SEBAGAI sebuah negara kecil yang mewah dengan hasil minyak, pemerintahan beraja mutlak di Bahrain merebut dan meraih kekayaan untuk seisi keluarga yang menguasai Bahrain. Keluarga diraja tersebut ialah al-Khalifa.
Bahrain atau ‘negara dua laut’ dihuni oleh 1.2 juta umat manusia. Bahrain pernah menjadi sebahagian wilayah Iran antara tahun 1860-1783. Sejak tahun 1700 Bahrain sering menjadi tumpuan kuasa-kuasa asing antara lain Turki Othmaniyyah, dan Inggeris. Hari ini pemerintahan suku al Khalifa menguasai Bahrain dengan dokongan Arab Saudi, Britain dan Amerika Syarikat. Raja Hamad bin Isa al Khalifa adalah sekutu rapat Amerika Syarikat memandangkan Bahrain menempatkan salah satu pangkalan tentera laut Amerika yang paling penting.
Salah satu polisi al Khalifa yang kontroversial ialah neutralisasi terhadap populasi Bahrain. Terdapat 66 peratus dari penghuni Bahrain adalah bermazhab Syiah sementara 33 peratus yang lain adalah bermazhab Sunni (hubungan yang amat kuat dengan wahabi di Arab Saudi). Dalam usaha untuk merubah populasi rakyat bermazhab Syiah, Raja al Khalifa memberi kerakyatan kepada imigran dan buruh asing dari India, Sri Lanka, Filipina dan Pakistan. Imigran Pakistan misalnya ditempatkan di posisi sebagai pegawai polis. Maka tidaklah menghairankan apabila terjadi kebangkitan rakyat di Bahrain, polis Bahrain etnik Pakistan ini tanpa segan silu dan bimbang menembak ke arah demonstran sehingga menumpahkan darah di Bulatan Mutiara. Polisi neutralisasi terhadap populasi Bahrain ini juga menyaksikan Bahrain hari ini didiami oleh 9 peratus penganut Kristian (imigran Filipina) dan 10 peratus yang lain beragama Hindu (imigran India). Apa yang lebih mencekam pada polisi ini ialah majoriti Syiah di Bahrain telah ditindas dan dianiaya lantas dituduh sebagai ejen Republik Islam Iran.
Ketika saya berada di Manama dalam tahun 2002 selama dua hari, perkara pertama yang saya kesani ialah semua sektor pekerjaan di Bahrain disesaki oleh imigran. Tentu sangkaan pertama saya ialah rakyat Bahrain berada dalam keadaan manja dan terkepuk oleh kekayaan petrol. Tanggapan saya itu berubah apabila dalam tahun 2009 saya menemui dua jemaah dari Bahrain ketika menunaikan haji di Makkah. Naratif yang disampaikan kepada saya ialah penindasan dan penganiayaan terancang.
Kebangkitan rakyat di Bahrain hari ini bukanlah muncul mendadak dan tiba-tiba. Malah wajar dikatakan sebelum Tunisia dan Mesir, rakyat Bahrain telah lama memulakan satu perjalanan berani untuk menyuarakan kebebasan. Keluarga diraja di Bahrain menggunakan undang-undang yang sedia ada untuk menekan rakyatnya. Menerusi akta yang dikenali sebagai undang-undang 47/2002 media Bahrain misalnya dilarang membicarakan isu-isu yang dapat menggugat pemerintahan beraja al-Khalifa. Pada tahun 2008, enam orang wartawan untuk surat khabar pembangkang telah dipenjarakan. Alasan paling popular di Bahrain ialah media tersebut membenihkan konflik mazhab. Bukan itu sahaja, kekangan bersuara untuk rakyat Bahrain dilakukan secara sistematik dengan satu-satunya ‘internet service provider’ adalah Batelco, yang dipunyai oleh keluarga diraja. Dalam pada itu undang-undang 32/ 2006 menyatakan penganjur yang hendak mengadakan sebarang rapat umum hendaklah meminta permit dan memaklumkan kepada pihak berkuasa tiga hari sebelum dan mendapat izin khas dari pihak polis (yang kebanyakannya bukanlah warga asal Bahrain).
