Kudus sangat suka bercerita untuk meraih perhatian madh’unya. Hah tapi kau kena ingat, masa dia bercerita, dia berceritalah tapi bila dia berperang, wow Sunan Kudus menjadi Panglima Perang Kesultanan Demak. Dia ikut berperang di bawah kepemimpinan Sultan Prawata, bertempur menentang Adipati Jipang.” Syarifah bersungguh-sungguh menerangkan.

* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.

7 comments:
aisey..ade sambungan lagi x..bagus ni
novel baru ke? sayangnya saya nak kena balik ke mesir dah....=(
Wah. Ini kena beli ni!
P/s: Walaupun banyak lagi yang dah beli tapi belum baca.
http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/982-mengapa-peminat-agama-berpecah-sebegitu.html
harap ustaz dah baca
salam ustaz..
sy konpius..
sunan ni btul2 wujud ke?
dalam novel ramlee awang mursyid pun ade citer pasal sunan..
sy sgt tertarik pasal cerita sunan ni...
tp saya keliru...sunan ni betul2 wujud ke?
huhuhuh
hrp ustaz leh tlg sy yg tgh keliru ni...
assalamualaikum Dr. Feisal, betul ke ada dalam kalangan wali sembilan tu berketurunan Cina? Islam tiba di Nusantara dalam tahun 1400 atau lebih awal? buku sejarah waktu saya sekolah dulu rasanya tak banyak cerita tentang maulana malik ibrahim and para sunan yang lain.
Salam Dr. Boleh tak sambung novel Detektif Indigo tu lagi :) ?
Post a Comment