Pada Disember 2007, terdapat satu pertempuran antara penunjuk perasaan dan polis yang menyebabkan terkorbannya seorang pemuda bermazhab Syiah. Pihak polis telah menahan sejumlah besar pemuda bermazhab Syiah di Bahrain, dan melakukan pelbagai penyeksaan. Dan anehnya, Bahrain adalah salah sebuah negara anggota Human Rights Council. Pada bulan Julai 2008, Bahrain memenjarakan 11 orang tokoh masyarakat Syiah antara satu ke tujuh tahun dengan alasan menimbulkan kekacauan mazhab.
Dalam tahun 2002 kerajaan berusaha untuk memadam rasa kurang puas hati rakyat bermazhab Syiah dan menjanjikan reformasi politik. Sistem pilihanraya diperkenalkan dengan harapan ia dapat menjadi permulaan kepada sistem raja berpelembagaan. Namun begitu, tekanan dan penindasan terhadap masyarakat Syiah seperti yang dijejer di atas menjadikan reformasi yang diwar-warkan sebagai satu olok-olokan. Pada bulan Oktober 2010, parti-parti pembangkang di Bahrain mendakwa kerajaan berusaha melakukan persempadanan semula kawasan pilihanraya dengan memberi kelebihan kepada parti pemerintah.
Bahrain merupakan tuan rumah kepada armada tentera laut Amerika (the Fifth Fleet) yang menyediakan bantuan logistik untuk sebarang operasi ketenteraan Amerika Syarikat di Iraq dan Afghanistan. Untuk kesetiaan tidak berbalah bahagi pemerintah Bahrain terhadap Amerika, negara polis dunia tersebut menamakan Bahrain sebagai negara sekutu NATO dalam tahun 2002.
Apakah ada masalah dengan kebangkitan rakyat di Bahrain? Tentu, ia tidak akan menjadi Revolusi Islam Iran.
Akan tetapi dengan jumlah hampir 70 peratus rakyat Bahrain adalah bermazhab Syiah maka potensi Bahrain sebagai sebuah ledakan di Teluk Parsi tidak dapat dielakkan lagi. Sebagai sebuah negara pulau yang kecil berjirankan Republik Islam Iran dan Arab Saudi (yang 15 peratus rakyat bermazhab Syiahnya bersempadanan dengan Bahrain), satu iklim politik baharu di Timur Tengah dijangka akan berlaku. Apa yang lebih memeningkan kepala Rumah Putih ialah kebangkitan di Bahrain berlaku serentak dengan apa yang terjadi di Libya, Algeria, dan Yaman. Sukar untuk Obama melayan semua ‘pemberontakan’ ini sekaligus.
Berbeza dengan ‘revolusi Mesir’ yang kehilangan watak ulama (Sheikh Yusuf Qaradhawi hanya muncul di Dataran Tahrir setelah Hosni Mubarak melarikan diri), kebangkitan di Bahrain adalah sepenuhnya didokongi oleh golongan ulama. Malah ulama terkenal Bahrain, Ayatullah Isa Qassem bukan sahaja bertindak membakar semangat golongan muda Bahrain, beliau turut turun ke Bulatan Mutiara untuk sama-sama menunjuk perasaan dan memimpin solat di sana. Sementara itu parti pembangkang utama Bahrain, al Wefaq diketahui adalah sebuah parti berasaskan Islam.
Selain parti al Wefaq (Syiah konservatif), Bahrain juga menyaksikan tenaga luar biasa dari gerakan Syiah yang dikenali sebagai gerakan Haq (lebih dirujuk sebagai parti Syiah oleh penganutnya yang sekular). Seperkara yang lebih menarik mengenai kebangkitan rakyat di Bahrain ialah meskipun majoriti umat Islam di Bahrain adalah bermazhab Syiah, penganut ahlus sunnah wal jamaah juga menawarkan pengaruh dan kekuatan menerusi gerakan Islam mereka tersendiri. al Asalah wa al Menbar adalah sebuah parti untuk masyarakat Sunni yang dikatakan merupakan cabang Ikhwanul Muslimin (yang induknya merupakan antara penggerak utama kebangkitan rakyat di Mesir). Perhimpunan rakyat di Bahrain kini bukan lagi milik rakyat bermazhab Syiah. Rakyat yang menganuti fahaman ahlus sunnah wal jamaah turut turun ke jalanraya dan segenap lapisan masyarakat termasuklah petugas perubatan yang menganggap serangan polis ke atas penunjuk perasaan rabu lepas sebagai terorisme ikut turut di Bulatan Mutiara.
Hakikat bahawa tuntutan rakyat di Bahrain berpunca daripada ulama dan bukan daripada eksekutif google dan sehimpunan pemuda penggemar facebook menunjukkan Bahrain adalah bom jangka yang meresahkan Amerka Syarikat dan tentunya kuasa pencatur di belakangnya iaitu Zionis.
Bahrain atau ‘negara dua laut’ dihuni oleh 1.2 juta umat manusia. Bahrain pernah menjadi sebahagian wilayah Iran antara tahun 1860-1783. Sejak tahun 1700 Bahrain sering menjadi tumpuan kuasa-kuasa asing antara lain Turki Othmaniyyah, dan Inggeris. Hari ini pemerintahan suku al Khalifa menguasai Bahrain dengan dokongan Arab Saudi, Britain dan Amerika Syarikat. Raja Hamad bin Isa al Khalifa adalah sekutu rapat Amerika Syarikat memandangkan Bahrain menempatkan salah satu pangkalan tentera laut Amerika yang paling penting.
Salah satu polisi al Khalifa yang kontroversial ialah neutralisasi terhadap populasi Bahrain. Terdapat 66 peratus dari penghuni Bahrain adalah bermazhab Syiah sementara 33 peratus yang lain adalah bermazhab Sunni (hubungan yang amat kuat dengan wahabi di Arab Saudi). Dalam usaha untuk merubah populasi rakyat bermazhab Syiah, Raja al Khalifa memberi kerakyatan kepada imigran dan buruh asing dari India, Sri Lanka, Filipina dan Pakistan. Imigran Pakistan misalnya ditempatkan di posisi sebagai pegawai polis. Maka tidaklah menghairankan apabila terjadi kebangkitan rakyat di Bahrain, polis Bahrain etnik Pakistan ini tanpa segan silu dan bimbang menembak ke arah demonstran sehingga menumpahkan darah di Bulatan Mutiara. Polisi neutralisasi terhadap populasi Bahrain ini juga menyaksikan Bahrain hari ini didiami oleh 9 peratus penganut Kristian (imigran Filipina) dan 10 peratus yang lain beragama Hindu (imigran India). Apa yang lebih mencekam pada polisi ini ialah majoriti Syiah di Bahrain telah ditindas dan dianiaya lantas dituduh sebagai ejen Republik Islam Iran.
Ketika saya berada di Manama dalam tahun 2002 selama dua hari, perkara pertama yang saya kesani ialah semua sektor pekerjaan di Bahrain disesaki oleh imigran. Tentu sangkaan pertama saya ialah rakyat Bahrain berada dalam keadaan manja dan terkepuk oleh kekayaan petrol. Tanggapan saya itu berubah apabila dalam tahun 2009 saya menemui dua jemaah dari Bahrain ketika menunaikan haji di Makkah. Naratif yang disampaikan kepada saya ialah penindasan dan penganiayaan terancang.
Kebangkitan rakyat di Bahrain hari ini bukanlah muncul mendadak dan tiba-tiba. Malah wajar dikatakan sebelum Tunisia dan Mesir, rakyat Bahrain telah lama memulakan satu perjalanan berani untuk menyuarakan kebebasan. Keluarga diraja di Bahrain menggunakan undang-undang yang sedia ada untuk menekan rakyatnya. Menerusi akta yang dikenali sebagai undang-undang 47/2002 media Bahrain misalnya dilarang membicarakan isu-isu yang dapat menggugat pemerintahan beraja al-Khalifa. Pada tahun 2008, enam orang wartawan untuk surat khabar pembangkang telah dipenjarakan. Alasan paling popular di Bahrain ialah media tersebut membenihkan konflik mazhab. Bukan itu sahaja, kekangan bersuara untuk rakyat Bahrain dilakukan secara sistematik dengan satu-satunya ‘internet service provider’ adalah Batelco, yang dipunyai oleh keluarga diraja. Dalam pada itu undang-undang 32/ 2006 menyatakan penganjur yang hendak mengadakan sebarang rapat umum hendaklah meminta permit dan memaklumkan kepada pihak berkuasa tiga hari sebelum dan mendapat izin khas dari pihak polis (yang kebanyakannya bukanlah warga asal Bahrain).Pada Disember 2007, terdapat satu pertempuran antara penunjuk perasaan dan polis yang menyebabkan terkorbannya seorang pemuda bermazhab Syiah. Pihak polis telah menahan sejumlah besar pemuda bermazhab Syiah di Bahrain, dan melakukan pelbagai penyeksaan. Dan anehnya, Bahrain adalah salah sebuah negara anggota Human Rights Council. Pada bulan Julai 2008, Bahrain memenjarakan 11 orang tokoh masyarakat Syiah antara satu ke tujuh tahun dengan alasan menimbulkan kekacauan mazhab.
Dalam tahun 2002 kerajaan berusaha untuk memadam rasa kurang puas hati rakyat bermazhab Syiah dan menjanjikan reformasi politik. Sistem pilihanraya diperkenalkan dengan harapan ia dapat menjadi permulaan kepada sistem raja berpelembagaan. Namun begitu, tekanan dan penindasan terhadap masyarakat Syiah seperti yang dijejer di atas menjadikan reformasi yang diwar-warkan sebagai satu olok-olokan. Pada bulan Oktober 2010, parti-parti pembangkang di Bahrain mendakwa kerajaan berusaha melakukan persempadanan semula kawasan pilihanraya dengan memberi kelebihan kepada parti pemerintah.
Bahrain merupakan tuan rumah kepada armada tentera laut Amerika (the Fifth Fleet) yang menyediakan bantuan logistik untuk sebarang operasi ketenteraan Amerika Syarikat di Iraq dan Afghanistan. Untuk kesetiaan tidak berbalah bahagi pemerintah Bahrain terhadap Amerika, negara polis dunia tersebut menamakan Bahrain sebagai negara sekutu NATO dalam tahun 2002.
Apakah ada masalah dengan kebangkitan rakyat di Bahrain? Tentu, ia tidak akan menjadi Revolusi Islam Iran.
Akan tetapi dengan jumlah hampir 70 peratus rakyat Bahrain adalah bermazhab Syiah maka potensi Bahrain sebagai sebuah ledakan di Teluk Parsi tidak dapat dielakkan lagi. Sebagai sebuah negara pulau yang kecil berjirankan Republik Islam Iran dan Arab Saudi (yang 15 peratus rakyat bermazhab Syiahnya bersempadanan dengan Bahrain), satu iklim politik baharu di Timur Tengah dijangka akan berlaku. Apa yang lebih memeningkan kepala Rumah Putih ialah kebangkitan di Bahrain berlaku serentak dengan apa yang terjadi di Libya, Algeria, dan Yaman. Sukar untuk Obama melayan semua ‘pemberontakan’ ini sekaligus.
Berbeza dengan ‘revolusi Mesir’ yang kehilangan watak ulama (Sheikh Yusuf Qaradhawi hanya muncul di Dataran Tahrir setelah Hosni Mubarak melarikan diri), kebangkitan di Bahrain adalah sepenuhnya didokongi oleh golongan ulama. Malah ulama terkenal Bahrain, Ayatullah Isa Qassem bukan sahaja bertindak membakar semangat golongan muda Bahrain, beliau turut turun ke Bulatan Mutiara untuk sama-sama menunjuk perasaan dan memimpin solat di sana. Sementara itu parti pembangkang utama Bahrain, al Wefaq diketahui adalah sebuah parti berasaskan Islam.
Selain parti al Wefaq (Syiah konservatif), Bahrain juga menyaksikan tenaga luar biasa dari gerakan Syiah yang dikenali sebagai gerakan Haq (lebih dirujuk sebagai parti Syiah oleh penganutnya yang sekular). Seperkara yang lebih menarik mengenai kebangkitan rakyat di Bahrain ialah meskipun majoriti umat Islam di Bahrain adalah bermazhab Syiah, penganut ahlus sunnah wal jamaah juga menawarkan pengaruh dan kekuatan menerusi gerakan Islam mereka tersendiri. al Asalah wa al Menbar adalah sebuah parti untuk masyarakat Sunni yang dikatakan merupakan cabang Ikhwanul Muslimin (yang induknya merupakan antara penggerak utama kebangkitan rakyat di Mesir). Perhimpunan rakyat di Bahrain kini bukan lagi milik rakyat bermazhab Syiah. Rakyat yang menganuti fahaman ahlus sunnah wal jamaah turut turun ke jalanraya dan segenap lapisan masyarakat termasuklah petugas perubatan yang menganggap serangan polis ke atas penunjuk perasaan rabu lepas sebagai terorisme ikut turut di Bulatan Mutiara.Hakikat bahawa tuntutan rakyat di Bahrain berpunca daripada ulama dan bukan daripada eksekutif google dan sehimpunan pemuda penggemar facebook menunjukkan Bahrain adalah bom jangka yang meresahkan Amerka Syarikat dan tentunya kuasa pencatur di belakangnya iaitu Zionis.
* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.



7 comments:
Hmmm...saya tabik Bahrain. Rakyatnya sikit tapi berani & kuat.
menarik, TK FT, berkongsi tentang ini.
Rakyatnya sikit tapi berani & kuat..
pada tahap mana kualiti ilmu mereka jika dibandingkan dgn rakyat negara kita agaknya..mungkin sikit hari lagi ada media2 atau journalist yg akan highlight bagaimana tahap pemikiran mereka pada tahun2 terdekat ni..saya cukup suka membaca material2 seperti itu..harap2 en faisal sedia berkongsi rahsia pahit maung mereka..
Licik sungguh pemerintah Bahrain ni. Mungkinkah itu hasil dari mendapatkan khidmat nasihat dari pihak Yahudi. Yahudi jelas musuh Islam. Akan cuba masuk jarum dari arah mana sekali pun. Guna apa cara juga pun.
Apa yang menjadi kekesalan orang Islam yang mahu bertemankan Yahudi. Peringatan dalam Al-Quran mengenai Yahudi ni dah dikesampingkan. Atas alasan apa pun ...entahlah. Itu namanya pentingkan diri dan lupa pada akhirat.
Kagum dengan semangat rakyat Bahrain. Benar mereka sudah lama memendam rasa. Ibarat gunung berapi. Sekali meletus. Terharu lagi ia dipimpin para ulama Syiah juga Sunni. Yang ditentang adalah ketidakadilan, kezaliman dan penindasan. Semoga mereka kembali tenang.
rasa macam baca maklumat pasal negara sendiri pula bila baca pasal Bahrain ni.
haha.
assalamualaikum..
Terkadang ada yang lebih sudu dari kuah, orang melayu kalau dipuji dia lupa diri, lupa bangsanya.. sampaikan
agama pun dia megah mengatakan
inilah islam yang sebenar. Sampai ada
yang mengatakan bahawa merekalah
melayu islam sejati.. peliknya di sini macam-macam firqah dah perangai ada dalam alam melayu nih, mistik aje yang lebih.
Saya teringat kata-kata Imam Ali a.s..
'Apabila kerajaan itu rosak, maka
rakyatnya juga turut rosak.."
seperti firman Allah..
'Dan sedikit sekali hamba-hambaku yang berterima kasih'(Surah Saba' ayat 13)
Salam.
walmu/minuuna walmu/minaatu ba'dhuhum awliyaau ba'dhin ya/muruuna bilma'ruufi wayanhawna 'ani lmunkari wayuqiimuuna shshalaata wayu/tuuna zzakaata wayuthii'uunallaaha warasuulahu ulaa-ika sayarhamuhumullaahu innallaaha 'aziizun hakiim
[9:71]
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka ta'at pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
waman yatawallallaaha warasuulahu walladziina aamanuu fa-inna hizballaahi humu lghaalibuun
[5:56]
Dan barangsiapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang.
innamaa waliyyukumullaahu warasuuluhu walladziina aamanuulladziina yuqiimuuna shshalaata wayu/tuuna zzakaata wahum raaki'uun
[5:55]
Sesungguhnya wali kamu adalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman yang mendirikan shalat dan memberi zakat dalam keadaan rukuk.
Post a Comment